RSS Feed
Featuring the latest scandals, gossip, and entertainment news.


Gosip Tak Berasas



Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Boleh dikatakan 99 peratus masa saya dihabiskan bersama Siti (Datuk Siti Nurhaliza Taruddin). Ke mana saya pergi dia pasti ada bersama,” ujar Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menafikan gosip perkahwinan keduanya yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan memperkenalkan artis baru bernaung di bawah Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd (SNPSB) di Menara Yayasan Tun Razak di sini, semalam, ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Datuk K itu, berkata gosip disebarkan itu tidak berasas sama sekali. Siti turut hadir di majlis itu.

Suami kepada penyanyi nombor satu tanah air itu turut menegaskan cerita mengenai majlis pernikahan keduanya dengan seorang pramugari di London, awal Ogos lalu, dibuat dengan niat untuk mengganggu kebahagiaan rumah tangganya.

“Saya tidak tahu mengapa pihak media boleh menyiarkan gosip terbabit. Apabila ia dibaca orang ramai menyebabkan berita menjadi bertambah hangat. Bila masanya saya ke London tanpa Siti di sisi?” katanya menyoal kembali.

Khalid berkata, dia mengetahui gosip mengenai pernikahan keduanya itu beberapa hari sebelum disiarkan di akhbar.

Katanya, di peringkat awal, dia tidak terlalu memikirkan ‘cerita dongeng’ itu hingga ada teman mula bertanya kerana mahu mengetahui kesahihan gosip disebarkan.

“Bayangkan ada rakan saya dari Johor dan Kedah menghubungi dan bertanya adakah benar saya sudah bernikah satu lagi?

“Pada saya tidak baik orang membuat fitnah mengenai saya dan Siti. Pada saya, cukuplah cerita tidak baik dibuat mengenai kami sebelum ini. Tambahan pula sekarang bulan puasa (Ramadan). Sudah-sudahlah,” katanya.

Secara berseloroh, Khalid mengatakan ada monyet menggoyangkan pokok apabila ada wakil media bertanya: “Masakan tiada angin kalau pokok bergoyang?”

Khalid tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu itu kerana menganggap akan menggembirakan hati orang yang menghebahkannya.

“Lagipun tidak perlulah kami melatah. Sebelum ini, pelbagai cerita kurang baik dilaporkan mengenai saya. Mengambil contoh, saya membuat laporan polis apabila ada orang kata saya memukul Siti, tetapi tiada apa pun dapat dilakukan.

“Pada saya kalau kita diam lama-kelamaan ia akan senyap begitu saja. Bagaimanapun, saya percaya selepas ini pasti ada cerita baru mengenai saya dan Siti ditimbulkan,” katanya.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza sendiri menerusi laporan disiarkan Metro Ahad, menafikan gosip yang disebarkan itu.

Harian Metro

6 Responses to “Gosip Tak Berasas”

  1. kuntau says:

    ya..la tu khalid ade monyet mengoyangkan pokok, jangan2 ko sendiri kot yg kat atas pokok tu ha..ha..ha..kena ko balik kalo gosip ni betoi :)

  2. cykepo says:

    mungkin jugak ni taktik sendirian berhad utk masuk paper. kalau tak ada gosip saham tak naik kot. tiap kali ada gosip kan jadi perbualan orang. dlm diam dia suka tu . action je ….nilah dia nak, orang gembar gemburkan, media sibuk sana sini.biasalah tu. lepas ni cerita apa pulak ya? takpe mereka takkan tandus idea….

  3. kitty says:

    biasalah kalau dah kahwin dgn artis….
    telan saja lah air liuq tu….takut jugak kalau bini dia melenting sambil
    hentak2 kakinya yg tembam….sebenarnya
    pak misai suka dgn gosip ni….dlm ati
    dia berkata aku ni famos betul lah

  4. kitty says:

    99% bersama ct?….gelinya aku dengar….ini macam kes bapak jaga anak…udah2 lah bikin org tergelak kat
    hang lah….jawapan tu biarlah cerdik sikit…tak de kerjo ke?

  5. ash cerdik tafsir says:

    ape kebenda siti laki bini oi…tak penat ke cari duit ngn gosip murah ,kalu nak naik kan adik kak pun agak2 aa..mcm dh melebih smpai hal dlm kain pun nak jaja.tak cukup duit lagi ke nak kaya mana lagi bawak masuk lubang kubor ke..peminat jelak dgn dongeng cinderella siti outdated!rupa takda pakai bomoh kuat psyco bijak cover ayu baikk jew tp kami peminat tak buta

  6. kuntau says:

    ni cinderella alaf baru beb sebab tu cerita x habis2 ha..ha..ha..bravo tok kembang and khalid ngan cerita lapuk anda :)

Leave a Reply