Respirasi Muzik: Irama Aidilfitri Penyanyi Wanita



Rap
Album: Lebaran Bersama Siti & Teman-Teman
Artis: Pelbagai

ISTIMEWA Aidilfitri bakal tiba ini apabila syarikat rakaman Suria Records Sdn Bhd (SRC) menghimpunkan kembali lagu raya dendangkan artis wanita yang pernah bernaung di bawahnya.

Pastinya menarik perhatian peminat adalah himpunan lagu raya dendangan Datuk Siti Nurhaliza.

Tambahan pula katalog lagu raya nyanyian isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu paling banyak dipegang SRC berbanding artis lain. Jadi wajar apabila ia diberi judul Lebaran Bersama Siti & Teman-Teman.

Selain lagu duet Siti bersama Noraniza Idris, Liza Hanim dan Anis Suraya, empat lagi lagu solonya seperti Anugerah Aidilfitri, Air Mata Syawal, Bila Hari Raya Menjelma dan Sesuci Lebaran turut dimuatkan.

Selain itu Lebaran Bersama Siti & Teman-Teman digunakan SRC untuk mempromosikan artis barunya seperti Indah Ruhaila dan Saidatul Erma yang mendendangkan lagu Di Lebaran Yang Ini dan Nikmat Hari Lebaran.

Malah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan dua penyanyi muda ini akan hanya diingati namanya apabila setiap kali SRC mengedarkan album kompilasi raya.

Antara lagu lain turut dimuatkan Gema Lebaran nyanyian Erra Fazira, Tibanya Syawal Bahagia (Liza Hanim), Rinduku Di Hari Raya (Nita), Halal Bihalal (Noraniza Idris) dan Bila Takbir Bergema (Anis Suraya).

Harian Metro

On 23rd September2008

  Comment: 1 Read more


One Response to “Respirasi Muzik: Irama Aidilfitri Penyanyi Wanita”

  1. Albuaya Says:

    Harap lagu2 tersebut tidak berbentuk rock atu keras. saya lebih sukakan lagu raya yang berirama syahdu.

Leave a Reply