Kring Kring (KK): Hai… boleh tanya betul ke ni Niezam?
NIEZAM: Yup. Sayalah ni. Takkan orang lain kut!
KK: Kadang-kadang kalau saya telefon ada perempuan yang angkat. Sebab tu saya tanya dulu siapa ni?
NIEZAM: Oh ya ke? Wanda kut. Dia selalu juga tolong jawabkan telefon ni. Yalah dia tak sabar nak dengar gosip panas. Siapa yang telefon ni.
KK: Nama saya Siti. Bukan Siti Jarum, bukan juga Siti Nurhaliza tau.
NIEZAM: Tau! Suara Siti Nurhaliza merdu, Siti Jarum garau sikit. Suara you ni lembut ada keras pun ada.
KK: Saya ni kerja di sebuah pusat beli-belah di KL ni. Nak bagi tahu Niezam satu benda yang terjadi di tempat saya.
NIEZAM: Pasal apa?
KK: Pasal suami artis. Perangai dia memang meluat betul kita orang tengok?
NIEZAM: Bini dia artis. Siapa ya?
KK: Ala… dia ni pelakon drama. Cun orangnya. Dah kahwin tapi dia tak pernah mengaku. Tak tahulah apa sebab dia buat macam tu?
NIEZAM: Apa jadi dekat tempat you tu. Dia orang bergaduh ke?
KK: Baru-baru ni dia datang ke kedai kami. Nak beli barang tak sampai RM100 pun barang tu.
NIEZAM: Kenapa?
KK: Masa nak bayar, suami dia bagi kad kredit. Tapi budak di kaunter tu tak boleh nak terima kad tu.
NIEZAM: Kenapa? kad kena reject ke? Tak bayar hutang?
KK: Bukan! Belakang kad tu tak ada tandatangan. Budak tu suruh suami artis tu sign belakang kad dulu tapi dia marah. Dia kata dia tak mahu sign.
NIEZAM: Kenapa? Siapa yang pakai kad kredit memang wajib kena sign belakang kad.
KK: Memanglah. Alasan lelaki tu, dia takut nanti ada orang tiru sign dia. Alah… macam kami nak tiru sangat. Bukan kad tu dia bagi kepada kita orang ni.
NIEZAM: Macam tu ke? Lepas tu apa jadi?
KK: Dia tengking kita orang. Dia siap kata kalau dia tak beli barang di kedai kami, kita orang tak boleh cari makan.
NIEZAM: Tak baik betul la. Ingat dia seorang je ada duit?
KK: Itulah pasal. Tak payah nak menunjuk la. Beli barang pun tak sampai RM100.
NIEZAM: Habis tu macam mana?
KK: Dia bayar pakai duit cash akhirnya.
NIEZAM: Ada pula duit cash?
KK: Ala… nak tunjuk macam dia seorang ada kad. Macamlah kita orang ni tak ada.
NIEZAM: Kau orang ada kad apa?
KK: Kad telefon!
Utusan Malaysia