Skip to content

January 14, 2008

62

Strategi Datuk K



Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

ImageShack
Album Inggeris bawa Datin Seri Siti Nurhaliza ke peringkat global

SAAT imej baru Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang berselendang mengundang pelbagai reaksi peminat hiburan tanah air, suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa memilih untuk mengembangkan lagi kerjaya seni isterinya ke peringkat yang lebih tinggi dengan menerbitkan sebuah album Inggeris.

Ketika ditemui selepas majlis meraikan ulang tahun ke-29 Siti di Hotel Le Meridien, Khamis lalu yang dihadiri beberapa orang kenamaan, selebriti dan rakan media yang dekat dengan pasangan ini, Khalid bagaimanapun berkata, cadangan itu masih di peringkat perbincangan.

Usahawan popular yang lebih dikenali dengan gelaran Datuk K itu berkata, beliau akan cuba untuk mendapatkan komposer terbaik untuk menghasilkan lagu yang terbaik buat isterinya.

Beliau juga berharap album itu akan membawa isterinya ke peringkat yang lebih tinggi dan boleh diterima di negara luar. Selain mendapatkan komposer terbaik, album itu juga nanti akan disuntik dengan elemen Arab dan Sepanyol supaya lebih ramai orang dapat menerimanya.

Bukan itu saja, kata Khalid, ia juga secara tidak langsung dapat memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris isterinya.

ImageShack
PANJANG UMUR: Siti memotong kek hari lahir sambil diperhatikan ibu bapanya, ibu mentua anak Khalid.

Ditanya pada Siti pula, apakah perasaannya apabila suami tercinta mempunyai perancangan setinggi itu, katanya dia cukup gembira kerana dapat mengembangkan kerjayanya ke peringkat antarabangsa.

“Siti lagilah seronok, lagi pun sebelum ini Siti banyak menyanyikan lagu Inggeris pada majlis makan malam. Ramai yang bertanya bila Siti ingin lahirkan album Inggeris. Jadi, Siti rasa kini sudah tiba masanya dan Siti akan belajar dan mencari orang yang boleh bimbing Siti untuk merealisasikan impian suami,” katanya.

Ketika ditanya mengenai reaksi negatif mengenai imej barunya itu, Siti sebagai anak seni yang berpengalaman berkata, terpulanglah kepada pendapat masing-masing.

Baginya, dia kini lebih selesa dengan imej berselendang dan dia tidak mahu terlalu drastik mengubah imejnya. Barangkali, Siti mengambil iktibar yang berlaku kepada beberapa artis yang drastik mengubah imej tetapi mereka kembali kepada imej lama dan seterusnya dicemuh masyarakat.

“Siti ingin tegaskan di sini yang Siti memerlukan masa perlahan-lahan untuk membuat perubahan. Memang Siti pernah berangan-angan untuk pakai tudung dan duduk berehat saja di rumah. Tetapi apabila sudah melaluinya, ternyata bukan mudah. Biarlah Siti bermula dengan perlahan-lahan dulu. Tahun depan Siti cuba perbaiki lagi .

“Orang boleh berkata apa saja, itu sudah lumrah. Orang akan menjadi hakim, kita buat sikit pun orang kata, buat banyak pun akan dikata. Jadi lebih baik Siti berdiam diri,” katanya yang belum lagi terfikir untuk meninggalkan dunia seni kerana minatnya pada dunia nyanyian masih lagi menebal.

Sementara itu, Datuk K apabila diminta mengulas mengenai imej baru isterinya berkata, dia tidak kisah mengenai penampilan isterinya. Terpulang kepada Siti untuk menentukan penampilannya kerana baginya bertudung atau tidak, isterinya tetap kelihatan manis.

“Saya ada mendapat maklum balas rakan rapat. Ada yang suka dan ada juga yang kurang setuju dengan gaya baru Siti. Bagi mereka, Siti masih muda. Saya tidak suruh dan juga tidak melarang, saya setuju apabila Siti kata dia mahu berubah perlahan-lahan.

“Bagi saya yang penting niat dia, hati mesti baik dan iman mesti kuat. Iman bukan terletak pada penampilan. Saya suka lihat Siti berselendang saja, kerana ia lebih manis dan dia nampak selesa mengenakan selendang daripada tudung,” kata Khalid.

Jika ada yang berkata, penampilan bertudung akan menyukarkan Siti menerima undangan nyanyian, telahan itu ternyata silap kerana sejak pulang dari menunaikan haji, dia ada menerima tawaran tetapi terpaksa ditolak kerana ingin berehat. Selain itu, Siti juga mahu menumpukan perhatian kepada persediaan menghadapi Anugerah Juara Lagu ke-22 nanti.

Detik cecah usia 29 tahun paling bermakna

KALI ini sambutan ulang tahun Siti diadakan sehari lebih awal mengambil keberkatan Awal Muharam iaitu pada Khamis lalu. Jika tahun lalu, Khalid memilih restoran terkemuka di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur, kali ini hotel terkemuka pula menjadi pilihannya bagi meraikan ulang tahun ke-29 isteri tersayang.

Ramai orang kenamaan dan selebriti yang diundang seperti Datin Norjuma Habib Mohamad dan suami, Syafinaz, Diddy, Fazli Zainal, Sharifah Haslinda, Sharifah Shahira, keluarga Fatimah Abu Bakar, Faradhiya dan Hattan serta rakan media yang rapat dengan pasangan ini.

Bagi penyanyi manis itu, rancangan suami mengadakan majlis hari lahirnya itulah hadiah yang bermakna. Jadi, tidak perlu dia mendedahkan apakah hadiah istimewa lain diberikan suami. Lebih penting lagi kata penyanyi yang tampil dengan imej sopan berselendang sejak pulang daripada mengerjakan haji, kasih sayang serta perhatian yang diberikan suaminya sepanjang hampir dua tahun bergelar suami isteri juga satu hadiah yang tak ternilai.

Manja di sisi suami, Siti dilihat tidak pernah lekang menggenggam erat tangan suaminya apabila bersama. Mereka bagaikan pasangan pengantin baru yang sedang asyik menikmati saat bulan madu. Hatta ketika sidang media sekali pun jarang sekali genggaman tangan mereka terlepas. Ia sudah cukup membuktikan betapa Siti kini cukup bahagia menikmati alam rumah tangga.

“Hadiah biarlah antara kami berdua saja yang tahu. Kebendaan bukan perkara utama, kasih sayang suami, perhatian dan keikhlasan suami menjaga Siti dengan baik dari hujung rambut hingga hujung kaki sudah memadai,” katanya sambil merenung tajam suami di sisi.

Lazimnya apabila tiba tahun baru, pasti ada saja azam yang dipasang setiap individu. Begitu juga apabila usia menginjak setahun lagi, tentu ada impian yang terpahat di sanubari setiap umat manusia. Soalan mengenai impian dengan pertambahan usianya tidak lupa diajukan.

Ujar penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu dia mengharapkan kehidupannya yang akan dilalui pada hari mendatang menjadi lebih baik dari pelbagai aspek. Dilimpahi kebahagiaan, kegembiraan bukan saja buat dirinya tetapi juga keluarga dan kerjaya.

Ditanya mengenai impian lain selain yang disebutnya, Siti bagaikan sudah mengerti bukan jawapan itu yang dimahukan media.

“Siti sudah agak soalan itu mesti ada. Impian Siti tentulah untuk menambahkan lagi bilangan ahli keluarga dan Siti berharap tahun ini impian itu dimakbulkan,” katanya.

Read more from Berita Harian
62 Comments Post a comment
  1. Jan 14 2008

    nasib le kau labu, suami yg sepatutnya memberi nafkah dan menjaga maruah isteri semakin ligat utk menayang body dan suara isteri di khayalak ramai.

    inilah kot hidayah yg mereka bawa balik dr makkah.

  2. betuahbadan
    Jan 14 2008

    Allah kalau nak tunjukkan sekejap je bro.niat depa nak beribadat ni ikhlas kerana Allah atau tidak.lagi teruk beb bila dah balik haji ni.bukan depa bersungguh2 memperbetulkan diri tapi membesar2kan apa kah strategi depa.haru haru.ini la padah nya bila terlajak kata semeta2 nak perhatian dunia.maka padan la muka depa.apa semua buat semua mendapat kutukan.tak ke kesian.itu la balasan tuhan pada org yg suka mempermain2kan hukum Allah.di rumah buat solat di luar buat maksiat.

  3. ernestcyw
    Jan 14 2008

    semangat belajar yang ct terapkan perlulah kita contohi!! manusia ni ada silap dan salah, jadi apa salahnya jika kita belajar dari kesilapan, bak kata pepatah melayu bumi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelora! fikir-fikirkan…kejayaan ct bukan diperoleh dalam satu hari ttp dengan usaha dan semangat kental ct akhirnya berjaya menjadi Siti Nurhaliza pada hari ini! oleh itu, ambil yang jernih buang yang keruh, berhenti mengutuk dan kembali ke pangkuan Yang Maha ESa! insaflaH

  4. Jan 14 2008

    gua hormat gak dia berjaya tetapi di sebalik kejayaan nya tuh gua tak hormatlah. sorry lah bro emestoyw, lu punya sound memang bagus but still tak mkn saman kat gualah coz gua tau tok kembang ni hipokrit.

    nak belajar contohi apa pd tok kembang? belajar cara2 merampas suami,tackle suami org dan belajar cakap tak serupa bikin?

    hmmm…. cakap pasal insaf ni gua rasa lu kasi sound insaf ni kat tok misai dan dia jugak. kita2 kat sini memang dosa mengutuk tapi tok kembang yg jual suara badan ni lagi Do…. tau. so pk2 juga ya kalau nak cakap bab insaf ni. tapi apa2 pun gua terima sound lu beb.

  5. betuahbadan
    Jan 15 2008

    kenapa mereka ni suka sangat mengambil keberkatan itu,ini tapi iktibar dari keberkatan itu tak diambil pusing.jalan tu dah nampak cuma tak da cahaya.mcm mana tuh.jln je la dalam gelap2 tu.tak payah la nak cakap baik2 sekadar nak cover line.aku pun menyampah.he he he.apa org kata,cakap mcm bagus…..je.

  6. betuahbadan
    Jan 15 2008

    ct nak belajar mende lagi.sudah la tu…mengabihkan boreh je.semua dah ada.duit,suami,anak je la belum.apa lagi….tak cukup2 ke.bila duduk rumah dah jadi cacing kepanasan.cuba la ikhtiar buat kan rumah tu ada la syurga.cari ct,cari.jadi tak da la asyik nak keluar rumah selalu.musykil musykil.

  7. Jan 15 2008

    bro, org ni kalau dah biasa hidup di puji selalu dan dah biasa berjumpa dgn ramai org terutama fanatik giler dia mana lah dia nak duduk rumah beb… bontot panas smcm. satu hari kalau tak ada yg memuji dan menonton dia tak sah.. itu pasal dia kata
    “saya pernah duduk rumah tapi tak boleh”.

    KALAU BOLEH NAK TUNJUK MUKA BODY KAT SEMUA ORG YG DIA PERASAN CANTIK…. CANTIK KE LU HIPOKRIT? CANTIK LG MAK LU. NATURAL BEAUTY DGN TUDUNGNYA….

  8. betuahbadan
    Jan 15 2008

    Allah tu kalau nak tunjukkan sekejap je bro.kan tak pasal2 terkeluar statement mcm tu.si misai pun sama statement dia so sia2 la sebenarnya mereka ni pegi haji.bak kata ustad aku buang tenaga,masa dan duit je.hidayah tak dapat bala yg dapat.bala dia kutukan la.

  9. cykepo
    Jan 16 2008

    semua akan keliahatan cantik dgn solekan. kalau mata dah ditepek ngan celak hitam legam, nampak lah mata besar belolok. kau tengok je makeover2, orang biasa pun bleh jadi cover girl dgn solekan, so jgn nak perasan.siapa pun boleh kelihatan glamour. so cantik yang hakiki bukan ada pada fizik ya.

  10. ernestcyw
    Jan 16 2008

    hi penglipurlara, kalau dah ct mampu tackle suami orang kah, famous , itu hal dia, tak ada kena mengena ngan u pun!! apa kau sibuk!! sedihnya melihat manusia yang sibuk ngan orang lain ni!!..

  11. mizz
    Jan 16 2008

    salam…suke ngan kaler yg baru nie…
    hai3..pandangan manusia ni xkan surut selagi mata belum tutup..realiti kehidupan yg kite persoalkan hari2 tp x mendtgkan kesan pd diri sndr.semakin byk kite berkata ttg org lain semakin menjauhkan lagi diri kite yg sbnr.bknke kebaikan dan keburukan manusia dtgnya dr diri sndr..nak buruk sbb dr ati die nak baik pun sbb dr ati die..kite yg snts nak memajukn diri nie pndg pd sudut positif udahle(sbnryer klu x tgk lg bgs xdelah byk dosa)

  12. betuahbadan
    Jan 16 2008

    waalaikumsalam mizz.apa kabo.lama mizz tak dtg.dtg2 dah bagi ceramah mana la lelaki boleh tahan mcm ni.belum apa2 dan kena leter.sabar2 dulu ye dik mizz.mizz dah makan.makan apa hari ni.masak ke beli je.itu la mukaddimah tuah pada mizz yg dah lama tak muncul….he he he

  13. Jan 16 2008

    aikk stoyw, marah plak. mcm lu plak tok kembang. kalau dah nama manusia maka sibuk2 kan diri ni biasalah beb.
    kalau tak suka menyibuk, maka lu pun jangan le
    menyibukkan diri melayan penyibuk di sini. tak gitu?

    OHHH…cik miz pun ada. lama tak nampak mana tercampak? hai tuah, buah hati kau dah dtg…

  14. sitot
    Jan 16 2008

    hahaha buah hati tuah rupanya…

  15. betuahbadan
    Jan 16 2008

    aik!nampaknya dik mizz tu marah sgt kat kita2 ni.garang betul dik mizz ni.takut aku.kalau buah hati aku tu biar la yg lemah lembut,lemah….lutut aku.muka pun manis….je.mcm ct tu….tak pasal2 aku kena terajang pulak dgn tok misai.

  16. Jan 16 2008

    lu ni bro, manis mcm tok kembang?

    sorrylah beb, bkn selera gualah. mcm wardina or juma ok lg. masa anugerah skrin cun giler juma dgn long dress dan tudungnya. cuma baju tuh kotat ikut bentuk bdn. but still ok lg dr tok kembang ni punya style.

  17. katak
    Jan 17 2008

    aik, aku yang dari dulu berusaha tenangkan mizz, senang senang jadi awek tuah

    cisssss tuah

  18. Elmo
    Jan 17 2008

    hahaha kesian katak….

  19. sitot
    Jan 17 2008

    mizzz jadi rebutan!

  20. Jan 17 2008

    hehehehe…. tak pe tot. genius tetap setia kat lu. amalkan je petua2 mereka. confirm ramai masuk mintak.

    lu katak, jgn le cemburu. si tuah tu saja je nak nyakat lu.tapilah kan kalau lah lu dapat si mizz tuh gua confirm lu tak jejak lagi kat sini. silap2 lu kena control dgn mizz. hahhahahahaha

  21. sitot
    Jan 17 2008

    lara…lara. sesuka hati awak je cakap genius setia kat I. Kita semua ni technically kawan2 lah kan. Sapa yg dah terjatuh cinta macam tuah dgn mizz tu..tu lain cerita la… hahahaha

  22. sitot
    Jan 17 2008

    ehhh tak der yg syok kat tuan tanah ke?

  23. Jan 17 2008

    hehehee…patutlah si mizz tuh mcm biskut. rupanya dating dgn tuah.

    gua masih ingat le tuan khemah tanya pasal lu tot. itu tandanya tuan khemah pun syok kat lu. kuikuikuikui

  24. sitot
    Jan 17 2008

    ye ke? Saja je tanya tu…

  25. admin
    Jan 18 2008

    haha.. apalak aku. tu GYYY yang shok kat sitot.

  26. ernstcyw
    Jan 18 2008

    hi penglipurlara, marah kah tidak itu bergantung kpd pembaca mesej tu, kalau u rasa marah, i no comment..just to remind u saja, jangan sibuk sangat, padah itu tanggung sendiri…Dosa tu sentiasa bertambah..bahu kiri mesti lebih berat..haha!! ct..don give up n all the best..

  27. Elmo
    Jan 18 2008

    aler yg dekni pun menyibuk apa hal lak..pandai ckp org.. pi la duk diam2 kat sitizone sana je da ler kekekeke

  28. Jan 18 2008

    ya ke bahu kiri gua berat? sama je rasanya. helo brother, kalau nak cakap dosa pun pandang atas bawah kiri kanan jugak beb. lu sedar ke lu pandang dosa org kat sini je, tu dosa tok kembang lu ada ke lu pandang bawah tgh atas? pakai akai sikit

  29. sitot
    Jan 18 2008

    dia datang sini sebab kat sitizone BORING!!!

  30. sitot
    Jan 18 2008

    admin… main pass pass la pulak. I tak involve OK.eheheheheh

  31. Jan 19 2008

    apa salahnya tot. mana tau dah jodoh lu dgn tuan khemah. riuh sekampung oiiii tot kahwin tuan khemah. hahahahaha

    jangan marah tuan khemah gurau je. esok dah hari asyura, jgn lupa posa dan solat sunat asyura. byk kelebihannya.

  32. sitot
    Jan 19 2008

    bestnya korang kat sana…I paling suka makan bubur asyura, dan bubur lambuk. Aduhhhhh bestnya………….

  33. admin
    Jan 19 2008

    hahaha

  34. sitot
    Jan 19 2008

    aik? gelak pulak. Tak per I buat sendiri je.

  35. Jan 19 2008

    gua pun masak sendiri tot. belajar resepi dgn mak gua. makan bubur asyura dgn sambal ikan bilis. sodapnya…. cara paling mudah beb.
    1)goreng ikan bilis satu mangkuk kecik
    2)tumbuk lada merah + hijau + cili padi (fresh) sikit kalau nak pedas. satu mangkuk kecik gak. lebih pun takpe. dah nak hancur baru masuk ikan bilis. jgn sampai hancur sgt. tambah garam sikit dgn aji. kalau tk guna aji pakai gula. pasti terangkat beb… hehehehehe..

    jgn marah tuan khemah, tukar2 ceta plak. kongsi resepi mkn bubur asyura.

  36. admin
    Jan 20 2008

    takper, nanti aku buka forum masak memasak pulak.

  37. katak
    Jan 21 2008

    tak yah la tuan tanah, tak sanggup lak nak mendengar cerita chef wan kat forum tu nanti

  38. katak
    Jan 21 2008

    bila aku tengok balik gegambar ni, aku rasa dk tu nampak lebih ceria dan lebih tenang berbanding satu atau dua tahun lepas

    agaknya dah tak takut cik siti kena kebas, dah betul betul confident kot

  39. katak
    Jan 21 2008

    bila aku tengok lagi sekali, aku rasa dk dgn mak siti memang macam pinang dibelah dua

  40. cik bo layan
    Jan 22 2008

    betol tue katak..mmg mcm pinang dibelah dua.padan gitu…

  41. Sue
    Jan 23 2008

    Uorang ok tak???????

  42. Sue
    Jan 23 2008

    I’m still sceptical of si misai tu tau. He has dat kind of cynical smile….

  43. Sue
    Jan 23 2008

    I bet kalau ade pompan seduce si misai tu, mesti jadi punye. Entah2 jadi si misai tu punye mistressesssss ke, or bini yang ke bape pulak kali ni eh???? Tapi takpe le, si misai tu loaded semacam, rite?? I cam nak sekaki jugak la. Kwang kwang kwang kwang…..

  44. Jan 23 2008

    jangan cuba2 sue, berkawan dgn laki org ni bkn senang. lagi2 dgn isteri yg dah ada pengaruh. tapilah kan kalau lu berani nak hadapinya gua support lu. asal jgn gadai body ya. kena bijak melangkah cik adik oiii. lu faham maksud guakan. tapi kalau nak tips pikat laki org tanya bro genius and tuah…. hehehehehehe 8-)

  45. sitot
    Jan 23 2008

    I rasa bagus seduce si genius…HAHAHAHAHAHAHAAHAHAAH

  46. Sue
    Jan 25 2008

    Kwang kwang kwang…. Insha Allah si misai tu just not my cup of tea la.

  47. Jan 26 2008

    DUNIA NAK KIAMAT,HAJI SEPERTI PERLANCONGAN ZAMAN SEKARANG.USAMA LADEN CUCU RASULLULAH YAKNI IMAM MAHDI.

  48. pasportmerah
    Jan 26 2008

    alo bro..gua tips tak da.tapi gua nak cakap la dgn sue.best ka kawan dgn suami org ni dibanding kan dgn org bujang.kerana mereka ber wang ka.silap beb.

  49. Sue
    Jan 27 2008

    Betul. Betul. Betul sangat sangat tu Pot. Ape peduli lelaki tu suami orang ke, datuk orang ke. The main issue is WANG beb! WANG!!!! Pleaseeeeeeee…. Nak ke si CT tu kahwin dengan lelaki who has nothing????

  50. pasportmerah
    Jan 27 2008

    sebenaknya kawin lelaki bujang ni byk hikmahnya dan nikmatnya.cuba la hangpa tanya org2 yg dah berkahwin puluhan tahun dan ketika dulu mereka kahwin bujang sama bujang.kahwin dgn suami org ni bukan true love la….tapi just for memenuhi keinginan dan keseronokan aje.

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments