Tiga Siti Kongsi Pentas Raya



Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

Rap

ENAM tahun lalu, penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah menghasilkan album Sanggar Mustika. Me nampilkan irama tradisional, Siti mencari kelainan dalam penerbitan album sebelumnya yang lebih mengetengahkan pop.

Lagu dalam album berkenaan seperti Nirmala, Joget Senyum Memikat dan Badarsila mengingatkan peminat dengan ke merduan suaranya mengalunkan irama tradisional.

Sebenarnya, Siti sebelum itu turut menghasilkan album Cindai (1997) yang bergenre sama. Lagu Cindai diangkat sebagai juara kategori Irama Malaysia dan Anugerah Juara Lagu 1998 manakala Nirmala mengulangi kejayaan sama pada Anugerah Juara Lagu 2002 dengan pencapaian Lagu Pop Etnik Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Biarpun masa berlalu menyaksikan Siti jarang menyanyikan lagu tradisional tetapi hakikatnya, Siti masih rindu untuk kembali menyanyikan lagu irama sebegitu. Malah peminat juga merindui kemunculan semula Siti di pentas dengan irama itu.

Menerusi program Teratak Siti Nurhaliza terbitan TV3 yang menjalani penggambaran di Sri Pentas 2, Shah Alam ba ru-baru ini menyaksikan impian Siti untuk menyanyi semula lagu tradisional tercapai. Lebih bermakna, kegembiraan Siti kali ini dikongsi bersama sebilangan peminat setia yang bertuah hadir memeriahkan rakaman program berkenaan.

Bagi Siti, peluang menjayakan program ini bersama peminat suatu yang dinantikan apatah lagi ia menjadi kenangan manis buat Siti dan peminat. Menariknya, kemunculan Siti kali ini tidak keseorangan apabila mengajak sama kakak, Siti Nur saida (Saida) dan adik, Siti Nursaerah (Sairah) berkongsi pentas.

Apa yang menarik perhatian, program ini menampilkan suasana Aidilfitri dan peminat yang hadir mengenakan baju Melayu, kebaya dan baju kurung. Siti yang kelihatan ayu dengan dua persalinan kurung moden rona merah dan kuning rekaan Rizman Ruzaimi menunjukkan sepenuh ko mitmen dalam menyempurnakan program ini.

Penampilan tiga Siti menjadi tarikan dan kekuatan program itu hingga peminat sanggup bersengkang mata hingga lewat malam untuk menyaksikan rakaman program itu selesai.

“Saya menganggap program ini suatu yang istimewa apabila menyanyikan semula lagu tradisional. Memang saya rindu dan teruja untuk menyanyi lagu sebegini.

“Bagaimanapun, ada perasaan bimbang kerana lama tidak menyanyi lagu tradisional tetapi menganggap persembahan ini satu latihan untuk menyiapkan album baru nanti yang turut menampilkan genre sama.

“Pada mulanya TV3 mahu menggandingkan saya bersama Saida, Sairah dan Ayie untuk program raya ini tetapi akhirnya hanya kami bertiga yang bersetuju untuk menjayakannya.

“Tentunya pengalaman ini menyeronokkan dan berharap peminat turut terhibur apabila menonton program itu nanti,” katanya.

Program yang mengambil masa tayangan satu setengah jam menyaksikan Siti menyampaikan pelbagai lagu popular yang pernah dinyanyikan sebelum ini seperti Joget Pahang, Joget Berhibur dan Joget Kasih Tak Sudah.

Ketiga-tiga lagu itu dinyanyikan secara medley dan di dendangkan ketika mengadakan konsert di Albert Hall, London, tiga tahun lalu. Siti juga menarik perhatian penonton apabila berduet dengan Saida menerusi lagu Empat Dara diikuti Lenggang Lenggok duet bersama Sairah.

Menambah keindahan pada persembahan itu, Siti mem persembahkan medley lagu klasik seperti Tunggu Sekejap dan Sejak Ku Bertemu yang disampaikan secara unplugged. Tidak mahu menghampakan penonton, lagu Ku Mahu yang di popularkan menerusi drama Spa Q juga dinyanyikan dalam program itu.

Kemerduan suara Siti semakin menyerlah apabila me nyampaikan lagu Mahligai Permata, Ya Maulai, Nirmala dan Es Lilin. Siti bersama Saida dan Sairah kemudian ber gandingan menerusi dua lagu, Anugerah Aidilfitri dan Nazam Lebaran.

Kemuncak persembahan menyaksikan Siti bersama Saida dan Sairah mengajak peminat yang hadir untuk menyanyi lagu Cindai. Menariknya, peminat tidak melepaskan peluang berjoget sama dengan penyanyi pujaan mereka.

Menurut penerbitnya, Mohd Ismadi Ismail, penerbitan program itu suatu yang istimewa apabila Siti, Saida dan Sairah digandingkan bersama dalam satu persembahan. Menjadi program TV pertama untuk slot Aidilfitri tahun ini, kelainan ditampilkan menerusi konsep persembahan yang ingin di sampaikan.

“Program muzikal menampilkan konsep fusion tradisonal dan moden menjadikan ia unik serta berbeza dengan per sembahan Siti sebelum ini. Selain tarikan Siti bersama kakak dan adiknya, program ini juga mengundang penari Swatari dan 10 pemuzik pimpinan Faizal Uzir.

“Menerusi kelainan yang ditampilkan, program ini diharap dapat memberi kepuasan kepada penonton yang rindu menonton program TV berbeza sempena Aidilfitri nanti,” katanya.

Bagi Saida, pengalaman terbabit dalam program itu suatu yang menyeronokkan apatah lagi mengimbas kembali ke nangan mereka berdua ketika menyanyi dalam acara ke ramaian di kampung dulu.

Katanya, pengalaman menyanyi sebagai artis suatu yang berbeza kerana mempunyai peminat.

“Dulu kami hanya menyanyi secara suka-suka tetapi kali ini kami menyanyi di hadapan peminat yang turut ditonton menerusi televisyen. Biarpun persembahan nampak lancar tetapi dalam hati perasaan gemuruh tetap ada.

“Apa yang merisaukan saya jika tersasul atau lupa lirik ketika menyanyi. Namun, Siti sendiri memberi semangat kepada saya dan persembahan kami bertambah meriah apabila tiga beradik digandingkan bersama pada penghujung persem bahan ini.

“Sungguhpun, orang berkata saya menumpang populariti Siti tetapi ia terpulang pada peminat untuk memberi tang gapan sedemikian. Sebagai kakak, saya gembira dan ber bangga dengan pencapaian Siti selama ini,” katanya.

Kegembiraan Saida bersama Siti juga dikongsi adik mereka, Sairah yang menyifatkan persembahan itu adalah kenangan manis bersama peminat. Malah dalam program berkenaan yang diadakan secara santai bersama penonton di studio turut menampilkan suasana kampung yang mengingatkan pe nonton untuk pulang menyambut Aidilfitri.

Katanya, kehadiran penonton dalam program itu suatu yang bermakna selain menjadikan rakaman bertambah meriah. Walaupun rakaman dijalankan awal, Sairah percaya program ini menjadi antara tarikan kepada penonton TV3 pada hari raya pertama nanti yang disiarkan pada jam 10 pagi.

Harian Metro

On 12th August2008

  Comments: 3 Read more


3 Responses to “Tiga Siti Kongsi Pentas Raya”

  1. Jannahwani Says:

    rasanya tak payahlah nak angkut sume adik beradik naik atas pentas.yg lain tu nk tumpang glamer je.ahaks.Ataupun lebih senang kata,perasan dah glamer…

  2. cykepo Says:

    ish2… dah ada bakat takkan nak sembunyi2 pulak ya. jadi penyangak kan berbaloi sampai boleh jadi kaya raya buta. rezki dah kat tempat melalak apa lagi. tu pun belum complete lagi. belum masuk mak, bapak, tok, nek yang sememangnye dianugerah dgn suara buluh rebung. kalau dah kumpul semua, boleh kalahkan the osmonds. atau boleh jadi the osmonds malaysia. lepas tu buat konsert , lepas tu menyerantau ke benua lain. kan possibilities nye tak terhingga…

  3. kuntau Says:

    angkut semua kaum kerabat kat kampung rakam album balik kampung lagi best…biaq meriah gitu

Leave a Reply