Cindai Itu Kain Sutera, Si Cindai Pula Puntianak



OlehMohd Gani Ahmad

KETIKA keluar daripada dewan solat Masjid Al-Muttaqin pada Jumaat lalu, Haji Ismail, jiran lama, yang sering bercanda, tiba-tiba bertanya, ‘Apa itu cindai, ya, Pak Gani?’

Mendengar pertanyaan ini tercetus dalam minda saya, mungkin beliau teringat akan wajah ayu dan suara merdu Datuk Siti Nurhaliza ketika mendendangkan lagunya, Cindai.

Lagu ini dicipta Pak Ngah dan liriknya oleh Hairul Anwar Harun. Ia pernah dipersembahkan Datuk Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall, London, pada 2005.

Hayati rangkap pertama lirik lagu ini:

Cindailah mana tidak berkias,

jalinnya lalu rentak beribu;

Bagaimanalah hendak berhias,

cerminku retak seribu.

Saya nyatakan kepadanya apa yang terlintas di luar kepala: bahawa cindai itu ialah sejenis kain sutera yang coraknya berbunga-bunga.

Kain ini biasanya menyerupai warna kulit ular sawa. Kain ini dipercayai berasal di daerah Sind, Pakistan.

Maka berkemungkinanlah kosa kata ini juga ambilan daripada bahasa asal tempat kelahiran kain ini, Sind, Pakistan.

Dalam sastera Melayu klasik, sering terdapat penggunaan perkataan kain cindai ini. Sila baca petikan bahasa berirama daripada Hikayat Malim Dewa:

Baju beladu ainul banat,

Kain kembung kampuh pelangi,

Bukannya kain di bawah angin,

Kain kelambu rasul Allah,

Berikat pinggang kain cindai

Dalam bahasa berirama ini menunjukkan bahawa kain cindai dijadikan pengikat pinggang; maksudnya tentulah bengkung atau sabuk.

Menurut Allahyarham Haji Buang Bahar, Guru Kanan, Perguruan Silat Seni Gayong, dalam sembang silatnya di Sekolah Melayu Kota Raja pada akhir 1960-an:

‘Perkataan cindai ini digunakan bagi ijazah tahap tertinggi permainan seni silat yang menggunakan selendang atau bengkung; silat cindai namanya.

‘Tak ramai pesilat yang dapat menguasai atau mahir ke peringkat silat cindai ini.’

Daripada fakta yang terpapar, bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa cindai tidak sahaja merupakan kain sutera yang bermutu atau tahap seni silat yang terunggul tetapi juga boleh diibaratkan sesuatu yang istimewa dan bermutu.

Anehnya, pada sesetengah masyarakat di Sumatera, terutama sekali suku Minangkabau, apabila perkataan ini diimbuh dengan kata sandang ’si’ menjadi Si Cindai, maka maknanya sudah jauh menyimpang daripada makna sebenarnya.

Si Cindai tidak lagi bermakna apa yang dibincangkan tetapi bererti perempuan yang meninggal dunia semasa bersalin; yang kemudiannya menjadi puntianak atau kuntianak.

Satu-satunya peribahasa yang menggunakan kata cindai ialah ‘Mati berkapan kain cindai’. Maknanya seseorang yang meninggal dunia dengan nama yang baik, dipuji dan dihormati.

Umpama pepatah yang berbunyi: Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama.

Powered by Cyberita

On 4th June2008

  Comments: 10 Read more


10 Responses to “Cindai Itu Kain Sutera, Si Cindai Pula Puntianak”

  1. Nina Says:

    Kepada Admin laman web ini, undian untuk MTV Awards sudah dibuka, tolonglah promote kan bagi pihak peminat Siti Nurhaliza.

    Sila ke laman web MTV Awards dan dapatkan Code HTML dan masukkan di blog ini kalau boleh.

    Sekian…

  2. Joe (Admin) Says:

    Hi Nina… ok dah promote tu.

  3. agk7777 Says:

    Voting results as at 14-06-08

    9.65%Faizal Tahir
    56.88%Nicholas Teo
    3.7%Pop Shuvit
    29.77%Dato’ Siti Nurhaliza

    AND for those who DO NOT LIKE to promote ct, pls vote:

    Favourite Local Artist – Malaysia
    Faizal Tahir – MY1
    Nicholas Teo – MY2
    Pop Shuvit – MY3

    SMS eg. MAA”MY1″ to 33776 tqvm

  4. agk7777 Says:

    Voting results as at today (16-06-08)

    21.42 % Faizal Tahir
    51.79 % Nicholas Teo
    02.31 % Pop Shuvit
    24.48 % Siti Nurhaliza

  5. mustang Says:

    gua nka vote jac jatuh tergolek… coollll…. hehehehehehe

  6. Nina Says:

    Apa ni admin, janganlah pi promote faizal tahir sekali!

    hanya seorang sahaja yang boleh menang

    undian sekrang ini terbelah kepada 2, faizal dan siti

    kalau terus berpecah macam ini, alamatnya si nicholas teo tu akan wakili malaysia!

    mana aci!

    saya kenal dia pun tak, entah datang dari hulu mana pun saya tak tahu….

    tiba-tiba nak jadi malaysia’s favorite??? aduh….

  7. kuntau Says:

    dua2 pun aku x berkenan nak undi macam mana nina…kalo aku nicholas pun nicholas la…nama pun baru muncul kat halaman ni ha..ha..ha..jgn mare ye nina…cute nama mu :)

  8. betuahbadan Says:

    apa kena mengena kain cindai dgn lagu cindai ni.main bantai je ke penulis lirik ni.ikut lagu ini yg aku faham bercerita seorg perempuan yg kecewa kerana impian tidak tercapai sebelum tiba masanya.mungkin org suka lagu ni sebab muzik dia yg rancak.memang tak kena beb.

  9. kuntau Says:

    penulis ni malu sebenarnya bro. malu nanti org fikir dia ni taksub sangat kat tok kembang so dia tulis la pulak nyayian2 beliau, nak cover line…ape2 pun boleh :)

  10. kuntau Says:

    jgn nanti ditulis berapa size pakaian dalam dan luar tok kembang cukup…habis lingkup dalam gaung..:)

Leave a Reply