Siti SMS Rosyam.
“SITI ucap tahniah kepada abang Rosyam melalui SMS (sistem pesanan ringkas) dan dia balas balik, dengan rendah diri, dia kata Siti masih yang terbaik,†kata Siti Nurhaliza sebaik saja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi Sabtu lalu.
Siti berkata demikian ketika diminta mengulas kemenangan Rosyam Nor sebagai Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP-BH) 2002, sekali gus menamatkan dominasi Siti untuk anugerah itu selama lima tahun berturut-turut.
Siti bersama abangnya, Ayie dan adiknya, Siti Saerah serta Pengarah Urusan SRC, Tan Su Loke berada di Shanghai, China selama seminggu dari 11 hingga 18 Oktober bagi menjayakan program Asia Music Festival Golden Prize Winner Anti Piracy Circuit Concert.
Menurut gadis Kuala Lipis ini, dia turut berkongsi kegembiraan di atas kemenangan Rosyam itu dan menerima setiap keputusan dengan hati terbuka serta berharap peminat-peminat juga begitu.
“Siti tak rasa apa-apapun, Siti terima dengan terbuka. Lagipun, sebelum pergi ke Shanghai lagi, Siti dah terasa, mungkin tak ada rezeki Siti tahun ini kot! Tapi apa-apapun Siti tumpang gembira dengan pemilihan abang Rosyam untuk anugerah itu.
“Bagaimanapun Siti bersyukur kerana peminat Siti masih terus memberi sokongan kepada Siti. Terima Kasih kepada peminat memilih Siti untuk anugerah Penyanyi Wanita Popular. Sebenarnya Siti terharu dengan semangat peminat.
“Ada juga di antara mereka yang bertanyakan, kenapa Siti ke Shanghai, tidak ke ABP-BH2002? Tapi nak buat macam mana, walhal Siti sendiripun teringin sangat untuk tengok ABP-BH2002 secara ‘live’,†katanya yang mengalami selesema dan batuk-batuk.
Penyanyi lagu Nirmala ini berkata, ketika ABP-BH2002 berlangsung, itu adalah hari pertama dia membuat persembahan di Shanghai Grand Theatre. Kesempatan itu, kata Siti, dia ‘bermain’ SMS dengan beberapa kakitangan Siti Nurhaliza Production.
“Mereka SMS Siti untuk setiap kategori. Macam tengok bola, tunggu keputusan tamat. Tak sabar rasanya, sebab itu Siti tahu semua keputusan ABP-BH2002 sebaik saja majlis berakhir,†katanya yang tetap manis tanpa secalit solekan.
Mengenai pilihan pembaca itu juga, Siti akui undi dalam kategori Penyanyi Wanita Popular pecah kerana calon masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
“Di antara kami ada kelebihan dan kategori itu pula antara paling ramai orang tunggu. Siti tak nafikan undi banyak pecah,†katanya yang tidak terkilan langsung kegagalannya mengekal gelaran Artis Paling Popular itu.
Sedikit sebanyak katanya, majlis penganugerahan seperti itu menguatkan semangatnya untuk bekerja lebih keras lagi demi memajukan kariernya. Bagaimanapun dia berharap, kenyataan ini jangan disalah anggap oleh pihak tertentu kerana kerja kuat bukan bermakna dia mahu mengambil semula gelaran itu.
Baginya, usaha lebih gigih dalam karier sudah sering dilakukannya demi kepuasan peminat dan dirinya sendiri sebagai seorang penyanyi. Cuma dia berharap, hasilnya lebih baik untuk hari-hari mendatang.
Diminta mengulas sama ada kekalahannya itu menunjukkan populariti semakin merosot, Siti dengan tenang berkata: “Situasi ini tidak mustahil terjadi tetapi itu tidak bermakna populariti seseorang itu semakin menurun.
“Sebenarnya, ia terpulang kepada individu dan yang penting, semua ini memberi perangsang kepada kita untuk bekerja dengan lebih baik lagi.â€
Bercerita mengenai pengalaman barunya bertemu dengan empat pemenang Asia Music Festival, Siti berkata, dia seronok bertemu dengan mereka – dua dari China (pemenang tahun 1991 dan 2001) dan seorang dari Azerbaijan, Manana (2000).
“Sepanjang di sana, kami menjayakan tiga persembahan termasuk dua yang utama iaitu di Shanghai Grand Theatre dan Hangzhou Theatre. Di Shanghai, Siti sampaikan tiga lagu iaitu Percayalah, Nirmala dan A New Day Has Come (Celine Dion).
“Di Hangzhou pula, Siti nyanyi empat lagu termasuk lagu Mandarin, Zengfu. Ketika itu, Siti dapat tepukan gemuruh, maklumlah orang luar nyanyi lagu mereka,†katanya yang juga seronok bercerita pengalaman naik keretapi dari Shanghai ke Hangzhou.
Mengenai persediaannya dalam Separuh Akhir Juara Lagu 2002 yang akan bermula minggu depan, Siti berkata, dia akan cuba yang terbaik sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Siti akan bersaing melalui tiga kategori bagi tiga lagunya – Nirmala (Etnik Kreatif), Bicara Manis Menghiris Kalbu (Balada) dan Lakaran Kehidupan (Pop Rock).
Selesai kategori Pop Rock, esoknya (31 Oktober) Siti akan berangkat pula ke Tokyo untuk menyertai ABU Song Festival dan akan berada di sana selama seminggu.
“Mungkin hari pertama puasa, Siti masih ada di sana. Sedih juga tapi nak buat macam mana?†katanya.
http://www.emedia.com.my/
Singer in new role to raise Internet interest.
FANS of Siti Nurhaliza may still remember her rendition of Cinta IT (Love IT), along with a few other artistes (including her brother Ayie) a few years back. The song, aired over Radio Television Malaysia (RTM) regularly, was part of the national information technology awareness campaign. It became a catchy tune among Malaysians, in particular children. For Siti Nurhaliza, it was considered her first involvement in an information and communications technology (ICT) initiative.
Now, the popular singer is back in the ICT limelight, this time in her role as Net ambassador for TMNet. While her vocal talents may not be much needed here, TMNet is banking on her popularity and role model appeal to help encourage Malaysian youths to embrace the Net.
Net role. How does Siti Nurhaliza feel about the new role?
“As Net ambassador for TMNet, I will have the opportunity to promote the use of the Internet in Malaysia, particularly among rural communities. Which I feel is very important because all this while, it’s the urban folks who have been mostly able to make use of Internet facilities such as cybercafes, and thus appreciate the technology more,†she says.
She adds that more efforts should be made to ensure that the rural communities also have access to such facilities to help bridge the digital gap in this country.
Getting acquainted. Siti Nurhaliza was introduced to the Internet back in the mid-1990s when she attended secondary school at Sekolah Menengah Clifford in Kuala Lipis, Pahang. Her curiosity about computers and the Internet led her to join the school’s computer club, and she has been surfing the Net since.
When she started out as a recording artiste, Siti Nurhaliza found that the Internet could become a useful tool to give her career a boost.
“After setting up my own office, I started to make more use of Internet facilities for purposes such as liaising with the Press through e-mail,†she says.
She adds that in the technology era, artistes like her could leverage on the power of the Internet to help reach out to the masses more effectively, as well as find out the current state of the local and global music industry.
“There are a lot of things to gain from the Internet. For example, I can find out how my albums are doing in the market, and also touch base with fans.â€
Her face lits up when she talks about her online chatting experience with fans. “I find online chatting fascinating. Before, I’d just meet my fans in shows and concerts, but through the Internet, I get to know many of them better, and of course, find out what they think about my songs, showmanship, etc.â€
But she was quick to dispel any notion that she is currently engaged in any online romance!
On Net abuse. Much as she finds joy in the Internet, Siti Nurhaliza is also concerned about it, being subjected to abuse. A few years ago, her photos along with other local celebrities have been tampered with for pornographic purposes.
“When you become an artiste or a public figure, there is bound to be some parties who would have the tendency to do something bad for reasons only known to them. I feel sad when I became a victim,†she says. “With the Internet, it’s always easy to misuse. I hope that our youths will not tread along this path.â€
E-business plans. Siti Nurhaliza currently has an official Web site at http://www.siti.nurhaliza.com. The site registered one million hits within a few weeks of its launch, a testimony of her immense popularity and large following. It contains information such as her biodata and picture galleries.
But the singer reveals that she is presently busy preparing for a new Web site with the help of TMNet, which will also serve as her electronic business (e-business) platform.
“The new Web site would enable my fans from other countries like England and Japan buy my albums and other merchandises online,†she says, adding that she has been checking out the sites of international superstars like Celine Dion and Jennifer Lopez to get some ideas.
There’s no denying that Siti Nurhaliza has been enjoying a meteoric rise in her music career. Now, with help from the Internet, she aims to soar even higher.
http://www.emedia.com.my/
Siti Rakam Lagu Untuk Laila Isabella.
“”"Saya mengenali Julfekar sebagai penyanyi lagu-lagu puisi dan komposer lagu dalam genre berkenaan. Apabila dia menghubungi saya dan memberitahu dia telah mencipta sebuah lagu untuk Siti Nurhaliza, saya berkata tiba masanya untuk menyanyikan lagu-lagu bertemakan puisi,”" ujar Siti Nurhaliza.
“”Sebenarnya , saya terlibat dalam penghasilan ‘soundtrack’ filem Laila Isabella dan dalam filem ini, Siti dan anak saudara saya, Azharina akan menyanyikan lagu temanya,”" kata Julfekar yang kini juga sibuk dengan urusan rakaman album Francisca Peter.
Lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza berjudul Untuk Selamanya, sementara Azharina akan menyampaikan lagu yang berjudul seandainya dan Teman Yang Ku Kasih.”" Saya mencipta sepenuhnya dua buah lagu yang dinyanyikan oleh Azharina manakala lagu nyanyian Siti Nurhaliza , saya cipta melodinya sementara liriknya pula ciptaan bersama dengan Rashid Sibir,”" ujar Julfekar yang berjaya mencipta rentak yang agak berlainan untuk disampaikan oleh Siti. Kata Julfekar,”" Genre lagu ini masih dalam pop komesil cuma di ubah sedikit susunan melodinya agar nampak lain. Siti berjaya menyampaikannya dengan baik sekali dan dia tidak ada masalah sepanjang merakamkan lagu ini.”"
Dalam perkembangan lain, Julfekar berkata Siti juga telah merakamkan satu klip videp khas untuk lagu ini bagi tujuan promosi Laila Isabella yang di bintangi oleh Rosyam Nor dan Nasha Aziz.”" Saya juga sedang sibuk menerbitkan album penyanyi kegemaran saya, Fran dan untuk pengetahuan semua, album sulung anak saudara saya, Nina akan berada di pasaran bila-bila masa sahaja lagi kerana kami sedang membincangkan syarikat yang paling sesuai untuk mengedarkan albumnya,”" ujar Julfekar dalam nada gembira.
PETIKAN : Kumpulan Karangkraf ( Media Hiburan ).
“
And The Winner Is…
HER achievements in singing have been the talk of the nation.
But local diva Siti Nurhaliza is also a fine songwriter and is in line to gain official recognition for it.
She has been shortlisted as one of the three nominees for the Most Promising Young Songwriter Award in the Malam Gemilang MACP 2002, to be held on Oct 5 at the Istana Hotel in Kuala Lumpur.
This category, which is limited to those below 25 years old, also sees two other established songwriters vying for the award.
They are Azhrul Nasir – better known as Along of the band Exist – and Rizal Kamaruzzaman.
Along is most remembered for being the wordsmith for Kapal Terbang Kertas recorded by Exist while Rizal is renowned for the man who penned Sinaran, sung by jazz queen Sheila Majid and also Selamanya, made popular by Innuendo.
Siti’s nomination is largely due to her current chart topper, Percayalah.
But she started contributing lyrics right from her second album, Aku Cinta Pada Mu with Demi Kasih Kita.
In her follow-up outing Adiwarna, she wrote Lagu Ku Di Hatimu and in Safa, besides Percayalah, she also contributed Jalinan Cinta with Hazlan and Engkau Bagai Permata with Sham Amir Husein.
Siti also penned Panas Berteduh, Gelap Bersuluh in her latest traditional pop album, Sangar Mustika.
The nominations for these awards are determined from MACP’s recent distribution results for 2001, based on the most played songs on radio as well as in karaoke lounges, restaurants, pubs and transportation terminals such as bus stations, railway stations and airports and the like.
Started in 1989, Malam Gemilang MACP is a gesture of appreciation and recognition for support given by various quarters throughout the years including the Ministry Of Domestic Trade & Consumer Affairs, media, licensees, MACP’s own members and also the public.
Besides Most Promising Young Composer, there are nine other awards to be given out that night.
They are Most Performed English Song Award where the three shortlisted candidates are LO for Evening News, Numb (John’s Mistress) and Too Phat Baby (Too Phat featuring Ruff Edge).
Battling for the Most Performed Chinese Song Award are Lao Peng You by Lim Chiew Yin, Lang Hua Yi Duo Duo by Richie Ren, Michael Wong & Ah Niu and Lu Bian De Ye Hua Bu Yao Cai (Teresa Teng & China Dolls).
Apa Nak Di Kata by metal outfit XPDC has been shortlisted for Most Performed Malay Song Award along with Balqis (Siti Nurhaliza) and Pandang-Pandang, Jeling-Jeling (Tan Sri S.M. Salim & Siti Nurhaliza).
ATC’s Around The World (La, La, La) is up for Most Performed Foreign Song award together with Uptown Girl (Billy Joel/West Life) and Macarena (Los Tres Amigos).
OAG’s 60’s TV has been shortlisted for Song With Highest Foreign Royalties Award. Others vying for the same award are Dui Mian De Nu Hai Kan Guo Lai (Ah Nui) and Nai Ren Xun Wei (Jackie Cheung). Vying for the Top Local Publisher Award are Goodsound Music Publishing Sdn Bhd, Luncai Emas Sdn Bhd and Suwah Music Publishing Sdn Bhd.
BMG Music Publishing (M) Sdn Bhd is in the running for Top Publisher Award as are EMI Music Publishing (M) Sdn Bhd and Warner Chappel Music (M) Sdn Bhd.
Contenders for the Top Lyricist Award are Amran Omar, Lukhman Abdul Kadir @ Lukhman S and Rosli Khamis @ Loloq.
M. Nasir, together with Saari Jusoh @ Saari Amri and Tan Kheng Seong @ Ah Niu are up for the Top Composer Award.
In addition to the above awards, MACP is also giving Special Appreciation Awards to selected TV and radio stations, Top Promoter Award and also Top Event Management Company Award.
These awards are determined by an MACP panel taking into consideration their contributions to the advancement of the local music industry.
Other than the dinner and awards presentation, guests will also be entertained by performances by artistes such as Aishah, Rozita Izlyn, Siti Sarah, Sasi The Don, and new talents under the MACP Music Discovery Project like O-Drive, Alam and Lim Yee Chung.
There will also be a solo guitar performance by Hisham Mahdin.
Attendance to this awards night is by invitation only.
http://www.emedia.com.my/
Siti ke Shanghai lagi.
SETELAH berjaya menjadi juara di Festival Lagu dan Muzik Antarabangsa di Kazakhstan awal bulan ini,, kini Siti Nurhaliza terpilih ke Festival Lagu Asia di Shanghai, China pada 10 hingga 21 Oktober depan.
Festival kali ini menemukan artis-artis dari negara Asia yang pernah dinobatkan sebagai juara di festival itu. Siti adalah juara dua tahun lalu. Mereka akan mengadakan persembahan di empat tempat yang menjadi tumpuan ramai di Shanghai.
“Saya bersyukur kerana diundang mengadakan persembahan di Shangai Oktober depan dan ini peluang keemasan untuk saya memperkenalkan lebih dekat lagi budaya dan lagu-lagu tradisional kita.
“Difahamkan kami diberi peluang menyampaikan beberapa lagu dan berdasarkan sambutan lagu Nirmala, ciptaan Pak Ngah di Kazakhstan dulu, saya bercadang mendendangkan lagu itu di Shanghai untuk mengetahui reaksi pendengar di sana sama ada menerimanya atau tidak.
“Ini adalah salah satu cara Siti mengintai peluang ke luar negara. Antara usaha yang sedang kami jalankan ialah menghantar demo-tape kepada beberapa ejen di luar negara dengan harapan dapat membabitkan diri dalam pembikinan soundtrack filem antarabangsa.
“Mungkin perkara ini sesuatu yang mustahil, bagaimanapun terpulang pada rezeki. Sekiranya ada peluang Siti mahu mengharumkan nama negara,†katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Percayalah, Cindai dan Aku Cinta Padamu ini turut menjawab pertanyaan mengenai kurang sambutan Konsert Malam Amal Suria 2002 yang dijayakannya bersama 11 artis lain di Ekspo Singapura, malam minggu lalu..
Menurutnya, salah satu puncanya mungkin ekoran kecewa peminat dengan ketiadaan Siti disalah sebuah pameran di republik itu baru-baru ini.
“Siti tidak pernah memberi persetujuan menjayakan majlis itu. Namun, nama Siti masih digunakan sewenang-wenangnya oleh mereka. Kerana berasakan hak dan reputasi Siti dicemari, Siti tidak teragak-agak membawa masalah ini ke pihak perundangan. Segala proses masih dijalankan pihak guaman Siti.
“Seperti konsert ini, Siti menyatakan persetujuan kerana waktunya bertepatan. Tapi, Siti tak pasti sama ada penonton tidak ramai kerana peminat memboikot Siti. Kalau diikutkan konsert itu membariskan ramai artis terkenal, antaranya Liza Hanim, Noraniza Idris dan New Boyz.
“Mereka juga ada pengaruh besar di sana dan Siti yakin penonton datang bukan mahu melihat persembahan Siti seorang. Kecuali, konsert solo Siti dapat sambutannya dingin barulah, Siti menerimanya dengan hati terbuka.
“Apa yang pasti semua orang sudah melakukan yang terbaik, termasuk pihak penganjur. Bagi Siti, inilah risiko yang terpaksa dihadapi sekiranya mengadakan sebuah pertunjukan besar kerana kita tidak mampu meramalkan apa yang akan terjadi,†katanya.
http://www.emedia.com.my/
Grand Prix 2002 left for Malaysia.
“by Olesya Ivanova
People who watch carefully Voice of Asia international festival are aware that this summer it was the thirteenth time when contestant from 13 countries gathered to compete for the best singer, best voice, best lyrics and music.
All four days beginning from August 2 and till August 5 Almaty city was absorbed by melodies and music news. The last day of the festival discovered best singer for 2002. Siti Nurhaliza contestant from Malaysia conquered not only members of jury, but also the whole audience, saying nothing of tremendous eminence in her motherland. The audience admitted her deserved merit and applauded when her name had been announced as the possessor of Big Golden Trophy and $10 000 Premium.
Veriko Turashvili from Georgia has outstanding vocal abilities, despite she is the youngest contestant of this year for which she was presented a unique old phonograph by one of the sponsors. And within the framework of the festival she was awarded with the First Prize and, having got Golden Trophy and $5000 Premium, burst into tears because of such a sudden surprise of fate.
Voice of Asia festival has a tradition to award two second and two third prizes. Arnee Hidalgo from Philippines was awarded with the Second Prize that is Silver Trophy and $3500 Premium, as well as Kazakhstani performer Takhmina Ashimbekova, who was also the winner of Kazakhstani song competition run alongside with “”Voice of Asia.”" Roberta from Bolgaria got the Third Prize or Bronze Trophy and $2000 Premium as well as Aldabergen Dzaksybaev (Kazakhstan).
Returning to the major winner of Voice of Asia in 2002, it should be mentioned that the The AH’s correspondent was interested in Siti Nurhaliza from the first meeting. On August 1 according to the tradition of the international festival all 15 contestants met for drawing in order to determine the order of contestants performances during three days. Siti Nurhaliza happened to be the fourth in the first day, the 13th – in the second, the 12th – in the third. If to rely on prejudices the 13th festival and the 13th number to perform – Siti Nurhaliza had a certain chance to become the winner. The Almaty Herald newspaper did not miss the opportunity to make acquaintance with the fantastically popular singer in Malaysia. Taking into consideration the fact that The AH newspaper is in good terms with the Embassy of Malaysia, so the wish to interview such a brilliant person increased.
Corr.: Do you remember your childhood?
Siti Nurhaliza: My childhood is like one of normal person. I went to school and finished the secondary school and since 16 years old I participated in city competition, which was broadcasted. I won the first prize, after that I became recording artist. By this moment I have 9 solo albums and my music is traditional and pop at the same time.
Corr.: How did you manage to combine such different styles?
Siti Nurhaliza: Traditional music is our cultural music. My parents are also singers but they do not record their songs. My mother in particular always sings traditional songs. She gave me an advice to sing and record traditional songs in order to bring to people and to teenagers traditional songs. You know that traditional songs as a rule do not enjoy popularity. So I added to it a bit popular trends and my songs became very popular. Concerning the pop music I can say that I love pop music and will seek for good balance of traditional and pop in the future.
Corr.: Your songs resemble some Indian notes?
Siti Nurhaliza: I have to correct you. My melodies resembles not Indian but Arabic sounds. It is because of in Malaysia Arabic singers are very popular now. So I decided to put some Arabic elements in my songs and my famous song “”Nimala,”" which I performed at the festival bears some Arabic culture.
Corr.: How many children are in your family?
Siti Nurhaliza: Actually there are eight children but, unfortunately, one passed away. Now we are seven and I am in the middle.
Corr.: I know that your parents now are very proud of you?
Siti Nurhaliza: My parents always support me. Despite my strict father, who is policeman. They always believed in me.
Corr.: After achieving so many awards will you have a wish to give up your singing career?
Siti Nurhaliza: If I am a singer in 10 years I still will be in music industry because even now I have my own business a recording company – Sitri Nurhaliza production (M) SDN BHD.
Siti is a vivid representative of her Malaysian culture, she is quite shy and smiling person who is ready to familiarize with her culture everybody who is interested in it.
http://www.herald.kz/”
Voice of Asia….Tiada Apa Yang Perlu Dipertikaikan.
“Semuanya sudah terbukti dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan matlamat penganjuran pertandingan nyanyian Voice of Asia 2002 yang berlangsung di Almaty, Kazakhstan baru-baru ini.
Penganjuran pertandingan nyanyian yang menghimpunkan 15 peserta mewakili 14 buah negara di seluruh dunia merupakan platform terbaik untuk penyanyi membuktikan kemampuan mereka.
Pancaindera yang membuat liputan eksklusif pertandingan itu mendapati, penganjur pertandingan tersebut yang dinaungi oleh Datuk Bandar Almaty, Viktor Khrapunov menjadikan Voice of Asia sebagai platform untuk penggiat seni dari seluruh dunia berhimpun dan berbincang mengenai perkembangan seni di negara masing-masing.
Lebih daripada itu, matlamat utama penganjur ialah memberikan pengiktirafan tertinggi kepada pemenang. Kerana itu juga, tawaran wang tunai berjumlah RM38,000 (AS$10,000) kepada juara Grand Prix membuktikan Voice of Asia bukan calang-calang pertandingan nyanyian.
Peraturan Voice of Asia menetapkan setiap peserta perlu membuat persembahan selama tiga malam berturut-turut dengan menampilkan imej dan identiti negara masing-masing.
Sejumlah 15 peserta yang mewakili 14 buah negara ialah Singapura, Armenia, Malta, Latvia, Indonesia, Mongolia, Bulgaria, Georgia, China, Filipina, Republik Czechoslovakia, Yugoslavia, Malaysia dan tuan rumah, Kazakhstan.
Kesemua peserta mempunyai reputasi dan rekod pencapaian tersendiri dalam perkembangan kerjaya seni mereka di negara masing-masing. Malah sebilangan besar peserta mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi.
Menyentuh penyertaan kali kelapan negara dalam pertandingan ini, Voice of Asia 2002 menyaksikan kecemerlangan bintang muda berbakat besar, Siti Nurhaliza melakar satu lagi sejarah dalam hidupnya.
Selepas lapan kali, Siti akhirnya berjaya memecahkan tembok yang selama ini lebih didominasi oleh negara-negara yang kurang popular pada pandangan kita.
Selama ini, negara terlalu dahagakan pengiktirafan tertinggi iaitu juara Grand Prix di Voice of Asia.
Pencapaian tertinggi Malaysia pada pertandingan Voice of Asia selama ini bagaimanapun tidak pernah mengecewakan.
Penyanyi terkenal, Ziana Zain, Anis Suraya dan kumpulan Slam pernah membawa pulang hadiah tempat pertama pada pertandingan yang serupa beberapa tahun dahulu.
Berbeza dengan tahun ini, penghibur muda berusia 23 tahun itu bagaimanapun berjaya merealisasikan cita-cita rakyat Malaysia.
“”Siti percaya kejayaan Siti ini juga hasil daripada doa seluruh rakyat Malaysia. Bukan mudah untuk Siti mencapai kejayaan ini kerana saingan terlalu sengit kerana semua peserta hebat belaka.
“”Apa pun, Siti harus berkongsi kemenangan ini dengan semua dan Siti percaya kejayaan ini juga membuktikan Siti bukanlah jaguh kampung seperti yang sering dianggap oleh sesetengah pihak,”" katanya kepada Pancaindera.
Mingguan Malaysia
“
EON taja Siti ke Kazakhstan.
EDARAN Otomobil Nasional Bhd (EON) menaja wang tunai RM20,000 bagi membiayai rombongan penyanyi, Siti Nurhaliza Tarudin ke pertandingan International Song & Music Festival di Almaty, Kazakhstan dari 2 hingga 5 Ogos ini.
Selepas lebih 10 tahun penganjurannya, ini adalah kali kedua wakil Malaysia memperoleh tajaan dari syarikat korporat. Sebelum ini penyanyi Maizurah Hamzah mendapat tajaan berupa tiket penerbangan dari ntv7.
International Song & Music Festival anjuran bersama Voice of Asia dan Fidov, sebuah organisasi pengurusan acara yang beribu pejabat di Los Angeles Amerika Syarikat.
Seramai 13 anggota rombongan termasuk pihak media akan menyertai Siti di Kazakhstan dan London untuk menjayakan pertandingan itu, selain pertunjukan amal.
Siti menerima replika cek dan jaket kulit EON daripada Pengarah Eksekutif, Kumpulan Motor EON, Donald Choo pada majlis ringkas di ibu pejabat EON di Glenmarie, Shah Alam, hari ini.
Hadir sama Pengurus Kanan Perkhidmatan Pemasaran EON, Datuk Abdul Razak Dawood; Presiden Persatuan Penulis Hiburan Malaysia (Wham), Fauziah Rauf dan Pengarah Urusan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd (SNP), Saiful Bahri Tarudin.
Donald berkata, penyertaan Siti mewakili Malaysia pada pertandingan itu adalah pilihan yang tepat.
“Walaupun pada pertandingan itu Siti berdepan dengan penyanyi berbakat dari seluruh dunia, kita yakin Siti mampu memberi saingan hebat kepada peserta yang mungkin lebih berpengalaman daripadanya.
“Sebagai sokongan EON terhadap usaha mengharumkan nama negara, selain mengambil kira kejayaan Siti dalam seni suara selama lebih lima tahun, kami bersetuju membiayainya bersama rombongan ke Kazakhstan.
“Tajaan itu termasuk pembiayaan rombongan Siti ke London bagi mengadakan pertunjukan amal untuk penuntut dan masyarakat Malaysia di sana,†katanya.
Setakat ini International Song & Music Festival menerima penyertaan dari lebih 26 negara dari seluruh pelusuk dunia. Antaranya ialah Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom, Indonesia, Filipina, Russia, China dan Romania.
Sementara itu Siti berkata, beliau menerima dengan hati terbuka sama ada menang atau kalah dalam pertandingan itu.
â€Saya berharap rakyat Malaysia mendoakan kejayaan saya di sana. Selain itu, saya berharap dapat bertemu pelajar dan rakyat Malaysia di London ketika membuat persembahan amal di kota itu,†katanya yang berlepas ke Kazakhstan jam 7 malam esok.
Pada pertandingan itu Siti akan mendendangkan tiga lagu iaitu Nirmala, Purnama Merindu dan Jalinan Cinta. Hadiah utama berupa piala emas berserta wang tunai AS$10,000 (RM38,000) dan tempat pertama akan menerima piala emas (saiz kecil) selain wang tunai AS$5,000 (RM19,000).
http://www.emedia.com.my/
Penyanyi terkenal serikan pengantin diraja.
Oleh Izza Safinaz Ibrahim
Majlis yang berlangsung di Dewan Mulia, Istana Abu Bakar, Pekan itu dihadiri 2,000 jemputan termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Persembahan dimulakan lagu Dendang Pengantin oleh Nor Fazrah dan Oshin diiringi tarian Kumpulan Sri Indera Putri Pahang, seterusnya diserikan persembahan Yusni Hamid sebaik saja acara santapan bermula. Penyanyi veteran itu menyampaikan lagu Hati Ke Hati dan lagu Inggeris, Fallen.
Majlis bertambah ceria dengan kehadiran penyanyi Indonesia, Bob Tutopoli yang mengalunkan lagu popularnya, Widuri diikuti lagu Erti Kehidupan. Kekuatan vokalnya masih hebat dan mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Khas buat perkahwinan diraja, Kumpulan Sri Indera Putri Pahang sekali lagi mempersembah tarian iringan, Seri Nilam Permata nyanyian Nor Fazrah. Penyanyi undangan dari Filipina, Lani Misalucha, tampil bersemangat mendendangkan lagu pilihannya. Suaranya yang lunak bertenaga membuat jemputan terpegun ketika mendengar lagu You Don’t Have To Say You Love Me, She, Say A Little Prayer, Il Mio Cuore Va (My Heart Will Go On) dan I Have Nothing.
Lani kemudiannya menjemput Siti Nurhaliza ke pentas untuk bersama mendendangkan lagu When You Believe yang dipopularkan Whitney Houston dan Mariah Carey. Siti yang anggun menggayakan kurung moden kuning air meneruskan persembahan dengan lagu Sulam Sembilan, My All dan lagu popularnya, Percayalah.
Persembahan malam itu terus hangat apabila Siti berganding dengan Bob Tutopoli untuk lagu Kau Selalu Di Hatiku.
Malam gemilang yang diacarakan Mahadzir Lokman dan Norjuma itu kemudiannya diakhiri upacara memotong kek perkahwinan pengantin diraja. Selain kerabat diraja dan orang kenamaan, beberapa artis dan personaliti terkenal turut hadir termasuk M Nasir, Marlia Musa, Hattan, Fauziah Latiff, Ning Baizura, Zalina Azman, Camelia, Rahimah Rahim, Yasmin Hani, Anis Suraya, Azzarima, Elly Mazlein, Dang Suria, Abu Bakar Atan, Katon Bagaskara, Azura Aziz, Habsah Hassan dan Aziz Sattar.
http://www.emedia.com.my/
Artis tarik peminat cintai budaya membaca.
Oleh Zul Husni Abdul Hamid dan Suzan Ahmad
PEMILIHAN selebriti hiburan tanah air dalam menjayakan Kempen Membaca Kebangsaan 2002 yang berlangsung mulai semalam membuktikan artis juga berperanan dalam pembentukan budaya positif kepada peminat mereka.
Malah, inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang menggunakan pendekatan young achievers seperti penyanyi, pelakon, personaliti televisyen serta atlit dalam menjayakan kempen itu sekali gus diharap mampu menggunakan pengaruh mereka untuk menggalak rakyat Malaysia mengamalkan budaya membaca dan mencintai ilmu pengetahuan.
Antara selebriti yang dipilih termasuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Syafinaz, Fazley, Maya Karin, Jeslina Hashim, Amy Mastura, Sarimah Ibrahim, Afdlin Shauki, Wardina Saffiyah, Norjuma Habib dan pemain skuasy muda, Nicole David.
Kata Maya Karin, sebagai artis, selebriti juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan kerana ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan ketika mengadakan persembahan.
“Membaca adalah jambatan untuk meningkatkan pengetahuan. Saya menjadikannya sebagai amalan terutama ketika menunggu giliran sebelum mengadakan persembahan. Pembabitan dalam kempen ini secara tidak langsung membolehkan saya berkongsi minat dengan peminat semua.
“Walaupun terbabit dalam seni, namun itu tidak bermakna artis tidak perlu tahu apa yang berlaku di sekeliling. Untuk menjadi artis yang berwibawa, banyakkan membaca kerana kita akan berhadapan dengan peminat dari pelbagai bangsa dan tahap pendidikan.
“Jadikan ia sebagai amalan kerana kita tidak akan rugi jika banyak membaca,†katanya yang baru pulang dari Indonesia untuk promosi album sulungnya, Erti Cinta, di sana.
Bagi penyanyi Asmara Ini, Fazley, pemilihan artis diharap dapat membantu memupuk budaya membaca yang semakin kurang. Katanya, pembabitan artis dalam kempen ini bukan perkara baru kerana ia pernah dijalankan di Amerika Syarikat dan mencatat reaksi membanggakan.
“Sekalipun membaca, saya dapati masyarakat lebih menggemari bahan bacaan ringan. Namun, ia satu perkembangan yang sihat. Saya berharap dengan adanya kempen seperti ini, peminat akan memperluaskan lagi skop bacaan dengan memilih bahan berteraskan ilmiah.
“Pemilihan kami sebagai cermin kerana walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan, kami tidak pernah lupa melengkapkan diri dengan ilmu. Malah, menerusi gaya persembahan dan cara komunikasi, peminat dapat menilai sejauh mana persediaan atau tahap pemikiran seseorang selebriti itu.
“Disebabkan itu, pemilihan kami diharap dapat melenyapkan tanggapan bahawa artis tempatan tidak minat membaca,†katanya.
Bertepatan dengan tema, baca@gayahidup serta sasaran kempen, PNM mengambil inisiatif menerbitkan klip video istimewa, Membaca Gaya Wawasan hasil sentuhan Kusham dan lirik oleh SMDee.
Lebih istimewa, rakaman klip video yang diadakan di Auditorium PNM itu turut menampilkan bacaan pantun khas isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali diiringi Koir PNM. Ia mula disiarkan sejak 1 Julai lalu.
Sementara itu, bintang Idola, Jeslina Hashim pula berkata, penghormatan yang diberikan kepada selebriti hiburan dalam menjayakan kempen itu, membuktikan artis ada pengaruh besar untuk menarik peminat mencintai budaya membaca.
“Pemilihan artis bertepatan kerana mereka sering dijadikan idola khususnya peminat remaja. Contoh positif yang ditunjukkan mereka diharap menjadi ikutan. Bagi saya, artis juga perlu menyemai minat membaca kerana kita perlu berkongsi idea dan pengetahuan setiap kali berkomunikasi.
“Kesibukan bukan alasan untuk tidak membaca kerana kita masih ada waktu terluang. Manfaatkan waktu itu sebaik mungkin. Peruntukkan masa untuk membaca sekalipun hanya seketika.
“Walaupun sedikit, pulangan yang kita terima akan berganda. Malah, membaca juga memberi ruang kepada kita memperbaiki kelemahan serta memajukan diri dengan mengambil iktibar daripada peristiwa lalu,†katanya yang menggemari autobiografi.
Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta, Dayang Nurfaizah menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat menjadi contoh teladan kepada generasi muda dalam menerapkan nilai suka membaca.
“Saya menggemari novel serius, namun atas sebab kekangan tugas, saya terpaksa mencari masa yang sesuai. Biarpun komitmen terhadap kerjaya ketat, namun seboleh mungkin saya cuba mencari ruang untuk memenuhi minat ini.
“Pun begitu, saya juga minat bahan bacaan yang ringkas dan penuh maklumat seperti majalah berbahasa Inggeris. Selain maklumat, ia juga memberikan banyak idea baru untuk membantu mempertingkatkan kerjaya seni,†katanya.
Selain terbabit menyanyikan lagu tema, Dayang juga turut dijemput untuk mengendalikan sesi perbincangan dengan pelajar sekolah yang akan diaturkan PNM. Katanya, dalam perbincangan itu beliau diminta untuk memilih sebuah buku dan membincangkan isi kandungannya dengan peserta lain.
“Tarikh sesi itu belum lagi ditetapkan kerana saya kini sibuk dengan pelbagai undangan persembahan. Mungkin sebelum kempen berakhir 31 Julai nanti, saya mampu mencuri masa untuk bersama pembaca muda,†katanya.
http://www.emedia.com.my/