KUALA LUMPUR: Seorang pekerja syarikat pengurusan acara dipenjara dua tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret, semalam selepas mengaku bersalah menggunakan nama Datuk Khalid Mohd Jiwa, suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin untuk menipu seorang ahli perniagaan bagi membeli empat kereta Suzuki Swift.
Majistret Aizatul Akmal Maharani menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Hazrul Anuar Wan Hussein, 24, dan memutuskan ia berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 9 Mac 2007.
Tertuduh, Wan Hazrul Anuar didakwa menipu Mahmood Kamsani Mustapha dengan memperdayakan mangsa bahawa kereta hendak dijual itu milik Datuk Khalid.
Berikutan itu, Mahmood menyerahkan wang tunai RM19,000 dan sekeping cek bernilai RM15,000 atas nama Naluri Properties Sdn Bhd sebagai deposit untuk membeli kereta itu sedangkan tertuduh menggunakan wang berkenaan untuk membayar hutang peribadinya.
Wan Hazrul didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran KMK D Sentral, Jalan Tun Sambanthan di sini, jam 1.20 petang, 6 Februari lalu.
Berita Harian
On 22nd November2008
November 22nd, 2008 at 6:04 pm
Pengumuman Khas
Siti tidak dapat menghadiri Jom Heboh Penang kerana bapa mertuanya telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini (22hb November 2008). Harap maklum dan maaf.