Skip to content

March 6, 2008

58

Hai, Apa Dah Jadi Bibir Datuk Siti?



ImageShack
KL, 6 MAC 2008: Kalau namanya sudah Datuk Siti Nurhaliza, semuanya diperhatikan orang – dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.

Walaupun ramai berkata tubuh Datuk Siti semakin berisi sejak berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, penampilan penyanyi lagu Ku Mahu itu sebenarnya tetap anggun dan cantik.

Tapi sejak kebelakangan ini, ada pihak mula perasan sesuatu yang berbeza pada wajah Datuk Siti. Ya… bibir Datuk Siti kita yang manis itu semakin mekar, seksi dan menggiurkan!

“Sekali pandang macam Angelina Jolie pun ada,” seloroh seorang kawan rapat Murai Batu.

Jadi soalan cepumas untuk Datuk Siti – adakah dia menyuntik kolagen ke bibirnya itu? Maklumlah, sebelum ini ada beberapa artis pernah bisik kepada Murai Batu yang mereka pernah ‘berbuat sesuatu’ ke atas wajah mereka termasuk bibir, jadi adakah Datuk Siti juga terpele’ot dalam kategori yang sama?

Cuba lihat foto kandid di atas. Ia diambil oleh krew murai.com.my pada majlis persandingan Ning Baizura di Dewan Martrade, KL, tidak lama dulu. Hai, lama juga Murai Batu simpan foto ini sebab nak buat kajian mendalam. Dah puas belek dengan kanta dan hantar ke makmal, nampak gaya terpaksalah Murai Batu akui akui bibir Siti itu memang seksi macam Angelina Jolie sekarang berbanding foto lama di sebelahnya!

Untuk mendapatkan penjelasan, kawan Murai Batu terus mengajukan soalan ini kepada Rozi, kakak ipar Siti, baru-baru ini. Dengan pantas terus menepis soalan laser itu!

“Hish, pandai-pandainya aje. Mana ada Siti buat bibir. Siti bukan jenis macam tu (pinda wajah). Dia tak pernah cucuk atau pinda apa-apa termasuk bibirnya. Nak tahu rahsianya? Sebenarnya, Siti mempraktikkan cara mekap daripada jurusolek yang pernah mendandannya ketika kahwin dulu, Mia (dari Indonesia).

“Teknik menyapu gincu itulah yang membuatkan bibirnya nampak lebih besar atau terjojol,” jelas Rozi.

Haa, itulah jawapan Rozi. Lepas ni, kakak-kakak semua bolehlah membeli lipstik dan cuba pelbagai teknik sapuan. Ia memang tips berguna untuk geng mak andam. Yang penting, janganlah ada pihak cuba gosip-gosip lagi yang Siti cucuk benda ke bibirnya yang manis itu. Takkanlah dia nak buat benda yang terlampau dari sisi agama apatah lagi baru pulang dari Tanah Suci Makkah. Dah hajah pun.

Dalam pada tu, Murai Batu belum jumpa Datuk Siti lagi sebab terlalu sibuk. Tapi Murai Batu tahu Siti baru pulang dari Melbourne, Australia kerana melawat anak teruna Datuk Khalid yang kacak, Adib, mendaftar pengajian di sana.

Ahad lepas pula, selepas pulang dari Melbourne, Siti muncul dalam program Zoom In di RTM. Wah, full house gitu! Baguslah, ia membuktikan Siti terus popular lepas kahwin. Cuma Murai Batu nak tengok apa untung nasib Siti dalam ABPBH’07 kali ini. Adakah dia akan merampas kembali takhta Bintang Paling Popular? Sama-samalah kita tunggu final acara itu pada 30 Mac ini di Genting Highlands.

Murai Batu: Kena masukkan mulut dalam sarang tebuan untuk seksikan bibir!

Read more from Murai 2
58 Comments Post a comment
  1. May 28 2010

    Assalammualaikum…Dato CT kan dah keluar SimplySiti aku dah cuba dah warna yang dia pakai kat ”Watson”Apabila aku pakai line bibir aku menjadi hilang mula2 warna pucat apabila di pakai warna laplip nya itu….ia akan menjadi hilang garisan bibir dan lawa no line and be so natural colour it’s perfect ok!

  2. femila rianna ann
    Dec 1 2010

    hai datuk ct pa khbar blh kta kwn nama ku tika tpi pnggl ja aku kirana atau cinta pling sngkt laura nama saya everra ranna datuk da anak da kah????

  3. Feb 26 2011

    hi datuk….pe khabar?bes dgr lau2 datuk yg hit kesmuanya..

  4. Ernie Juliana
    Mar 21 2011

    Erm…saya nie minat kat datuk CT..saya pun x lupa beli barang simply siti gak..dari mula pelancaran sampailah skrg,memg saya pakai barangan dia…memg puas hati..skrg nie pulak ada offer…tengoklah..laku x lakunya barang dia…dah habis kat Watson Bukit Mertajam,Penang…hehe..hidup CT

  5. assalammualaikum kak ct i luv u..and ur career and ur simply ct…hope kak ct terus tabah and always pray 4 ur sucessful yah tq for the gift,the simly ct u r great..hope fully kak ct kuarkan produk aloe vera lak coz it can maintainese our women healthy beautypoool skin yah ..bye luv u….

  6. i want too bought ur lipgloss but need muney yet i want so beatipul ur colour..hehehehehehehe

  7. kak ct sedare mare saya sume pakai simply ct ..depa siap jual lagi kat sedare mare kita..hehehheh very nice…love u….

  8. nak beli sume lipgloss minat minat minat heheheheheeheeh

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments