Skip to content

April 11, 2008

20

Catatan Hidup Siti Nurhaliza



Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN fadzilah.bahar@utusan.com.my

ImageShack

MEMANJAT DOA KEPADA ALLAH MEMOHON KEKUATAN DARIPADANYA.

KEINGINAN memiliki autobiografi sendiri sudah lama terpendam. Malah Datuk Siti Nurhaliza pernah terfikir mahu merealisasikan impian tersebut ketika majlis perkahwinannya dilangsungkan pada Ogos 2006.Bagaimanapun, hajat di hati terpaksa dilupakan lantaran kesibukan masa dan waktu yang terhad.

Menurut penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, seboleh-bolehnya dia tetap mahu cita-citanya untuk menerbitkan autobiografinya sendiri terlaksana.

“Insya-Allah saya memang ada keinginan untuk menerbitkan autobiografi sendiri. Sebelum ini saya sangka dapat terbitkannya semasa majlis perkahwinan saya tapi kerana tak cukup masa.

“Bila difikirkan semula rasa lebih elok saya hasilkan dan keluarkan sempena ulang tahun pembabitan saya dalam bidang seni ke-15,” katanya ketika ditemui di ibu kota, baru-baru ini.

Menyambung perbualan penyanyi yang kini popular dengan lagu Ku Mahu berkata, buat masa sekarang, usaha ke arah perancangan itu sedang dilakukannya.

“Kakak ipar saya banyak membantu memandangkan dia juga penulis sebelum ini. Kami dalam proses mengumpulkan data dan saya amat berharap semuanya akan menjadi kenyataan,” jelas Siti yang banyak mendapat sokongan kakak iparnya, Rozi Abd. Razak yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia.

Album baruSelain memberi tumpuan pada penerbitan autobiografinya, seniwati muda ini juga bakal muncul dengan album baru berkonsepkan Melayu kontemporari.

Penghibur berusia 29 tahun ini dijangka kembali ke studio rakaman sekitar bulan Jun atau Julai.

“Saya masih lagi dalam proses memilih lagu-lagu yang bersesuaian untuk dimuatkan dalam album baru itu.

“Ada ramai komposer yang mencipta lagu untuk album ini, jadi saya mahu pilih mana yang bersesuaian.

“Saya mahu berterima kasih kerana semua yang terlibat adalah daripada komposer yang mencipta lagu untuk saya sewaktu Bengkel Cipta Ekspres yang dianjurkan Badan Perlindungan Hakcipta Malaysia (MACP) tempoh hari.

“Mungkin album tersebut akan memuatkan lebih 10 buah lagu,” jelas isteri kepada usahawan ternama, Datuk Khalid Mohammed Jiwa ini lagi.

Tidak tertekanSatu persoalan yang akan diajukan ketika berjumpa dengan penyanyi ini tentunya tentang cahaya mata.

Yang menariknya bicara Siti jika dulu persoalan tersebut umpama satu tekanan buatnya, namun kini tidak lagi.

Sambil tersenyum manis luah Siti, dia kini sudah semakin lali dan boleh menerima pertanyaan banyak pihak terhadap isu keluarga.

“Saya sudah lali dan boleh menerima semua itu. Lagipun ahli keluarga awal-awal dulu saja excited bertanya tentang anak tapi sekarang dah semakin kurang.

“Saya pun tidak begitu tertekan dengan pertanyaan-pertanyaan itu. Kalau saya berisi kelak, sudah tentu saya akan beritahu semua khabar gembira itu,” janji Siti lagi.

Puji SaidaSementara itu, Siti secara peribadi menyatakan rasa bangganya dengan pencapaian kakaknya Siti Norsaida (Saida) yang dilihatnya semakin mempamerkan persembahan yang menarik dalam konsert mingguan Akademi Fantasia musim keenam (AF6).

“Saya terkejut kerana dia selama ini cukup pemalu. Tapi sekarang saya makin bangga dengan apa yang dah dia pamerkan. Dia bukan penyanyi profesional tapi apa yang ditunjukkan satu peningkatan yang sangat-sangat ketara.

“Lagipun dia tak pernah masuk pertandingan nyanyian pun. Gugup dan takut itu saya rasa perkara biasa. Tapi dari pemerhatian saya dia semakin memperbaiki dirinya,” jelas Siti penuh optimis terhadap kakaknya itu.

Namun Siti amat-amat berharap agar nasib kakaknya tidak akan di prejudis oleh pengundi.

“Memang dia kakak saya tapi dia masuk AF6 bersebab. Janganlah sebab dia kakak saya, dia dipandang dari sudut lain. Kadang-kadang saya kesian tengok dia kena macam-macam dalam akademi,” kata Siti.

Read more from Utusan Malaysia
20 Comments Post a comment
  1. kuntau
    Apr 11 2008

    memohon kekuatan ape ye tuan umah :lol: , budak hippo ni tiap2 tahun keluar album baru..album yg baru2 x cukup laku ke..sampai paksa keluarkan produk baru..bukan la cemburu cuma aku nak tahu :lol:

  2. kuntau
    Apr 11 2008

    bijak2 masuk studio jun/july then comfim album baru jalan b4 akhir tahun then boleh la masuk semua dan segala pertandingan dan ketegori yg ada nooo…tok kembang, kakak kau dipandang dari sudut lain apa yek??? mesti ada sudut2 yg tertentukan membuat kan nya lain????…tau pun kau CT….tepuk dada tanya kau punya selera tu macam mana, then only kau tau sudut tu kelainan dia dari segi ape

  3. .RINA
    Apr 11 2008

    wah btl nya mara kuntau sbr lah,kdg cm mana si ct ni ada je crita dia lps satu satu hei kdg2 pun org ou naik fed up,cm tak kaya kaya lg.nnti ckp tak trima biar lah dia ngan labu labu nya :roll:

  4. Apr 11 2008

    :smile:
    Kuntau ni ntah hapa-hapa…agaknya kalo jadi artis ( KALAU ) ko lebih teruk kot hihihih…CEMBURU & HASAD DENGKI no 1

  5. Apr 12 2008

    Tu bukan hippo yang nak.. tu komposer2 yang sibuk buat Cipta Ekspres sebab time tu hippo kata tak cukup lagu tradisional. sekarang terpaksalah buat takut nanti MACP marah.

  6. riz
    Apr 12 2008

    waa..sape lah yg tukang amik gambo kat atas ni..mmg angle baiknye, menambahkan syahdu dan keinsafan…hehehe..bkn strategi promo ek…

  7. Hasliza Aslam
    Apr 12 2008

    :mrgreen:

  8. Apr 12 2008

    apa kaitan tajuk dgn gambar di atas ni??????

  9. betuahbadan
    Apr 12 2008

    mereka berdua ni hipokrit la.aku pun benci dgn lagak mereka berdua ni.satu contoh yg tak bagus.pandai mereka berlakun. :grin:

  10. betuahbadan
    Apr 12 2008

    ada manfaat ka beli album ka,buku tentang hidup dia nanti dia nak buat.lebih berfaedah beli buku agama ka,buku ilmiah ka.ada nampak kemajuan ka peminat2 ct ni bila korang beli semua2 ni.apa la korang ni.kenapa la korang galakkan dia sepatutnya korang kasihan kat dia tak pun korang pun 2×5 dgn dia.sama2 menjahanamkan diri. :mrgreen:

  11. ctqueen
    Apr 13 2008

    apa la artis m’sia ni, sikit2 biografi. mcm bagus je… apa faedahnya? dpt ke biografi tu nanti menjadi wadah penjana minda anak bangsa? bolehkah buku tu mendidik anak2 melayu cintakan ilmu? kalau setakat nak ceritakan susah payah nak jadi artis, baik tak payah. kalau mcm tu, ina naim pun ada biografi…

  12. Apr 13 2008

    gua pun tak faham le… ikut lu lah kembang nak buat biograft ke asal kan lu pakai le tudung tu betul2… baru hari tuh gua tgk pics amy search bukak rest di wangsa maju bersama2 dgn isteri dia… cantik isteri amy dgn jubah labuh bertudung tanpa nampak bentuk tubuh. tetap nampak moden beb…. itu le yg kita nak tgk….. :cool:

  13. cykepo
    Apr 14 2008

    ni biografi syok sendiri khas untuk fanatik2 tok kembanglah. siapa lagi lah nak beli melainkan fanatik2nye.

  14. kuntau
    Apr 14 2008

    macam apa org kata mengajar anaknya berjalan??? dah lupa pulak…dia sendiri pun x jalan ngan betul ni nak tunjuk kat org pulak..perasan sangat diri tu super perfect…ni la padah nya bila dah terlalu menganggap diri tu selalu betul dan perfect..

  15. cykepo
    Apr 14 2008

    bukan dia perasan perfectlah kuntau, ni namanye otak orang berniaga. mana dia ingat dapat tambah capital kat bank, tulah dia exploitkan. almaklumlah, dia tau dia ni orang high profile, semua orang nak tau. aku kalau mustang tulis pasal tok kembang baru aku beli buku tu. kalau buku dia tulis sendiri tak payahlah,ni kes masuk bakul angkat sendri.lagipun, cerita dia ni tak colourful sangat.pasal perjalanan dia dlm dunia melalak je,lepas tu bab nikah kawin, lepas tu bab nak anak yang tak ada kesudahan. BORING!! ZZZZZ!!

  16. Apr 14 2008

    :mrgreen: mai kita tdor

  17. kuntau
    Apr 14 2008

    :lol: :lol: ape ke benda yg dia nak canang lagi noooo…aku rasa semua dah masuk pasaran pun kan…cykepo

  18. fifi
    Apr 20 2008

    Salam.. Tak habis2 nak kutuk ct. Ukur baju di badan sendiri. Jagan nak cemburu melihat kejayaan orang lain. :lol: Lu pikirlah sendiri

  19. Apr 20 2008

    ni lagi sorang kandangzon terlepas….
    tak ada maknanya nak cemburu dgn si kembang ni..
    gua nak kasi ingat sikit kat fanatik tok kembang, dlm dunia ni tak ada manusia yg tiada sifat cemburu.. terutama tok kembang lu org wahai fanatik2 kembang.. kalau tak masakan dia cemburu tgk kekayaan dan kebahgiaan T Zawiah. kerana cemburu le tok kembang ni merampas suami org dan tak pasal2 si TZ kena ceraian. dan byk lagi sebenarnya tok kembang ni lebih besar nafsu dan cemburu dia.. kesian juga ya pada fanatik2 tok kembang ni, hanya kerana bernama siti nurhaliza lu org jadi buta dan pekak ya. hwahwahwahwahwa :twisted:

  20. Sep 14 2008

    if you want more research info on the superfruit Acai check out http://www.galileolabs.com

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments