Skip to content

January 5, 2009

1

Siti Duduki Tangga Ke-10



KUALA LUMPUR: Ratu pop, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (gambar) hanya menduduki tangga ke-10 kategori orang terkenal membabitkan penggunaan enjin carian Google di Malaysia untuk 2008 selepas mengungguli senarai teratas tahun sebelumnya.

Malah, kehebatan Siti di hati peminat negara ini sememangnya terserlah pada 2007 apabila mendahului senarai dengan mengatasi nama besar termasuk dua artis kontroversi antarabangsa, Paris Hilton dan Britney Spears.

Bagaimanapun, ‘trend’ carian bagi kategori itu menunjukkan perubahan ketara apabila nama ahli politik tempatan dan antarabangsa menduduki lima senarai teratas pencarian.

Mereka ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru dilantik, Barack Obama; Lim Kit Siang; Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sementara pemenang pingat perak Olimpik, Datuk Lee Chong Wei menduduki tangga ketujuh di belakang penyanyi dan pelakon remaja kelahiran AS, Miley Cyrus di tempat keenam.

Dua lagi senarai 10 orang terkenal paling kerap dicari menggunakan enjin carian www.google.com.my diisi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di tangga kelapan dan seorang lagi artis remaja, Hannah Montana (kesembilan).

Laman blog www.chedet.com ditulis Dr Mahathir mencatat sejarah tersendiri apabila menduduki tempat teratas senarai carian laman blog, diikuti Anwar Ibrahim, Anil Netto, Raja Petra, Susan Loone, Tony Pua, Rockybru, Paul Tan, Kenny Sia dan Jeff Ooi.

Kategori carian berita tempatan terus menunjukkan minat mendalam pengguna Google dalam politik negara ini apabila nama Anwar dan Chua sekali lagi tersenarai dalam 10 carian terbanyak.

Harian Metro

Read more from Uncategorized
1 Comment Post a comment
  1. hentam
    Jan 10 2009

    no problemo. ni nati ada kes saman menyaman akan naik lagi ke tangga teratas. strategi beb strategi

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments