Skip to content

March 14, 2008

21

‘Boleh nyanyi tapi Kak Ida pemalu sikit’



NAMPAKNYA satu demi satu anak Pakcik Tarudin Ismail menceburkan diri dalam bidang seni. Bermula dengan Saiful Bahari atau Ayie, diikuti Datuk Siti Nurhaliza kemudian dituruti jejaknya oleh Siti Nursaerah, kini giliran Siti Nursaida pula mencuba nasib menjadi penyanyi.

Percubaan kakak kepada penyanyi tersohor itu menyertai sesi uji bakat AF6 Januari lalu nyata tidak sia-sia apabila dia tersenarai sebagai 25 calon awal yang bakal menyertai akademi larangan itu.

Biarpun ramai yang terkejut kerana tidak pernah melihat kelibat Siti Nursaida atau Saida menyanyi di mana-mana acara sebelum ini, namun bagi Siti, berita itu bukanlah sesuatu yang asing baginya. Jelas Siti, apabila mendapat tahu yang Saida berjaya melayakkan diri sebagai calon finalis, dia adalah antara insan yang cukup gembira mendengar perkhabaran itu.

“Mungkin ramai yang tak tahu Kak Ida ini sebenarnya memang boleh menyanyi cuma dia pemalu sedikit. Tapi Siti tahu dia boleh buat. Apabila dia beritahu terpilih sebagai calon pelajar AF6, Siti awal-awal lagi ucap tahniah kepadanya,” ujar Siti ketika ditemui pada majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH 2007) di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, kelmarin.

Menceritakan kembali bagaimana kakaknya boleh terjebak dengan program realiti popular itu, Siti berkata, penyertaan kakaknya itu berlaku secara kebetulan dan tidak terancang.

“Tujuan dia sebenarnya adalah untuk menemani Saerah yang hendak menyertai uji bakat. Tapi apabila mendapati angka giliran Saerah agak lewat dan mungkin membawa ke malam, hendak tak hendak dia pun mencuba sekali. Iyalah, takkan hendak tunggu seorang diri di luar. Tak sangka pula dia yang terpilih dan bukannya Saerah.

“Apa pun, Siti mengharapkan agar dia berjaya melepasi ujian penilaian sekali gus menjadi calon pelajar AF6. Siti tetap akan memberikan sokongan moral buatnya,” ujar si pelantun Ku Mahu ini sambil tertawa.

Biarpun mungkin ada yang beranggapan kejayaan Saida itu sebenarnya adalah kerana dia kakak kepada penyanyi terkenal tanah air, Siti menafikan perkara itu.

“Saya tak rasa itu adalah alasannya. Saya tahu dia juga berbakat besar dalam bidang nyanyian. Malah, sewaktu di sekolah dulu dia yang terlebih dulu menyertai pertandingan nyanyian kemudian barulah saya menyusul.

“Malah, dia juga sering menyumbangkan suaranya untuk acara-acara besar di kampung seperti persembahan Hari Kemerdekaan dan sebagainya. Dan dia jugalah yang akan menggantikan tempat Siti untuk menyanyi sekiranya Siti tidak dapat memenuhi sesuatu undangan itu,” imbas Siti lagi.

Sementara Saida dikurung bagi menjalani sesi orientasi seperti yang ditetapkan Astro, Siti menjalankan tanggungjawab menjadi ibu kepada empat anak saudaranya itu.

“Sekarang ni kan cuti sekolah. Jadi Siti ambillah anak Kak Ida yang empat orang itu untuk tinggal dengan Siti. Mereka tak kisah sebab sudah biasa. Dan mereka juga tahu emak mereka di mana.

“Contohnya, kalau kita tanya mak mereka pergi mana, dia orang akan jawab, Mak kita pergi menyanyi,” cerita Siti dengan hilai tawa.

Ditanya apakah kakaknya itu sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai cerita negatif apabila memilih untuk menyertai AF, Siti berkata, pengalaman yang dilaluinya barangkali menjadi pedoman buat Saida mengharungi bidang ini.

“Pengalaman Siti sepanjang bergelar artis barangkali mungkin boleh membantunya berdepan dengan situasi itu. Walaupun tidak mengalaminya sendiri tapi daripada apa yang dilihat, didengar, saya yakin dia boleh mengatasinya. Lagi pun suaminya memberi sokongan terhadap keputusannya itu,” kata Siti sambil membetulkan tudungnya.

Diusik pertanyaan apakah dia akan menubuhkan kelab peminat untuk kakaknya, sambil tersenyum Siti berkata, dia difahamkan kelab peminat itu sudah pun ditubuhkan tetapi atas usaha orang lain.

Mengenai pendiriannya jika dia diberi peluang menjadi pengkritik undangan, Siti berkata, dia tetap profesional dalam menjalankan tugas.

“Nak buat macam mana lagi, kritik ajelah,” ujarnya sambil disambut dengan gelak ketawa media di sekeliling.

Read more from Berita Harian
21 Comments Post a comment
  1. betuahbadan
    Mar 15 2008

    aku harap dgn kerajaan baru di negeri selangor maka dgn ni hiburan2 akan dikurangkan.aku dah naik jijik dan muak bila hiburan dah menjadi makanan ruji masyarakat melayu islam di msia ini. :neutral:

  2. RINA
    Mar 16 2008

    mara nampak mara nampak,sbr wak sbr…. :mrgreen:

  3. betuahbadan
    Mar 16 2008

    wak mana boleh sabar.wak dah tak sabar dah ni.wak nak tunggu apa akan jadi lepas ni.tapi wak tetap tunggu sehingga hati wak puas.. :lol:

  4. zila
    Mar 17 2008

    dah dgr pun sore kakak si siti tu dlm youtube. senang cite, sedap lagi sore kambing & katak!

  5. zila
    Mar 17 2008

    saje je Astro amik kakak siti tu, utk gimmick & nak suruh org tgk AF cos rating AF dah jatuh…padahal suare pompuan tu ‘hancussss’!!! bila judge tanye apa tujuan join AF pun, tak boleh nak jawab?! si bangang tu apa yang dia tau pun, aku tak taulah…soalan simple pun terkial2 nak jawab! otak takde, harapkan nak tumpang tuah ajelah…

  6. hanum
    Mar 17 2008

    siti pun ‘angkut’ sume kroni dia…abis mak bapak, anakbuah, adik beradik… lepas ni, cucu cicit pun angkut sekali masuk da….

  7. betuahbadan
    Mar 17 2008

    itu yg wak heran.apa dah jadi dgn keluarga pak taruddin habis semua kerabat depa di suruh menyanyi.aku agak depa ni fulus dan semakin kurang kot.itu sebab mana2 pertandingan cuba2 nak masuk. :lol:

  8. katak
    Mar 17 2008

    eh zila

    kenapa suara katak, tak sedap ke apa

  9. ctqueen
    Mar 18 2008

    mgkin siti dah tak byk menyumbang kot, sbb tu kakak terpaksa ambil alih tugas cari duit nak bagi pada famili. yalah kan, mana nak cukup duit, tiap kali ada beg LV baru keluar, dia sambar satu, harga pulak tu ratus ribu satu. aku cuma risau si Saida tu sanggup tinggal anak dan suami, tak takut ke esok bila keluar AF suami dah ada pengganti?

  10. sitot
    Mar 20 2008

    hi ctqueen, lama dah tak sembang. I setuju lah dgn kata2 awak tu…. :mrgreen:

  11. RINA
    Mar 20 2008

    sitot awak ni klu org kutuk ct awk mmg setuju kan tp klu org puji ct awk trs tak trima n ingat kita ni suka ct lah ah bela ct lah tp sbenar nya kita kan sama2 hamba allah selalu uat kesilapan,lg lak kita ni sesama islam jgn lah dengki sesama kita…….wlw cm mana kaya pun org tu wlw cm mana tinggi pun darjat nya mati dia sama dibalut ngan kain putih tidak pun bwk semua duit beribu ribu tidak pun bwk rumah besar. :sad: :cry:

  12. kuntau
    Mar 20 2008

    hai sitot u masih kat bumi kangaroo ni ke?

  13. kuntau
    Mar 20 2008

    kakak kau p menemani saerah ke atau memang dah niat ikut jejak kau hajah CT..ialah hidup senang, p umrah pun dah beberapa kali sapa x nak kan hajah CT.. :twisted:

  14. RINA
    Mar 24 2008

    mara nampak mara nampak kuntau,biasalah apa kata org kakak burik adik rintik,klu tak silap.klu silap maaf kan saja :grin: :lol: :smile:

  15. kuntau
    Mar 24 2008

    kalau ikut burik benda yg elok x apalah rina..ni tak terkinja2 kat atas pentas macam……sapa nak hairan..kemaruk nama betul semua kaum keluarga CT ni…pakai tudung konon tapi msh juga terlompat2 terlolong2 depan org ramai, ingat semua org puji sikap begitu…meluat lagi ada

  16. ctqueen
    Mar 24 2008

    rina, you punya ayat tu mmg betul, bila mati semua org kena balut dgn kain putih, harta benda semua tinggal tak bawa masuk kubur. Tapi you ingat makcik siti yg you bela sgt tu faham ke hakikat ni, nampak mcm lagi kemaruk harta dgn nama adalah. patutnya bila dah kahwin krgkanlah nyanyi2 tu, ni lagi hebat. tak cukup2 lagi ke harta yg dicari? Beg2 LV yg berdozen tu blh bawa masuk kubur ke? I nasihatkan you fikir dulu sblm tulis, jgn you pun jadi singkat akal mcm makcik tu jugak..

  17. RINA
    Mar 25 2008

    ctqueen mmg pun sbelum i tls i dah pikir,i tak mengajar tp semua org tahu kan apa yg kita bwk bila mati nnti?N PD KUNTAU LAK TAK SEMUA ORG SUKA IKUT YG BAIK MALAH SUSAH KITA NAK UAT YG BAIK2,tp klu yg tak baik tak suruh pun diaorg belumba lumba nak ikut.

  18. sitot
    Mar 29 2008

    hi kuntau… i masih kat sini… homesick kadang2… sejuk kan??? hari2 pasang heater..

    berduyung2 pembela datang membela siti… whatever la RINA and wani… awak bela siti pun bukannya dia bank-in duit dia kat account korang…kalau nak kata kita ni kena berfikiran positif… I rasa kita pun kena berfikiran positif bila israel serang palestin… I rasa u pun perlu bukakan fikiran jugak dgn dunia luar, bagus sangat ke mennyanyi ni??? awak nak didiik anak jadi penyanyi jugak ke nanti??? Kalau kita selalu membela penyanyi dan membiarkan kemaksiatan menjadi suatu kebiasaan, jangan salahkan orang lain kalau kita sebagai ibu bapa (walaupun I belum lagi ibu bapa) tak pandai mendidik anak…

  19. Welch
    Mar 30 2008

    Banyaknye andaian korang buat.. Kalau tak betol dia dikira fitnah beb.. tak takut ke neraka! Free free je dapat dosa.

    Bukan apa, mengkritik-mengkritik jugak tapi jgn keterlaluan la sampai membuat andaian tak tentu pasal.

    Korang pikir la sendiri ! Semoga Allah mengampun dosa kita semua.

  20. bonzai
    Apr 4 2008

    eh eh welch nih…..btol la tue….
    kaum kerabat tok kembang nih mmg suka meNGEMBANGkan bakat dyorang
    walaupon sore tak de lah sedap sgt(mmg x sedap pon) hehe

  21. kuntau
    Apr 4 2008

    hi sitot…memang sejuk tot, ni belum masuk bulan depan lagi tau, mungkin aku akan kantoi kalau dah masuk june and KO july :lol: time2 macam ni aku rindu matahari tegak atas kepala..ooo…syok nya melaya :sad: ,
    and rina..memang dah lumrah alam benda yg buruk dan x elok itulah yg menjadi kegemaran walaupun terang2 salah tapi tetap akan menjadi ikutan dan tumpuan

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments