AMPANG: Bapa Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K, Muhammad Jiwa Abdullah, 75, meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman mewah ahli perniagaan terkenal itu di Bukit Antarabangsa, di sini pagi semalam.
Turut berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.45 pagi semalam ialah anak perempuannya, Zaiton Muhammad Jiwa, yang juga seorang penerbit drama terkenal di negara ini serta menantunya, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Jenazah dibawa pulang ke kampungnya di Kota Kuala Muda, Alor Star, kira-kira jam 2.30 petang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir selepas solat Maghrib.
Selain rakan artis, beberapa kenamaan termasuk Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, turut menziarahi jenazah.
Berita Harian
On 23rd November2008
November 24th, 2008 at 1:07 pm
hi everyone…lama sungguh aku tak menjengok kat laman ni…tetap mekar berseri macam dulu2 gak