Tahniah Abby – Norman



NAMPAKNYA Syawal ini Norman Hakim dan Abby Abadi akan menyambutnya dengan orang baru apabila Abby selamat bersalin pagi Rabu lalu. Seperti biasa, Norman tidak lupa menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk berkongsi khabar gembira tersebut dengan rakan-rakan media.

Joyah juga mendapat SMS Norman ketika sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk minggu ini. Joyah sempat juga meminta gambar bayinya itu dan Norman dengan senang hati menghantarnya melalui telefon bimbit.

Norman juga memberitahu isterinya itu berada dalam keadaan sihat selepas selamat melahirkan bayi perempuan yang comel.

Bayi yang dinamakan Maria Danisha Hakim berat 3.95 kilogram itu selamat dilahirkan pada pukul 8.22 pagi di sebuah klinik swasta di ibu kota.

Kepada Norman Hakim dan Abby, tahniah Joyah ucapkan. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ketiga ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka suami isteri.

Ketika ini selain kisah Siti Nurhaliza dimadu, kisah rumah tangga Norman-Baby pun hangat juga diperkatakan. Joyah harap bayi itu dapat memberi sinar kebahagiaan kepada pasangan suami isteri popular ini.

Utusan Malaysia

You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Tahniah Abby – Norman”

  1. kuntau says:

    congratulation!!! to both of u :)

  2. Genius.YYY says:

    ari tu bercerai kejap, tup tup dah tambah sorang .. bagus bagus, jgn nak bercerai lagi pas ni..

  3. Ladybird says:

    Abby & Norman,

    Congrate !!!! Happy ” Raya Aidil Fitri”

  4. daun ketumbar says:

    TAHNIAH…..

  5. ipah says:

    bgs sgt la 2

  6. richard says:

    tu dulu… lepas kehadiran ‘memey’ monyet beruk tu…..
    norman tetiba jadi org gila!!!! samdol punya org!!!

  7. eiyla comey says:

    hm…2dlu ms br dpt baby…tp skunk sume dh hancus..cian abby erk..aku sumph NH ngn memey cpt2 mpos…wakaka…

Leave a Reply