Skip to content

September 14, 2008

36

Tudung Siti Pelengkap Gaya Aidilfitri



Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my

Gaya diinspirasikan daripada tudung selebriti terkenal tanah air

UNTUK bergaya anggun dalam persalinan serba indah Aidilfitri nanti, jangan lupa sarungkan selendang atau tudung sebagai pelengkap gaya tatkala berkunjung ke rumah sanak saudara.

Lupakan jilbab mudah sarung yang sering digayakan bersama pakaian seharian kerana sempena kedatangan Syawal kali ini, butik Hajaba hadir bersama koleksi tudung terbaru yang unik dan istimewa.

Selain mudah dipakai, lapisan tudung dua lapis umpama serkup kepala membuatkan penampilan tampil anggun dan lain daripada yang lain. Tudung yang diinspirasikan daripada gaya tudung selebriti terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza itu dinamakan tudung Siti.

Pilihan coraknya pelbagai dan terkini. Ketelitian pemilik Hajaba, Mona Din memilih fabrik berkualiti, spandex menjanjikan keselesaan kepada pemakai. Malah, lapisan tudung luar dibuat labuh menutupi bahagian dada memenuhi kehendak muslimah yang mementingkan gaya dan kesopanan.

Saat sibuk melayan kedatangan sanak saudara, tudung luar yang disemat pin boleh dibuka meninggalkan anak tudung lapisan dalam yang terbentuk cantik mengikut bentuk wajah.

Cara pemakaian:

1. Sarungkan anak tudung.

2. Sarungkan lapisan tudung luar, pastikan kedudukannya tepat.

3. Sematkan jarum peniti di bahagian tengah kepala.

4. Hasilnya, penampilan anda pasti bergaya. Jangan lupa sematkan kerongsang sederhana besar di bahu sebagai pelengkap gaya.

Model : Amelina
Terima kasih Mona Din dari Butik Hajaba, Shah Alam.

Berita Harian

Read more from Berita Harian
36 Comments Post a comment
  1. cykepo
    Sep 15 2008

    macam mana pulak boleh jadi tudung siti? dia mana pakai anak tudung? tulah kalau orang nak lakukan barang. banyak penipunye.

  2. kitty
    Sep 15 2008

    itu bukan style tudung ct….macam2 aje
    lah…dia pakai nampak jambul

  3. Sep 15 2008

    hello geng, gua balik msia kejap le. ada urusan agung… heheheheheh….

    mcm2 ya skrg. tudung tok kembang pun ada… yg paling kelakarnya yg tak pakai tudung pun ada nama tudung Dato K. apa2 pun tudung kat atas ni tak sesuai dan kurang menarik. cantik lg tudung permaisuri agong… patutnya ambik tok kembang jadi model baru betul. tapi nak ke dia tutup jambul dari nampak dahi jendul dia tuh????

  4. agk7
    Sep 15 2008

    CT kalo pakai 2 lapis tutup dahi tutup leher nanti Xdpt tayang rantai & anting emas berlian dia lah.

  5. kuntau
    Sep 16 2008

    memang pun agk7..dia takut bling2 nya tak nampak takut org pikiq dia tiada harta al-maklum la nak digelar artis terkaya asia so bling2 yg ada mesti di show off kat org ramai mane leh sorok2 gitu :)

  6. cykepo
    Sep 16 2008

    itu bling2 ke? aku ingat accessory gurga kat pasar lambak. ada yang besar gedabak.mmm mungkin memang aku tak suka pakai yang besar2 macam rantai kapal kot.hehehe

  7. kitty
    Sep 16 2008

    pak misai tak suka tengok bini tu tutup
    terus, macam tak moden lah, laki dia kan
    suka yg glamour2 gitu…tak main lah
    macam hajah tutup2…nanti org tak
    nampak subang 1 kati tu, rantai macam
    rantai kapal tu…kejap gemok kejap kurus

  8. boring
    Sep 16 2008

    betul tu.. bila siti pakai tudung sopan macam tu? dia pakai tudung cuma klip sikit je kat nun hujung kepalanya… alih2 dapat nama tudung dia plak. apalah orng yang bagi nama tu.. xde mata ke?

  9. kuntau
    Sep 16 2008

    gurga pun leh gak…tapi bling2 ni akupun x suke, pakai yg sejuk mata memandang ckup la…besar rantai kapal pun bukan bleh dipikul sampai mati, silap2 kubur pulak kena korek pencuri sebab dah kena di aim..banyak harta

  10. kitty
    Sep 17 2008

    muka dia kejap kurus, kejap gemok…mak eei…tebal mekup nya kat mata tu, pakai
    celak mata hitam pekat

  11. Sep 17 2008

    hmm kenapa namakan tudung Siti..Rasanya takde kena mengena poon

  12. ash cerdik tafsir
    Sep 18 2008

    siti kalau takat pakai tudung nak cari publisiti akhbar baik takyah gi mekah..abis masa duit tapi kesan hajjah menimbulkan syak dan cetus waswas hingga buat org ngumpat jew..siti berdosa buat org lain umpat dia..yela dah btudung pakai ikut hukum mazhab kat malaysia ni..kahwin tok arab saudi ke atau masih tak puas nak tunjuk harta mas berlian kat artis lain..dahi jendul ada sebab tuhan buat suruh ditutup lagi cantikmanis jika btudung ikut hukum

  13. kuntau
    Sep 18 2008

    dia dah ketulahan ngan janji manis sendiri..sebab tu setiap amal yg dibuat x melekat dlam hati dan jiwa…banyak sangat sendiwara kosong sebab tu hati dan jiwa pun jadi kosong

  14. ladybird
    Sep 18 2008

    Setuju sangat2,LUPAKAH???? ANDA BAHWA DATO SITI NURHALIZA Penyanyi NO.1 Malaysia Pernah BERkata dia “PAKAI SELENDANG BUKAN TUDUNG”. Jadi tak adillah kalau yang punya diri tidak mengaku pakai tudung tau2 kata luarsana ambil kesempatan nak lakukan produk TUDUNG mereka DGN MENGGELIRUKAN PEMBELI!!! INGAT…YA!!!! SITI TAK PAKAI TUDUNG TAPI TUTUP SEPARUH RAMBUT DI ATAS KEPALA!!!

  15. Jannahwanie
    Sep 19 2008

    ct bertudung pun nampak jambul,mngarut bg nama tudung ct..artis ni nk glamor je lebih,klu pakai tutup sume kang,tak leh plak nk melaram pakai ketat-ketat,seksi2..tu sbb ct betudung camtu..klu xbg nama tudung tu tudung ct nanti tak laku plak..takpela…lantak korangla

  16. Yan
    Sep 19 2008

    kan bagus ek klu ct pakai tudung camni.lawa gak.
    aku brkenan tapi kat JB x delah.yg byk tudung indon jek.
    sesape yg prnh jumpa.tolong ler bagitau aku.

  17. kuntau
    Sep 19 2008

    dia sendiri pun dah “terkompius” ngan fesyen yg dia ada sekarang, nak jadi mak datin glamour ke atau hajah glamour, dua2 pun menarik tak gitu tok kembang..kejap slim kejap cam hippo, slim2 pun tapi pipi tetap tembam gak x mcam masa anak dara dulu na…

  18. mr.onem
    Oct 15 2008

    ape2 lah korang… dosa tanggung sendri… tak yah bnyak cakap…. buat penat je nak menaip… jga diri sendri lagi bagus…. cakap2 mcm ni pn bt nambah dosa je…. fikir2 lah… wahai insan2 tak suka CT… e2 kehidupan dia…org yg brtudung solat 5 waktu pn tinggal apa guna x g2… bek x yah nyarung kn tudung… lu fikirla sndri….

  19. cykepo
    Oct 15 2008

    oiii mr onem, yang lu suruh orang tak yah pakai tudung ni lu nak kena belasah kat lobang kubur lu ka? pakai tudung tutup aurat tu hukum Allah dan jgn siapa2 berani nak ubah. lu fikirla sendiri kalau nak komen jgn kena lubang kubor lu sudahlah!!!lu suka ngan ct sampai mimpi meroyan lu punya pasal. tapi kalau nak tukar hukum Allah lu jaga2 sajalah!!!

  20. Oct 15 2008

    tula..tudung datuk k kononnya..tok khaled tu pakai tudung ke?adeh..

  21. Dewi
    Nov 12 2008

    Kalu stakat nak pakai tudung nampak rambut sama macam tak pakaikan….emmm nanti karang dah tak seksi Dato K Cari lain plak hehehehehe….lu pikir lah sendiri….

  22. mr.onem
    Nov 15 2008

    sapa yg kata nak tukar hukum ALLAH… tak serendah e2 pemikiran aku lo… maksud aku… org yg pakai tudung 2 belum pasti semua nya sempurna… solat 5 waktu pun magkin tak lengkap… kalu sekadar nk pakai tudung tutup aurat je nak bt pa…kalau sembhyang tak cukup 5 waktu… lagi dosa yu…. pakai tudung tp baju ketat pn same je 2….kalau bertudung biar ikut cara islam yg sebenar.. kan ke hukum nya haram bg wanita berpakaian seperti lelaki… makanya wanita seharusnya tak berseluar jeans or bju T… bertudung n berbaju kurung… amal ibadah cukup baru lengkap jadi seorang muslimah yg sebenar….

  23. cykepo
    Nov 15 2008

    tu sebablah mr onem kena cakap dgn terang. banyak implikasinye dan banyak yang keliru.walau apapun sarung tudung tu memang wajib,pakai tutup aurat wajib mcm solat lima waktu jugak.jadi kita taklah bercanggah pendapat ya.

  24. haha
    Nov 20 2008

    tu bkn tudung style ct tau..tu tudung suka2 bg nama ct..ct mana pakai tudung camtu..ct kan pakai selendang nmpk jambul..

  25. kekwa
    Nov 26 2008

    suka sgt org mempermainkan nama ctot
    dan kertu….

  26. liana
    Dec 4 2008

    apa lak ct dpt nama tudung tuu.
    ct pakai tudung nampak jambul.apa kata kita bg nama tdg sheila rusly,dia pakai tudung kemas jerr.

  27. mama
    Feb 24 2009

    liana, sheila rusly pun sama dah skrag. tgk dlm anak betong, pakai tudung nampak leher n dada yang putih melepak. Lagi dasyat, baju hitam yang dia pakai tu menampakkan bentuk nipple n nampak dia pakai bra “push up”. memalukan sungguh.

  28. me
    Sep 17 2009

    manusia2 yg kt atas ni..kalo nk bli..bli ajelah tdg ni..pastu pakai..xyah la nk bising2 datuk ct pakai nmpk jambul ke ape ke..bongek..

  29. MORIENTES
    Sep 19 2009

    MUSTANG!!! jendul dia tu anugerah ALLAH SWT….jgn diungkit k…

  30. Oct 10 2009

    Thanks for this great information. Most of all i agree with you. Keep the good posts and I’m waiting for another useful posts.
    Also i’m very glad to subscribe to this blog. :) TWR Power System

  31. Nov 2 2009

    Ni apa punya kerja da?

    Apa-apa pun jom layan, Cara Bersetubuh mungkin lebih elok dari cari bende2 yang merugikan. gambarcarabersetubuh.blogspot.com

  32. matt
    Nov 11 2009

    perasan x klu blog yang letak cerita pasal Siti je, mesti ramai views & komen pun banyak. maknanya siti msh relevan, Dah kawen ‘ttp mak laku…’

  33. kak pah
    Jan 20 2010

    siti nurhaliza adalah yg terbaik sekali lagi.

  34. lisa
    May 3 2010

    salam,saya memang peminat ct…saya tak kisah dengan apa yng dia dah buat…biar dialah….tp soal tudung ni buat sy terasa dan terkilan dengan ct…kenapa untuk pakai tudung masih bertangguh2…sedangkan allah beri rezeki pd ct tak penah tangguh….knp kak ct…adakalanya sy sakit ht bila dengar dan bc komen orang,ada yang cakap,rambut belakang ct haram untuk dilihat,tp rambut depan halal untuk dilihat…bila kak ct baca komen orang,kak ct renung2kanlah….tak ada gunanya kalo kita buat baik,tp masih ada yang menyakitkan ht orang…soal lain sy tak nak sentuh,tp tudung dan aurat tu wajib…haram hukumnya,,,samalah jugak kalo kita sentuh anjing dan b#$i…hukumnya haram…samalah jugak dengan aurat…sy harap akak dapat beri yang terbaik…sebagai public figure,apa yang akk buat pasti jd ikutan….sy tetap sokong akak walau akak bertudung laboh sekalipun..

  35. May 21 2010

    Datuk Siti Nurhaliza penyanyi paling best selama-lamanya sekarang. Mari borak cerita pasal artis kegemaran kita semua.

  36. liena
    Jun 19 2010

    salam..kpd sume manusia,hehe..lantak deme lah nak bg nme ape,tudung ct ke ape ke?korang pehal,susah apenye korang??ada dia mintak duit korang ke??kalau ada,meh jumpa saya..hehe..mybe ct tak dapat hidayat lagi,nnti bila dia dah tutup lingkup apa korang k komen lg??love ct

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments