Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Tarikh yang amat besar ertinya buat kerja seni Siti iaitu hari ini, 1 April 2010. Siti berasa seperti tidak percaya bahawa perjalanan seni Siti sudah menjangkau usia 15 tahun. Banyak perkara yang telah Siti lalui, pengalaman yang bermacam-macam, keseronokan, kegembiraan, kesedihan, kedukaan namun semuanya menjadi amat manis pada hari [...]
Archive for the ‘Sitizone’ Category
Album Kontemporari Tradisional Sudah Siap…
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman ini. Harapan Siti agar anda semua dilimpahkan kebahagiaan selalu. Kepada adik-adik yang berjaya dalam UPSR baru-baru ini, Kak Siti ingin mengucapkan tahniah dan teruskan usaha untuk menjadi insan yang berguna. Kepada yang telah menduduki SPM dan STPM baru-baru ini, bersama-samalah kita berdoa agar anda semua diberikan kejayaan [...]
Majlis Hari Raya Yang Lalu…
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Seperti biasa Siti mendoakan agar anda semua berada dalam keadaan yang baik dan dikurniakan kebahagiaan selalu. Rasanya masih belum terlambat untuk Siti mengucapkan terima kasih di atas kehadiran warga Sitizone yang berkesempatan datang berhari raya bersama-sama tempohari. Pertama sekali Siti minta maaf jika ianya diadakan agak tergesa-gesa memandangkan Siti [...]
Sokongan peminat…
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Harapan Siti agar semuanya sihat seperti biasa dan berada dalam keadaan yang baik-baik belaka. Nampaknya agak lama juga Siti tak menulis di sini tetapi tidak mengapalah kerana Siti sentiasa mengikuti perkembangan anda di sini termasuklah permintaan anda untuk tidak memaparkan message board kepada bukan ahli di sini buat sementara [...]
Terima Kasih Kerana Prihatin…
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Salam penuh keceriaan buat semua dan harapan Siti agar semuanya akan mendapat apa yang dihajatkan dalam hidup. Tidak sangka pula mesej Siti yang sebelum ini menimbulkan banyak persoalan dan juga jadi bualan walaupun sewaktu menghantar mesej tersebut Siti memang tidak memikirkan apa-apa kerana merasakan ia satu mesej yang biasa [...]
Salam semuanya…
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Salam buat warga pekerja, warga belia, warga ibu, warga guru dan sesiapa yang menyambut hari Wesak baru-baru ini, nampaknya bulan Mei banyak hari-hari yang diraikan. Seperti biasa Siti mendoakan agar semua yang dijalani akan dapat dilalui dengan baik. Siti juga berdoa agar hari-hari yang bererti buat setiap seorang daripada [...]
Terima Kasih Kepada Semua
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Semoga hari-hari yang dilalui tetap ceria dan membahagiakan. Biarlah apa saja dugaan mendatang, kita tempuh dengan tabah hati kerana semua yang tersurat itu adalah ujian. InsyaAllah akan ada hari-hari indah yang menanti. Pertama sekali, terima kasih atas segala mesej yang disampaikan di laman ini. Tidak kira nasihat, teguran, salam, [...]
13 Tahun Bersama…
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Pejam celik pejam celik, esok, 1 April merupakan ulangtahun ke 13 Siti bergiat dalam bidang seni. Banyak pengalaman dan pengajaran yang telah Siti timba, melalui bermacam-macam situasi, berdepan dengan pelbagai cabaran, mengharungi saat suka dan duka, semuanya ini tak terbayangkan oleh Siti selama 13 tahun ini. Siti melewati hari-hari [...]
Zoom In, ABP dan Esplanade
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua peminat yang melayari laman ini. Doa Siti agar anda semua diberikan kesihatan dan kesejahteraan hendaknya. Alhamdulillah Siti dapat luangkan masa menulis sesuatu di sini, banyak yang Siti lalui dan gembira bertemu dengan ramai peminat di beberapa negeri dalam 2 minggu ini. Siti berpeluang menjayakan Zoom In di RTM dan [...]
Selamat Tahun Baru Cina, AJL dan ABP…
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Moga sentiasa ceria dan diberkati Allah perjalanan hidup sehari-hari kita. Siti juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada peminat Siti yang berbangsa Cina dan hendaknya anda semua gembira bersama keluarga tersayang. Siti ingin melahirkan rasa gembira dan terharu dengan komen-komen anda mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini [...]
Posted in



