Skip to content

September 16, 2008

24

Datuk K Nafi Gosip Kahwin Pramugari





KHALID dan Siti Nurhaliza mengadakan sidang media pada majlis berbuka puasa dan memperkenalkan artis naungan Siti Nurhaliza Production, di Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza yang juga usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 49, menafikan yang dia ada berkahwin dengan seorang pramugari di luar negara seperti disebarkan dalam internet, baru-baru ini.

Sambil melahirkan perasaan terkilannya atas penyebaran gosip berkenaan, Khalid menegaskan dakwaan dia berkahwin lain itu sebagai tidak berasas.

“Perkara seperti ini (berkahwin) sebenarnya tidak pernah berlaku. Itulah akibatnya apabila kita terlalu mempercayai gosip. Ada kalanya benda ini bermula dengan gosip yang kecil. Tetapi ia mula menjadi besar apabila ada pihak mengambilnya secara serius.

“Bagaimana saya hendak berkahwin lain sedangkan saya dan Siti sentiasa bersama. Boleh dikatakan 99 peratus saya selalu berada di sampingnya. Kalau berpisah pun mungkin disebabkan kerja dan itu pun tidak mengambil masa yang lama.

“Jadi apabila gosip itu mengatakan yang saya berkahwin di London, saya menjadi hairan,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan artis baru Siti Nurhaliza Production (SNP) di Menara Yayasan Tun Razak l, Jalan Bukit Bintang, di sini, malam tadi.

Ditanya apakah dia akan menyiasat ke akar umbi dalang yang menyebarkan fitnah itu serta membawanya ke muka pengadilan, Khalid berkata dia tidak akan berbuat demikian.

Sementara itu, Siti yang berada di sisi suaminya sepanjang sidang media itu berlangsung berkata, gosip seperti itu tidak akan menggugat kepercayaannya terhadap suami.

“Sebaik saja membaca cerita itu, Siti ada juga bertanyakan pada suami Siti sekadar ingin mendapatkan kepastian. Namun, selepas dia menerangkan perkara sebenar, Siti biarkan saja perkara itu diam begitu saja. Siti tak ada perasaan prasangka pun pada suami kerana Siti percayakannya,” katanya.

Berita Harian

Read more from Berita Harian
24 Comments Post a comment
  1. Sep 17 2008

    Ye ker Siti tu.Kata percayakan suami tapi di dalam hati Tuhan jer yang tau..

  2. siti zaitonira
    Sep 17 2008

    memg la…brlagak je prcayakan suami…tp dalam hati cam air mendidih….siti brkata dalam hati “Ya Allah, jauhkanlah dr mimpi ini mnjadi nyata….x mau aku madu2 ni…nnti hbs duit laki aku kena kikis..”…muahaha…

  3. kuntau
    Sep 18 2008

    persoalannya..leh percaya ke DK tu?? kalo dulu dia sanggup tinggalkan isteri dan anak2 x mustahil pulak dia nak tinggal tok kembang tambah lagi blum dapat zuriat..

  4. Sep 18 2008

    Ct,sabarlah menghadapi smua ini.aq yakin kak ct mampu mhadapi ini smua.hdup mmg pnuh cobaan..Allah sdh mempunyai khendak kpd kt smua.wassalam

  5. dina.rias
    Sep 18 2008

    Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.Walaubagaimanapun ingatlah pesanan ini…
    “Simpan sedikit rasa percaya itu untuk dirimu…Jika satuhari nanti kepercayaan itu dikhianati, kau akan dapat melaluinya dengan tabah kerana kau masih punya simpanan kepercayaan untuk dirimu…percayalah..”

  6. Sep 19 2008

    alaaaaaaa…buat pa nk pecayakan cakap orang lain ct…….dah kwin pa lg nk diragu-ragukan…pedulikan semua tu yang pentig kebahagian rumah tangga dan saling mempercayai…..knknknkn…………..and satu lagi buat orang yang sebarkan gosip tu….insaf-insaf la yaaa..ingat azab yang menanti diakhirat nanti…….baik hentikan kerja kamu 2…jangan nak selalu jaga tepi kain orang lain…nak sibuk pulak hal rumah tangga orang lain…jelous yaaaa….ishhh3x tak baik tauuuu….sibukkan dan jagalah hal sendri tu dulu sebelum nak jaga hal orang lain….kn ct kn ct….knknknknknkk…..sabar ja la yaaa ct….Allah pasti memberi pengajaran kepada orang-orang sebegini…..Buat Datu K pulak…teruskan usaha kearah kerja anda…heheheeheh masalah kecik ja punnnn da nk kecoh-kecoh….

  7. Ladybird
    Sep 23 2008

    Ct, i rasa segeralah dapatkan zuriat. Zuriat pengikat kasih & Sayang. PERCAYALAH !!!!

  8. Genius.YYY
    Sep 23 2008

    alooo ingat zuriat ni macam beli pisang kat tesco ker.. bagi ler nasihat yg logik sket.. cam.. siti, segeralah tinggalkan dunia artis sepenuhnya, moga2 laki ko akan sayang kat ko berlipat kali ganda lagi pas ni.. Percayalah…

  9. Sep 23 2008

    CT byk berdoa, walaupun kita sebagai wanita tak lari dari fitnah ( Memang sakit di mata & di hati ) namun kita punya Tuhan untuk mengadu, sudah fitrahnya dan tertulis pun dalam kitab Allah. Wanita adalah punca segala fitnah. Sabar itu subur pada iman.

    Nasihat saya, byk berdoa dan jgn bimbang sekuman kesabaran, keimanan dan doa pada yang ESA sudah pasti jaminan kekal surga buat kaum Hawa.

    Bagi DK, sebagai kaum Adam, harus diingat, kaki kanan boleh melangkat ke surga namun belum tentu kaki kiri melangkah bersama. Sekuman perbuatan akan dihitung. Jangan sakiti hati dia.

    Sesungguhnya kaum hawa ini mulia darjatnya disisi Allah. Surga itu di telapak kaki Ibu.CT banyak bekorban, perasaan, hati, harta dunia dan kudratnya untuk kekal bersama DK. Ct benar-2 membuka mata kaum hawa erti hati yang mulia.

    Syabar CT, Tangkis semua fitnah…

  10. Genius.YYY
    Sep 23 2008

    ct memang banyak berkorban utk dk, malah ramai jugak yg terkoban di sebabkan dek si ct ni, contohnya, perkahwinan dk yg sebelum ini.. syabas ct.. teruskan pengorbanan anda, jgn sampai terkorban sudah..

  11. kitty
    Sep 23 2008

    terima saja lah cemuhan org disekeliling kerana kamu pun ambik hak
    orang….kenalah buat muka tebal selalu
    cik kak ooii…kalau lah kahwin dgn org
    bujang tak de lah org nak mengata

  12. lenny
    Sep 24 2008

    emm..no komen..
    cume harap sangat kak ct dapat bersabar..
    sabar tu kan separuh daripada iman..
    kepada sesiapa yang membuat fitnah tu,insaflah..
    dahlah bulan puase ni..

  13. mizz
    Sep 25 2008

    bkn persoalan utama kawen ngan suami org kee duda kee bujang kee cik kitty…hidup manusia ni dah diatur oleh Dia klu ko kawen dgn lelaki bujang pun belum tentu bhagia klu x ajal mgkn mslh rumahtangga yg sdg berleluasa skgni menjadi pengahalangnya…dan belum tentu org x mengata ttg hidup ko..cm tekanan pd org yg kawen ngan suami or ex suami org sure lg berat dugaanya..
    Stp org ada dugaanya dan dugaan yg kita dpt bergantung kpd kesanggupan kita.. klu berat dugaanya maknaya org tu kuatlah utk hadapinya.. tp klu x kuat jadilah mcm stgh2 org tu yg cuma dok mengata buruk org lain kira sama mcm org yg spt mudah tertekan x boleh terima kelemahan diri tp mencari kelemahan & keburukan org lain,otc…

  14. Genius.YYY
    Sep 25 2008

    ko punya short form ni boleh juling bijik mata nak membacanya.. apa2 pun khas utk cik mizz, selamat hari raya dan maap zahir batin.. semoga kasih sayang dan rahmah Allah tak sekali2 akan meninggalkan ko..

  15. kuntau
    Sep 25 2008

    pengalaman sendiri ke mak cik mizz…tertekan ngan kelemahan diri sendiri lepas tu mengata kat org..adoiii tu satu hobi yg x menarik tau 1st time gua dengar ha..ha..ha..ha..jgn tertekan pasai bnyak yg mengutuk bodola sendir dah la :)

    Org x berhenti mengata sebab empunya diri yg menjaja cerita x habis2 ngan drama sendiwara. Itulah padahnya mengorbankan kasih sayang milik insan lain, maka terima la balik ujian yg x henti2 daripada NYA.

  16. Genius.YYY
    Sep 25 2008

    alooo cik kuntau, mana kawan baik ko si mustang, dah kena tangkap dgn lanun somalia ker.. ko pulak masih di ostralia ker lagik.

  17. kuntau
    Sep 25 2008

    alooo…balik bro. ha..ha..ha..bro. mus. sibuk memanjang je, tup2 hari tu dia bagi tau dia kat kampung la pulak makan durian x tau la skrang ni kat mana n makan apa la pulak na..:)

    yes…bro. gua masih kat ostralia, awat hang nak minta kirim kangarooooo ke??? tuk hidangan di pagi raya ha..ha..ha…classs…la kalo dapat makan kangarooo kat melaya :)

  18. Genius.YYY
    Sep 25 2008

    aku part2 makan ni tak ler adventurous, aku jenis makan apa yg mudah2 jer, ko offer ler pada si mustang, kot2 tergerak hati dia nak lawat ostralia, sambil2 main mata ngan ko masa makan kangaroo masak kicap ko tu :) )

  19. agk7
    Sep 25 2008

    Helo fren, zaman moden sembelih kangaroo waktu raya???!!! Gyyy, kalo mau rasa blh import masuk nanti kuntau arrange ya….:-))

  20. mizz
    Sep 25 2008

    iyelah kuntau..aku tau ko mmg org yg x makan saman punyer..statement gua sblm ni khas utk ko tp ternyata ko mmg pandai elak..klu jadi polis bapa kali saman kau pun aku rasa ko tetap ikut suka main langgar..
    pengalaman hidup tu penting kuntau x kiralah pengalaman apa yg pasti stp pengalaman ada pelajaranya..jgn jadi lurus bendul…

  21. kuntau
    Sep 25 2008

    ha..ha..whatever la mak cik mizz jadi polis ke, lawyer ke, doktor ke, cikgu ke kalo pandai bawa profession masing2 yg salah pun leh di betoikan…takat statement ko gitu2 dlam blog ni ko fikir aku nak makan saman sori to say la ya..lainla kalo ko berniat nak bomkan halaman ni baru leh jalan kot ha..ha..ha..
    Ape2 pun enjoy ko punya bulan puasa mizz jangan pausa terbatal pasai marah2 kat gua ni halaman ni dah le ye :)

  22. kuntau
    Sep 25 2008

    agk7, gyy entah2 coming next few years org x main dah sembelih lembu time raya…ter over advance sembelih haiwan dari oversea pulak just to show off how rich they are :)

  23. tok janggut
    Dec 10 2008

    apa pun siti kalau sabar dulu..kalau confirm bercerai habis iddah diri mu masih di hatiku…seperti lamaran ku dulu juga…aku ingin miliki mu …nak bawa siti ke syurga sebagai ainol mardhiah
    “” bukan sekadar cinta sewangi sabun mandi tapi cinta umpama sewangi kayu cendana “”

  24. monalissa
    Dec 14 2008

    takde la kerepot pun dato k tu…
    usia memang la dah tua,muka dia taknampak pun macam seorang datuk yg dah bercucu cicit.

    korang ni ye² je kalo nak ngutuk.punyala ramai orang pompuan kawin dengan orang berusia,siti jugak yg korang kutuk…

    tapi,bagus jugak utk siti & dato k, korang kutuk² sebab diorang dapat pahala,yg korang y ngutuk² + fitnah² ni dapat dosa je…kiikiikii…

    tau tak,hukum memfitnah orang ni apa??? tak terampun dunia akhirat dosa memfitnah ni selagi korang tak mintak maaf dari mangsa fitnah korang nih…dudukla kat neraka selama²nya masa 2nd life nanti…
    cepat²la minta maaf kat diorang berduatu…

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments