Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.my
PELBAGAI perasaan yang tercetus sebaik satu persatu keputusan yang diumumkan sepanjang perjalanan acara Anugerah Planet Muzik 2008 (APM 08) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam kelmarin.
Masakan tidak, daripada 12 kategori yang memperlihatkan nama-nama artis Malaysia yang berjaya menerobosi senarai pencalonan akhir, lapan daripadanya menyaksikan Malaysia menjulang hadiah kemenangan.
Empat kemenangan untuk kategori terbaik dan selebihnya pula untuk kategori popular yang melibatkan undian daripada peminat di Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Bermula dengan nama Farah Asyikin, Faizal Tahir dan Meet Uncle Hussain yang masing-masing mendominasi kategori Artis Wanita, Lelaki dan Duo/Berkumpulan Baru Terbaik, itulah kali pertama memperlihatkan nama negara dijulang untuk tiga kategori tersebut sejak APM kali pertama diadakan pada tahun 2001.
Jika ada pun sebelum ini, mungkin nama artis Malaysia hanya akan tersangkut satu atau dua sahaja daripada kategori tersebut.
Malah, kemenangan kali pertama Anuar Zain untuk Artis Lelaki Terbaik juga dilihat sebagai membuka satu lembaran baru kerana sebelum ini, sudah puas dia dikritik dan menerima pelbagai tohmahan berikutan album ketiganya, Anuar Zain yang dikatakan tidak mengagungkan karya tempatan.
Untuk kategori itu, dia menewaskan pencabar terdekatnya, Faizal serta tiga calon lain iaitu Glenn Fredly, Iwan Fals dan Taufik Batisah yang sememangnya cukup terkenal dengan penghasilan album yang berkualiti dan juga berbakat besar serta pembawakan jalur muzik yang unik dan kreatif.
Adakah dengan kemenangan empat artis berbakat besar ini memberi tanda bahawa Malaysia sudah berjaya melahirkan artis-artis yang berkualiti yang diharap dapat merobah senario industri muzik tempatan dan khususnya muzik Melayu serantau?
Ataupun dengan kemenangan ini sudah mampu membuatkan kita menarik nafas lega dan boleh berpuas hati dengan keputusan yang telah dilakukan dengan mengatakan akhirnya Malaysia berjaya mendominasi APM yang sekian lama diperkatakan dan menjadi perdebatan hangat di kalangan peminat dan pemerhati industri muzik?
Apa jua keputusan yang diterima bukanlah satu petanda untuk kita terus berpuas hati dan menyatakan bahawa setakat itu sahaja perjuangan artis kita untuk terus menempatkan diri dalam memperjuangkan muzik masing-masing di negara serumpun.
Sememangnya kita harus berbangga apabila artis-artis tempatan berjaya dinobatkan dengan gelaran terbaik kerana kita semua sedia maklum, untuk mendapat tempat dalam senarai pencalonan akhir APM bukanlah satu perkara yang mudah kerana saingan yang diterima semua cukup hebat terutama apabila melibatkan artis-artis Indonesia.
Tetapi, di sebalik kemenangan itu, terselit kedukaan yang dipendam kerana sebenarnya, muzik Malaysia masih lagi gagal menarik perhatian juri untuk dinobatkan dengan dua gelaran keramat APM iaitu Lagu Terbaik dan Album Terbaik.
Dua kategori utama iaitu Lagu Terbaik dan Album Terbaik APM 08 menjadi milik kumpulan hebat Indonesia, Gigi yang memenanginya menerusi lagu Nakal dan album mereka, Peace, Love & Respect.
Apakah formula yang digunakan oleh karyawan Indonesia dalam setiap penghasilan album-album mereka sejak permulaan penganjuran APM sehingga tahun ini, anugerah Album Terbaik bagaikan wajib akan menjadi milik mereka.
Sampai bila kita mahu menyaksikan hanya artis kita sahaja dinobatkan sebagai terbaik dan popular tetapi karya yang dihasilkan seolah-olah dipandang sepi oleh pihak juri yang mungkin merasakan album keluaran Malaysia belum cukup bagus untuk menerima gelaran terbaik itu.
Meskipun menerusi APM 08, Malaysia menghantar wakil album Faizal dan Anuar yang disifatkan antara produk terbaik yang dihasilkan sepanjang tahun lalu, nampaknya masih lagi belum ada sinar cahaya untuk kita membawa pulang anugerah tersebut.
Apakah lagi yang perlu karyawan Malaysia perlu lakukan dalam produk-produk mereka dalam usaha untuk terus diiktiraf sebagai Album Terbaik?
Seharusnya, perkara ini perlu dipandang secara positif dan serius oleh seluruh karyawan industri muzik.
Bukanlah untuk mengatakan artis Malaysia perlu melahirkan karya berkualiti semata-mata mahu menerima anugerah tetapi setidak-tidaknya dengan karya yang dihasilkan, ia dapat membuka mata pihak luar bahawa kita juga sebenarnya serius dalam membawa produk kita jauh dari gelanggang sendiri.
Sudah sampai masanya, kita merubah dan mencari satu pembaharuan dalam penghasilan muzik-muzik tempatan untuk terus memahat nama Malaysia sebagai salah sebuah negara serumpun yang mampu menghasilkan karya yang terbaik.
Inilah juga kelebihan pentas APM yang menawarkan kita banyak ilmu mengenai seni muzik daripada rakan-rakan serantau dalam usaha memperbaiki kelemahan.
Bukan disuruh meniru atau mengambil segala-galanya secara menyeluruh, tetapi amati dan hayati serta dengar di mana keistimewaan produk mereka sehingga mampu menarik perhatian juri serta peminat.
Menyentuh isu populariti pula, Malaysia sememangnya masih lagi tidak ketinggalan menerusi kategori itu apabila kali ini, kesemuanya menjadi milik mutlak negara kita.
Datuk Siti Nurhaliza ternyata masih lagi menjadi pujaan peminatnya dari tiga negara terbabit apabila berjaya mengungguli kategori Artis Wanita Paling Popular untuk kali kelapan berturut-turut sejak tahun 2001.
Meskipun sudah berumah tangga dan tampil dengan imej bertudung, itu bukan halangan buat penyanyi berdagu lekuk ini untuk terus memikat hati jutaan peminatnya kerana ternyata vokal lemak merdu Siti dijadikan aset untuk terus dia bertahan dalam industri muzik.
Namun, kekalahan kali kedua di tangan diva seberang, Kris Dayanti menerusi kategori Artis Wanita Terbaik bukanlah satu perkara yang perlu kita lihat secara negatif kerana kedua-duanya adalah penghibur yang sama hebat dan terbaik serta cukup dikenali di seantero negara serumpun.
Mungkin sudah tertulis bukan rezeki Siti kali ini untuk membawa pulang anugerah tersebut.
APM 08 juga menyaksikan kebangkitan Faizal kerana dia membuktikan bahawa dia adalah kuasa baru dalam industri muzik dan dengan kuasanya itu, dia mampu menepikan Mawi untuk membawa pulang anugerah Artis Lelaki Paling Popular.
Terkejut? Rasanya tidak perlu kerana Faizal hadir dengan pakej dan menerusi bakat besarnya itu, ia telah mengangkat namanya ke puncak populariti.
Statusnya sebagai bapa dan suami tidak dilihat sebagai satu halangan buat Faizal untuk mengecapi kemenangan.
Meskipun namanya pernah diheret ke kancah kontroversi tetapi itu bukanlah penghalang untuk terus dia mendapat sokongan peminatnya kerana mereka masih lagi mempercayai dan menyayangi bakatnya yang tiada dua itu.
Cuma, Faizal harus perlu meningkatkan lagi usaha untuk terus melahirkan produk yang berkualiti seperti mana album sulungnya, Aku.Muzik.Kamu.
Memandangkan kategori ini ditentukan oleh undian peminat dari tiga negara, pastinya kekalahan Mawi di tangan Faizal membuatkan khalayak berfikir apakah aura populariti Mawi sudah semakin berkurangan.
Atau adakah penangan pengisytiharan cinta bersama Ekin semakin lama semakin memakan dirinya?
Kumpulan Estranged yang berjaya merangkul dua anugerah iaitu Kumpulan Paling Popular dan Lagu Paling Popular untuk lagu Itu Kamu membuktikan bahawa perjalanan Estranged sudah bermula untuk memperkenalkan nama mereka dengan meluas lagi selepas ini.
Sudah pasti, kemenangan paling bermakna sudah pastinya kepada kumpulan KRU dan Search yang memenangi Anugerah Cinta Planet Muzik dan Anugerah Khas Planet Muzik yang mengiktiraf hasil sumbangan mereka dalam industri muzik serantau.
Powered by Utusan Malaysia
Aku pikir gelaran Anugerah Planet Muzik 2008 tidak begitu dikenal dikalangan penggemar muzik di indonesia. Wajar apabila pilihan vote lebih banyak kepada penyanyi malaysia. Gelaran APM ini sejak awal memang banyak mengandung kontroversial.
Sejujurnya kurang tepat kalau pemberian anugerah di APM ini dijadikan semacam rujukan utama bahwa industri muzik malaysia sudah berkualiti. Tujuan salah satu gelaran ini adalah agar muzik malaysia dapat menembus pasar muzik indonesia, tapi seperti diketahui sejak APM pertama kali hingga sekarang musisi malaysia yang pernah menerima anugerah tidak satupun yang berhasil menembus pasar muzik serantau terutama indonesia.
Masih butuh waktu yang agak panjang untuk ke arah itu, karena perkembangan muzik di indonesia sangat cepat, dan muzik indonesia memiliki style muzik tersendiri, sedangkan muzik malaysia masih mencari cari identitas muziknya.
saya zibalbo, berasal dari Jogja Indonesia, saya juga menyaksikan acara tersebut lewat global tv; saya berkata jujur, adapun nama-nama pemenang di Malaysia, tak satupun saya kenal di Indonesia. jadi sangatlah wajar jika APM diadakan di Malaysia dan pemenangnya banyak dari artis Malaysia.
thx
Ada salah komentar mohon di maafkan
tak kisah bong.. yg penting kumpulan nasyid raihan telah di kenali di serantau asia… honestly gua memang kagum juga dgn muzik dr band indonesia tapi artis msia juga punya cara sendiri. sebenarnya muzik msia juga bagus dan sedap di dgr. cuma yg jadi reportan org2 indonesia tu sendiri yg tidak mahu menerima artis msia masuk kesana. di msia org2 sini lebih peka pada muzik dan mereka menerima apa2 saja muzik asalkan sedap ddgr.. tak gitu. jadi maknanya org msia lebih memahami muzik dr org indonesia…. jgn marah ya bong. sekadar pendapat gua saja… mampir
oh ya satu lagi, ni nak tanya bong zibalbo ya. jawan dgn jujur, lu kata semua pemenang malaysia lu tak kenal. maknanya artis yg di kata popular di indonesia itu siti nurhaliza juga lu gak kenal lah.
hmmmmm…. gua ingat semua mahluk indonesia kenal sape tok kembang ni.
mustang ni ada2 je,saya dah agak dah mesti awk nak tnya si zibalbo ni kenal ct tak?dia ni ckp dia tak kenal semua artis mlysia tp ct kan dah populer merata tmpt,
makrina, gua ni duduk luar negara malaysia. tempat gua pun ada mcm2 bangsa termasuk dari asia. gua tak pernah le tanya dgn member gua pasal artis msia tapi diorang pernah tanya gua artis msia paling ngetop siapa? yg diorang kenal band msia SEARCH. huhhh…. nama sape paling besar beb?? diorang ni pun bkn selalu dgr muzik msia kecuali lagu2 eng.
anway, popular atau tidak itu tidak mejadi ukuran. yg penting skrg personaliti. kalau popular mana pun tapi memalukan diri sendiri dan keluarga nak buat apa. dia dan keluarga blh kata “tak ambik kisah pun atau tak kudis pun” tapi masyarakat makin mengutuk kerana sikap tak ambik indah dia. buat ikut kepala dia je.
APA PUN GUA DAH AGAK DAH DARI DULU, TOK KEMBANG NI AKAN MAKIN TERUK PENAMPILAN DIA COZ DULU APA YG DIA NAK PAKAI DI LARANG OLEH KEDUA ABG KAKAK IPAR DIA. SKRG HER THRU COLOURS DAH SEMAKIN TERANG… INILAH DIA MEK MENTI,,,, =)