SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 25 April depan sebagai tarikh untuk pengurusan kes saman seorang remaja lelaki terhadap Datuk Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K, suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
Pesuruhjaya Tinggi Kehakiman Datuk Mariana Yahya menetapkan tarikh itu ketika kes disebut di hadapannya di dalam kamar bagi membolehkan kedua-dua pihak menyediakan dokumen berkaitan.
Pada 13 April tahun lepas, Muhammed Kasheef Harris Sivapatham, 18, menfailkan saman menuntut satu deklarasi bahawa tindakan defendan menahannya di rumah No. 3, Jalan Wangsa 13, Bukit Antarabangsa, Ampang pada Mac lalu adalah salah di sisi undang-undang.
Penyataan tuntutan yang dikemukakan itu menyebut bahawa pada pukul 11.18 malam 17 Mac lepas, Muhammed Kasheef menerima dua SMS daripada anak Khalid, iaitu Mohamed Adib, memintanya datang ke rumah Mohamed Adib di Bukit Antarabangsa.
Ketika di rumah itu, Muhammed Kasheef mendakwa telah dipukul oleh Khalid tanpa sebarang sebab munasabah, dan dengan niat jahat serta secara melulu, menuduhnya sebagai seorang pengedar dadah dan memaksanya mengaku dia adalah seorang pengedar dadah.
Muhammed Kasheef juga menuntut suatu injunksi menghalang Khalid, sama ada secara sendiri dan/atau melalui ejen beliau dalam apa juga cara mencederakannya secara fizikal, sementara menantikan perbicaraan penuh.
Dia juga menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan/atau teladan, faedah pada kadar dan untuk jangka masa yang difikirkan patut dan bersesuaian oleh mahkamah, kos dan apa juga perintah dan/atau relif yang lain. – Bernama
Posted in 



ct btl ke suami u buat begitu?klu btl mesti org akan tepranjat kan,malah makin bnyk lah org kutuk u gara2 suami yg pnya hal,,skrg pun org dah kutuk u cm2 n tmbh lg crita suami u,,pepatah kata org org lain makan nangka org lain yg kena getah nya n kerana nyamuk hbs kelambu dibakar……kecian betul