Skip to content

January 12, 2008

121

Siti sambut hari lahir dengan imej bertudung



Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Siti sambut hari lahir dengan imej bertudung
KHALID Mohamad Jiwa menyuap kek kepada isterinya, Siti Nurhaliza pada majlis sambutan ulang tahun hari lahir Siti di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar SYEFRY MONIZ .

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menyambut hari lahirnya yang ke-29 hari ini berharap dapat mengecapi kebahagiaan yang berpanjangan bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Saya juga berharap karier saya akan terus cemerlang selain dapat melihat beberapa perancangan yang telah diatur menjadi kenyataan. Sudah pasti saya juga mengharapkan dikurniakan cahaya mata agar menjadi pelengkap kepada keluarga saya dan suami,” kata penyanyi jelita itu.

Siti Nurhaliza yang kini bergaya dengan imej bertudung berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan hari lahirnya yang diadakan dalam suasana meriah di sebuah hotel terkemuka di ibu kota di sini malam tadi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu juga mengharapkan agar orang ramai tidak mendesak dan memberi tekanan kepadanya hanya kerana dia tampil dengan imej yang bukan seperti dijanjikannya sewaktu selepas berkahwin dahulu.

“Buat masa ini, saya selesa dengan penampilan sekarang. Perubahan yang saya lakukan ini adalah lebih elok jika dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terlalu drastik.

“Saya tidak mahu isu bertudung menjadi isu besar. Satu hari nanti saya akan bertudung juga. Biarlah ia datang dari hati yang ikhlas dan bukan secara paksaan. Berilah saya masa,” jelasnya.

Siti Nurhaliza pernah berjanji akan mengenakan tudung sebaik sahaja menjadi isteri kepada Khalid, 49, pada 21 Ogos 2006.

Penyanyi yang baru sahaja muncul dengan album terbarunya, Hadiah Daripada Hati, itu turut memberitahu, penghijrahan dirinya dari segi penampilan bukan satu penghalang untuk dia terus menjadi anak seni.

“Alhamdulillah, rezeki saya untuk persembahan semakin murah dan saya percaya setiap rezeki itu datang daripada Allah,” katanya yang semakin berseri dan jelita selepas pulang daripada mengerjakan haji pada 27 Disember lalu.

Sambutan majlis hari lahir Siti Nurhaliza itu turut dihadiri sahabat-handai, ahli keluarga serta artis dan selebriti tempatan, antaranya Syafinaz Selamat, Chef Wan, Sharifah Amani, Que Haidar, Fazli Zainal, Sean Ghazi, Habsah Hassan serta penyanyi Indonesia, Rossa.

Dalam perkembangan lain, Siti Nurhaliza memberitahu, dia akan bertanding dalam Anugerah Juara Lagu Ke-22 anjuran TV3 pada 27 Januari ini. Lagunya, Destinasi Cinta, terpilih sebagai lagu yang akan bersaing dalam kategori pop rock pertandingan itu.

Read more from Utusan Malaysia
121 Comments Post a comment
  1. vampirina
    Jan 29 2008

    cykepo… tau.. tapi tak ada istilah sikit sikit wooh dalam Islam… Siti ni pakai tudung aku rasa sebab dia dah terlepas cakap dulu, berjanji nak pakai tudung lepas kahwin dan balik dari menunaikan Haji. Pastu agaknya balik tak ready lagi nak pakai tudung, tapi disebabkan berjanji, dia pakai jer la ala kadar macam tu… pakai tak nak pakai punya style. treat the tudung more like fashion rather than kewajipan… lain kali nak buat amal tu tak payah citer kat orang, nanti tak buat atau buat separuh-separuh, kan dah jadi bahan kutukan? kan kan?

    Cykepo.. cam tu, kalau dalam Islam boleh tahap2, sikit2… apakah Solat boleh tahap2, sikit2? Boleh ke aku baca ayat masa rukuk 2x jer instead of 3x? Aku baca ayat masa rukuk 1x jer instead of 3x? Or aku puasa 1/2 hari instead of 1 full day? Bleh ke? Ada kelonggaran macam tu ke? Mana ada kannnnn? Tak ada kan???

    Pakai tudung tu biar menutupi rambut, anak rambut, telinga, leher, dan dada… baju biar longgar, tidak menampakkan bentuk badan… tutup bontot and bentuk *ehem* kat depan tu sekali… seluar longgar…

    Banyak la contoh2 artis2 betudung yang elok jer cara pemakaian tudung mereka apa? And I don’t think Siti nak kena pi belajar pakai tudung lagi sebab dulu dia sebelum glamour pandai pakai tudung betul2 waktu jual karipap… kan Siti???

  2. Genius.YYY
    Jan 29 2008

    bukan main rancak mak hajjah ni menari malam tu. siap ada gerak slow motion lagik.. sure dpt ilham masa dlm ihram ari tu…

  3. sitot
    Jan 29 2008

    siap ada bendera hijau parti mana entah yg siti wakilkan ni??? Penari2 semua pakai serban

  4. fiq
    Jan 29 2008

    sabo jela siti…ape2 pun manusia bukan sempurna..ape ct pakai smua komen..,,tp artis len yg bnyk PAKAI XCUKUP KAIN XKATA PLAK..bab tudung tu..bgusla la da kesedaran nk betudung..niat tue pnting..bab2 belnja..klu kita duit bnyk pun ..xkn nk belanja makn kepok je..msti nk yg mahal2 nyer..time ajl pun tahniah walau xmenang pape..tp ct jugak le dpt tepukan n sorakan pling gemuruh..igt le lebih baik bersangka baik drpd bersangka buruk dgn org..

  5. sitot
    Jan 29 2008

    bersangka baik kat orang pun sebenarnya tak elok.

  6. cykepo
    Jan 29 2008

    aku setuju apa hambo pikiak vampirina oi

  7. marinamusfirah
    Feb 1 2008
  8. admin
    Feb 1 2008

    thanks marina.. kalau bertudung macam dulu, sudah tentu semua orang tak akan kutuk pasal tudungnya.

    masa dia pakai tudung macam dulu, takde pun kata buruk pasal dia.

  9. sitot
    Feb 1 2008

    orang hanya ingat pakai tudung ni menutupi kecantikan yang ada. Tapi kecantikan lahir dari hati…

    So definisi cantik seorang wanita pada pandangan lelaki macam mana pulak? Soalan ditujukan pada tuan rumah dan lelaki2 di sini…

  10. vampirina
    Feb 4 2008

    sayer suka siti samada dia tidak bertudung terus ataupun bertudung sempurna… tak suka buat separuh-separuh lah Siti… dosa pahala tak ada 50-50 la siti… ok?

  11. betuahbadan
    Feb 4 2008

    kecantikan rupa itu adalah luaran je sitot.tak semua lelaki akan jatuh cinta pada rupa yg cantik.byk benda lain yg boleh mencairkan hati lelaki ni.cantik tu bonus je pada lelaki.lelaki pun ada mcm2 kategori.

    yg penting adalah penuhkan ilmu agama didada.betul kata sitot tu “ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah”.perempuan dan lelaki sama2 dapat habuan syurga dan neraka dari Allah.Allah dah bagi pilihan yang baik dan buruk tapi Allah sentiasa menyuruh hamba2Nya buat baik kerana Allah sahaja Yang Maha Mengetahui dan Allah Yang Maha Adil dan Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

  12. betuahbadan
    Feb 4 2008

    betul tu dik vampirina.adik pun tahu dosa pahala tapi idola adik tu tahu ke buat2 tak tahu. :???:

  13. cykepo
    Feb 4 2008

    terus terang aku paling menyampah part dia komen, pakai tudung tu kekok. itu aku tak leh nak cakap sbb dulu pernah pakai tudung pe. jadi apa yang membuat dia kekok? sbb dah kaya raya ke? orang kaya mesti berfesyen ke? isteri datuk2 tak leh pakai tudung betul2 ke?habis mcm mana dgn permaisuri kita? Alhamdulillah dia bertudung. ikutlah contoh dari situ. itu tok kembang pun bodoh sangat.dahlah lepas ni aku tak nak cakap pasal ni lagi sbb dah meluat. nampak sangat dia ni nafsu, lupa asal-usul, aku kalau jadi mak dia pun malu anak aku cakap gitu. nampak sangat anak ni tak masuk ajar.nampak bodoh bengap dia.pandai melalak aje , jual suara je….dah kasi senang tak tau syukur, cakap bukan2.

  14. betuahbadan
    Feb 4 2008

    wahh…garang betul mak akuu.. :oops: tinggal satu lagi janji ct dia akan berhenti menyanyi apabila dia berumur 40 tahun jadi sepanjang tahun2 berikut dia akan berentak begini sealiran dgn rentak muzik sekrg ini.cakap mcm mana pun dia akan masuk telinga kiri dulu kot,,,duduk lama kasi peram sikit baru la keluar telinga kanan.mastermind dia suami dia.itu aku dah kata nasib dia kurang baik sebab suami dia bahagian ni nampak kureng…pegi haji aku rasa sebab terpaksa kena ikut sebab lagi ct dah berjanji nak buat haji.boleh tgk sekrg lagi teruk ada la….

  15. Sue
    Feb 4 2008

    Precisely, si tok kembang tu memang takde brain la frens…. ZERO!

    Tengok dia tekingga2 mlm AJL tu buat i tetanye2 sendiri ini kah her fanantiks sanjungi HAJAH mereka yang telah BERHIJRAH???? BERHIJRAH EH!

    I wonder jugak ape perasaan si tok misai tengok bini dia terlompat2 mlm tu. Mesti dia senyum bangga gembira tak terkata… macam sang datuk tersenyum senang tengokan kerenah cucu nye bermain kot!

  16. agk7777
    Feb 4 2008

    Kalo CT Xikut DK pegi Haji, takan dok sorang2 di rumah lagipun lepas balik blh dpt title Hajjah kan!!! tak rugi pun….. coz apa2 pun suami mampu bayar. Bagi CT duit & pangkat saja yg penting, blh idup senang lenang membazir wang sesuka hati. Org mcm nie hanya akan insaf bila tuhan tarik balik rezeki yg ada sekarang.

    CT kalo nak nyanyi lagu inggeris, cuma 1 lagu saja yg PALING sesuai utk CT…..

    “Material Girl” sung by Madonna

  17. miss pink
    Feb 4 2008

    cantek sangat bile penyanyi no 1 negara pakai tudung.mcam bidadari bile ct bertudung.

  18. Feb 4 2008

    wahai rakyat malaysia sume,marilah kite beramai2 mendoakan kebahgian dan kesejahteraan kepada siti nurhaliza.sesunguhnya,hanya ada 1 saja ct didunia ini.tiada ganti tiada 2,3,4@brape pun.
    ct hadirnya dirimu didalam dunia seni,ibarat sekuntum bunga yang mekar dlm jambgan,mekarlah kau selamanya.
    salam syg dari peminat no 1 mu.STEADy.. :wink:

  19. Feb 4 2008

    woi..cykepo..ko cakap baik2 skit ye.ko 2 baik sgt ke nk kutuk2 ct kesygan rakyat mlaysia.ntah2 skolah pun x abis,2 yg ko cakap mcm org gler..ko cermin la diri ko 2 dlu sblum nk komen tntg org yg sebaik ct…

  20. Feb 4 2008

    aku setuju la kat insan pembela 2.ikut sedap mulut je si CYKEPO 2.AKU PIJAK KO NANTI.SUKE2 KO JE NK KUTUK CT CUTE.MCM LA KO BAGUS SGT..NTAH2 KO NI X PENAH PEGI SKOLH KOT..

  21. Genius.YYY
    Feb 4 2008

    kalau hijrah siti ni depa dok ikut, tak mustahil pas ni ramai yg akan kawin ngan org yg sebaya ngan bapak masing2 :mrgreen:

  22. sitot
    Feb 4 2008

    ada orang sesat ke sini… memang sitizone tu memBOSANkan sebab tu ramai yg nak berhijrah ke sini…

  23. betuahbadan
    Feb 4 2008

    alahai…apa nak jadi dgn donnia…ni.kelabu pa mata2 mereka.masih lagi mengagung2kan manusia yg semestinya kentut pun busuk taik mata berselepet,air liur basi pun keluar tak sedakk….hai fanatik2 ku insap la…sedar la…. :mrgreen:

  24. Sue
    Feb 4 2008

    I pikir pun gitu… memang banyak fanatik2 pompan tu da sesat kat ruang ni tot. Kerna ape tau tot, sitizone tu memang real boring…! Kan Kan Kan Tot? :razz:

  25. sitot
    Feb 4 2008

    memang memboringkan punnnn…cuba korang sesekali singgah kat sana tapi tak perlu nak komen sebab siti takkan reply punya… kalau kat sini at least sesekali tu ada laa si joe tu menyampuk dan memeriahkan keadaan… tu yg I suka kat sini… tak der unsur2 bodek dan mengampu!

  26. vampirina
    Feb 5 2008

    siti sitot… tot tot… :mrgreen:
    tot tot tooooooot… :lol:
    cian Siti Nurhaliza… (kesian ker?)… :razz:
    tu la.. suka sangat buat diri jadi bahan gelak, bahan kutuk orang…

  27. Feb 5 2008

    :mrgreen:

    nak puji pun boleh, tapi jangan berlebih2. lebih baik puji pencipta alam ini.

  28. sitot
    Feb 5 2008

    setuju tu joe!

  29. mizz
    Feb 5 2008

    Puji xyah berlebih2 tapi kutuk lebih2 xpe lah yee…pandainya dieeee..
    Puji pada pencipta alam itu mmg pasti
    Koorg ni diciptakan untuk mengutuk ciptaanNya yang lain kee..

    ‘kita kutuk cam ni satu peringatan bagi dia sbb Allah yng gerakkan kita sedemikian’
    mulia sgtke koorg sampi dipilih utk mengutuk dia..???
    sedangkan Nabi pun sayangkan umatnya..bukanke kita disuruh menghormati dan berbuat baik sesama manusia..
    Kalau dah tau orgtu tak elok x perlu dijadikan idola..sume dah besar ada otak pikir sendiri..kalau xde faedah jangan ditengok lagi bgs xyah amik tau…

    Kasih sayang Rasulullah terhadap umatnya tiada hadnya. Rasulullah menyebarkan kebaikan umat baginda ketika hayat di dunia, dan berterusan di akhirat nanti. Di Padang Mahsyar nanti tiada seorang pun yang boleh membri syafaat kecuali Nabi Muhammad.

    Manusia tidak dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam kerana ia dapat mengelakkan daripada perkataan yang sia-sia, mengumpat dan fitnah. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa nabi menyuruh umatnya memelihara lidah dari perkataan yang keji dan buruk.

    “ Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.”
    Islam sama sekali melarang umatnya mengutuk orang lain walaupun dalam apa jua keadaan kerana ia akan menimbulkan kekacauan dalam masyarakat. Seseorang itu tidak boleh menuduh orang lain berbuat fasiq atau kufur tanpa ada bukti.
    “ Tidaklah seseorang menuduh kafir kepada orang lain dan tidaklah ia menuduhnya dengan kefasikan melainkan tuduhan tersebut kembali kepada dirinya kalau temannya tidak seperti apa yang dituduhnya.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dalam ajaran Islam, seorang yang tidak menjaga lidahnya iaitu berkata-kata tanpa memikirkan akibat buruk dari kata-katanya boleh menjerumuskannya masuk ke dalam neraka seperti kata-kata yang membawa kukur seperti menghina Allah dan para nabi. Ajaran Islam mernhendaki hubungan sesama manusia terutama saudara Islam itu terselamat daripada segala penganiayaan sama ada berbentuk perbuatan atau perkataan. Orang Islam yang lebih utama ialah mereka yang memelihara lidah dan tangannya.

    Untuk tatapan jek.. :wink:

  30. sitot
    Feb 5 2008

    I mungkin akan berhenti mengutuk, menghentam, menghina etc pasal siti BILA SITI DAH LAMA TAK MASUK MEDIA, SITI BERKURUNG DLM RUMAH, ATAU PALING TEPAT KALAU DIA TAK PERNAH MENJADI ARTIS.

  31. kiki lala
    Feb 6 2008

    oak nie b’tudung molex la. jgn la kuar jambul buruk oak tuuu… dah la kawin ngn org tue.. tak sepatutunyeeee

  32. ct singer cap ayam togel
    Feb 6 2008

    ct oak ni betol la dh sewel. :shock: …oak ni dah lama idup ke????????

  33. luqman
    Feb 6 2008

    hye kak ct,,, semoga sukses selalu.. sy tengok kak ct da kurus ckit sekarang ni.. kesian kak siti, tapi bagus jugak xlah pancit biler nyanyi live.. anyway all the best.. you are the best singer ever and of all time

  34. vampirina
    Feb 7 2008

    jap jap.. aku terbaca komen siti kata kekok pakai tudung? uwaaa! weh.. sape yg ada gambar masa dia sekolah dulu yang pakai tudung tuh? post la dalam web… tak pun gambar masa dia tolong mak dia jual karipap depan rumah kat lipis tu.. pakai baju lengan panjang longgar, pakai tracksuit ngan tudung sempurna tuh? sape ada? post ler.. kekok ker? iskkk… Hajjah CT sudah pandai bagi excuse merapu ya?

  35. Sue
    Feb 7 2008

    Pe lagi si hajah tu dah kena strong influence dgn si misai tebal tu la.
    Only her fanatik buy her rubbish pe!

  36. vampirina
    Feb 8 2008

    Sitot.. jom kita buat gathering anti-tudung-CT…. :lol: :lol: :lol:

  37. Feb 8 2008

    insan membela dn setuju giler mcm org sama je. fanatik tok kembang suka sokong perasan sendiri…. kelakar sehhhhh…..

  38. Feb 8 2008

    lu nak tgk ke vampirina tok kembang pakai tudung masa zaman sekolah dia? siap duduk sebelah dgn bfren lagi… nanti gua tgk ada lagi tak gua simpan email lama….

  39. Lavender
    Feb 8 2008

    mustang… nak nak.. i dah tengok.. tapi bagi pampang lagi lar.. gambar dia jual karipap ada tak?

  40. vampirina
    Feb 8 2008

    Muahahha.. tu mustang, dah ada orang nak tu.. apa lagi.. letak la… huarhahaha.. I on jer..

    p/s: Lavender.. sabar sikit boleh tak? bagi si mustang tu time nak geledah lemari cari gambo siti tu dulu!

  41. Feb 8 2008

    to cik mizzz, gua rasa apa yg lu type pun lu kena fahamkan betul2. mcm lu kata dlm hadis panjang lu tuh “lebih baik berdiam diri kerana takut menimbulkan kekacauan dan Manusia tidak dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam kerana ia dapat mengelakkan daripada perkataan yang sia-sia, mengumpat dan fitnah. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa nabi menyuruh umatnya memelihara lidah dari perkataan yang keji dan buruk”

    GUA RASA LU PUN TAK USAH MELAYAN SYAITAN2 KAT SINI KALAU ITU YG LU ANGGAP KAMI2 NI SEMUA SYAITAN. SO LU PUN KENA LE BERDIAM DIRI. KALAU TAK MCM2 KEKACAUAN DAN STATEMENT ENTAH APA2 PLAK YG KELUAR DR MULUT SYAITAN2 KAT SINI. SO CIK MIZZ…. KALAU NAK KOMEN PASAL AGAMA PUN BAIK TEGUR SI HAJJAH KEMBANG TU SUPAYA BERTUDUNG SEMPURNA. ITU LEBIH BAGUS PAHALANYA DAN TAK ADA DOSA LU KUTUK KAT SYAITAN2 KAT SINI.

  42. Feb 8 2008

    ISHKKKK…gua tak jual karipap tok kembang le. haram….. sbb dia tak tutup aurat. :mrgreen:

  43. vampirina
    Feb 8 2008

    gambo dia jual karipap kat lipis la mustang.. bukan aku suruh ko jual karipap dia.. ko ni.. kahkahkah.. cam gampang.. hahahaha

  44. sitot
    Feb 8 2008

    ehhh I bukan kategori syaitan… tau mau laaa mustang! hehehhehe…

    kalau nak letak pic siti duduk sebelah bfriend tu kena kasi pic tu dulu kat joe… tak der tempat nak upload.

  45. Feb 8 2008

    kalau tak salah tu picture dia dengan abang “angkat” dia. abang “angkat” apa aku tak tahu lah. bf kot.

  46. vampirina
    Feb 9 2008

    ala.. skrg bkn nak cite pasal dia dan abang itu. ni nak tunjuk gambar betapa tidak kekok nya dia pakai tudung dlm gambar tuh…

  47. Feb 9 2008

    gua dah delete le email lama. sorrylah bro/sis. tapi sirih junjung tok kembang yg terjatuh terguling tuh gua ada blm delete lagi.

    dlm gambar dia dgn mamat tuh tak plak nampak kekok bertudung. siap senyum kambing lagi beb…. biasalah tu kalau dah tak ada idea nak bg alasan so jawab pun ala2 lembu mkn rumput. selamba je…..

  48. vampirina
    Feb 9 2008

    esok aku nak pi tanya lembu tengah makan rumput… kehkehkeh… tetiba lembu tu senyum kambeng.. tak senyum lembu… nightmare hidup kejap!

  49. sitot
    Feb 9 2008

    I ada gambar kanggaroo senyum… seriously!

  50. aza
    Feb 12 2008

    eh susah ke nk dpt baju tutup punggung tutupo dada kt sini sitot ??? senang je…kt butik MNG pun byk bju camtu tau.

Trackbacks & Pingbacks

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments