AJL22 lancar, tak ada babak melalut
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff dan Serimah Mohd Sallehuddin
Rungutan hanya pada gangguan sistem bunyi sebabkan gema keterlaluan
ANUGERAH Juara Lagu (AJL) kali ke-22 mungkin boleh dianggap sebagai edisi terbaik penganjurannya sejak lebih dua dekad majlis anugerah yang mengiktiraf komposer, penulis lirik serta penyanyi tanah air itu diadakan stesen penyiaran TV3.
Bukan saja perjalanan anugerah yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil itu sendiri amat lancar, bahkan tidak ada babak yang melalut, termasuk di kalangan pengacara bertugas – Cheryl Samad, Ally Iskandar, Fara Fauzana dan Faizal Ismail – menyebabkan program yang bermula jam 8.30 malam itu tamat dalam masa dua jam setengah saja.
Pada awalnya, timbul keraguan mengenai ketepatan waktu apabila jumlah lagu yang dipertandingkan kali ini agak banyak iaitu 14 kesemuanya. Namun, pujian buat TV3 dan petugas AJL22 yang menjadikan rancangan hiburan popular itu meriah dan padat.
Daripada rekaan pentas berbentuk bulat terletak hampir di tengah arena, sambutan penonton yang luar biasa apabila tempat duduk dipenuhi dan persembahan artis yang rata-rata boleh dipuji, ditambah keputusan yang dikatakan adil, AJL kali ini dikira memuaskan hati.
Jika ada rungutan, hanyalah pada gangguan sistem bunyi di arena. Pada ketika aspek lain penganjurannya berupaya mendapat markah tinggi, sistem bunyi AJL22 masih banyak yang boleh diperbaiki. Gema keterlaluan menyebabkan nyanyian artis ada kala tidak jelas kedengaran.
Paling penting, anugerah tahun ini bagai memberikan pengiktirafan kepada karya muzik berkumpulan sesuai dengan perkembangan arus semasa. Sejak akhir-akhir ini, beberapa kumpulan muzik yang selama ini bergerak secara underground, sudah mula membuka mata kelompok peminat lebih besar. Lagu mereka mendapat perhatian, dek nafas baru yang kononnya disuntik anak muda terbabit.
Lalu, kemenangan kumpulan Estranged menerusi lagu Itu Kamu diibarat tepat pada waktu, tatkala peminat muzik hari ini mencari irama yang lebih segar dan baru. Bukan menidakkan kekuatan 13 ciptaan lain, namun Itu Kamu melambangkan kebangkitan generasi baru dalam usaha sama-sama menghasilkan karya baik dan bermutu.
Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan, yang juga ketua juri, turut mengakui keistimewaan Itu Kamu kerana pada ketika juri memilih ketiga-tiga pemenang, serta juara keseluruhan, ia dilakukan tanpa sebarang pertikaian. Beliau juga tidak menafikan kekuatan kategori Pop Rock, yang akhirnya mendominasi AJL kali ini.
Juri lain pada AJL22 terdiri daripada komposer serta penerbit album, Fauzi Marzuki, Helen Yap, Farihin Abdul Fatah dan Arab; Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah; penulis lirik, Amran Omar dan penyanyi serta pensyarah muzik, Syafinaz Selamat.
Turut membanggakan pada Ahad lalu ialah persembahan artis yang berupaya melunaskan tanggungjawab masing-masing menghadiahkan sesuatu paling menarik untuk kepuasan semua. Lantas, rata-rata penyanyi dan kumpulan yang bersaing, muncul dengan gaya persembahan memikat.
Pemilihan Mawi sebagai pemenang Persembahan Terbaik tidak boleh dipertikaikan. Banyak sekali peningkatan ditunjukkan anak muda Felda Taib Andak, Kulai, ini sejak dia memenangi Akademi Fantasi 3, pada 2005. Di samping menari dengan iringan penari dewasa dan kanak-kanak comel, Mawi juga sempat menunjukkan kebolehan silap mata dengan menukar pakaian dalam beberapa saat, menjadikan persembahannya sesuatu yang akan diingat.
Mungkin ramai peminat yang meramal keputusan itu kerana sebahagian undian persembahan diterima daripada penonton. Namun usah terperanjat apabila peratusan undian juri adalah lebih tinggi untuk jejaka terkenal ini berbanding SMS peminat, yang membolehkan Mawi pulang dengan habuan RM10,000.
Penonton juga cukup terhibur dengan persembahan kreatif Datuk Siti Nurhaliza yang tampil bertutup litup. Persembahan menghiburkan itu menyaksikan dia menyanyi dan menari, dengan konsep pahlawan moden. Sayang sekali, trofi Persembahan Terbaik tidak boleh dibelah-belah dan dikongsi-kongsi.
Jaclyn Victor dan Lah Ahmad pula selayaknya mengungguli kategori Vokal Terbaik apabila gandingan suara mereka memukau bukan saja juri, malah 10,000 penonton di stadium. Sejak peringkat separuh akhir lagi, kemantapan dan keserasian vokal dua penyanyi ini sudah terserlah, lalu apabila keputusan itu diumumkan kelmarin, tiada pihak yang mampu mengata di belakang.
Andai ada peminat yang kecewa, tentunya mereka yang menyukai kemerduan suara Bob ketika menggantikan Faizal Tahir, mengalunkan lagu Kasih Tercipta. Bob menjadikan lagu itu umpama miliknya sendiri. Nyanyian yang jauh berbeza daripada penyanyi asal, membuatkan penonton teruja, sehingga sebahagiannya bangun berdiri, tamat saja persembahan artis ini.
AJL22 juga seperti menyerlahkan ramai bintang TV realiti. Rich yang menjadi sebahagian anggota penting Estranged, Sahri yang menggantikan Kaer menyanyikan lagu Juara Balada – Izinku Pergi, Jac yang diumumkan pemenang kategori vokal, Fiq dan Bob yang masing-masing berjaya menyampaikan Mahakarya Cinta dan Kasih tercipta (dendangan asal Faizal) dengan baik, Fazli Zainal yang memukau dengan lagu Harapan, serta Mawi yang terpilih juara Persembahan Terbaik, semuanya daripada program realiti sama ada Akademi Fantasia, Malaysian Idol mahupun Mentor.
Apa2 pun tahniah Mawi, lu mmg magiclah. Love Mawi…
magiccccccccccc….. tahniah mawi. memang magis le tukar baju tu. persembahan artis lain ok le tapi mwi punya dance lg real
aku rasa .. dia ni ada bela polong agaknya .. mana boleh tukar baju cepat cam tu .. kah kah kah.. kalau sms tu tak yah ler nak lawan budak ni, dah tentu tak leh lawannya peminat fanatik , yg jenis sanggup berhutang sana sini semata2 nak beli top up utk bagi dia menang tu ramai
mawi menang untk persembhan tahniah la..tp bg sy klu org kasi top 5 untk persembhn terbaik sy pilih ct,fiq(sedap btul dia nyayi lgu mahakarya),jinbara n mawi,nora
http://artisglamer.fotopages.com/?entry=1420998&back=http://artisglamer.fotopages.com/?page=0
kelakar muka siti. Jahat betul org buat mcm tu…heheheh
kakaka.. tudung star wars
itu kan muka CT sebelum & selepas
Ah ah la Tot, cam same je kan… tudung star wars. Ntah2 si tok kembang tu dpt ilham (to be exact copy) dari dia kot.
heheheeh masa boring2 pi fotopages, terjumpa laa artis glamor2 ni.. tak sangka, ada lagi org yg buat siti macam tu, lebih teruk dari kita ni… so fanatik siti, jgn nak komplen banyak2…
Anyway tuan rumah, I like this ‘rumah’, lepas ni jangan tukar2 lagi tau!
“rumah” mana ek?
aik?? tak berubah rupanya…chehh! Masa mula2 masuk sini tadi, luar macam kondo, bila kat dalam, tak berubah pun…masih guna cat hijau… sorry tuan rumah..
hehe.. kita tengah tengok2 rumah baru.. tak jadi tukar..
genius, tada baca itu paper ka? juri sepakat mawi mmg patut menang persembahan terbaik sbb dia paling best, kalau ikut SMS ada artis lain lagi tinggi undiannya. Tot, thanx sbb kasi itu adress. Gambau Siti kelakau giler. So lepas ni fanatik Siti blhla tempah itu tudung ala2 starwars byk2..
Somebody sent me this article abt CT via e-mail (donno how true it is, only SHE knows better)
CT’s personality:
No matter what, you will be loved by every one coz your ruler is the Moon and every one loves the Moon. Well.. you are a person who day dream a lot, you have very low-self confidence, you need back up for every move in your life, you are very much unpredictable. Means you do change according to time and circumstances, kind a selfish, have a very strong sense of musical, artistic talent, verbal communication. Your attitudes are like the Moon, comes to gloom and fade away so everybody can expect changes in you. You can be a next Mahatma Gandhi who does peace love OR you can be a Hitler who wants to destroy the man kind and peace (I mean in the community and your own home).
ada org yg komen kat sini mengatakan lepas ni ramailah orang akan mengikuti jejak langkah siti memakai tudung selepas balik haji. Apa yg I concern sangat, janganlah artis2 atau sapa2 yg balik haji pada musim akan datang pakai tudung star wars…. takutlah nanti kat akhirat muka jadi macam tu la pulak, sebab ikut jejak langkah pemakai “star wars”. Siti memang the best among the “star” who inspires the “wars”…
Betul tu Tot. I’m with you all the way. Keekeekee….
betul ke rumah yang I selalu kunjungi ni??? Baru semalam I mimpi rumah baru dan cantik, tercapai juga impianku… Tuan rumah, I LOVE this house. Cantik! Dah tak der cat hijau lagi dah ehhh…
Tak der icon “cium” ke?
oh.. lum cari dan buat.. oklah rumah biru nilah tuk bulan ni.
heheheeh warna cat ikut bulan eh? Bulan depan warna apa?
haha
rumah baghu sempene ghaya cina ker
kalau CNY kena guna cat merah
la….hari ni hari ahad la ye..
aku lupa pulak..patut la tak dak org….esok baru la meriah..
lawa rumah tuan khemah.aku komen boleh ke…boleh tak post2 komen tu letak belah right side.jauh tu…..nak melangkau.dah biasa beb belah kanan lagi cepat..
untuk pengetahuan semua mana2 yg belum tahu.kenapa iklan dibahagian kanan lagi mahal sikit je la dibandingkan disebelah kiri.cuba hanpa tgk suratkhabar mesti mata hang pandang dulu iklan yg kecil yg dok bahagian atas kanan tu…tak caya cuba test….
dulu warna hutan belantara la ni warna biru langit….sejuk mata.damainya jiwa.tak jadik la nak komen byk pasal ct…..
tuan rumah ni memang suka benda2 natural kot.
Tuan rumah,
Ada tak cara lain kami panggil tuan rumah selain “tuan rumah/tuan tanah etc”? Panjang sangat lerrr “tuan rumah”. Ada nama special tak?? Sorry lee tetamu request macam2 aje… nasib baik tak minta cekodok. hhehehe
k dah tukar tu sitot
alo bro joe…hang pun dah jadik mcm ct gak ke…suka tukar2 kalerrr…..bulan lepas kaler hijau,bulan ni kaler biru,bulan depan kaler apa pulak joe…
Thanks joe. Tak der la taip panjang sangat…