RSS Feed
Featuring the latest scandals, gossip, and entertainment news.


Amin Iktiraf Penggiat Seni



Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

Rap

KALI kedua Anugerah Media Islam Negara (Amin) di adakan membuka lembaran baru kepada penggiat seni tanah air apabila majlis anugerah itu membuka pintu pengiktirafan buat mereka. Gembira dan terharu silih berganti kerana selama ini ramai menganggap dunia seni kotor dan perosak akhlak masyarakat.

Pengiktirafan itu sebagai isentif kepada pengarah dan produser drama serta filem untuk menghasilkan lebih banyak karya berunsur Islam.

Sekali gus membuktikan kepada orang ramai dunia seni bukanlah sejijik yang disangka. Malah kalau kena gaya dan caranya, ia boleh menjadi medium membentuk masyarakat cemerlang.

Majlis anugerah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu berlangsung Khamis lalu di Dewan Plenary, Pusat Kon vensyen Putrajaya, yang disiarkan secara langsung di RTM1, jam 9 malam.

Sebagai penghormatan kepada anak seni, AMIN menye diakan lapan anugerah untuk mereka. Namun begitu hanya empat anugerah mempunyai pemenang sementara empat lagi tiada pemenang. Penghargaan buat Erma Fatima apabila menang kategori Penerbit Drama Berunsur Islam TV Terbaik, Siti Shahrizah Saifuddin (Eja) terpilih untuk membawa pulang anugerah Pelakon Drama Berunsur Islam TV Wanita Terbaik (drama Mujahadah) dan Razali Hussin mendapat anugerah Pelakon Drama Berunsur Islam TV Lelaki Terbaik (Mencari Nur Khadijah). Manakala kategori Penulis Skrip Drama Berunsur Islam TV Terbaik menjadi milik Zabidi Mohamad.

Erma melahirkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan penganugerahan itu ia membuka mata ramai yang dunia seni tidaklah terlalu buruk.

“Terima kasih kepada Jakim yang mula mengiktiraf kerja orang seni. Saya bangga menerima anugerah ini. Apatah lagi saya penerbit dan pengarah pertama menerima penghargaan sebegini rupa. Dengan ini juga saya dapat membuktikan walaupun saya bukan pendakwah atau ulama tetapi masih boleh mendidik masyarakat menerusi seni. Saya buat semua ini untuk bangsa dan agama saya.

“Selama ini orang ingat dunia seni kotor, merosakkan akhlak dan menjadi punca kepada segala penyakit. Tetapi apabila ada pengiktirafan seperti ini, ia dapat menangkis segala dakwaan itu.

“Kali pertama AMIN diadakan, kategori untuk penggiat seni tiada. Oleh itu penambahan kategori ini amat dialu-alukan. Saya berharap selepas ini lebih ramai produser dan pengarah dapat menerbitkan program atau drama bercorak keaga maan,” katanya.

Perkembangan lain, sebelum Ramadan Erma bersama pa sukan produksinya akan berangkat ke Makkah untuk me nyelesaikan penggambaran drama Qasidah Buat Laila, Te tamu Allah, Nur Kasih Di Jabal Rahmah, Kau Mencipta Dosaku, Andalusia dan Tasbih Cinta.

Eja pula yang sama sekali tidak menyangka dapat me ngalahkan pesaingnya yang dicalonkan untuk kategori sama, Datuk Sarimah Ahmad dan Wardina Saffiyah, teruja dengan kemenangan itu. Katanya, melihatkan lakonan dan imej mereka berdua, tidak terlintas langsung yang dia akan menang.

“Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada panel juri kerana percaya dan yakin dengan kerja saya sehingga me layakkan diri ini sebagai pemenang pertama untuk kategori Anugerah Penerbitan Drama. Kemenangan itu menerusi lakonan saya dalam drama Mujahadah yang disiarkan di RTM (Radio Televisyen Malaysia) setahun lalu. Selama 11 tahun dalam industri, kemenangan ini membuatkan saya berasa kerjaya saya diberkati Allah.

“Lebih menggembirakan apabila Razali juga menang kerana lakonan mantapnya dalam drama Mencari Nur Khadijah dan saya turut berlakon dalam drama itu.

Kedua-dua drama itu juga arahan Erma. Zabidi Mohamad juga menulis skrip Mencari Nur Khadijah dan Mujahadah. Dia berjaya menghasilkan skrip yang bagus dan mening galkan kesan mendalam kepada masyarakat.

“Jadi sebenarnya kami berempat berkongsi kemenangan yang sama. Sekarang Erma cenderung menerbitkan drama berunsur agama dan apabila berlakon drama seperti ini, saya dapat menunjukkan teladan yang baik kepada penonton,” katanya.

Tambah Eja, dalam Mujahadah dia berlakon sebagai isteri yang tidak berdaya dan berpenyakit. Oleh itu ibu mentuanya (Afida Es) mahu anaknya (Eizlan Yusof) berkahwin lagi. Eja tidak bersetuju dengan perkahwinan itu tetapi kerana ka sihkan ibu mentua seperti ibu sendiri, dia terpaksa merelakan perkara itu terjadi.

“Mujahadah kisah pengorbanan isteri yang terpaksa ber kongsi kasih dengan wanita lain. Janji Allah, wanita yang mengizinkan suaminya berkahwin lagi akan mendapat pa yung emas di akhirat nanti,” katanya.

Menurut Eja, untuk mendapatkan hasil kerja yang baik dia cerewet memilih tawaran berlakon. Dia mahukan setiap lakonannya membawa mesej yang baik kepada penonton dan watak berat menjadi kegemarannya.

Eja juga berpendapat anugerah yang disediakan AMIN sangat mementingkan kualiti kerana enam daripada 28 anugerah yang dipertandingkan tiada pemenang iaitu Tetamu Undangan Rancangan Agama TV Lelaki dan Wanita Terbaik, Penulis Skrip Drama Berunsur Islam Radio Terbaik, Pelakon Drama Berunsur Islam Radio Lelaki dan Wanita Terbaik serta Penerbit Drama Berunsur Islam Radio Terbaik. Ini bererti anugerah diberi bukan berdasar kasihan atau agihan sama rata.

“Sudah banyak kali saya berlakon drama berunsur Islam termasuk paling baru dalam drama Bulan Bertemu Matahari. Drama itu sedang ditayangkan di RTM2, jam 9 malam, setiap Khamis.

“Drama itu mengisahkan dua beradik (Azizah Mahzan dan Shaharuddin Tamby) yang terpisah bertemu semula dan berkahwin tanpa mengetahui mereka ada pertalian darah.

“Apabila perkara itu terbongkar, mereka terpaksa dipi sahkan. Pasangan itu dikurniakan empat anak lakonan saya sendiri, Aaron Aziz, Ako Mustapha dan Lisdawati. Ia adalah kisah benar dan pernah menggemparkan masyarakat negara ini.

“Drama itu juga arahan Erma Fatima. Saya berharap selepas ini akan lebih banyak cerita berunsur agama diterbitkan untuk menjadi panduan kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu pengacara yang semakin dikenali ramai, Farrah Adeeba Mohamed Ashaf menang kategori Penyampai Rancangan Agama TV Wanita Terbaik (rancangan Cari Menantu – musim pertama terbitan TV9).

Anugerah Penerbit Akhbar Terbaik diberikan kepada Berita Harian yang diterima Pengarang Eksekutif Rencana Berita Harian Sdn Bhd, Zainuddin Ayip.

Manakala bekas Duta ke Arab Saudi, Dr Ismail Ibrahim menerima Anugerah Perdana Media Islam Media.

Tetamu kehormat malam itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Muhammad Syeikh Abdul Aziz.

Acara penyampaian anugerah itu juga diserikan dengan persembahan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Siti Fairuz, kumpulan Rabbani, Far East dan Nassier Wahab.

Pengacara malam itu, Fahrin Ahmad, Dr Fazley Yaacob, Wan Asyahilly dan Syamsul Ghau Ghau.

Harian Metro

Leave a Reply