Hati Siti tersentuh di Singapura



ImageShack
KONSERT Diari Hati Siti Nurhaliza merupakan konsert solo pertama Siti selepas mendirikan rumah tangga dengan Datuk K pada Ogos 2006.

DALAM banyak-banyak konsert atau persembahan yang pernah dijayakan oleh penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, persembahan di Esplanade Theatre Singapura minggu lalu barangkali paling menyentuh hatinya.

Masakan tidak, di celah-celah hampir 1,800 penonton yang menyaksikan Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza, terselit seorang peminat yang cukup istimewa buat penghibur itu.

Sifatnya tidak sesempurna jutaan peminat Siti yang lain. Matanya buta, namun dek kerana cinta dan kasihnya pada penghibur kesayangan ramai itu, Zarina tidak mempedulikan kekurangan dirinya untuk hadir memberi sokongan pada Siti.

“Mulanya Siti tidak sedar kehadirannya, hanya selepas menyampaikan tiga buah lagu, Siti nampak kelibatnya yang sedang leka menghayati lagu yang Siti nyanyikan.

“Menyedari itu Zarina, Siti lantas mengundangnya ke pentas,” kata Siti berkongsi cerita dengan Hits mengenai kehadiran tetamu istimewanya pada malam Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza.

Hati penyanyi mana yang tidak akan tersentuh melihat peminat yang kurang sempurna sifatnya menggagahkan diri hadir sendirian ke konsert itu walaupun tanpa pernah melihat wajah manis artis yang diminatinya.

Sebaik dia dipimpin ke pentas untuk berdiri di sisi Siti, seluruh pandangan audiens tertumpu pada si manis yang begitu girang kerana menjadi peminat bertuah yang mendapat perhatian biduanita muda itu.

Biar penglihatan tidak mengizinkannya menatap wajah artis yang sudah menghiburkan peminat-peminatnya lebih sedekad, namun kepuasan tergambar pada wajah Zarina.

Kegembiraan juga barangkali perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan Zarina yang selama ini hanya mengenali suara merdu Siti.

Dan ketika Zarina di pentas menemani Siti juga, suasana berubah daripada kegembiraan yang sedang dinikmati sebelum ini menjadi hening seketika.

Bahkan, Siti sendiri ketika merakamkan penghargaan dan rasa kasihnya pada Zarina menjadi terlalu emosional.

Selepas berborak dengan Zarina, Siti menyampaikan lagu Bisikan Hati (nyanyian asal Allahyarham Datin Rafeah Buang) suasana ketika itu menjadi cukup syahdu.

Gejolak rasa

Audiens yang ada pada malam itu bersama-sama Siti tidak mampu membendung gejolak rasa menyebabkan ada yang menitiskan air mata.

“Sudah lama Siti mengenali Zarina. Dia sentiasa tidak melepaskan peluang menonton persembahan Siti setiap kali Siti berkunjung ke Singapura.

“Siti sangat terharu dan menghargai sokongannya selama ini. Katanya dia datang seorang diri malam itu. Bahkan ketika membeli tiket juga, dia bersendirian tanpa sesiapa menemaninya.

“Zarina juga sempat berbisik kepada Siti mendoakan Siti cepat menimang cahaya mata. Semoga Allah sentiasa melindunginya,” jelas penyanyi yang juga isteri kepada usahawan ternama, Datuk Khalid Mohammed Jiwa atau Datuk K dalam nada terharu.

Selain ingatan terhadap Zarina yang masih melekat di ruang fikirannya, Siti juga menyatakan rasa terima kasih kepada peminat-peminatnya di Kota Singa kerana masih setia menyokongnya.

Masakan tidak, Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza tempoh hari merupakan konsert solo pertamanya selepas mendirikan rumah tangga dengan Datuk K pada Ogos 2006.

Bahkan, persembahan itu merupakan yang pertama selepas dia melakar kejayaan industri hiburan tanah air apabila mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005.

Berlangsung selama 90 minit, Siti merumuskan konsert berkenaan berjaya mencapai hasratnya untuk menghiburkan peminat-peminat dalam suasana santai.

“Siti sangat menggemari konsert yang berlangsung tempoh hari. Ia sangat santai dan Siti dapat merasakan yang Siti begitu dekat dengan peminat-peminat,” ujarnya lagi.

Tema pemilihan konsert akustik itu dicadangkan oleh pengurusan penganjur dan dipersetujui oleh penyanyi lagu Cindai itu kerana berpendapat, ia begitu jarang dilakukannya.

Pada masa yang sama, Siti berpendapat, sebelum ini, dia sudah puas menjayakan pelbagai konsert yang bertaraf mega.

“Sesekali untuk mengelakkan kebosanan peminat, Siti bersetuju untuk menjayakan konsert akustik dan Alhamdulillah, ia sangat memuaskan hati Siti,” katanya mengenai konsert yang diketuai oleh Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik.

Rasional Siti bersetuju untuk menjayakan konsert sederhana itu juga adalah kerana, persetujuan yang dicapai oleh pihaknya dan pengurusan Esplanade serta penganjur berlaku dalam waktu yang singkat.

Lantaran kesuntukan masa ditambah dengan komitmen Siti, maka ketiga-tiga pihak mencapai kata sepakat konsert itu dianjurkan dalam konsep akustik dan diadakan semalam saja.

“Cukuplah semalam saja. Lepas ini, Siti dan pihak pengurusan akan rancang konsert yang lain pula terutamanya untuk peminat-peminat Siti di Malaysia pula,” janji Siti memberi harapan buat peminat-peminatnya di tanah air.

Kesempatan beraksi di Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza juga memberi peluang kepada anak seni kelahiran Pahang itu berkongsi pelbagai kisah hidup dengan peminat-peminatnya.

Kata Siti, sebahagian daripada cerita pada malam konsert itu berkisar mengenai kehidupan peribadinya terutamanya selepas bergelar isteri.

“Tidak ketinggalan, Siti turut membawa ingatan peminat terhadap saat-saat manis yang pernah Siti lalui di Singapura,” jelas Siti lagi mengenai konsert solo sulungnya di Esplanade Theatre itu lagi.

Gambaran kehidupan Siti bermula sebagai juara Bintang HMI 1996 sehingga dilamar sebagai artis rakaman Suria Records dan kemudian masyhur menerusi single Jerat Percintaan sehinggalah mencapai kedudukan artis nombor satu negara diterjemahkan menerusi seleksi lagu yang dinyanyikannya tempoh hari.

Rangkaian lagu Ku Mahu, Cindai, Biarlah Rahsia, Siti Situ Sana Sini serta medley lagu-lagu seniman kelahiran Singapura, M. Nasir seperti Suatu Masa dan Ada merupakan antara lagu yang menjadi pilihannya pada malam Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza.

Tidak ketinggalan di hadapan peminat tiga negara jiran Singapura, Malaysia dan Indonesia itu juga Siti turut mendapat sokongan daripada penyanyi-penyanyi latar Swara.

Sementara bagi memberikan impak yang berkesan pada persembahan tempoh hari juga, barisan pemuzik hebat seperti Nan dan Aji pada posisi gitar, Andy Peterson (bass), John Asley Thomas (dram) dan Steve Thornton (perkusi) serta Aubrey Suwito (keyboard) menjadi tulang belakang kejayaan Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza. – DEAN

On 27th March2008

  Comments: 20 Read more


20 Responses to “Hati Siti tersentuh di Singapura”

  1. mustang Says:

    hmmm…tektik pancing undi lah ni ya tok kembang. buat konsert kat spore supaya masa anugerah planet akan datang ni boleh menang lagi…. :?:

  2. kulat Says:

    apala sempitna fikiranmu ni mustang, setakat nak mng kat APM tu tak yahnya publisiti papepun, sblmni adaker wat konsert or anything utk promosi diri, tak de maknenye…….ct tu tak yak apa2 event besar pun insyaallah dia blh mng…..

  3. RINA Says:

    btl tu kulat kita jd hamba allah ni jgn lah trlalu sempit akal n fikiran kita,biar lah fikiran kita trbuka wlwpun pd sesiapa pun n jgn sekali kali kita fikir negative sebalik nya kita fikir positive…….klu dah rezeki dia kita nak ckp apa kan. :lol:

  4. mastor Says:

    lawak la ko mustang!
    asal la ko saket ati ngan Siti tu? biorle die nak wat ape pon..

    jeles ke?? hahaha…mustang jeles ngn Siti Nurhaliza!
    xbleh blah dowhh!!!

  5. wuteva Says:

    klaka la mustang nie, name pown nak branding diri sendiri, so, lantak diela nak buat macam mane pown…
    dah die ade duet, die buat la konset, kalo yg xde duet, pegi jela s’pore jalan2, promote muke….
    kan sume ni marketing strategy…
    pelek2

  6. Syazwan (to mustang) Says:

    eh bodoh.
    APM kat malaysia la samdol.

    :lol:

  7. mustang Says:

    hahahaha…nampaknya yang bertandang kat sini semua dari kandang zone… siap panggil kerabat datang bertandang…. dahsyat penangan tok kembang kat lu ya… anyway… lu ni syazwan fanatik tok kembang ke tidak??? kesian ya kat lu ni… planet muzik bukan ke spore organizer???? so selama ni pun byk di buat si negara spore… tak gitu syazwan????

    oh yes… kan ke si kembang lu org dah jatuh merundum… baru2 ni je dia menang vocal terbaik ABP. itu pun atas vote org2 yang nak menang teka peraduan. anyway fanatik2 semua….. kalau dah tak laku maka kenalah buat promo sikit… bukan ke tok kembang lu ni dah lama tak ke spore buat konsert so bila konsert dah jln sblm APM maka itu le tektik pancing si kembang lu…. biasalah tuh…. tektik si kembang ni sape le tak yg tak tau…. :mrgreen:

  8. cykepo Says:

    hei mustang , aku rasa banyak fanatik2 anak abu keluar kandang zonelah. apa pun kita dah tau dah tektik tok kembang selama ni.

  9. kuntau Says:

    betoi ke..mustang..wah dia masih x sanggup nak out dari dunia glamour ni lagi ke..

  10. sha Says:

    :razz: aii kuntau..

  11. mustang Says:

    APM thn ni memang mereka buat di malaysia tapi tektik tok kembang membuat konsert seblm APM memang utk pancing org2 spore. kan ke dia tu dah lama sgt tak hiburkan org spore.. itu pasal le.

    bro.. gua rasa si sha tu syok kat lu lah beb.. hati2 bro. penyengat tuh. :mrgreen:

  12. kuntau Says:

    hha..ha..ha..mustang hang ni selalu buat aku gelak..bro menyengat dari jauh aku rasa x berbisa sangat kot :lol: , tiap2 pertandingan ada saje strategi tok kembang ni, p umrah la, isu pakai tudung la, buat konsert la..kena pukul tok misai la..lepas ni apa lak ye??? wait n see..lakonan seterusnya..

  13. cykepo Says:

    itu lah caranya kalau want to stay in the news. sampai sesama artis pun depa nak buat sikit masa dulu. itu lah news beb! kalau saje2 tanpa contraversy sape nak tulis. kawin pun banyak orang sosah-soseh.

  14. betuahbadan Says:

    aku tak pasti la tapi untuk pengetahuan memang ada pantang larang org2 pompuan ni makan telur ayam kampung.salah satu sebabnya telur ayam kampung ni khas untuk org lelaki je.itu pasal la ct susah dapat anak.itu kena la tanya kat bidan2. :mrgreen: nak ceta pjg tak pandai le. :lol:

  15. kuntau Says:

    masuk telur kampung lak dah..memang x sia2 bersantai kat cni..macam2 ada no…tuan umah :lol:

  16. mustang Says:

    mcm2 ada ya…

    hmmm… bila tgk balik tudung si kembang ni dah mcm style tutup kepala sister/mother kat church. ishkkk..buang jauh2. bukan tak boleh nak style moden tapi cara pemakaiannya biar le kena. ini tutup kepala dah elok sgt tapi atas kepala tu dah mcm tunggu hujan tak turun2…. leher terbuka nak kasi a/c masuk sampai kedalam baju ke???? gua sound ni bukan nya gua kolot pasal style tapi gua respect pasal tudung muslimah ni.. contoh yg gua ambik kat negeri africa ni… mereka (org kg) pakai tudung bukan mcm kita tapi mcm org zaman dulu tutup dgn kain batik..tapi bezanya mereka guna kain ela yg sama dgn sarung kain dan baju… ibarat mcm kain sari…cuma mereka tutup sempurna. kesian juga bila tgk mereka tapi gua bangga dgn sikap mereka yg menutup aurat dgn betul walaupun mereka miskin untuk membeli kain tudung yg elok dgn baju sepasang yg sempurna mcm muslimah moden…. :sad:

  17. mizz Says:

    dlm ms yg sama aku setuju ngan pendpt ko berkenaan dgn tudung siti ni…
    sbg artis mgkn die perlu peka pasal pandgn umum berkenaan tudung klu dia ikut trend maknaya dia x matang dlm menentukan identiti sndr…
    aku pun bukanlah perfect pakai tudung ala muslimah tp kita boleh tgk keadaanlah mcm mana nak menetukan cara pemakaian tudung…
    siti pf so for sure org sekeliling akn nilai cara dia pakai…
    kalau nk compare ngan africa mereka dr awal mgkn dah didedahkan dgn pemakaian tudung mcmtu… negara kita pulak semakin lama semakin byk keluar gaya fesyen yg kdg2 aku pun pening tgk diorg lilit sana lilit sini… :roll:
    bg aku sekiranya negara kita dr awal lagi diberi penegasan berkaitan pemakaian tudung aku rs x mustahil kita boleh kekalkan kesempurnaan sbg wanita muslimah…
    sbnryer byk lagi yg perlu kita perbetulkan selain pasal tudung.. :neutral:

  18. sitot Says:

    teringin la nak tengok pic siti masa ABP tu…sapa apa?

  19. mustang Says:

    lah tot…cuba lu bukak manggaonline.. selalunya kat situ mcm2 ada….

  20. kuntau Says:

    tot atau hang cuba web ni http://www.budiey.com kat situ pun cam2 ada pasai tok kembang..hang klip kat nama dia bertali arus datang :lol:

Leave a Reply