Skip to content

Posts from the ‘Cyberita’ Category

8
Jan

Siti nur’hajah’liza



KUALA LUMPUR: Selepas pulang menunaikan ibadat haji, penyanyi terkenal, Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 28 tahun, buat kali pertamanya tampil dengan imej bertudung ketika menghadiri majlis hari jadi Cef Wan di Restoran Tarbush di Starhill, Bukit Bintang, di sini malam kelmarin.

Siti berangkat ke Makkah pada 13 Disember lalu untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dan selamat pulang ke Malaysia pada 27 Disember lalu.

Beliau diitemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa, ketika ditemui di majlis tersebut dan memberitahu bahawa penampilannya itu akan dikekalkan.

‘Insya-Allah, buat masa sekarang inilah penampilan saya dan tudung ini direka khas Datuk Bernard Chandran.

‘Saya ada beberapa lagi koleksi tudung yang sama. Rasanya ia sangat sesuai,’ katanya ketika ditemui pemberita.

Siti juga menegaskan beliau akan menutup kepala apabila menyertai Anugerah Juara Lagu Ke-22 yang dijadualkan berlangsung 27 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.

‘Setakat ini, saya belum pasti bagaimana corak tudungnya, tetapi apa yang pasti, saya akan menutup kepala.

‘Walaupun lagu Destinasi Cinta agak rancak, ia bukan satu masalah kerana cara berpakaian saya sekarang boleh disesuaikan dengan corak persembahan,’ kata Siti.

Siti tidak menafikan bahawa penampilannya itu akan menimbulkan ‘percakapan belakang’ di kalangan masyarakat.

Bagaimanapun, beliau berkata beliau tidak akan menghiraukannya kerana keputusannya itu ikhlas dan disenangi serta disokong suaminya. — Harian Metro.

16
Dec

Siti kepit beg LV tunai haji

Kemunculan Datuk Siti Nurhaliza dalam majlis pelancaran album solonya baru-baru ini menimbulkan tanda tanya apakah peranan orang di sekelilingnya, termasuk suaminya, Datuk K, dalam memberikan nasihat yang jujur dan ikhlas kepada penyanyi nombor satu itu.

Bukan saja pakaiannya, bahkan serkup tudung dari kain lace yang dipakainya sempena pelancaran album Hadiah Daripada Hati bukan saja tidak kena, bahkan memperlihatkan Siti dalam gaya ‘terburuknya’ sejak bergelar penyanyi.

Sekurang-kurangnya itulah yang disebut oleh penulis-penulis pojok akhbar dan majalah hiburan serta forum di laman-laman web yang menyifatkan ia “sebagai gaya paling hodoh penyanyi itu selama ini”.

Ramai yang tertanya-tanya dalam hati tidakkah ada sesiapa termasuk suaminya memberitahu bahawa pakaiannya itu langsung tidak sesuai dengan tubuhnya yang semakin gempal dan bulat kini.

Apapun, dua hari selepas itu, orang ramai di lapangan terbang melihat Siti berjubah dan bertudung putih menaiki pesawat untuk ke tanah suci mengerjakan ibadah haji.

Memang ramai yang perasan Siti kerana hanya beliau satu-satunya jemaah yang memakai beg tangan LV!

Gambar2 dari syokkahwin.com

ImageShack
wow.. peha…

ImageShack
seluar hippo paling buruk

14
Jun

Siti, Datuk K rai ulang tahun di Venice

KEINDAHAN kota Venice menjadi pilihan pasangan suami isteri, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamed Jiwa, untuk menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Ogos ini, genap setahun mereka melayari hidup bersama.

Biarpun pada mulanya Siti seakan berahsia tentang destinasi sambutan itu, tetapi akhirnya Khalid telus memberitahu Venice menjadi kota pilihan mereka.

‘Kami akan ke Venice selama dua minggu. Dah lama kami merancang untuk ke sana. Cuma tarikhnya kami belum tentukan lagi,’ dedah Khalid dalam laporan akhbar Utusan Malaysia.

Menyentuh soal menimang cahaya mata pula, Siti berkata:

‘Saya tak merancang dan jika dapat anak dalam masa terdekat, satu rezeki buat saya. Ada juga yang kahwin enam atau tujuh tahun baru dapat anak, kan? Saya harap rezeki saya tidaklah selambat itu.

‘Saya macam isteri-isteri lain yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. Dengan cara berjumpa pakar kesihatan selain bertanya kepada orang-orang tua.’

22
Mar

Remaja dakwa ditumbuk Datuk K

KUALA LUMPUR: Seorang remaja, Muhammed Kasheef Harris, 18 tahun, kelmarin mendakwa dia ditumbuk oleh Datuk Khalid Mohd Jiwa, suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.

Muhammed Kasheef yang mendakwa dirinya rakan karib anak kedua Datuk Khalid, Muhammad Adib, 17 tahun, membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Dalam laporan dua muka surat itu, remaja terbabit mendakwa mata kirinya lebam selain cedera pada mulut dan rahang akibat ditumbuk Datuk Khalid, yang lebih dikenali sebagai Datuk K.

Kejadian itu dikatakan berlaku di rumah bekas isteri peniaga itu, Tengku Zawiyah Tengku Izham, di Bukit Antarabangsa dekat sini pada malam Sabtu lalu.

‘Saya tiba di rumah Adib yang terletak tidak jauh dari rumah saya di Bukit Antarabangsa pada 11.18 malam selepas dia hantar dua SMS merayu saya ke rumahnya,’ kata remaja itu.

Muhammed Kasheef mendakwa sebaik sahaja dia masuk ke rumah dan bersemuka dengan Datuk K, beliau bertindak membuat beberapa tuduhan melulu terhadapnya.

Muhammed Kasheef mendakwa Datuk K yang tidak puas hati dengan penjelasannya telah bertindak menumbuk muka dan badannya beberapa kali.

Datuk K menafikan dakwaan tersebut.

‘Saya tidak tahu apa niat dia atau pihak lain. Biarlah polis siasat perkara ini,’ katanya. – Utusan Malaysia.

25
Jan

MONTOK SITI KERANA ‘BERISI’?

SEJAK jelitawan dari seberang, Siti Nurhaliza, berumah tangga, sejak itu juga beliau tidak putus-putus dihujani persoalan tentang kehamilan.

Setiap kali ditanya, jawapannya serupa, masih belum ada apa-apa.

Tetapi wartawan Utusan Malaysia baru-baru ini menerima panggilan daripada seorang penganjur acara yang beriya-iya ingin tahu kedudukan sebenarnya.

‘Saya ‘tempah’ Siti untuk satu konsert Ogos nanti. Tapi saya diberitahu Siti tak mahu terima sebarang undangan waktu itu sebab nak bercuti.

‘Cuti bersalin ke waktu itu?,’ tanyanya.

Mungkin itulah sebab mengapa Siti asyik kelihatan berpakaian hitam sejak kebelakangan ini. Tetapi kata Siti, warna itu hanya untuk menyembunyikan sedikit susuk tubuhnya yang makin montok.

Apakah montok Siti memang dek berisi?

13
Jan

Siti terus dilamun cinta

MEMANG penyanyi jelita Siti Nurhaliza sedang asyik bercinta.

Kalau tidak masakan beliau mengakui ‘kasih sayang daripada suami hadiah paling berharga’ buatnya – hadiah hari lahirnya yang ke-28 kelmarin.

Majlis hari lahir Siti diraikan pada Rabu malam lalu di Restoran Gaucho, Chulan Square, Kuala Lumpur dengan kehadiran 150 tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat dan wartawan.

‘Syukur Alhamdulillah. Siti bahagia dengan kehidupan sekarang. Ini juga kali pertama Siti sambut hari lahir sebagai isteri. Majlis ini sebenarnya dibuat suami Siti,’ katanya.

Sesekali, aksi romantis Siti dan suaminya, Datuk K, jelas kelihatan apabila mereka berpimpinan tangan sambil melayan tetamu yang hadir.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan sambutan itu ialah penyanyi Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Syafinaz, Nora dan suaminya, Johan Nawawi, Ezlynn, Aznil Nawawi, Nurul, Linda Rafar dan Syed Aiman, Juliza Adlizan, Sharifah Shahira, Ijoy, Sharifah Norhaslinda dan suaminya, Datuk Reezal Merican, Kat serta Fara Fauzana.

Sementara menantikan detik 12 malam, majlis yang dihoskan pelawak Dee telah diserikan dengan persembahan Syed Sobri dan isteri, Azie, yang menden dangkan beberapa lagu antaranya I Finally Found Someone, Mencintaimu, Nyanyian Asmara dan Aku Makin Cinta.

Acara memotong kek telah diawalkan kira-kira setengah jam untuk mengelakkan majlis berakhir begitu lewat.

Kalau ada yang menyangka Siti bakal menjadi ibu, Siti memberitahu belum ada tanda-tanda beliau hamil.

30
Nov

NAMA BAYI SITI

MESKIPUN penyanyi popular Siti Nurhaliza sudah selamat bernikah dengan Datuk K, masih ada sesetengah pihak yang mula mengandaikan nama bayinya jika Siti berkahwin dengan orang lain.

Apakah nama-nama itu?

Kalau berkahwin dengan orang Jepun nama anaknya, Honda Siti (mengikut jenama kereta Jepun Honda City).

Kalau berkahwin dengan orang media, namanya, Publi Siti.

Kalau berkahwin dengan pemaju hartanah, namanya Siti Square (sempena nama tempat membeli-belah di Johor Bahru, City Square).

Kalau anaknya kembar, namanya Twin Siti (macam menara berkembar Petronas).

Kalau berkahwin dengan profesor, namanya Univer Siti.

Kalau berkahwin dengan pelakon filem Cathay Keris tahun 1960-an, nama anaknya Siti Tanjung Pahang.

Kalau berkahwin dengan Menteri Pelancongan, namanya, Siti Siti Malaysia (macam kempen melancong, Cuti-Cuti Malaysia).

Kalau berkahwin dengan orang Tenaga Nasional Berhad, namanya Elektrik Siti.

15
Nov

TENGKU ZAWYAH DAPAT BAYI

DI tengah-tengah orang asyik bertanya sama ada penyanyi Siti Nurhaliza sudah berbadan dua atau tidak, bekas isteri Datuk K pula yang menimang cahaya mata.

Tengku Zawyah Tengku Izham, 43 tahun, mengakui beliau amat bahagia apabila menerima kehadiran ‘orang baru’ sebagai penyeri kehidupan beliau dan anak-anaknya pada Hari Raya ketiga.

Setelah mempunyai empat anak lelaki kandung yang berusia antara lapan dengan 19 tahun, Tengku Zawyah kini mengambil seorang bayi perempuan, Puteri Eiliyah Erina, lapor akhbar Mingguan Malaysia.

‘Kak Ku (panggilan manjanya) memang suka budak-budak. Bila dapat pula anak angkat perempuan, memang gembira sangat.

‘Maklumlah empat orang anak Kak Ku semuanya lelaki. Bila ada seorang puteri, gembira tidak terkata. Malah anak-anak Kak Ku pun sayang sangat dekat adik mereka ini,’ katanya.

Sebelum mendapat Puteri Eiliyah Erina, Tengku Zawyah sempat membeli lima buah buku untuk memilih nama anaknya itu. Akhirnya nama yang dicadangkan anak sulungnya, Anas, juga menjadi pilihan.

26
Oct

SITI ARTIS TERMUDA DAPAT KURNIA BERGELAR ‘DATUK’

KUANTAN: Selepas dua bulan bergelar datin apabila berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd Jiwa, penyanyi Siti Nurhaliza dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-76, kelmarin.

Ini menjadikan Siti, 27 tahun, artis termuda di menerima pengiktirafan itu. Siti, antara 79 penerima anugerah itu, bakal menerima kurnia itu lusa di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan.

Ketika dihubungi, Siti menyifatkan anugerah itu sebagai suntikan semangat untuknya bekerja lebih keras lagi.

‘Syukur alhamdulillah. Ini adalah hadiah Hari Raya buat Siti. Bagi Siti ia satu penghormatan sebagai anak Pahang yang membabitkan diri dalam bidang seni. Siti akan teruskan perjuangan dan bergiat dalam bidang seni serta terus cuba menaikkan nama negara ke peringkat lebih tinggi,’ katanya.

Menurut Siti, Hari Raya ini adalah yang pertama beliau jauhan dari keluarga kerana mengikut suaminya beraya di Sungai Petani, Kedah.

‘Memanglah rindu pada keluarga kerana ini pertama kali beraya tanpa ibu bapa,’ katanya.

Sebelum ini Siti dianugerahkan darjah kebe saran Ahli Ahmad Shah Pahang pada 1999, Paduka Mahkota Perak 2001, Johan Setia Mahkota 2003 dan Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) 2005. – BHM, Harian Metro.

28
Sep

KAHWIN LELAKI TUA

Usia lanjut bukan penghalang cari kebahagiaan dalam perkahwinan

JARAK usia jelitawan dari seberang, Siti Nurhaliza, dengan Datuk K hangat diperkatakan ekoran jarak usia pasangan itu yang disifatkan agak jauh iaitu 20 tahun.

Ada yang menyifatkan ia sebagai gandingan yang tidak kena.

Hakikatnya, bukan mudah untuk si dara berkahwin dengan lelaki yang lanjut usia apatah lagi jika beliau bergelar duda.

‘Pada pendapat saya, wanita muda bersama lelaki tua bukan tidak boleh nikah tapi mereka takut pada masyarakat sekeliling atau keluarga,’ akui Cik Rafiah Buang.

Seperti Siti, Cik Rafiah, yang menetap di Teck Whye Avenue, terpaksa berdepan dengan tentangan kuat pihak keluarga apabila mengambil keputusan bernikah dengan Encik Hamim Sarkawi 12 tahun lalu.

‘Masa kami berkenalan itu umur beliau 46 tahun dan saya 19 tahun.

‘Memang keluarga saya menentang keras. Arwah mak saya tidak suka sebab beliau sama umur dengan arwah mak. Adik-beradik yang lain pun tidak suka,’ dedah Cik Rafiah.

Jarak usia pasangan yang mempunyai dua orang anak itu malah lebih jauh berbanding dengan Siti. Kini, tatkala Cik Rafiah berumur 37 tahun, Encik Hamim sudah berusia 64 tahun – jarak usia 27 tahun.

Menurut Cik Rafiah, seorang pengawal keselamatan, beliau mula berkenalan dengan Encik Hamim semasa beliau bertugas sebagai operator telefon dan suaminya sebagai pemandu teksi.

Ibu dua orang puteri berusia lapan dan 11 tahun itu berkata beliau berkawan dengan suaminya itu selama tujuh tahun sebelum mengambil keputusan untuk berumah tangga.

‘Saya tidak pernah teragak-agak untuk menerimanya sebagai suami sebab sepanjang tujuh tahun berkawan saya tengok beliau dapat jaga saya dengan baik,’ katanya.

Menurut Cik Rafiah, bukan keluarga sahaja menentang malah teman-teman juga turut mengusik beliau berkaitan dengan lelaki yang menjadi pilihannya.

‘Macam-macamlah kawan cakap. Ada kata saya berkahwin kerana mengejar wang CPF (Tabung Simpanan Pekerja).

‘Saya bernikah dengan suami saya bukan kerana harta tapi cinta dan keikhlasan. Kalau tidak ada cinta dan keikhlasan rumah tangga yang kami bina tidak akan bahagia hingga sekarang,’ tambahnya.

Ketika ditanya apakah tarikan yang ada pada Cik Abang yang lanjut usia, Cik Rafiah berkata: ‘Saya bersyukur mendapat suami yang matang. Beliau romantik dan penyabar.

‘Kami orang muda selalunya panas baran tetapi apabila mendampi ngi lelaki tua, kami rasa masalah dapat diselesaikan,’ ujar Cik Rafiah merujuk suaminya yang 10 tahun menduda sebelum bernikah dengannya.

Beliau turut mengakui hasil didikan suami – yang mempunyai tiga orang anak yang berusia antara 40 dengan 33 tahun hasil perkahwinan pertama – beliau kini pandai memasak dan mengemas.

Ketika ditanya soal anak-anak, Cik Rafiah, yang juga bergelar nenek tiri muda – suaminya kini mempunyai lima orang cucu – berkata:

‘Di sekolah atau di luar rumah, guru, kawan-kawan sekolah atau orang luar akan bertanya dengan anak saya, ‘Itu datuk awak?’ Tetapi mereka akan jawab, ‘Itu ayah kita, memang ayah kita dah tua’.’

Encik Hamim yang kini berehat di rumah ekoran serangan jantung April lalu, menyifatkan jarak usia bukan penghalang atau ukurtara utama ke arah rumah tangga yang aman dan bahagia.

‘Anak perempuan saya sendiri pun kahwin orang tua. Sudah 14 tahun bersama dan alhamdulillah sampai sekarang tidak ada apa-apa,’ katanya merujuk anak bongsunya yang berusia 33 tahun dan berkahwin dengan lelaki berusia 54 tahun.