Skip to content

Posts from the ‘Star’ Category

29
Jan

Siti masih anggun memukau!



29-01-2007 11:44:53 AM
Wahida Asrani
Jika ada yang merasakan penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza sudah hilang ‘taring’ setelah bergelar isteri pada Ogos tahun lalu, ternyata telahan itu tidak tepat.

ct111.jpg

Jumaat lalu bertempat di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Siti buat julung kalinya mengadakan sebuah konsert khas bagi menghiburkan kira-kira 1,300 penonton yang rata-ratanya terdiri daripada pengguna produk kecantikan Olay Total Effects.

ct221.jpg

Konsert Sambutan Eksklusif bersama Siti Nurhaliza telah dianjurkan oleh P&G, untuk meraikan pengguna-pengguna setia produk itu di mana Siti sendiri adalah duta bagi produk tersebut.

Pertama kali mengadakan konsert setelah bergelar isteri, nampaknya Siti masih hebat beraksi di pentas dan tidak keterlaluan jika dikatakan persembahannya masih lagi ‘memukau’.

ct331.jpg

Aksi Siti di konsert pertamanya selepas bergelar isteri (Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)

ct44.jpg

Walaupun ia hanyalah sebuah konsert mini dan jelas tidak segah konsert-konsert solo yang pernah dilakukannya sebelum ini, ternyata itu tidak menjadi alasan bagi bintang terkemuka ini untuk tidak memberikan yang terbaik kepada peminat-peminatnya yang hadir memenuhi setiap pelusuk dewan tersebut.

Kesemua penonton yang diraikan pada malam itu terdiri dari pengguna Olay Total Effects yang telah menuntut tiket masing-masing setelah membeli satu botol pelembap muka Olay Total Effects di antara 1 hingga 21 Januari lalu dan ini melayakkan mereka menerima sekeping tiket untuk setiap pembelian.

Siti yang tampil di pentas kira-kira jam 9.20 malam membuka tirai konsert dengan mendendangkan lagu Destinasi Cinta. Anggun dengan busana hitam, penyanyi ini secara terang-terangan mengaku agak berdebar untuk membuat persembahan pada malam itu.

ct55.jpg

“Nervous sebenarnya. Maklumlah dah lama tak buat persembahan macam ni. Jadi, bila diberi peluang untuk buat konsert ini, Siti amat menghargainya.

“Tapi entahlah, walaupun hanya konsert mini, Siti tetap rasa berdebar,” ujarnya sebaik tamat menghiburkan penonton dengan lagu pembuka tirainya itu.

Siti kemudiannya meneruskan persembahan dengan lagu Aku Cinta Padamu, Pastikan dan I Will Always Love You.

Tiada siapa yang dapat mempertikaikan kemantapan vokal diva tanahair ini ketika mendendangkan lagu-lagu tersebut, terutamanya ketika dia menyanyikan lagu Inggeris dendangan asal Whitney Houston itu.

ct66.jpg

Aksi seorang bintang…Persembahan Siti masih memukau! (Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)

Interaksi Siti bersama penonton-penonton juga dilihat menampakkan peningkatan yang bagus dan kematangan seorang penghibur yang disayangi ramai.

Walaupun sering diselitkan dengan ayat-ayat ‘mempromosikan’ produk Olay tersebut, Siti tetap bijak mengawal mood penonton dengan usikan dan gurau senda.

Penyanyi ini meneruskan konsert dengan mempersembahkan lagu medley Indonesia seperti Teman Tapi Mesra, Pupus dan Pudar sebelum menutup segmen pertama itu dengan lagu ‘berhantunya’, Biarlah Rahsia.

Sebelum memulakan segmen kedua pada konsert tersebut, Siti turut diraikan oleh beberapa peminatnya dari CT Zone dengan sebuah kek ‘strawberry chocolate’ bersempena dengan sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 11 Januari lalu.

“Kek ‘strawberry chocolate’ ini mengingatkan Siti pada ‘kenangan-kenangan indah’ Siti,” luahnya sambil tersenyum dan disambut dengan sorakan penonton, seperti memahami maksud tersirat penyanyi itu yang memang sinonim dengan ‘makanan romantis’ ini yang menjadi pengikat kasihnya dan suami, Datuk Khalid Muhammad Jiwa.

Beberapa buah lagu disampaikan oleh Siti kemudiannya iaitu Bukan Cinta Biasa, Siti Situ Sana Sini dan lagu kegemarannya, Dealova yang turut ditujukan khas untuk suami tercinta, walaupun kelibat Datuk Khalid tidak dilihat berada di situ.

Sebelum melabuhkan tirai konsert yang berlangsung selama satu jam setengah itu, Siti sempat menghiburkan penonton dengan sebuah lagu lama, Asmara, serta lagu hasil nukilannya sendiri untuk suaminya, Cahaya Cinta sebelum menutup persembahan ekslusifnya dengan lagu Hidup Penuh Bicara.

“Siti harap, konsert ini dapat mengubat rindu anda semua,” katanya ceria pada penonton yang hadir sebelum beredar ke belakang pentas.

Konsert Sambutan Eksklusif bersama Siti Nurhaliza itu telah dihoskan oleh dua DJ Era, Nila Kurnia dan Rostam.

23
Jan

Siti, Datuk K bantu mangsa bah Raub

23-01-2007 10:34:15 PM
RAUB: Kesukaran yang dirasakan 52 penduduk Kampung Kuala Semantan di sini yang terpaksa bermalam di pusat pemindahan akibat banjir sejak tiga hari lepas, terubat dengan kunjungan penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hari ini.

siti2301a.jpg

Siti mendukung bayi yang baru berusia 13 hari, Anis Batrisyia Mohd Affendi sambil diperhatikan oleh ibunya Rodiana Ahmad, seorang mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di masjid Kampong Ulu Semantan sewaktu lawatan penyanyi itu bersama suaminya Khalid hari ini. (foto The Star oleh Nik Naizi Husin)

Siti Nurhaliza melalui Yayasan Nurjiwa yang diasaskan bersama suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa menghulurkan bantuan berupa pakaian dan makanan kepada 15 keluarga yang ditempatkan di pusat itu.

Katanya pengalaman membantu mangsa banjir di Johor sebelum ini membuatkan beliau ingin terus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di tempat lain juga.

“Siti dengan suami memang bercadang ke Pahang kerana Siti tahu daerah Rompin dilanda banjir, tapi setelah dapat tahu di Raub dan Lipis juga mengalami banjir, jadi Siti ubah rancangan dan datang ke sini dahulu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui bersama suaminya di Masjid Kampung Kuala Semantan di sini.

Beliau berkata sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban penduduk yang bukan hanya kehilangan harta benda malah mengalami tekanan akibat bencana banjir. BERNAMA

11
Jan

Majlis Hari Jadi untuk isteri tercinta!

11-01-2007 12:51:24 PM
Wahida Asrani
“Kasih sayang dari suami adalah hadiah paling berharga buat Siti,” – itulah luahan penyanyi sensasi Siti Nurhaliza ketika ditanya mengenai hadiah istimewa yang diberikan oleh suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa, atau Datuk K, sempena ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke-28 hari ini.

Dari raut wajahnya yang sentiasa terukir dengan senyuman, jelas kelihatan bahawa penyanyi ini sememangnya sedang bahagia meniti alam rumahtangga bersama suaminya yang tercinta.

Walaupun berkali-kali merayu kepada pihak media supaya tidak membuat sebarang temubual pada majlis sambutan harijadinya malam tadi, Siti adakalanya kelihatan ‘mengalah’ apabila wartawan masih cuba mencungkil tentang kisah hidupnya kini.

siti11.jpgsiti22.jpg
Siti dan suami, Datuk K pada majlis sambutan hari lahir ke-28 penyanyi itu (Foto The Star oleh Norafifi Ehsan)

“Syukur alhamdulillah. Siti bahagia dengan kehidupan sekarang. Ini juga kali pertama Siti sambut hari jadi sebagai seorang isteri. Majlis ini sebenarnya dibuat oleh suami.

“Sebenarnya mereka nak buat surprise, tapi memang kalau dengan Siti tak payahlah nak buat surprise sebab Siti akan tahu juga,” ujarnya ceria ketika ditemui di majlis tersebut yang bertempat di Restoran Gaucho, Chulan Square, Kuala Lumpur.

Anggun dengan gaun berwarna hitam, Siti yang tiba di majlis itu kira-kira jam 8.30 malam bersama suami, Datuk K diraikan di dalam suasana meriah oleh kira-kira 160 orang tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, kenalan rapat serta rakan-rakan artis.

Sesekali, aksi romantis Siti dan suaminya itu jelas kelihatan apabila pasangan ini dilihat sering berjalan berpimpinan tangan sambil melayan tetamu yang hadir.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan sambutan hari jadi penyanyi tersohor itu ialah Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Syafinaz, Nora dan suami Johan Nawawi, Ezlynn, Aznil Nawawi, Nurul, Linda Rafar dan Syed Aiman, Juliza Adlizan, Sharifah Shahira, Ijoy, Sharifah Norhaslinda dan suami Datuk Reezal Merican, Kat serta Fara Fauzana.

ct11.jpg
ct22.jpg
ct33.jpg

Di sekitar majlis ulang tahun Siti yang ke-28 (Foto The Star oleh Norafifi Ehsan)

Turut hadir sebagai tetamu khas pada majlis itu ialah Setiausaha Agong UMNO Tan Sri Khalil Yaacob.

Selain kenalan dan rakan artis, turut tidak ketinggalan meraikan hari lahir penyanyi itu ialah ibu Siti, Siti Salmah Bachik, kakak iparnya Rozie dan adiknya Siti Saerah. Mereka juga ditemani ibu Khalid, Zainab Hanafi dan kakak Khalid, Zaiton Muhammad Jiwa, yang juga menjadi tunggak utama penyelaras majlis pada malam itu.

Ayah Siti, Taruddin Ismail dan abangnya, Ayie bagaimanapun tidak dapat menghadirkan diri kerana sedang berada di Perak.

Sementara menantikan detik 12 malam, majlis yang dihoskan oleh pelawak Dee telah diserikan dengan persembahan oleh Syed Sobri dan isteri, Azie yang mendendangkan beberapa buah lagu antaranya, I Finally Found Someone, Mencintaimu, Nyanyian Asmara dan Aku Makin Cinta.

Beberapa artis seperti Nora, Nurul, Aznil dan Ezlynn juga turut mengambil peluang menghiburkan para tetamu.

Namun, acara memotong kek telah diawalkan kira-kira setengah jam untuk mengelakkan majlis tersebut berakhir begitu lewat.

c11.jpgc22.jpg
Antara rakan artis yang hadir.. Dayang, Nora, Ezlynn, Ning, Linda Rafar dan Syed Aiman

“Walaupun belum pukul 12, Siti tak kisah. Yang penting, Siti gembira ramai yang datang meraikan hari bermakna buat Siti ini. Doakan kebahagiaan Siti,” ucapnya sebaik selesai acara memotong kek.

Siti, yang juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan penyanyi Syafinaz turut mengundang penyanyi itu untuk bersama-sama memotong kek hari lahir tersebut sebelum menghiburkan tetamu dengan beberapa buah lagu, antaranya Dealova dan duet bersama Syafinaz untuk lagu Can’t Take My Eyes Off You

Berbicara mengenai harapannya sempena hari lahirnya yang ke-28 ini, Siti berkata, dia hanya ingin berdoa untuk kebahagiaan rumahtangga, kerjaya, kehidupan serta harapan untuk menimang cahaya mata secepat mungkin.

“Tapi, belum ada ‘petanda’ lagi ye. Ada rezeki, adalah…,” kata Siti berseloroh ketika perkara ‘anak’ dibangkitkan.

Siti dijangka akan memulakan proses rakaman album tradisionalnya pada pertengahan tahun ini.

17
Dec

Mawi, Siti meriahkan Malam Gala Titian Budaya M’sia-Indonesia

indian-dance-gala.jpg17-12-2006 12:59:17 AM
Radin Sri Ghazali

siti-haziq-gala.jpg
Siti ditemani Haziq menerusi lagu Ala Dondang
(Foto mStar Online Oleh Radin Sri Ghazali)

JAKARTA: Acara Titian Budaya Malaysia dan Indonesia anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia dimeriahkan lagi pada malam semalam menerusi penampilan istimewa dua orang artis tersohor negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Mawi di Jakarta Convention Center.

Sebagai acara pembuka tirai, Siti diberi penghormatan dengan mendendangkan lagu yang ditulis oleh Suhaimi Pak Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah iaitu ‘Titian Budaya’ sebagai lagu tema pada acara tersebut.

Siti turut melakonkan watak seorang permaisuri menerusi lagu ‘Ala Dondang’ yang dikatakan memaparkan kisah Raja-Raja Melayu serta keutuhan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum di bawah naungan Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

siti-gala-2.jpg
Siti… Kelihatan anggun ketika menyanyikan lagu tema berjudul Titian Budaya
(mStar Online)

Penyanyi kelahiran negeri Johor, Haziq AF4 turut membuat penampilan istimewa sebagai Sultan disamping Siti menerusi lagu tersebut.

Penyanyi yang kini kian menempah popularitnya di pesada muzik tempatan, Mawi turut menyerikan acara tersebut dengan dendangan lagu irama tradisional orang Melayu iaitu Zapin Budi.

Penyanyi yang pernah menjuarai pertandingan realiti Akademi Fanatsia 3 itu juga turut menunjukkan bakatmenari zapin pada malam tersebut.

mawi-gala-2.jpg
Mawi menyanyikan lagu Zapin Budi turut menunjukkan bakat terpendamnya menerusi tarian zapin
(mStar Online)

Malam tersebut turut dimeriahkan lagi dengan beberapa orang penyanyi lain seperti Haziq AF4 yang menyanyikan lagu ‘Sayang Musalmah’, penyanyi veteran Andre Goh menerusi lagu ‘Mas Merah’ dan duet istimewa di antara penyanyi yang berbangsa India, Banumitha dan penyanyi muda Edrie Nadzrin menerusi lagu ‘Pandang-Pandang, Jeling-Jeling’.

haziq-gala.jpg
Haziq yang dikenali memperjuangkan lagu irama asli turut hadir untuk memberi persembahan
(mStar Online)

Persembahan tarian yang mewakili setiap suku kaum di Malaysia turut dipersembahkan. Antaranya adalah Tarian Jatiswaran (oleh Temple of Fine Arts), Tarian Kipas (oleh Dua Space Dance Theatre) dan jua tarian etnik masyarakat Sabah dan Sarawak (oleh Artisari Istana Budaya).

Majlis yang dihadiri kira-kira 1000 orang penonton turut diserikan dengan alunan melodi daripada gabungan Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan menerusi muzik ‘Cak Lempong’.

Tarian Jatiswaran oleh Temple of Fine Arts turut mendapat perhatian daripada penonton-penonton
(mStar Online)

Majlis itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia Datuk Seri Rais Yatim bersama isterinya Datin Seri Masnah Rais , Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Bapak Menteri Kebudayaan dan Pariwisata Republik Indonesia, Ir Jero Wacik

10
Dec

They shone for her

IT’S always easy to know when Datuk Siti Nurhaliza is around: an excited crowd sprouting cameras and mobile phones with cameras will invariably gather.

Last Saturday, the crowd had gathered in the concourse area of the 1 Utama shopping centre. TV3 was preparing to capture the process of selecting the participants for a reality TV show that Siti herself had come up with. Since the show is called Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene (Siti Nurhaliza Seeks a Pantene Star), the crowd had figured out that the singer herself would make the selection. So they waited patiently despite nothing happening for an hour after the scheduled start.

sv_02sitishow.jpg
Siti was her usual charming and confident self on stage, setting a fine example for the contestants of her reality TV show, Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene
Then, at 2pm, the chatter grew louder and more excited, and people started milling about. Ah, pandemonium? Siti must have arrived?.

“I love you too,” said Siti to the crowd after she got on stage half an hour later, after much teasing from the emcee, former radio DJ Angie Ng.

Her fans cheered enthusiastically. Feeeel the lurrrve? Yes, one could! Siti, I have to admit, is very obliging when it comes to her fans. When one family with a young child broke through the security ring around the table where she was sitting to ask for a photograph with her, she kindly obliged even though the show was mere minutes from starting.

The idea for Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene came about while she was shooting a Pantene commercial, Siti explained to the crowd.

“During the shoot, I remembered my early days when I started in the entertainment business (in the late 1990s). That was when I realised that a reality show would be a great platform for Malaysian women to find out what it’s like to be all that they can be,” she said in Bahasa Malaysia.

That intriguing premise had hundreds of girls, aged between 18 and 25, responding to the first call for auditions in Malacca, Johor Baru, Penang and Kuala Lumpur last month and earlier this month. From those auditions, 18 girls were selected to appear before Siti herself at the shopping complex in Bandar Utama, Selangor, last Saturday.

Siti, celebrity judge Waheeda and Proctor & Gamble assistant country marketing manager Tan Hui Woon were there to pick the 10 lucky girls who would go on to participate in the show. (Proctor & Gamble manufactures Pantene products in Malaysia.)

The 10 were scheduled to move into the Pantene House at an undisclosed location in Kuala Lumpur yesterday and would then face challenges and tests weekly that will give them the chance to show Siti and the other judges what they’re made of. Of course, viewers will get to watch every grin and grimace, every bonding session and cat fight, along the way, too!

Nurul Jannah impressed the judges with her wit and became one of the 10 girls who will be on the show.
Each week, one girl or more will be eliminated by the three judges. And the last one left standing will become a Pantene ambassador like Siti, Waheeda, Maya Karin and Camelia. The winner, in fact, will be the first non-celebrity to become a Pantene ambassador.

And with Siti on hand to guide and mentor her, who knows how many doors will open to her after that?

“You may even become more famous than I am,” said Siti to the 18 girls standing nervously on stage.

The girls dreamed about that for a second before waking up to cold reality: to have a chance at winning that prize, they had to convince the judges that they have that special “shine quality”.

The first thing the girls had to do was a little catwalk display of outfits sponsored by local brand Intoxi-Kate. Having had only that morning to rehearse their walks, the girls were, er, a little awkward, shall we say. But they had the chance to shine in the most challenging part of the competition yet: They had to recite the Pantene tagline – with feeling, mind you! – and then answer a few questions from the judges. The idea was for the participants to demonstrate their confidence and character.

One participant in particular impressed Siti with her replies.

“I will surely succeed if Siti chooses me to be a Pantene star,” said Nurul Jannah, 20, from Malacca, confidently.

Siti laughed. “And what will happen if I don’t pick you? Will you still succeed?” she asked from the judge’s table.

Also chosen to be on the show is Robyna Melissa Hon – all that long black hair must have caught the judges’ eyes since this is, after all, a show sponsored by a shampoo!
“Well, I cook well, so I can open a restaurant … or I’ll be a Mak Andam and I’ll do your make-up!” replied Nurul cheekily to an amused Siti. (A Mak Andam is someone who does bridal makeup.)

Her confidence and sass must have convinced the judges of her worth, as Nurul became one of the 10 selected to move into Pantene House.

“I’m so happy. I didn’t think that I would win because everyone was so beautiful,” said Nurul, who aspires to be a model.

Robyna Melissa Hon, 18, was the last contestant to be picked and she was on cloud nine when I met her backstage.

“I have long black hair and my dream is to be a super model. So I thought this would be a good platform to show people who I am,” she said breathlessly.

Like Robyna and Nurul, Lufiyah Sheikh Omar, 21, has a dream, too: “This is actually a stepping stone for me because I want to sing and dance. I can sing very well. I hope I can be like Siti one day,” she said.

These girls had confidence to spare, obviously! Will one of them become Malaysia’s next star?

Said Siti about the 18 contestants: ”They’re all attractive, but some of them have weak points. Maybe some were too nervous while others couldn’t remember their lines.

“But in a reality show there will be some that are lucky and others that are unlucky.”

“Don’t give up too easily,” Siti advised the ones who were not picked that day. “Perhaps it’s not your luck to be picked today, but there are lots of things out there for you to get involved in. If you are patient and hard working, you can meet all kinds of challenges.”

As for the challenges the 10 chosen girls will face on the show, nobody’s telling, not even Siti. She did say, however, that the Indonesian version of the show that has already begun airing in that country has contestants engaged in social works, such as visiting an orphanage.

“These are the kinds of values we want to instil in young people. We want to expose them from young to social work so that they will become women with good values – attractive inside as well as outside,” she said.

sv_02sitired.jpg
Siti – in the middle in a striking, chilli red Richard Tsen dress – with the 10 girls who were picked to appear in her show. Fifth from left is TV3’s head of content development, Marini Ramlan, and fourth from right is Proctor & Gamble assistant country marketing manager, Tan Hui Woon.
No, it’s not all about looking glamorous just on the outside, pointed out Siti, who loves the fact that women who wear the tudung (head scarf) are allowed to participate in a reality show where the quality of your hair is of utmost importance.

“There are a lot of women who wear the tudung in Malaysia. And shampoo is used by all kinds of people whether they wear a tudung or not,” she pointed out.

Any words of advice to the nervous 10 who will be moving into Pantene House?

“Confidence is important, but let’s not be overconfident,” she said during a break backstage. “Doing your homework is also important. Homework such as how you walk and talk. Your knowledge and your experience are important as well.”

Heed those words, girls, and, who knows, one of you might get to where Siti is today…

‘Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene’ will begin airing weekly, every Sunday, at 7.30pm from Dec 17 onwards on TV3. For more information visit tv3.com.my/pantene.

10
Dec

‘This is my life’

In a rare personal interview since her humungous wedding to Datuk Khalid Muhammad Jiwa, aka Datuk K, in September, Siti Nurhaliza gives StarMag-Variety a glimpse of her private side.

IT’S safe to say that almost everyone wants to know what married life is like for Datuk Siti Nurhaliza. (Some people even want to know if she’s pregnant yet, which is a little intrusive, I think!) So I just had to pop that question when we had a few moments together after the taping of the Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene reality show last Saturday.

sv_02datukship.jpg
Recent milestones: Receiving her Datukship from the Sultan of Pahang in October (above) and, of course, that wedding in September when she … gained a shoulder to cry on? We’re just teasing, Siti!

sv_02sitik.jpg

She gave a shy laugh and said: “My life is normal like everyone else’s. I run around and work but my work commitments have to be less now. Back then, the entire week was full of work. Now, I set aside two or three days for my family.

“I’m happy, really happy. It’s nice to have a shoulder to cry on. Before I got married, I still had my family to turn to, of course, but that’s not the same. Just ask any woman who has a boyfriend or husband what it feels like. It’s nice to be cared for by a husband, to be able to share problems and laugh together.

So, I’m happy,” she concluded – while practically glowing, so we believe her. The usual scrutiny of media and fans has obviously increased since she got married; how does she feel about that, we wonder? Unlike many stars who bemoan the loss of privacy (slightly hypocritically – after all, they did seek out their high-profile jobs, right?), Siti seems graciously at peace with where her life has taken her.

“This is the life of a celebrity. I can’t run from it and I have to be realistic. This is my life and my job.

“I’m grateful for my 11 years of experience as a singer and meeting all kinds of people, so now I’m able to control my emotions in any situation,” she said.

What does make her uncomfortable is the undeniable fact that she seems to be a source of inspiration for many. But the pedestal isn’t for her, she says.

“First of all, I’m just a normal human being. I’m not an angel nor am I perfect. I’m just fulfilling my responsibilities,” said Siti.

“I was a kampung girl from a small village (Kuala Lipis, Pahang), then I went to the city to work and face all the challenges of the music industry. I’m glad I am still able to stand and face any challenges that come my way. It is my hope that women can learn from my good qualities but not follow my bad ones,” she said demurely.

Perfect she might not be, but her rags-to-riches story, complete with a fairytale wedding as icing, is undeniably inspiring. And then there’s the title! The Sultan of Pahang awarded her the title last month and the unassuming Siti is still getting used to it, it seems.

“Rasa kekok sikitlah (It feels a little awkward),” she said with a shy laugh.

“People usually call me Siti, Siti, Siti. But (the title) is an honour and an acknowledgement from the Sultan of Pahang and a sign of appreciation, therefore I feel really appreciated and Siti junjung kurnia Tuanku (Siti humbly accepts the honour bestowed on her by the Sultan).”

6
Dec

Gelaran Ratu ‘Tiara’ kini milik Siti

06-12-2006 03:09:57 PM
Radin Sri Ghazali

siti-1.jpg
Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi mencipta namanya sebagai duta kepada Elegance Tiara Collection
(Foto The Star Oleh Ibrahim Mohtar)

KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi melakar sejarah apabila dia dilantik sebagai duta kepada koleksi terhad, ‘Elegance Tiara Collection’ bertempat di Palace of the Golden Horses baru-baru ini .

Koleksi tersebut adalah hasil rekaan Tracy Ong iaitu pengasas kepada Elegance Club Sdn Bhd dan merupakan tiara eksklusif yang pertama di Malaysia.

ct44.jpg

Siti tetap anggun dan berseri walaupun sudah bergelar isteri (Foto The Star oleh Ibrahim Mohtar)

Ketika memberi ucapan alu-aluan kepada tetamu yang hadir, Siti tidak putus-putus menyuarakan kekaguman dan memuji kecantikan serta keanggunan koleksi tiara dari Elegance Club tersebut.

siti-3.jpg

Penglibatan Siti sebagai duta dikatakan tidak membebankannya daripada segi kerja
(Foto The Star)

“Siti amat bersetuju dengan moto Tracy Ong iaitu ‘A Thing of Beauty is a Joy Forever’ (Sesuatu kecantikan itu merupakan sebuah kegembiraan yang kekal untuk selamanya) dan kagum dengan rekaan koleksi terbaru serta terhad Elegance Club.

“Oleh itu, Siti berbesar hati untuk menjadi duta kepada koleksi ini,” ujarnya lagi.

Pereka yang berbakat besar itu juga pernah menaja kesemua tiara yang dipakai oleh Siti bagi majlis akad nikah serta persandingannya di KLCC dan Kuala Lipis.

Keserasian di antara Tracy dan Siti membuat penyanyi terkenal itu tidak teragak-agak untuk memberi kerjasama apabila diminta menjadi duta.

Bagi Tracy dia telah membuat satu pilihan yang tepat dengan memilih penyanyi berusia 28 tahun itu sebagai duta untuk koleksi tiara ekslusif yang akan berada di pasaran pada bulan Disember ini.

“Kami mempunyai kerjasama yang baik sejak dari dulu lagi. Malah, Siti begitu kagum dengan Tracy terutamanya daripada segi perniagaan kerana dia merupakan seorang wanita yang gigih berusaha,” ujar Siti ketika sidang akhbar yang berlangsung kira-kira sepuluh minit.

siti-2.jpg
Siti mengenakan tiara disaluti emas putih yang dihiasi dengan koleksi mutiara khas iaitu South Sea Pearls yang disulami ratusan butir belian
(Foto The Star)

Siti telah menandatangani perjanjian dengan Elegance Club Sdn Bhd selama setahun dan akan menggunakan koleksi tiara tersebut untuk beberapa majlis yang melibatkan Elegance Club Sdn Bhd..

siti-4.jpg

Siti kelihatan anggun dengan gaun tajaan Datuk Berrnard Chandran
(Foto The Star)

“Bagi Siti, endorsement ini tidaklah seberat mana kerana ianya hanya tertakluk kepada penggunaan tiara sahaja dan bukannya jenis barang perhiasan yang lain,” ujarnya yang kelihatan anggun dengan koleksi tiara ‘Throne of Pearls’ yang bernilai kira-kira RM 2 juta ringgit.

Tiara yang disaluti emas putih itu dihiasi dengan koleksi mutiara khas iaitu ‘South Sea Pearls’dan disertakan dengan ratusan butir berlian.

Pada malam yang sama juga, Siti Nurhaliza turut mengadakan persembahan tertutup di Palace of the Golden Horses sempena Malam Penghargaan untuk pelanggan-pelanggan setia Elegance Club.

Kesemua set barangan kemas untuk persembahan pada malam itu ditaja oleh Elegance Club.

Manakala busana Siti Nurhaliza ditaja oleh pereka tersohor negara, Datuk Bernard Chandran.

4
Dec

Siti hampakan Shah Rukh Khan

04-12-2006 12:01:14 PM
Radin Sri Ghazali

siti3.jpg
Datuk Siti Nurhaliza terpaksa menarik diri daripada GIFA 2006 atas urusan peribadi
(Foto The Star Oleh Azlina Abdullah)

Impian untuk menyatukan pelakon Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan dengan penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akhirnya tidak kesampaian.

“Saya telahpun menarik diri daripada acara Anugerah Filem India Sedunia (GIFA 2006) dan sudahpun memaklumkan perkara ini kepada pihak penganjur ,” ujar Siti ketika ditemui di acara ‘Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene’ bertempat di One Utama baru-baru ini.

“Pada mulanya saya tidak mempunyai masalah untuk membuat persembahan namun penukaran tarikh ke bulan Disember membuatkan saya terpaksa menarik diri atas urusan peribadi,” ujarnya yang telah dilantik sebagai Duta bersama-sama penyanyi Mawi pada bulan Mei yang lalu.

Siti mengakui bahawa tiada rezeki untuknya melakukan persembahan namun berharap dia akan dapat berkerjasama dengan artis Bollywood pada suatu hari nanti.

Walaupun menarik diri dari GIFA 2006, tugas Siti selaku duta sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 masih tetap berjalan seperti biasa.

“Saya akan melakukan sebuah persembahan Titian Budaya di Jakarta pada 16 Disember nanti di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA). Ini merupakan satu kerjasama di antara kedua-dua kerajaan untuk merapatkan silaturrahim menerusi budaya,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa suaminya, Datuk Khalid Muhamad Jiiwa turut akan menyetainya ke Jakarta, Siti hanya mampu tergelak.

“Siapa yang kata? Iskh… Saya sendiri pun tidak pasti lagi. Kemungkinan besar saya akan pergi seorang sahaja,” ujarnya lagi.

siti2.jpg
“Siti sudah lali. Inilah kehidupan Siti sebagai public figure dan Siti harus menerimanya,”
(The Star)

Siti sudah lali

Tahun 2006 turut menyaksikan Siti mengharungi pelbagai pengalaman pahit dan manis.

Daripada tercetusnya spekulasi perkahwinannya kepada suami tercinta sehinggalah dirinya menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk’ daripada Sultan Pahang baru-baru ini.

Hampir setiap pergerakannya menjadi tumpuan pihak media.

“Siti sudah lali. Inilah kehidupan Siti sebagai public figure dan Siti harus menerimanya,” ujarnya lagi.

Namun, sokongan serta dorongan keluarga terutamanya suami tercinta mendorong Siti untuk cekal mengharunginya.

“Dia amat memahami kehendak kerjaya ini. Jika dulu Siti hanya ada keluarga sebagai tempat mengadu, kini Siti mempunyai seorang suami untuk memberi dorongan kepada Siti terutamanya ketika Siti menghadapi masalah,” ujar peyanyi yang berusia 28 tahun itu mengenai suaminya.

Komitmen kepada Mencari Bintang Pantene

Selaku duta produk penjagaan rambut Pantene serta pengasas kepada idea ‘Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene’, pasti ramai yang akan mempersoalkan kewibawaan serta komitmen penyanyi yang berasal dari Pahang ini.

Siti telah dikriitik dengan hebatnya menerusi rancangan ‘Mentor’ apabila dia dikatakan tidak memberi kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada protegenya, Kat.

“Konsep ‘Mentor’ dan ‘Mencari Bintang Pantene’ ini sememangnya lain. Ketika Siti ditawarkan ‘Mentor’, Siti sudahpun memaklumkan kepada pihak penerbitan bahawa Siti sibuk terutamanya untuk persiapan perkahwinan.

siti1.jpg
Siti akan menjadi hos dan juri kepada rancangan realiti terbaru ‘Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene’
(The Star)

“Namun, rancangan tersebut terus dijalankan kerana terdapat artis-artis yang lain yang boleh memberi komitmen sepenuhnya pada jangkamasa itu,” ujar Mentor kepada Kat ini.

Kat merupakan adik ipar kepada penyanyi rock popular Amy Search.

“Rancangan baru “Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene” ini juga terpaksa dibuat mengikut kesesuaian waktu serta jadual kerja Siti. Siti tiada masalah untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada rancangan ini,” tegasnya lagi mengenai rancangan yang akan disiarkan pada 17 Disember nanti menerusi TV3.

Sebelum ini, sebuah rancangan realiti khas untuk tatapan kaum wanita pernah diterbitkan dengan kerjasama sebuah syarikat produk kecantikan, Dove iaitu ‘Malaysia’s Most Beautiful Women’.

Ramai yang beranggapan program ‘Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene’ menggunakan format yang sama dengan rancangan tersebut?

“Rancangan Pantene ini lebih disasarkan kepada golongan remaja jika dibandingkan dengan ‘Malaysia’s Most Beautiful’.

“Rancangan ini juga turut meyelitkan penyediaan ataupun sesi grooming bagi penyediaan mereka sebelum dinobatkan sebagai wajah baru Pantene,” tegas Siti yang akan bertindak sebagai hos serta juri untuk rancangan tersebut.

“Di Indonesia, rancangan ini sudahpun bermula. Sepuluh orang gadis sudah dipilih dan kini duduk sebumbung di sana. Namun, keunikkan rancangan ini di Malaysia adalah remaja-remaja yang bertudung turut dipilih untuk menyertai rancangan ini kerana mereka turut merupakan pengguna produk kecantikkan seperti Pantene sedangkan di Indonesia, wanita bertudung tidak digalakkan untuk menyertai,” ujar Siti yang bakal menyertai program Mencari Bintang Pantene di Indonesia pada 17 dan 18 Disember ini.

29
Nov

Competing trio in Mentor

By AZHARIAH KAMIN

IT was only several hours since the three of them were announced as finalists of the second season of TV3’s Mentor.

Protégés Fiq, Kat and Nieyl, when met on Monday, were still digesting the fact that they made it to the final and will be competing against each other this Sunday at Wisma MBSA in Shah Alam, Selangor.

When they first took part in Mentor five months ago, it was to pursue their dream of becoming a singer and the last few months have been a journey of continuous learning and forging new friendships.

“We are going to miss this (joking around) a lot as we have only a one week to go before the final,” said Kat or Siti Khatijah Hassan, referring the newfound friendship among the protégés.

Finalists of Mentor 2006 (from left) Kat, Fiq and Nieyl will be fighting it out to become the champion this Sunday. – Photo by T.K. LIM
Nieyl or Nuriylia Zailani, and Fiq whose full name is Mohd Firdauz Abdul Halim, shared her sentiment.

“When we first met during the preliminary round (to select 12 out of 28 contestants), Nieyl and myself became friends almost immediately and it kind of grew in the past several months while Fiq appeared to be shy and very quiet,” recalled Kat.

“That’s true. Fiq used to be so shy when we first met, but the past few months we start seeing the other side of him,” quipped Nieyl.

It seems that the bond these three protégés developed in the recent months made them look like siblings more than competitors.

But one thing is for sure, they are out to win!

As Nieyl put it: “We are here to compete and do our best but it doesn’t mean that we have to be enemies and hate each other.”

The champion will secure a recording contract with EMI, RM50,000 cash and a trophy. The second place winner will receive RM20,000 cash and a trophy.

The champion will compete with the winner of Indonesia’s answer to Mentor, Bintang Cari Bintang, in Kuala Lumpur. The showdown, Juara Antara Juara, will be held here in late December.

Let’s check out how the protégés see their chances in the final.

Kat (Siti Khatijah Hassan), 19

Despite her livewire performances on stage, this Penang lass admitted that she is still weak in terms of vocal techniques.

“My strength lies in my showmanship but I must improve on my vocals,” said Kat whose mentor is Datuk Siti Nurhaliza.

Kat said that her mentor is a perfectionist and demanded her total commitment.

“She encouraged me to try out other music genres apart from my favourite rock music and she has taught me how to connect with the audience,” she added.

“And in the past few months I have learned a lot in terms of vocal techniques and showmanship. And one most important thing I learned was I have to be sincere in my performance.

“I really have high hopes of winning as this is my first time taking part in a big-scale reality show.”

Fiq (Mohd Fairuz Abdul Halim), 24

“I always have this dream of becoming a singer, but I stumbled upon the Mentor audition while looking for a job in Alor Star, Kedah,” said the Sabahan with amazing vocals.

“And never in my wildest dreams did I see myself here (to reach the final) today,” added Fiq whose mentor is Amy of Search.

Despite being a clear favourite since day one, Fiq feels that he has so much to learn.

“I’m just happy to reach this far. I feel very blessed to have Amy as my mentor. It has been really good working with Amy as he always treats me like a son.

“As everybody knows, I’m a big fan of Amy’s, but working with him made me respect him so much more. He’s just unbelievably cool and collected all the time.

“He never pressures me and would allow me to sing within my capability.

“My strength is my vocals and my weakness is my showmanship, so I really have to work hard this Sunday and I really want to win.”

Nieyl (Nuriylia Zailani), 21

“I’m still digesting the fact that I’m in the final!” said Johorean Nieyl.

“I was quite sad initially when they announced Fiq and Kat as the two finalists. But that’s a competition and I accepted the result. So when the host announced my name as the third finalist I was just dumbfounded and I couldn’t stop crying,” said Nieyl whose mentor is Nurul.

“I took part in Mentor because I wanted to see how far I could go. I have been taking part in several small-scale singing competitions but without much luck.

She added that working with Nurul was an invaluable experience. “Nurul is very firm and strict when it comes to work. But she also gives me freedom to select songs for my performances.

“As I’m a bit of a slow-learner compared to the other protégés, I have to work extra hard.

“I really want to win. But even if I don’t, in my mind, all the finalists are already winners out of the 4,000 hopefuls who gave Mentor a shot.”

The Mentor final will be aired live from Wisma MBSA in Shah Alam, Selangor on TV3 at 9pm on Dec 3. For SMS voting, type Mentor protege name and send to 39003. For fixed line vote, dial 13710 for Nieyl, 13720 for Fiq and 13712 for Kat. SMS voting closes at 6pm on Dec 3.

21
Nov

Charity Gala Dinner

THERE will a Charity Gala Dinner by “With All Our Hearts” Malaysian Jusco Foundation at 7pm on Nov 23. Datuk Siti Nurhaliza, the ambassador and her band will entertain you at the Gala Dinner after a sumptuous meal, for a worthy cause. Part of the proceeds will be used to purchase a bus for Rumah K.I.D.S. which was destroyed in a fire on April 2006. Those interested, call Azahary /Nazrul at 03-92072130.