Skip to content

May 25, 2008

321

Kisah Siti Di Banglo Mewah



Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN (Emel: ent_editor@kosmo.com.my)

INILAH rumah banglo mewah milik Datuk K yang sebelum ini didiami Tengku Zawyah.

ORANG luar boleh berkata apa saja, tetapi realitinya hanya empunya diri yang tahu segala kebenarannya.

Justeru apabila kecoh kisah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dikatakan sudah berpindah ke banglo mewah yang pernah didiami suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bersama dengan bekas isteri, banyak kisah yang sebenarnya orang luar kurang arif tetapi masih sibuk berkata macam-macam.

Lebih mendukacitakan lagi, penyanyi ini sendiri diterjah dengan pelbagai kata-kata kurang elok, selepas dia dikatakan berpindah ke rumah bernilai lebih RM6 juta itu baru-baru ini.

Banglo berkenaan sebelum ini didiami oleh bekas isteri Datuk K, Tengku Zawyah Tengku Izham dan anak-anak selepas perceraian pada tahun 2005.

Bagaimanapun Pancaindera difahamkan Tengku Zawyah membuat keputusan untuk berpindah beberapa bulan lalu ke satu lokasi lain sementara menanti kediaman barunya di Kemensah, Selangor disiapkan penghujung tahun ini.

“Perpindahan Tengku Zawyah tidak ada kaitan dengan Siti dan saya. Tengku sendiri yang mahu berpindah. Insya Allah hujung tahun ini rumah baru dia akan siap di Kemensah dan dia akan tinggal bersama anak-anak,” kata Datuk K kepada Pancaindera menjelaskan sebab musabab bekas isterinya itu berpindah ke banglo berkenaan.

Oleh kerana banglo itu tidak berpenghuni, Datuk K mengajak kedua ibu bapanya, Siti Zainah Hanafi dan Muhammad Jiwa Abdullah berpindah ke situ beberapa bulan kemudian.

Dan atas permintaan Datuk K, semenjak awal Mei lalu Siti menyatakan kesudiannya untuk berulang alik ke banglo itu sekali gus bersama-sama menjaga Muhammad Jiwa yang menghidap strok.

“Memang benar Siti selalu ke banglo itu. Tetapi Siti belum pindah sepenuhnya. Banyak lagi barang Siti di kondominium kami,” kata Siti kepada Pancaindera.

Menurut Siti dia perlu akur dengan apa juga kata- kata orang luar yang mungkin membuat pelbagai tanggapan kepada dirinya selepas ini. Bagaimanapun sebagai manusia biasa dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak apatah lagi melarang mereka dari berkata buruk tentang dirinya.

“Tak perlulah orang luar pula yang buat spekulasi tentang diri Siti. Orang selalu dengar benda yang buruk saja, tak baik macam itu, tak sihat untuk mereka sendiri.

“Siti tahu apa yang Siti buat. Dan sebagai isteri, Siti akur dengan apa juga keputusan yang suami Siti buat untuk kami sekeluarga,” katanya.

* Kekok di rumah baru

Menceritakan tentang pengalamannya menjejaki rumah mewah itu, kata Siti pada awalnya dia merasa agak kekok serta kurang selesa.

Ini kerana semenjak berkahwin dengan suaminya itu, mereka cukup selesa di ruang kondominium penthouse sambil sesekali dilawati anak-anak tirinya.

“Mula-mula dulu Siti pun rasa kurang selesa. Sampai sekarang Siti masih dalam peringkat menyesuaikan diri, sebab tak rasa macam rumah sendiri.

“Tetapi tak apalah, sebagai isteri Siti kena akur, perlu ada persefahaman dengan suami dan ikut mana yang dia fikirkan baik,” katanya.

Pancaindera difahamkan sebelum ini Datuk K berhasrat untuk membina sebuah banglo lain untuk Siti.

Banglo yang dikatakan berharga hampir RM10 juta itu sedang dalam peringkat perbincangan awal dengan pihak arkitek. Dan bagaimana pula dengan perancangan berkenaan? Apakah banglo khas untuk Siti Nurhaliza itu bakal terbina atau sebaliknya?

“Belum tahu lagi. Buat masa sekarang keutamaan saya ialah kepada ayah yang sedang sakit. Semasa saya membina rumah ini (banglo di Bukit Antarabangsa) saya berhasrat untuk membawa ibu bapa saya tinggal bersama.

“Dan Alhamdulillah sekarang hajat saya tercapai untuk membawa ibu bapa saya ke rumah saya ini. Hal yang lain tu biarlah kami fikirkan kemudian” kata Datuk K lagi.

Powered by Utusan Malaysia

Read more from Utusan Malaysia
321 Comments Post a comment
  1. kuntau
    Jul 3 2008

    thanks bro. joe,

    banned tahap level 2 tu ok gak bro. at least kita tau berapa banyak nick yg dia pakai ha..ha..ha.. :)

    tomato puri action nak 100% out dari karektor kak samPAH tp tuan rumah maha tau gak ha..ha..ha.. sori beb sajak mu dah basi dan x tak laku kat halaman ni ha.ha..ha.., sure lepas ni lu cuba jual syair pulak paling x pun meroyan.

  2. town gurl
    Jul 3 2008

    aduh mula2 klaka jgk tgk komen kak pah…..skrng mcm dh melampau sngat la kak pah ayat2 u guna tu……..rileks kak pah jgn la smpai memaki hamun mcm tu skali…….aduh…….GYY i tak de masa nk enter tmpat ni by using 2 or more nicknme….i tetap town gurl yang meletup…hahahah

  3. cykepo
    Jul 3 2008

    kesiaaaannn kak samPAH. dah kes desperadoooooo!!!!!!!

  4. mila
    Jul 8 2008

    SAMA2 KITA RENUNG-RENUNGKAN:

    Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)”.Hadis Riwayat Ibnu Majjah

    Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak” Hadis Riwayat Thabrani

    Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda : “Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi” Hadis Riwayat Bukhari

    Rasulullah SAW bersabda : “Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi”Hadis Riwayat Ahmad

    Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

    1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja.

    2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

    3. Zakat dijadikan hutang.

    4. Suami menurut kehendak isteri ( dalam perkara bertentangan syariat ).

    5. Anak derhaka terhadap ibunya.

    6. Akan tetapi ( anak tadi ) sangat baik terhadap kawan-kawannya.

    7. Ia ( anak ) suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

    8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

    9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.

    10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

    11. Arak sudah diminum secara berleluasa.

    12. Kain sutera banyak dipakai ( oleh kaum lelaki ).

    13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

    14. Muzik banyak dimainkan / didendangkan.

    15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama ( para sahabat terdahulu ). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”Hadis Riwayat At-Tirmidzi

    Kematian merupakan proses peralihan hidup bagi manusia dari alam dunia menuju alam akhirat atau dapat juga dikatakan kematian adalah merupakan batas terakhir dari masa kehidupan manusia di alam dunia dan permulaan hidup di alam kubur atau alam akhirat

  5. Genius.YYY
    Jul 8 2008

    tq for the notes. aku rasa yg no 13 tu mmg cukup sesuai dalam forum ni

  6. mila
    Jul 8 2008

    tu la pasal…kadang2 bila bc note2 mcm nie…rs jgk takut dlm diri nie…cz yg no 13 tu mmg ketara kan?nak2 kalu sentuh pasal artis yg bernama ….?

  7. mizz
    Jul 11 2008

    rasa takut jek x gune ..cepat2 g buat ibadah bebanyak mila oii…kat cni xde faedahnya..melibatkan diri mengata org lain xtakut kee…

  8. stkm
    Jul 13 2008

    tul 2 mizz….tkt jer xgn…insaf2 lah wahai smue sblm t’lmbat..sblm bala yang dikatakan Allah S.W.T i2 smpai kpd kt..mdh2an kt m’jd m’sia yg sentiasa diingatkan serta mengingatkan……

  9. Jul 15 2008

    alamak beb… lama tak singgah sini. apa khabar semua? gua baru tiba msia le… cuti sakan beb. makan durian berbakul2… mak gua siap buat serawa durian lagi. sodap tuhhh…

    hahahahaha…padan muka lu sampaH. good job bro… good job. mcm filem Hancock plak.

    tima kasih le mila pasal note panjang lu tuh. boleh mengingatkan gua jugak… dan juga atok ETT ..bep bep bep….

  10. Jul 17 2008

    makcik mizz, sendiri mau ingat jugak. lu pun terlibat sama ya. so lu pk sendirilah….

  11. cykepo
    Jul 17 2008

    hey bro mustang, awak lamake cuti kat tanah air sendiri? lepas ni balik ke tanah afrika lagi ke?makan durian tu kena ingat2, orang kata high cholesterol. saya tak leh makan banyak2 sekarang . satu dua ulas cukuplah. almaklumlah, usia makin meningkat, immune system pun tak kuat mcm dulu lagi…

  12. mizz
    Jul 21 2008

    backup nampak…
    gua ingat la pakcik sbbtu gua x rasa si mila tu patut terlibat sume ni
    elok2 otak elok jadi mereng sbb nak kene perah otak utk hasilkan statement paling power kat cni..
    lu pun tau kan kat cni klu emo lebh jek mulalah merapu bukan2..
    lu sukelah klu ramai lagi jd pengutuk sejati mcm lu..wlupun gua slh sorg dr pengutuk tp lu tau kita berlainan arah..
    so bab nak sedar diri gua tau bila nak undur diri
    klu kite tau diri kita jahat x perlu lah nak ajak org lain jd sama jahat…

  13. Jul 21 2008

    iyalah makcik mizz…. kita pun sama2 nakal…bkn jahat.

  14. Jul 21 2008

    tapikan makcik, masing2 dah ada akal waras jadi lu pklah sendiri….

    haahahahaha…cykepo. gua ni pantang jumpa durian. lagi2 dapat durian tembaga kat rumah pakcik gua…sodap baitu…. memang tak pandang org kalau dah makan..lemak lagi manis… puhhhh…makin teringat le. esok gua nak ngendap lagi ada buah gugur tak… jangan marah ahhh

  15. mizz
    Jul 23 2008

    sama2 la kite berpikir sejenak ttg hal diri sendiri…

  16. Jul 23 2008

    setuju…

  17. SHAM
    Aug 18 2008

    JGN NAK MSK CMPUR MSLH MEREKA…OK!!!

  18. kuntau
    Aug 19 2008

    depa sendiri yg nak mencampurkan rumah dan tangga depa ngan masyarakat umum, kalo betoi2 depa nak privacy mesti dah lama tok kembang berhenti melalak jaga privacy rumah dan tangga tersebut daripada terus di jaja dan dikorek oleh media2 sekeliling :)

  19. Elmo
    Aug 19 2008

    Betul tu kuntau….

  20. KAK PAH
    Aug 20 2008

    hahahah. senang nye mem ‘betul’ kan fakta org. dlm forum, blog2 ni boleh org berselindung di sebalik sejuta nama, padahal life is full of beautiful choices. akak tertanya-tanya kenapa la ada jugak kutu2 yang nak pilih kejahanaman.

    selalunya kalau kita suka, kita bawa bersama.

    tapi kalau kita benci, kita tinggalkan saja.

    akak pelik dengan anak2 H yang hatinya sakit.

    dah lah memilih kebencian utk dipenuhi dlm hatinya, pastu nak hasut org lain jugak convert masuk dlm spesis dia.

    Dah muak? Blah! Jgn dengar suara, jgn beli CD, jgn tengok muka, jgn angkat tahu. Barulah SITI drop gegila. CONFIRM! sure hilang nyer, luput (which is impossible la sebut yg gitu2 ni ciput sangat!)ni tak. Macam publicist pulak. Depa lak yg kuat buat isu2 yg meneruskan keglamouran Siti.

    Muak ke Suka ni?

  21. kuntau
    Aug 20 2008

    pengutuk2 kat cni x pernah hasut pengomen yg lain tuk sama2 membenci tok kembang…PAH, kita x leh paksa apa yg org tu mahu, x macam fanatik2 tok kembang ni semua asal ada org x suka ngan bodola mereka mula la mengeletik mcam cacing kepanasan, x leh terima hakikat ade org x suka ngan bodola pujaan hati ke???? biasa la lumrah alam suka lawan nya x suka :)
    x yah tunggu dia drop gegila PAH, sekrang ni pun dah nak drop pun…karang ni pun x habis2 ngan album baru, projek baru, bawa adik kakak semua ikut melalak kat ats pentas takut the next coming years langsung x laku..
    Beli cd??? sori yek…buang karan je :) sori tok kembang album mu x laku di hati ku ha..ha..ha..

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments