Skip to content

January 29, 2008

45

Sang juara yang tewas



ACARA Anugerah Juara Lagu Ke-22 (AJL22) yang berlangsung kelmarin menyaksikan persaingan hebat antara muka lama dan baru.

Menariknya juga, empat bekas pemenang Juara Lagu sebelum ini turut bersaing bagi merebut anugerah yang dipertandingkan iaitu Ramlah Ram yang pernah menjuarai AJL pada tahun 1988, Aishah (1990 dan 1995), Datuk Siti Nurhaliza (1996, 1998 dan 2000) dan Misha Omar (2003).

Namun begitu, mungkin sudah tertulis bahawa bukan menjadi rezeki mereka pada malam AJL22 apabila keempat-empat sang juara ini tewas dan gagal membawa sebarang anugerah pada malam itu.

Kegagalan pada malam itu bukanlah bermakna mereka tidak bagus cuma nasib tidak berpihak kepada senior-senior itu.

RAMLAH RAM (Dirgahayu)

Penyertaan penyanyi kelahiran Muar, Johor ini pada AJL22 dilihat sebagai lambang kebangkitannya di persada seni tanah air.

Meskipun usianya sudah melewati angka 40, namun, vokal Ramlah Ram tidak perlu dipertikaikan lagi saat melantunkan lagu Dirgahayu.

Masih lagi mantap dan memukau, ternyata pesona Ramlah masih unggul dan mempunyai aura tersendiri.

AISHAH (Kasihnya Balqis)

PEMILIK nama sebenar Wan Aishah Wan Arifin ini sememangnya antara penghibur yang cukup kreatif dan sering menampilkan kelainan dalam setiap persembahannya.

Aishah sering mempamerkan persembahan menarik selari dengan intipati lagu yang disampaikannya.

Untuk lagu Kasihnya Balqis, Aishah begitu bijak mencorakkan persembahannya dengan menampilkan konsep penceritaan.

Malah, dia turut menampilkan dua orang cahaya matanya sebagai pelakon dan penyeri pentas.

Vokal bekas penyanyi utama kumpulan The Fan Club ini tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi.

Kemantapan dan kehebatan vokalnya membuktikan Aishah masih tiada tandingan dan hanya satu sahaja pemilik vokal sepertinya di negara ini.

Meskipun pernah dua kali bergelar juara, namun, kekalahan Aishah kali ini bukanlah bermakna dia tidak dihargai lagi tetapi mungkin lagu Kasihnya Balqis tidak begitu kuat untuk merangkul sebarang kejuaraan. Pokoknya, Aishah sudah menjadi legenda seni tanah air.

SITI NURHALIZA (Destinasi Cinta)

Penampilan penyanyi nombor satu negara ini paling dinantikan. Masakan tidak, selepas mengambil keputusan untuk merehatkan diri daripada bertanding di pentas AJL selepas tahun 2003, Siti Nurhaliza tampil dengan imej baru dalam mempersembahkan lagu Destinasi Cinta.

Lagu itu juga buat pertama kalinya, Siti mencaturkan diri dalam menyampaikan lagu berlandaskan muzik rock yang disulami dengan irama pop yang dilihat begitu kena dengan dirinya.

Saat melangkah kemas di pentas, sorakan dan pekikan penonton sudah tidak mampu dikawal lagi. Siti membuktikan bahawa auranya masih lagi ada meskipun status dirinya kini sudah berubah.

Ramai yang terkejut dengan persembahan berani dan tidak keterlaluan jika dikatakan, Siti kini semakin bijak memberikan persembahan yang matang selain semakin yakin dengan persembahannya.

Malah, Siti turut membuktikan bahawa dengan imej bertudungnya itu dia masih lagi mampu menari dan memberikan persembahan yang cukup menarik perhatian penonton.

Ramai yang meramalkan dia mampu membawa pulang anugerah Persembahan Terbaik ataupun Vokal Terbaik tetapi apakan daya, rezeki tidak memihak kepada dirinya.

Setidak-tidaknya dia membuktikan kehadirannya di pentas AJL masih lagi diterima dan semangatnya dalam memberikan persembahan yang berbeza wajar dipuji.

MISHA OMAR dan ANDY (Sembunyi)

Pertama kali muncul menyampaikan lagu duetnya bersama penyanyi utama kumpulan Flop Poppy, Andy lagu Sembunyi juga dilihat sebagai calon utama untuk mengungguli kategori Pop Rock.

Misha Omar yang sebelum ini pernah memenangi Vokal Terbaik sebanyak dua tahun berturut-turut dilihat berjaya menyampaikan lagu Sembunyi dengan begitu baik sekali.

Ditambah dengan suara serak basah Andy menjadikan lagu Sembunyi merupakan antara gandingan duet terbaik setakat ini. Mungkin juri mahu mengambil pendekatan berbeza dalam pertandingan kali ini dalam memilih pemenangnya menjadikan Sembunyi gagal membawa sebarang anugerah.

Read more from Utusan Malaysia
45 Comments Post a comment
  1. admin
    Jan 29 2008

    “Kegagalan pada malam itu bukanlah bermakna mereka tidak bagus cuma nasib tidak berpihak kepada senior-senior itu.”

    Hakikatnya ada yang lebih bagus dari yang bagus.

  2. sitot
    Jan 29 2008

    maybe usia meningkat, pitching lari kot? :D

  3. fiq
    Jan 29 2008

    senior2 semua tue xtewas …cumanyer yg dipertandingkn lagu ..pujian harus diberi kpd ct yg sentiasa menmpilkn corak persembahan yg berbeza stiap kli muncul di pents..aisyah dn ramlah sememgnye xperlu di pertikaikn lg kelunakan suara mereka..malahan walaupun misha kelihtan simple saje..tp suara tetp vogue..huhu..satu perkara menarik keran pertama kli menyaksikn ramai pemenang utama juara lagu bertanding..memeang magic..hehe..kepada ct teruskn lg masuk bertnding untk juara lagu yang seterusnye

  4. agk7777
    Jan 29 2008

    CT mmg nampak berbeza dlm setiap pertandingan, suara CT ok tp penampilan & persembahan kali ini betul2 OOUUUTT!!! pakaian CT terlalu simple & gelap, menari pun cara Xbetul, utk apa pakai bendera hijau aku pun Xtau.

    Sbg artis berpengalaman, CT harus tahu pakaian & tarian mesti matching dgn lagu yg dinyanyi. bukan loncat2 pekik2 & lari sana sini sudah blh dpt mata tambahan. lebih baik buat persembahan sarkas.

  5. betuahbadan
    Jan 29 2008

    nasib baik la aku tak tgk.betul ke agak7777 mcm persembahan sarkas.kau punya komen buat aku gelak la…

  6. Sue
    Jan 29 2008

    Tot, mane lara menghilang eh? Rindu pulak kat dia la. HeeHeeHee…

  7. sitot
    Jan 29 2008

    x tau la sue. Tuan tanah kata dia balik kampung, maybe kampung lara tak der internet kot.

  8. Boleh Blah
    Jan 29 2008

    agak7777..ko tu bagus sgt ker dr segi dress up…takkan ko nak tgk org nyanyi lagu pop pakai baju kurung??kain labuh memanjang..use ure brain lar sikit…kira ok lar walaupun not 100% cemerlang..at-least ct buat yg terbaik mlm tu.. alah agak7777..awak tu masuk juara lagu ker???tak pernah kan..ko tau tgk jer kan…so tak payah ler bg berbuih mulut ko dok kutuk org…ko tu yg badut sebenarnyer..bg komen yg tak berasas sgt…to ct..imej terbaru u membuat kami as women lebih bersemangat nk pakai tudung…keep it up

  9. sitot
    Jan 30 2008

    macam2 orang datang bertandang. Sperti tuan rumah kata, buat mcm rumah sendiri, nak milo, horlick, kopi, teh, bancuh sendiri :D

  10. rin
    Jan 30 2008

    boleh blah ape lagi, blah laaa..pegi sitizone sinun..

  11. agk7777
    Jan 30 2008

    Dear Boleh Blah,
    hahahaha….. bila pulak aku kata nyanyi lagu pop pakai “baju kurung kain labuh memanjang”????
    U tak tau ke maksud “matching”?? Cuba u baca betul2 ayat aku dulu. U marah sgt ke?? kalo u marah, i lagi gembira TAU!!!

    Just FYI, 2008 ialah tahun kejatuhan CT, tak caya, tengoklah.

  12. katak
    Jan 30 2008

    pada pendapat aku, keputusan dia masuk semula pertandingan tu menunjukkan yang cik siti ni seorang yang baik dan tidak ada masalah ego. dia ikhlas masuk pertandingan dan bukan melihatnya sebagai desperate attempt nak mengembalikan popularity dia. untuk seorang yang dah dapat title dia masih boleh terkinja-kinja lagi atas pentas tu, ini membuktikan dia seorang yang tak kisah jika disamakan dengan artis lain. dia tidak melihat dirinya berada dalam kategori yang elite, exclusive dan tersendiri.

    waaaaaaaakakakaka

  13. Jan 30 2008

    salam salam salam…. apa khabar lu org semua? sorry lah geng gua dah tukar nama dr lara ke mustang. ada org curi nama gua le beb. tapi dia p letak RALA. gawat gawat….

    gua dah tiba msia hari ahad lepas. skrg baru free nak singgah. rindu ya sue…tang mana tuh? hwahwahwahwa…joke.

    mcm2 ada ya. kopi teh tarik ya tot…. goreng cempedak ada ke? sodap tuh…..

    to boleh blah, kalau nak pakai tudung bagus le tapi jgn le kerana tok kembang pakai lu terikut style dia plak.
    MAKIN PANAS LE DUNIA NI KALAU WANITA TUTUP KEPALA RAMBUT TERJUNTAI.

  14. katak
    Jan 30 2008

    alah mustang, lara ngan rala kan lain

    ko saje je la

    apa kata letak musang

  15. sitot
    Jan 30 2008

    Mustang nak goreng cempedak ek? Suruh sue buat, mesti sodap maklumlah air tangan peminat awak. Lepas ni jangan nak menghilang pulak, mana I nak cari you tu. Kedatangan you ke sini WAJIB tau!

  16. fiq
    Jan 30 2008

    ak xstuju le dgn pndgn agak7777..klu ko prasan la..ape yg ct wat msti org ingt nyer..mcm ko kata dia pakai bendera ijau la..menari xbtl la..nmpak sngt ko kusyuk ngk ct nyer persmbhan mlm tue..ko ska dgn persembhn ct tp xngaku..dasat gak ko ley hafal smua pe yg ct wearing ngn cara ct nari n tau plak tue warna2 persembhn ct..ak pun xngk smpi cm tu skali..silp aribuln artis len pun refer kt ct cmner nk wt persembhn yg best

  17. sitot
    Jan 30 2008

    udah udah lerrr dgn persembahan siti masa AJL tu… takziah pada loloq, semoga rohnya dicucuri rahmat…

  18. sitot
    Jan 30 2008

    I mean takziah pada keluarga loloq

  19. fiq
    Jan 31 2008

    takziah juga kpd family loloq

  20. Sue
    Jan 31 2008

    Yeah Yeah Yeah mustang dah selmt balek! Yeah Yeah!
    Acam Tang, mak abah, ayam itik & kerbau kat kampong smua sehat? Alhamdulillah kalau dorang smua ok.

    Tang, lain kali pukul tong gong tu kuat2 sikit la kalau nak balek kampung ke, cuti besalin ke, pegi ummrah ke, ok.

    Hmmmm, bukan setakat goreng cempedak je i bole buat Tot. For you kan tot, just name it…..

  21. Sue
    Jan 31 2008

    Deepest condolences to Loloq’s family.

  22. cykepo
    Jan 31 2008

    this is my personal wish not bcos of jealousy but i wish tok kembang stays where she is rt now. tak payah lah serikan dunia hiburan ni. im sick of her. to those yang fanatik, no offence.. to each his own ….aku dah meluat dah for the past decade dah lebih dari cukup!!!

  23. sitot
    Jan 31 2008

    Apasal for me, just name it? Sepatutnya ayatnya macam ni, “utk you Tang, just name it!” hehehehe.. Ermmm hati I pulak yg cair bila sue panggil lara as ‘Tang’. Nanti jangan pulak dari ‘Tang” kepada “Yaangg” heheheheh…

    I dari dulu lagi tau si siti tu memang pura2 baik…mana ada orang sentiasa baikkkkk sepanjang masa, kalau korang kaji diri kita sendiri pun macam tu jugak, dah sama2 manusia. Tunjuk baik just nak pancing perhatian masyarakat. Dulu bukan main lagi war-warkan yang mak dia mendidik mereka semua dgn sopan santun etc, tapi I tengok abang dia berambut panjang dan fesyen yang I sendiri memang tak berkenan kalau lelaki potong rambut macam tu, lepas tu si saerah tu pulak dlm satu majalah pakai baju nampak perut, and then saerah dan kakak siti dah nak masuk AF6, so mana sopan santun nya??

  24. Sue
    Feb 1 2008

    Tot, tot… kelakar giler la u ni tau. Tapi Tot, si Tang tu da bepunye ke belum? Keekeekee….

    Tot i agree with you 101% tot. Si Ct tu & family same je. Runs in the family pe tot! Tapi i see her elder sis lagi cun dari si tok kembang la tot.

  25. sitot
    Feb 1 2008

    Alahai sue, soalan tu I tak berani nak jawab sebab I pun ragu2 jugak statusnye :D . So Mustang, pls jawab soalan sue tu…

  26. Sue
    Feb 1 2008

    Takde la Tot. I acar jeeee.

  27. betuahbadan
    Feb 1 2008

    mana la perginya sopan santun dan kelembutan seorg wanita.aku pun tak tau nak kata apa.aku harap jgn ada selepas ini mana2 artis yg bertudung yg masih nak menyanyi memakai contoh pakaian mcm ct ni dan terlompat2,terseret2,aku pun malu nak ulang tgk lagi.

  28. sitot
    Feb 1 2008

    ecehwahhhh ye ker acar/acah aje… tidur malam ni jangan sengeh2 ehhh, tak pasal2 malam nanti mimpi naik pelamin dgn…. sila jawab sendiri!

  29. Sue
    Feb 3 2008

    I naik pelamin? U mean… lagi ke Tot? I da ade 2 heroes kat rumah la. Sape nak pegi jawab Tot oi!!!

    Lain la kalau dapat cam abang misai tebal Mak Iti tu. Kwang Kwang kwang…. :lol:

  30. sitot
    Feb 3 2008

    Misai tebal mak itik?? Hehehhe ooo ye ke?? dah ada heroes rupenya… BIG SORRY!

  31. vampirina
    Feb 7 2008

    Saya dengan ini menggalakkan wanita-wanita yang bertudung mencontohi Hajjah Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang sopan santun, lemah lembut dan gemalai… Tak kisah macamana pun tudung yang anda pakai.. untuk kesihatan badan, silalah terkinja-kinja dan jangan lupa… cari boipren misai tebal sekali OK?

    ***mau penyokong CT amok lepas ni…

  32. sitot
    Feb 7 2008

    mengamok bawa kapak

  33. vampirina
    Feb 7 2008

    sitot.. i lebiu… warhahahhaha… sesungguhnya mana kau tahu fanatik-CT ni gang kapak ah?

  34. sitot
    Feb 7 2008

    lebiu??? Ape bende tu??

    Harap2 nanti kalau ada fanatik ct mengamok, I lantik joe jadi ketua. I duduk kat belakang ketua aje sambil bawa pedang… yang lain jangan lupa bawa cangkul, pisau, garfu, sudu, kapak, sumpit dsb nanti…. kalau kita menang, kita buat makan2…so sapa yg dah terbawa sudu dan garpu tu, pinjam ehhh nak guna makan kiew tiew lepas mengamok nanti!

  35. Feb 7 2008

    haha :mrgreen: kuasa veto kat tangan lor…

  36. Feb 9 2008

    lebiu tu love u lah tot. lu ni….. :mrgreen:

  37. sitot
    Feb 9 2008

    ooo ye ke mustang? I ni kan skema sikit (pengakuan yg ikhlas)! Even type pun ayat penuh..tak reti nak short form…maklumlah bidang I ni mempengaruhi minda dan tangan menaip penuh. Ermmm ada jugak org lebiu I… tengkiu tengkiu

  38. betuahbadan
    Feb 9 2008

    jaga2 kau sitot,vampirina tu cucu kepada vampire…. :mrgreen: ada can la tu…

  39. sitot
    Feb 9 2008

    ke cucu kpd Ponti…Harum Sondol Malam? Kalau vampire tu…omputih sangat! I nak yang kemelayuan sikit.

  40. vampirina
    Feb 9 2008

    adesssss… adesssss….. Nak buat macamana kalau orangputih tidak, melayu pun tidak? Hehehhehe… Melayu tu adalah tapi 1/2 jer.. lagi setengah dah pergi moginum armaiti dalam ini darah… (Kadazan Dusun lahhhh!)…

  41. sitot
    Feb 9 2008

    No. Kad pengenalan Malaysia ke tak? Kalau ye, ermmm boleh jerr.. heehehh

  42. vampirina
    Feb 9 2008

    muahhahahaha… 71 tot… lahir di luar negara tapi saya tetap anak Malaysia! yipeee! Tot… YM ada? ehem…

  43. mizz
    Feb 12 2008

    conferm :!: :!:

  44. buang masa .....
    Feb 13 2008

    buang masa je korang ni…..bincang benda x berfaedah….

  45. vampirina
    Feb 13 2008

    ada ko nampak kita bincang lagi ker? sekarang ni tengah merapu rapu ni…

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments