Skip to content

Posts from the ‘Murai’ Category

21
Sep

Isu Tak Bayar Penulis Lirik Siti Nurhaliza Satu Fitnah



Teks Oleh: zyzamani

KUALA LUMPUR, 19 SEPT 2011: Isu tentang penulis lirik lagu Inggeris All Your Love, Datuk Siti Nurhaliza, Christian Alexender yang mendakwa tidak menerima bayaran penuh daripada pihak penerbitan adalah satu fitnah.

Jelas Pengarah Syarikat What’s Up Entertainment, Kadir Rashid, segala bayaran telah dilakukan oleh pihaknya menerusi Byran Bouro yang bertindak selaku penerbit bersama album berkenaan.

“Kami ada bukti segala bayaran telah dilakukan kepada Byran Bouro. Apa yang saya tahu Alexander merupakan penolong penulis lagu kepada Bouro. Jadi kami tak berhubung dengannya. Sebaliknya kami berhubung dengan Bouro sahaja.

“Segala bukti pembayaran dan segalanya ada dengan kami dan telah dibuat kepada Bouro. Difahamkan Bouro juga telah membuat pembayaran terhadap dia. Kami memang tak mempunyai hubungan secara langsung dengannya,” katanya ketika dihubungi murai.com.my bagi mengulas mengenai isu tersebut.

Terdahulu murai.com.my telah pun menyiarkan luahan perasaan Alexender yang mendakwa masih menunggu kontrak dan bayaran penuh berhubung pembikinan album berkenaan.

Menganggap isu yang dibangkitkan oleh Alexander sebagai satu fitnah yang tidak berasas kata Kadir pihaknya dan Siti Nurhaliza sendiri tidak tergugat mahupun merasakan imej mereka tercalar.

“Imej kami tak tercalar dengan dakwaan yang dilakukannya. Kami tak tahu apa tujuan dia lakukan sedemikian mungkin juga dia mahu publisiti murahan,” katanya penuh kesal.

Menjawab satu lagi dakwaan Alexander bahawa kelewatan album Inggeris penyanyi nombor satu negara itu berpunca daripada kelewatan bayaran yang diterima oleh penyanyi Sean Kingston, perkara tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh Kadir.

“Komen pasal Kingston tak berapa tepat. Bukan pasal pembayaran menyebabkan kelewatan sebaliknya penyanyi itu sendiri terlibat dengan kemalangan dan menyebabkan penangguhan. Pihak kami sendiri telah berhubungan dengan Kingston sebelum dia mengalami kemalangan dan urusan bayaran telah pun dibincangkan sebelum dia terlibat dengan kemalangan lagi. Jadi isu itu tak timbul,” jelasnya.

Dalam pada itu, jelas Kadir, pihaknya dan Siti Nurhaliza sendiri tidak berniat untuk mengambil tindakan undang-undang buat masa ini terhadap penyanyi R&B kelahiran Australia itu.

Tweet
KONGSI

Murai

10
Sep

Dato Siti Nurhaliza Duet Dengan Pit Bull Dan Alicia Keys

KL, 9 SEPTEMBER 2011: Walaupun Murai Batu terbaca bahawa pelancaran album Inggeris Dato Siti Nurhaliza terpaksa ditangguhkan kerana masalah dengan penyanyi antarabangsa Sean Kingston, tapi lebih dari itu penyanyi tersohor kita ini menyembunyikan sesuatu.

Puas juga Murai Batu mengorek apakah jenis masalah yang dihadapi Dato Siti dengan penyanyi Fire Burning itu dan akhirnya Murai Batu dapat tahu masalah yang mereka alami ialah soal bayaran.

Opss… nanti dulu. Bukannya Siti Nurhaliza tidak mampu membayar Sean Kingston, tapi masalah itu nampaknya lebih datang daripada pihak penyanyi hip-hop itu sendiri. Maklum sajalah bukannya senang berurusan dengan artis barat sehebat Sean Kingston. Banyak ‘cekadaknyer’.

Apapun Murai Batu doakan agar Dato Siti dapat menyelesaikan masalah ini sebelum pelancaran album inggeris All Your Love yang dijangkan akan diadakan pada 25 September ini.

Jangan mudah putus asa Dato Siti, kami sentiasa menyokong anda dari belakang.

Well, I am pretty sure Dato Siti could find the best solution. Ceh wah, speaking London nampaknya Murai Batu. Poyo lah?

Janganlah macam tu, Murai Batu sebenarnya nak juga berlatih berbahasa Inggeris kerana nampaknya Dato Siti Nurhaliza memang serius melahirkan album Inggeris ini. Lebih serius lagi apabila Murai Batu dapat tahu ada dua orang lagi nama besar dalam albumnya ini.

Jangan sangka hanya Mizz Nina saja yang telah berjaya menjalin kerjasama dengan Flo Rida tapi nampaknya Siti Nurhaliza juga telah berjaya mendapatkan Pitbull dan Alicia Keys untuk merealisasikan albumnya ini.

Wow! Itu saja yang boleh Murai Batu ungkapkan. Dato Siti Nurhaliza you are awesome.

Khabarnya, Siti sengaja menyembunyikan kerjasama ini dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan dua nama besar berkenaan. Tak sabar rasanya Murai Batu nak dapatkan album dan mendengar sendiri nyanyian Siti dengan dua penyanyi hebat itu.

Daripada sedikit kaji selidik yang Murai Batu buat, bukannya murah untuk mendapatkan nama-nama besar ini. Kalau tak silap Murai Batu boleh mencecah USD100,000 atau RM299,000 untuk satu lagu. Itu tidak masuk lagi nilai untuk artis antarabangsa berkenaan tampil dalam klip video. Lain pula harganya.

Bayangkan, berapa agaknya jumlah Ringgit Malaysia yang telah Dato Siti gunakan semata-mata untuk memperhebatkan album Inggerisnya ini?

Jawapan untuk persoalan ini, akan Murai Batu dapatkan daripada salah serang wartawan portal murai.com.my yang akan hadir ke majlis pelancaran album Inggeris Dato Siti Nurhaliza pada 25 September ini, ok.

Murai Batu: Kalau Mizz Nina duet dengan Flo Rida, Dato Siti dengan Sean Kingston, Pitbull dan juga Alicia Keys. Penyanyi seberang Agnes Monica pula berduet dengan Michael Bolton. Class kau Maria.

Tweet
KONGSI

Murai

2
Sep

Shout! Awards 2010: Yuna Menang Besar

Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Fotografi

KUALA LUMPUR, 21 NOV 2010: Penyanyi dan komposer muda, Yuna mencipta kejayaan dan dominasi tesendiri apabila membawa pulang tiga anugerah sekaligus di acara anugerah berprestij, Shout! Awards yang telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi.

Lebih membanggakan lagi, antara tiga anugerah tersebut Yuna telah dinobatkan sebagai penyanyi pop negara dalam anugerah Popstar Award di mana kesemua yang terscalon adalah terdiri daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza & Kris Dayanti, Jaclyn Victor, Mizz Nina dan Zee Avi.

Selain Yuna, kemenangan Zizan sebagai personliti TV kegemaran ramai dalam Favourite TV Personality Award telah mengejutkan ramai pihak kerana buat pertama kalinya pengacara no.1 Malaysia, Aznil Hj Nawawi dikalahkan oleh seorang pelawak yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan.

Kumpulan Bunkface juga meraih perhatian apabila sekali lagi menerima angerah bintang rock atau Roctstar Award pada malam itu selain memenangi muzik video terbaik dalam Music Vidoe Award pada acara anugerah yang dibanjiri oleh lebih 20 000 orang itu.

Turut menerima pengiktirafan adalah Faizal Tahir apabila telah merebut tahta vokal terbaik dalam Power Vokal Award yang sebelum ini pernah dipegang oleh Jaclyn Victor dalam Shout! Awards 2009.

Manakala anugerah penyanyi Hip Hop dan R&B terbaik yang dipanggil sebagai Flava Award pula telah diberikan kepada penyanyi Inggeris yang sedang popular dengan lagu What You Waiting For, Mizz Nina menggantikan Joe Flizzow pada tahun lalu.

Seperti anugerah lain, Hot Chick Award dan Hot Guy Award juga telah bertukar takhta pada tahun ini apabila pelakon Scha Al-Yahya merampasnya daripada tangan Marion Counter yang memenganginya pada Shout! Award 2009 begitu juga pengacara The Quickie 8TV, Henry Golding yang pertama kali menerima anugerah tersebut selepas Faizal Tahir.

Berikut adalah senarai pemenang malam kemuncak Shout! Award yang berlangsung sebenar tadi:

Rockstar Award

Azlan & The Typewriter
Bunkface (Pemenang)
Faizal Tahir
Hujan
Meet Uncle Hussein
Pop Shuvit

Popstar Award

Aizat
Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti
Jaclyn Victor
Mizz Nina
Yuna (Pemenang)
Zee Avi

Power Vocal Award

Azlan & The Typewriter
Black
Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti
Faizal Tahir (Pemenang)
Jaclyn Victor
Rithan (Deja Voodoo Spells)

Flava Award

Altimet
DJ Fuzz & Malique
Joe Flizzow
Malique
Mizz Nina (Pemenang)
Sonaone

Music Video Award

Prom Queen (Bunkface) (Pemenang)
Osaka (Disagree)
Do It, Duit (Joe Flizzow)
Mirage (Pesawat)
Marabahaya (Project EAR)
Cinta Kosmik (The Fabulous Cats)

Break Out Award (Best New Act)

Azlan & The Typewriter
Black
Mizz Nina
Monoloque
Yuna (Pemenang)
Zee Avi

Best On Screen Chemistry Award

Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom) (Pemenang)
Upin & Ipin (Upin & Ipin)
Remy Ishak & Tiz Zaqyah (Nur Kasih)
Farid Kamil & Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)
Wakaka Crew & Giler Battle Crew (Showdown 2010)
Afdlin Shauki & Rashidi Ishak (Setem)

Fresh TV Series (New TV Series)

Adamaya (MIG Production)
Arjuna (KRU Studios)
Blogger Boy (Red Communications Sdn Bhd)
Gelora Di Hati Sara (Suhan Movies & Tradings Sdn Bhd)
Nur Kasih (Flimscape) (Pemenang)
Qalesya (Nusantara Seni Karya Sdn Bhd)

Breakthrough Feature Award

Cuci The Musical (Tall Order Productions)
Geng: Pengembaraan Bermula (Les’ Copaque Production)
Lagenda Budak Setan (Sharad Khan) (Pemenang)
Papadom (Gayathri Su-Lin Pillai)
Pisau Cukur (Lina Tan)
Setem (Gayatri Su-Lin Pillai)

Favorite TV Program

Imam Muda
One In A Million Year 3
Melodi
Raja Lawak 4
Anugerah Juara Lagu 24
Showdown 2010 (Pemenang)

Favorite TV Personality Awards

Ally Iskandar (AJL 24)
Awal Ashaari (Fuhh!)
Aznil Haji Nawawi (Jangan Lupa Lirik)
Daphne Iking (The Breakfast Show)
Henry Golding (8TV Quickie)
Zizan Raja Lawak (Raja Lawak 4) (Pemenang)

Coolest Radio Announcer Award

Faizal Ismail (HotFM AM Krew)
Hafiz Hatim (FlyFM Night Flight)
Jeremy Teo (RedFM Evenings)
Hunny Madu (FlyFM Campur Chart)
Fara Fauzana (HotFM AM Krew)
Phat Fabes (FlyFM Pagi Show) (Pemenang)

Favorite Radio Show Award

The Red FM Breakfast Show with JD & Dilly (JD & Dilly)
Fly FM Pagi Show (Phabes, Ben & Nadia)
Malaysia’s Hottest Music – Hot 10@10 (Hunny Madu)
Fly FM Campur Chart (Hunny Madu)
Hot FM AM Krew (Fara, Faizal & AG) (Pemenang)
Fly FM Rush Hour (Jules & Prem)

Hot Chick Award

Maya Karin
Mizz Nina
Nora Danish
Nur Fazura
Scha Al-Yahya (Pemenang)
Vanidah Imran

Hot Guy Award

Faizal Tahir
Farid Kamil
Hans Isaac
Henry Golding (Pemenang)
Remy Ishak
Shaheizy Sam

Mobile Artiste of The Year Award

6ixth Sense – Khatimah Cinta
Aril – Menatap Matamu
Saleem – Tinggal Kenangan
6ixth Sense – Tanpa (Pemenang)
Yuna – Dan Sebenarnya
Alif Satar – Cukup Indah

Ultimate Shout! Award – Yuna

Tweet
KONGSI

Murai

25
Aug

Rozita Che Wan Terkejut Dipanggil Dato’ Siti Nurhaliza

KL,24 OGOS 2011: Petang semalam Detektif Stailista telah berpeluang menghadiri majlis rakaman hari raya dan Merdeka bersama-sama penghuni rumah Titian Kaseh yang dianjurkan stesen TV Astro Awani menerusi segmen Gala TV.

Pulang saja dari majlis yang serba teratur dan meriah itu Detektif Stailista telah berkongsi pengalamannya dengan Murai Batu perihal seorang kanak-kanak daripada rumah berkenaan yang telah memanggil Rozita Che Wan sebagai Dato’ Siti Nurhaliza.

Ceritanya bermula apabila seorang kanak-kanak telah dipanggil oleh salah seorang personaliti TV Astro Awani, Dino Omar untuk menyertai permainan sebagai salah satu aktiviti rakaman rancangan berkenaan.

Bagi menghangatkan lagi permainan berkenaan, adik berkenaan boleh memilih salah seorang artis yang turut hadir menyerikan majlis amal itu dan kemudian barulah permainan ala-ala lakonan Anak Wayang bermula.

Mulanya Murai Batu agak hairan. Adakah adik berkenaan sengaja memanggilnya sebagai Dato’ Siti Nurhaliza ataupun mungkin dia tidak pernah mengenali Rozita Che Wan sebagai seorang pelakon yang sangat popular?

Mungkin juga adik itu sangat memuja Dato’ Siti Nurhaliza sehingga dia terlajak kata memanggil Dato Siti, walaupun ikon berkenaan tidak berada di majlis berkenaan.

Tapi bila melihat sendiri foto yang dirakamkan oleh jurufoto Detektif Stailista, barulah Murai Batu mengerti atau faham mengapa adik berkenaan memanggil Rozita Che Wan sebagai Dato Siti Nurhaliza.

Semuanya gara-gara apabila Rozita memakai sarung penutup kepala seperti yang selalu digayakan oleh penyanyi pujaan ramai itu .

Murai Batu difahamkan Rozita sangat terkejut dengan panggilan itu dan kesannya dia tidak dapat memberi tumpuan ketika sesi permainan itu dijalankan kerana menganggap insiden berkenaan sebagai sesuatu yang amat melucukan.

Bagaimanapun dia langsung tidak mengambil hati kerana perkara sedemikian memang ssering berlaku, apatah lagi bila ianya datang daripada seorang kanak-kanak.

Menurut Detektif Stailista lagi, selepas bertanya sendiri kepada Rozita tentang sarung kepala berkenaan, alasannya, dia bukanlah kerana ingin meniru gaya Dato’ Siti, sebaliknya dia sekadar untuk menutup kepala kerana program berkenaan membabitkan sesi mengecat dinding.

Kerana takut rambutnya yang cantik itu terkena cat, maka ada relevannya juga Rozita memakai serkup kepala berkenaan dengan penuh bergaya.

Baguslah macam tu Rozita Che Wan. Perkara remeh-temeh macam ini tak perlu diambil hati sangat. Tapi menurut firasat Murai Batu sekiranya Rozita Che Wan mahu sangat bertudung, tak ada salahnya. Mungkin sudah tiba masanya.

Murai Batu: Suka melihat gaya bertudung beberapa selebriti seperti Nora J, Aida Khalida, Yuna dan Fida. Itulah gaya sebenar untuk bertudung.

Tweet
KONGSI

Murai

18
Aug

Isu SimplySiti Tak Halal: Siti Nurhaliza Akui Terkesan!

Teks oleh Syafiqah Jalal

Photo oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 17 OGOS 2011: Penyanyi tersohor Negara, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin akui benar-benar terkesan dengan tuduhan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan produk keluarannya, SimplySiti sebagai tidak halal .

Malah, lebih teruk lagi Siti Nurhaliza memberitahu, kejatuhan jualan produknya juga berlaku dengan kadar segera dan ketara sebaik sahaja ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan tuduhan tersebut di sebuah laman blog pada 3 Ogos lalu. Laporan dalam blog tersebut juga mendakwa bahawa sampel berus produk SimplySiti telah dikesan mengandungi DNA bulu babi

“Terus-terang tuduhan mengenai SimplySiti tidak halal ini telah memberi kesan dan impak yang besar terhadap jualan terhadap produk kami. Apa tidaknya, bayangkan bila isu ini dibangkitkan pada hari Jumaat, serta-merta pada hari Sabtu dan Ahad jualan kami terus jatuh merudum!

“Selain itu, ia telah secara tidak langsung memburukkan nama baik SimplySiti. Malah, kami dapat tahu ada pengguna yang sudah pun membuang dan terus tidak memakai produk kami. Saya sangat kesal dan sedih dengan pada yang berlaku.

“Sebenarnya, semua yang berlaku adalah dari salah tafsiran beberapa pihak. Memang susah untuk mendapatkan logo halal daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan kami pun menunggu lama untuk mendapatkannya.

“Namun, kami berjaya mendapatkannya sebelum SimplySiti keluar lagi. Kini, kami rasa berbesar hati apabila Jakim sekali lagi menyokong dan membantu meyakinkan orang ramai bahawa produk kami memang halal,” jelasnya kepada murai.com.my

Bagaimanapun Siti Nurhaliza sebelum ini sudah pun mengeluarkan kenyataan balas dari tuduhan tersebut dan menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar dan berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM.

Siti Nurhaliza yang kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku bagaimanapun akur dan terima dugaan yang ditempuhi itu sebagai lumrah naik jatuh perniagaan.

“Alhamdulillah, spekulasi ini pun sudah terjawab dan peminat serta pengguna saya pun lega bila dapat tahu tuduhan itu sama sekali tidak benar. Apa-apa pun, saya akur dengan paa yang berlaku. Mungkin ada hikmah daripada semua ini terjadi,”jelasnya dalam selepas majlis doa selamat dan berbuka puasa SimplySiti di Masjid Wilayah, malam semalam.

Bagi mengeratkan ukhwah dan mengucapkan syukur di atas anugerah dan rezeki daripadaNya terhadap produk SimplySiti, Siti turut mengadakan majlis berbuka untuk para wartawan, rakan pernigaan, para pengguna setia dan anak-anak yatim.

“Majlis berbuka puasa ini adalah acara tahunan bagi SimplySiti dan ia memang saat dinanti-nantikan kami. Ini kerana bagi pihak Siti dan SimplySiti sendiri, acara berbuka puasa bersama semua tetamu bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim anatara kami disamping dapat berkongsi rasa syukur di bulan yang mulia ini,” tambahnyanya lagi.

Selain majlis berbuka puasa, Siti serta pihak SimplySiti turut menyampaikan sumbangan dan penyerhanan duit raya buat anak-anak yatim dari rumah Anak Yatim Gombak yang turut hadir serta turut diraikan dalam majlis tersebut.

Tweet
KONGSI

Murai

31
Jul

Siti Nurhaliza (Datuk)

NAMA SEBENAR: Siti Nurhaliza Taruddin

TARIKH LAHIR: 11 Januari 1979

TEMPAT LAHIR: Kuala Lipis, Pahang

PROFESION: Penyanyi & pelakon teater

STATUS: Berkahwin

SUAMI: Datuk Khalid Mohd Jiwa

ALBUM: Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Cindai, Adiwarna, Seri Balas, Shahmura, Konsert Live Siti Nurhaliza, The Best of Siti Nurhaliza, Safa, The Most Won Artist, EMAS, Prasasti Seni.

PENCAPAIAN: Antaranya – Persembahan Terbaik Bintang HMI 1996, Artis Baru Paling Popular Anugerah Muzik Popular 1996, Juara Lagu 96 Jerat Percintaan, Lagu Terbaik AIM 97, Persembahan Terbaik & Juara Kategori Balada menerusi Aku Cinta Padamu Juara Lagu 97, Penyanyi Wanita Paling Popular & Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Paling Popular 98, Juara Lagu 98 Cindai, Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album & Album Terbaik AIM 99, Bintang Paling Popular 99.

Klik Di Sini Untuk Menonton Aksi Datuk Siti Nurhaliza Di Dalam Aksi Murai

Tweet
KONGSI

Murai

20
Jul

APM 2011: Kali Terakhir Buat Dato Siti Nurhaliza Sertai?

Teks oleh Syafiqah Jalal

SINGAPURA, 16 JULAI 2011: Penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza terpaksa menerima hakikat apabila namanya digugurkan daripada kategori Artis Serantau Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik (APM) untuk tahun berikutanya.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh pihak penganjur APM sewaktu malam kemuncak APM 2011berlangsung di Max Pavilion Singapura Expo, malam Jumaat lalu. Tindakan itu dilakukan berikutan Siti Nurhaliza telah memenangi kategori Artis Serantau Paling Popular sebanyak sepuluh kali pada anugerah tersebut.

Akur dengan keputusan dari pihak penganjur, Siti Nurhaliza berkata dia tidak begitu kecewa kerana dia masih lagi boleh menyertai kategori lain dan sentiasa menyokong satu-satunya anugerah yang menggabungkan pemuzik dan penyanyi dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia itu.

“Alhamdulilah, syukur dengan kemenangan ke sepuluh saya ini. Ini membuktikan peminat saya masih setia hingga tidak berbelah bahagi menyokong saya. Namun saya terima bila ini merupakan anugerah terakhir saya untuk kategori Artis Serantau Paling Popular.

“Sebenarnya saya sudah diberitahu oleh pihak pengajur setibanya saya sampai disini. Pihak penganjur memberitahu sebelum itu, jika saya menang lagi untuk kali ke-10 kategori ini secara automatiknya penyertaan saya terpaksa digugurkan untuk tahun seterusnya.

“Namun, hanya untuk satu kategori sahaja kerana kategori ini hanya melibatkan saya seorang. Lagipun saya masih mahu bersama APM pada penganjuran yang seterusnya untuk kategori lain kerana untuk kategori lain saya bukan hanya mempertaruhakan diri saya sahaja malah pemuzik dan komposer lain yang menghasilkan lagu-lagu saya,” jelasnya selepas berlangsungnya anugerah berprestij tersebut.

Namun begitu, Siti Nurhaliza hanya menerima keputusan tersebut dengan positif dan alasan yang diberikan masih sama seperti ketika dia membuat keputusan menarik diri dari Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini.

“Saya terima keputsuan ini dengan hati yang terbuka, saya masih berpegang pada kata bekas perdana menteri kita Tun Dr. Sri Mahathir, ketika tengah sedap tu baik kita berhenti.

“Lagipun cukuplah, biarlah anugerah malam ini anugerah yang terakhir untuk kategori ini. Saya juga sudah cukup berbangga dengan kemenangan ini kerana ia melibatkan tiga buah negara iaitu Singapura, Indonesia selain Malaysia,” kata isteri kepada Dato Khalid Mohamad Jiwa ini lagi.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza memberitahu dia kini sedang sibuk menguruskan pernigaan produk kecantikan SimplySiti sebelum fokus kepada album studio baru yang akan diterbitkan pada tahun hadapan.

“Saya terpaksa menumpukan kepada perniagaan pada tahun ini, memandangkan SimplySiti pun masih lagi baru dalam menempa namanya. Saya juga sibuk dengan promosi Simply Siti di beberapa tempat.

“Album penuh pula saya target untuk keluarkannya pada tahun hadapan. Cuma saya akan lancarkan single Inggeris pertama saya iaitu Falling In Love, InsyaAllah pada bulan sembilan ini terlebih dahulu,” tambah Siti yang telah mempersembahkan single tersebut istimewa di malam anugerah APM itu.

Tweet
KONGSI

Murai

20
Jul

Dato Siti Nurhaliza Bakal Sambung Study Di Uitm?

KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2011: Berita yang baru Murai Batu dengar ini amat membanggakan. Khabarnya penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza akan menyambung pelajaran semula.

Kalau benarlah seperti yang didengar, Murai Batu amat gembira dengan berita itu.

Tidak dinafikan Siti Nurhaliza sememangnya mempunyai jutaan peminat dan setiap langkahnya pasti akan dijejaki. Lantas niatnya itu seharusnya direstui dan Murai Batu yakin peminat akan menyokongnya.

Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan, langkah pelantun lagu Percayalah ini mampu membakar semangat dan memberi inspirasi kepada peminatnya untuk sama-sama menyambung pengajian sebagai bekalan masa depan masing-masing.

Dengar kata, bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (Uitm) menjadi pilihan utama Siti Nurhaliza dan Murai Batu doakan agar niatnya itu akan dapat dilaksanakan.

Semoga langkah yang diambil oleh Siti Nurhaliza menjadi contoh kepada selebriti lain untuk turut sama mengembangkan bakat serta ilmu diri.

MURAI BATU: Bangga dengan Siti Nurhaliza, namun kecewa dengan selebriti yang semakin digilai ramai tapi dah mula besar kepala.

Tweet
KONGSI

Murai

18
Jul

APM 2011: Kali Terakhir Buat Siti Nurhaliza Sertai?

Teks oleh Syafiqah Jalal

SINGAPURA, 16 JULAI 2011: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza terpaksa digugurkan penyertaanya untuk tahun seterusnya dari Anugerah Planet Muzik (APM) bagi kategori Artis Serantau Paling Popular setelah memenangi sebanyak sepuluh kali di malam kemuncak anugerah tersebut yang berlangsung di Max Pavilion Singapura Expo, Jumaat malam.

Akur dengan keputusan dari pihak penganjur, Siti Nurhaliza berkata dia tidak begitu kecewa kerana dia masih lagi boleh menyertai kategori lain dan sentiasa menyokong satu-satunya anugerah yang menggabungkan pemuzik dan penyanyi dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia itu.

“Alhamdulilah, syukur dengan kemenangan ke sepuluh saya ini. Ini membuktikan peminat saya masih setia hingga tidak berbelah bahagi menyokong saya. Namun saya terima bila ini merupakan anugerah terakhir saya untuk kategori Artis Serantau Paling Popular.

“Sebenarnya saya sudah diberitahu oleh pihak pengajur setibanya saya sampai disini. Pihak penganjur memberitahu sebelum itu, jika saya menang lagi untuk kali ke-10 kategori ini secara automatiknya penyertaan saya terpaksa digugurkan untuk tahun seterusnya.

“Namun, hanya untuk satu kategori sahaja kerana kategori ini hanya melibatkan saya seorang. Lagipun saya masih mahu bersama APM pada penganjuran yang seterusnya untuk kategori lain kerana untuk kategori lain saya bukan hanya mempertaruhakan diri saya sahaja malah pemuzik dan komposer lain yang menghasilkan lagu-lagu saya,” jelasnya selepas berlangsungnya anugerah berprestij tersebut.

Namun begitu, Siti Nurhaliza hanya menerima keputusan tersebut dengan positif dan alasan yang diberikan masih sama seperti ketika dia membuat keputusan menarik diri dari Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini.

“Saya terima keputsuan ini dengan hati yang terbuka, saya masih berpegang pada kata bekas perdana menteri kita Tun Dr. Sri Mahathir, ketika tengah sedap tu baik kita berhenti.

“Lagipun cukuplah, biarlah anugerah malam ini anugerah yang terakhir untuk kategori ini. Saya juga sudah cukup berbangga dengan kemenangan ini kerana ia melibatkan tiga buah negara iaitu Singapura, Indonesia selain Malaysia,” kata isteri kepada Dato Khalid Mohamad Jiwa ini lagi.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza memberitahu dia kini sedang sibuk menguruskan pernigaan produk kecantikan SimplySiti sebelum fokus kepada album studio baru yang akan diterbitkan pada tahun hadapan.

“Saya terpaksa menumpukan kepada perniagaan pada tahun ini, memandangkan SimplySiti pun masih lagi baru dalam menempa namanya. Saya juga sibuk dengan promosi Simply Siti di beberapa tempat.

“Album penuh pula saya target untuk keluarkannya pada tahun hadapan. Cuma saya akan lancarkan single Inggeris pertama saya iaitu Falling In Love, InsyaAllah pada bulan sembilan ini terlebih dahulu,” tambah Siti yang telah mempersembahkan single tersebut istimewa di malam anugerah APM itu.

Tweet
KONGSI

Murai

12
Jul

Siti Nurhaliza Akan Sambung Belajar?

KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2011: Berita yang baru Murai Batu dengar ini amat membanggakan. Khabarnya penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza akan menyambung pelajaran semula.

Kalau benarlah seperti yang didengar, Murai Batu amat gembira dengan berita itu.

Tidak dinafikan Siti Nurhaliza sememangnya mempunyai jutaan peminat dan setiap langkahnya pasti akan dijejaki. Lantas niatnya itu seharusnya direstui dan Murai Batu yakin peminat akan menyokongnya.

Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan, langkah pelantun lagu Percayalah ini mampu membakar semangat dan memberi inspirasi kepada peminatnya untuk sama-sama menyambung pengajian sebagai bekalan masa depan masing-masing.

Dengar kata, bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (Uitm) menjadi pilihan utama Siti Nurhaliza dan Murai Batu doakan agar niatnya itu akan dapat dilaksanakan.

Semoga langkah yang diambil oleh Siti Nurhaliza menjadi contoh kepada selebriti lain untuk turut sama mengembangkan bakat serta ilmu diri.

MURAI BATU: Bangga dengan Siti Nurhaliza, namun kecewa dengan selebriti yang semakin digilai ramai tapi dah mula besar kepala.

Tweet
KONGSI

Murai