AF6: Kakak Siti Nurhaliza Tersingkir



PETALING JAYA 19 April – Siti Norsaida Tarudin menjadi peserta keenam tersingkir dalam perjuangan merebut gelaran Juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) yang diadakan di sini malam ini.

Saida, 32, yang merupakan kakak kepada penyanyi nomber satu negara Datuk Siti Nurhaliza terpaksa akur dengan keputusan tersebut setelah mendapat undian khidmat pesanan ringkas (SMS) paling rendah berbanding lapan peserta lain.

Pada konsert mingguan kelima yang berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini Saida mendendangkan lagu ‘Bila Bunga Berguguran’ nyanyian Fauziah Datuk Ahmad Daud.

Penyingkiran Saida memberi peluang kepada lapan lagi peserta iaitu Mohamad Aliff Mohd. Razali, 22, atau Alif; Nubhan (Ahmad Nubhan Ahmad, 22); Riz (Mohammed Idris Mohd. Zaizizi, 22); Nadia (Nadia Haswani Hasnan, 18); Stacy (Stracie Angie Anam, 18); Stanley (Stanley Maringai David Impi, 25); Toi (Khairul Nizam Baharom, 31), dan Hairina Abd. Halim, 44, atau Rina untuk bergelar Juara AF6.

Juara AF6 bakal menerima hadiah bernilai lebih RM700,000 termasuk sebuah banglo empat bilik di A’Famosa, Melaka, kereta Peugeot 307X tajaan Naza Motor Sdn. Bhd. serta wang tunai berjumlah RM25,000 sumbangan Hotlink selain percutian ke Afrika Selatan tajaan Mayfirst, pakej pelancongan ke New Zealand tajaan Maybelline.

Naib juaranya bakal menerima hadiah bernilai lebih RM100,000, tempat ketiga (lebih RM20,000), tempat keempat (lebih RM9,000) dan tempat kelima (lebih RM7,000).

Sementara itu, Hetty Koes Endang tampil selaku pengkritik undangan sambil ditemani oleh Fauziah Ahmad Daud dan Ning Baizura pada selaku pengkritik tetap konsert tersebut.

Powered by Utusan Malaysia

On 20th April2008

  Comments: 5 Read more


5 Responses to “AF6: Kakak Siti Nurhaliza Tersingkir”

  1. mustang Says:

    :mrgreen: baliklah rumah jaga suami dgn anak2.. lagi pun adik lu tok kembang kan dah kaya so blh le buat kan album utk si kakak dan adik.. ”

    kita tgk je nanti ada tak si kembang ni ambik kakak dia jadi artis jemputan utk album baru dia…. kalau tak ada confirm le tok kembang ni pk diri sendiri coz takut tak laku… :cool:

  2. ctqueen Says:

    tahniah utk saida krn awal2 lagi dah bungkus. kalau nyanyi pun terkepit2 baik dok rumah. kesian anak2 rindukan ibunya. anak2 tu harta dunia dan saham akhirat yg paling bernilai, bukan glamor dan material. so, jaga anak you baik2. jgn pulak ikut perangai adik yg blm sedar2 diri lagi nampaknya. lagipun dia blm ada anak sendiri.sbb tu tak habis2 nak enjoy….

  3. kuntau Says:

    memang x da bakat, astro ambil pun cuma nak naikkan saham diaorng je..aku tengok kat youtube c saida ni nyanyi macam kuda belang terlepas kandang…paling aku alergic tangan kiri dia x sah kalo x naik…buat malu je..baik dok rumah

  4. mizz Says:

    dah kua pun yg nak dok kecoh lagi tu ape kess???
    wah2 kuntau bab mengutuk org serah kat dia..segala mcm bintang klu bole ko nak samakan..
    kuda belang terlepas kandang sambil nyanyi erk.. :lol:

  5. kuntau Says:

    memang betul ape…setakat suara mcam tu baik x yah..x berbaloi tinggalkan anak2 semata2 nak kejar kemahuan sendiri….kalo nak sangat kenapa beranak pinak..kejar dulu kemahuan tu supaya anak2 x jadi mangsa keadaan..nasib dah keluar kalo x..banyak minggu lagi baru final kalo juara pulak hah…promote sana promote cni..kalo bujang lain lah cerita..p berbulan2 pun x de org kisah..fdalam youtube sihan tul tengok muka anak2 dia wondering…kenapa x leh jumpa mak cam biasa…

Leave a Reply