Siti sambut hari lahir dengan imej bertudung



Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Siti sambut hari lahir dengan imej bertudung
KHALID Mohamad Jiwa menyuap kek kepada isterinya, Siti Nurhaliza pada majlis sambutan ulang tahun hari lahir Siti di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar SYEFRY MONIZ .

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menyambut hari lahirnya yang ke-29 hari ini berharap dapat mengecapi kebahagiaan yang berpanjangan bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Saya juga berharap karier saya akan terus cemerlang selain dapat melihat beberapa perancangan yang telah diatur menjadi kenyataan. Sudah pasti saya juga mengharapkan dikurniakan cahaya mata agar menjadi pelengkap kepada keluarga saya dan suami,” kata penyanyi jelita itu.

Siti Nurhaliza yang kini bergaya dengan imej bertudung berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan hari lahirnya yang diadakan dalam suasana meriah di sebuah hotel terkemuka di ibu kota di sini malam tadi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu juga mengharapkan agar orang ramai tidak mendesak dan memberi tekanan kepadanya hanya kerana dia tampil dengan imej yang bukan seperti dijanjikannya sewaktu selepas berkahwin dahulu.

“Buat masa ini, saya selesa dengan penampilan sekarang. Perubahan yang saya lakukan ini adalah lebih elok jika dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terlalu drastik.

“Saya tidak mahu isu bertudung menjadi isu besar. Satu hari nanti saya akan bertudung juga. Biarlah ia datang dari hati yang ikhlas dan bukan secara paksaan. Berilah saya masa,” jelasnya.

Siti Nurhaliza pernah berjanji akan mengenakan tudung sebaik sahaja menjadi isteri kepada Khalid, 49, pada 21 Ogos 2006.

Penyanyi yang baru sahaja muncul dengan album terbarunya, Hadiah Daripada Hati, itu turut memberitahu, penghijrahan dirinya dari segi penampilan bukan satu penghalang untuk dia terus menjadi anak seni.

“Alhamdulillah, rezeki saya untuk persembahan semakin murah dan saya percaya setiap rezeki itu datang daripada Allah,” katanya yang semakin berseri dan jelita selepas pulang daripada mengerjakan haji pada 27 Disember lalu.

Sambutan majlis hari lahir Siti Nurhaliza itu turut dihadiri sahabat-handai, ahli keluarga serta artis dan selebriti tempatan, antaranya Syafinaz Selamat, Chef Wan, Sharifah Amani, Que Haidar, Fazli Zainal, Sean Ghazi, Habsah Hassan serta penyanyi Indonesia, Rossa.

Dalam perkembangan lain, Siti Nurhaliza memberitahu, dia akan bertanding dalam Anugerah Juara Lagu Ke-22 anjuran TV3 pada 27 Januari ini. Lagunya, Destinasi Cinta, terpilih sebagai lagu yang akan bersaing dalam kategori pop rock pertandingan itu.

On 12th January2008

  Comments: 119 Read more


119 Responses to “Siti sambut hari lahir dengan imej bertudung”

  1. betuahbadan Says:

    tudung satu hal.ini cara pakaian pun dah nampak pelik.kan manis pakai baju kurung ke.dah la tudung tak betul baju pun sama2 tak betul.mungkin orang dia pun dah tak betul.Allah lagi Maha Mengetahui.

  2. sitot Says:

    kalau kat sini..macam tu lerr trend pakai baju… kalau pakai kat malaysia memang kena kutuk ler…

  3. betuahbadan Says:

    kat sini tu kat mana tot…

  4. betuahbadan Says:

    memang patut kena kutuk tot.dah ada yg elok dan sesuai tak nak pakai.pakai yg mcm tu memang sah tak sesuai.aku nengok pun pelik.ini fesyen ketinggalan zaman bak org kata malas nak layan da….pakai je apa yg patut.hehehe

  5. penglipurlara Says:

    bg gua boleh kalau nak pakai baju mcm tuh tapi tidak le terlalu ketat dan yg penting lehernya tuh tutup. kalau nak ikut peredaran modern tak jadi salah asalkan masih tahu batas2 nya.

    kenapa suap kek pakai sudu tok misai oiii. kan ke bagus pakai tgn lagi berkat.

    tok kembang bg statement “siti nak jadi diri sendiri, siti tidak akan bertudung KERANA ORG LAIN”. perkataan ‘org lain tuh’ faham ke maksudnya tok kembang?

  6. sitot Says:

    kat sini tu maksudnya…luar malaysia :D

    Kalau nak pakai baju kurung kat sini memang orang pandang sampai pusing kepala 360 darjah. Bagi mengelakkan kepala orang lenguh, so kita org kat sini ada lah pakai baju ala2 “ketinggalan zaman” tu.. tapi tang rambu-ramba kat atas bahu tu tak der lahh… hahahaha..

  7. admin Says:

    apsal semua juru kamera ambik gambar bila hajjah siti pegang tudungnya. nak tunjuk cincin kot?

  8. penglipurlara Says:

    itulah tuan khemah… gua pun pelik jugak. gambar posing mcm tuh je. nak tunjuk cincin yg cantik tuh bahaya tok kembang oiiii. silap2 org M je nanti. bahaya tuh….

    sbb tuh dlm islam berpesan supaya selalu bersederhana dlm segala hal supaya tidak mendatgkan fitnah. tak gitu tok kembang? so skrg dah rasa sgt lah diri tu kaya maka selalu2 le bersederhana ya. kalau nak buat party besday pun tak payah le kat hotel terkemuka. kan ke bagus buat doa selamat kat rumah. sejuk rumah tuh…

    kurang2kan le bab party2 ni. tak rugipun malah islam pun ada kata jgn membazir….

  9. milah Says:

    apsal la ti nie..makin banyak duit, makin happy tapi makinnnn comot…get urself a imej consultant or itl be a waste..please

  10. betuahbadan Says:

    kau tot sama jugak pakai mcm ct.ubah2 la…biar berpusing kepala mereka,yg penting pakaian itu sopan bukan yg melekat2 dibadan yg menampakkan susuk badan.kat luar tu tak heran sebab dia org tu terlalu terbuka dalam hal2 hukum Allah.siapa pemerintah dia tot.kapir ke islam.kau ni belajar kat turki ke.sory la aku bertanya.

  11. betuahbadan Says:

    betul tu lara.kenapa nak buat party.itu kan cara org2 kapir.lepas ni baru la nak buat doa selamat.kenapa mereka ni suka mencampur adukkan.sekejap jadi kapir nanti sekejap jadi islam.mana pendirian mereka sebenarnya.Allah lagi Maha Mengetahui.

  12. admin Says:

    Diaorg tu tak buat doa selamat ke bila balik dari menunaikan haji? Tak ada wartawan pun cerita pasal doa selamat tu.

  13. AAFSDCKK Says:

    KALAU NAK PAKAI 2DONG 2 BIAR R BTOL2 TUTUP SMUE…
    NEY X… PAKAI MCM TEPAKSE JE COZ DA DPAT TITLE HAJAH… IKOT TREND R KONON..
    UWEKK:-P
    HARAP DATUK DATIN SERI HAJAH SITI NURHALIZA UBAH PENAMPILAN….
    NAK PKAI 2DONG BIAR BTOL2…
    X PAYAH PKAI SELENDANG…
    PKAI KAIN 2DONG BTOL2 LA WEI!!!!!

  14. ernstcyw Says:

    pakai tudung pun dikutuk, tak pakai tudung pun dicaci. Manusia ni memang tak pernah insaf, ingat ingat la tu, berDOSA mengutuk tu! Yang Maha Esa tu nampak dan dengar apa yang dikutuk, renung-renungkan la!! Bagi Siti pula, “just be yourself”, don because of what other says u become somebody else..Keep it up!! wish u all the besT!!

  15. penglipurlara Says:

    kalau pakai betul2 org tak mengata….

    itu le dah habak dah dr dulu. nak cakap biar guna fikiran jgn guna nafsu hati… cakap dah terlepas buat pun ala2 taik hangit ayam. nasib kau lah labu.

    gua dgr ada jugak org ngata sheila rusli coz tak pakai tudung. nasib le cik kak tuh tak pernah nak kecoh2 atau berjanji nak bertudung ya. kalau tak “same 2 same”. apa2 pun gua pesan jugak kat sheila and yg sewaktu dgnnya pakai lah tudung ya. tak rugi apa pun malah sejuk kepala tuh bila dah bertutup tapi jgn le pakai baju ala2 getah scrub….

  16. Elmo Says:

    Aku rasa la kan dia kena pegang je tudung dia kat tgh tu sbb takut tudung tu melorot dan secure jadi tak lari. Kalau tak lagi comot.. Tapi mcm nampak sgt dia kai tudung cam tak ikhlas seh…

    Anyway, sesapa ada email yg pasal asmah n the gang? bila email me at cutiechipmunkz@hotmail.com leh tak? lum baca ah cuma dgr berita angin je.. passing ckit.. Imaceh

  17. cik bo layan Says:

    da malas nak complaint pasal ct nie.korang perasan x…makin dikutuk makin murah rezeki ct nie..pastu lak kita yg kutuk2 dia yang makin banyak dosa…

  18. Elmo Says:

    hehehe tul jgk eh.. meh kutuk aku mana tau rezki aku pulak murah hehehe

  19. cykepo Says:

    Orang yang diberi rezeki dari Allah banyak tanggungannya. berat tu. rasanye aku tak mampu. kita kutuk cam ni satu peringatan bagi dia sbb Allah yng gerakkan kita sedemikian. itu satu ujian bagi orang kaya raya. takpelah cam ni ujian dia, ujian kita nak pikir bulan ni habis bayar bil ke tak. tapi pikir2 susah nak tinggal dunia glamour ni kalau tak di gosip dan dibualkan orang. cara gitulah yang menyemarakkan kehadhiran dia dalam dunia ni. walau perit, tentu dia suka. sbb tak sunyi sonyap je. jadi pengutuk2 yang ada di sini ada jugak kebaikannya bagi dia.

  20. sitot Says:

    kepada tuah, pakai baju tak der la melekat2 ke badan, ala2 macam siti tapi tak der la melekat. Masih banyak lagi baju yang longgar, T-shirt lengan panjang dan menutupi punggung. Cuma kat sini susah nak cari baju sesopan itu. Alternatifnya, pakailah 2 baju dlm satu badan, satu berlengan panjang kat dlm, dan baju lengan pendek kat luar. Sekurang2nya sesapa yg pakai baju macam tu dah ada usaha nak menutup apa yg patut ditutup. Dan pakaian yg dijual kat sini of course ikut cara orang kat sini, terdedah kat dada, singkat dan ketat. Kalau lah dapat pakai baju kurung musim sejuk, kan best?

  21. sitot Says:

    tudung siti aje yang kelakar…tak pasal2 nanti tudung tu terlorot ke belakang kalau ditiup angin…

  22. penglipurlara Says:

    betul tu bro, allah ni terlalu bijak sana dan mengetahui apa yg akan berlaku selanjutnya. rezeki yg dia beri pun pd hambanya adalah kerana utk menguji sejauh mana hambanya mengingati perintahnya. semakin byk rezeki semakin itu lah dugaan paling byk dtg pdnya. jgn terlalu gembira…. takut nanti bila tgh senang lenang tup tup allah tarik pelan2 ….. masa tuh baru nak sedar. lambat

    dan satu lagi tak payah le ceta bab dosa ni beb, kita ni memang pun dosa tapi lu org ada akal fikiran dan tau keja dia tuh dosa besar… so dosa pahala tak payah le sebut2 kat sini. kita yg menegur dia pun memang dah wajib. tok kembang yg tak nak buat tuh dapat dosa…

  23. Syamsulariff.com » Blog Archive » Siti Nurhaliza at Real Undergraduates Conference 2008 Says:

    [...] later ok? because i know some of your interested to know how Datuk Siti Nurhaliza look alike with tudung or [...]

  24. bonapitet Says:

    kenapa lately ni CT asik pakai baju ala2 ranggi..

  25. bonapitet Says:

    kadang2 aku kesian kat CT ni..berbagai cara dia nak buat nampak terbaik..tapi kutukan jugak yang dapat..sabarla CT ye..DUGAAANNN

  26. penglipurlara Says:

    gua dah tgk pic terbaru tok kembang pakai baju kurung moden dgn tudung ala2 jambul. kata ada style sendiri tapi kenapa style sama je mcm datun2 lain? org lain pun pakai mcm tu juga. tak ada pun bezanya.

    kesian ya bonapitet, itu la kan lain kali mulut tuh jgn suka cakap terlepas, gara2 nak org ambik perhatian pd dia jadi mcm ni le. skrg sendiri mkn dirilah. sodap tak?

  27. Genius.YYY Says:

    naik letih ler pasal ct pakai tudong pun jadik isu besar, udah ler makai tudung tak macam pakai pulak tu, budak tadika umur lima tahun sebelah rumah aku ni pun lagi pandai pakai tudung cara yg betul

  28. betuahbadan Says:

    tok misai kata pakai tudung stail mcm tu nampak manis so faham2 je kalau ct tu tutup litup maka tok misai nampak apa pulak…mcm hantu kot….nampak sgt la pemikiran tok misai ni bila tgk perempuan yg bertutup litup ni mcm mana.itu aku kata mata tok misai mata keranjang.jadi ct jadi takut…kena la pakai sepertimana tok misai suka.tok misai pandang lain susah la pulak..

  29. sayuhati Says:

    udah le tu kome ooii, tak abih abih pasal tok kembang, tok misai, tok kembang, tok misai kalau tak tok misai tok kembang,tok misai, tok kembang, begini je le, bior teman kaborkan pd sumer yang terlibat, sasape yg dah benci sgt kat dato dato kita ni,”BERTAUBATLAH HAHAHAHAHHA……. percayalah dato, teman ttp bersama dato heheheheh…

  30. liliac Says:

    ape siti buat slalu kene kutuk tp jan risau siti, lebih byk yang puji. klu x anda x lah di peringkat ini…

  31. sitot Says:

    mana ada …memang ada statistik ke mengatakan org lebih banyak puji siti. Proof pleaseeeeee…

  32. Elmo Says:

    Aku puji dia sbb kerna dia pandai menyanyi.. hmmm yg lain2 tu hampeh je ler

  33. cykepo Says:

    hanya Allah yang berhak dipuji bukan makhluk. kalau tok kembang pandai, pujian harus dipulangkan pada yang menciptanye bukan utk tok kembang.so if kita2 ni memuji dia sebagai makhluk, BODOH BESAU tu.kita puji Hidup yang dipinjamkan, bukan TOk kembang!!!

  34. sitot Says:

    org kata menyanyi ni macam tak ubah melacurkan diri dan suara cumanya tak der body contact dgn customers. Ni ada org yg kata la…bukan I!!

  35. marina musfirah Says:

    macamnila.. ak pun sbnrnya tak bape nak pueh ati ngan isu hajjah kita ni. sbb de ni kan kind like icon.. silap2 nnt sume org ikut cara de bertudung, xke naya.

    tapi.. macam yg ibu ak cakap, nak wat mende baik ni bukannya mudah.dugaan de byk yg amat. satu yg ak cukup tak bekenan adlh bila de mrujuk fesyen tudung tu dgn bernanrd chandran. alahai.. apa da tadeke designer yg muslim? ni ak bengkek sikit ni.

    ak menyarankan ke puan hajjah kita tu, untuk menonton astro oasis [paling kurang], pesona anggun.. byk fesyen2 busana muslimah termasukla tudung yg cukup manis untuk de pakai.

    ak tatau cane nak emel ke dia.. so ak tableh nak cakap mende ni direk. so sesapa yg rasanya bleh contact de, suhle dia jumpa figure2 muslim yg fashionable. bukan tade..ramai je pun. nak ke tanak je..

    ak cuba bersangka baik.. mungkin de tatau atau terlupa. so sama2la kita doakan de yg baik2 okei..

    [ak minat siti!!!sama cam ibu ak gak!!huhuhu]

  36. katak Says:

    anak sapa lak ni

    kirim salam kat ibu ye

  37. penglipurlara Says:

    sis marina, tak payah nak send email kat tok kembang, dia ramai asst yg blh kenalkan. lagi pun kak rozie dia tuh pakar dlm pemakaian tudung. kan dulu masa si rozie dan ayie jaga nampak le sopannya yg terpaksa di buat2. skrg terserlah sape dia tok kembang ni….

    lagipun tok kembang ni kepala asa batu dlm, kalau dia nak y tu maka tak ada le org blh halang. ini yg selalu si rozie bg tau.

  38. sitot Says:

    macam mana laa dia tak tau atau terlupa??? Padahal mak siti pakai ikut syariah je? Nak lupa atau tak tau apa? Example dah ada kat depan mata, takkan peminat2 dia semuanya tak pakai tudung? Ni pasal leka dgn dunia ni…pakai tudung seolah2 menutup periuk nasi je. Tak de soal lupa ke tak tau ke…

  39. cykepo Says:

    Alamak cik marina, bernard chandran kan bkn muslim, ada stgh orang ingat orang bkn muslim ni ada glamour so pakai tudung pun rujuk ngan orang asing yang ternamalah tu. biasalah ti cara orang kaya raya sbb duit tu dah terlampau banyak so laburlah ngan orang mcm ni. ada standard katakan tapi pada yang berfikir, itu semua habok pun tarak, kita taulah ngengada dia yang dah melimpah ruah. tak payah rujuk kat mana2. serkup je jilbab tu habis corita. islam tak menyusahkan nak pesen ni lah pesen tu. aku dah kata NAFSU DIO TU BESAU!!!!

  40. zyeera Says:

    naper ct slalu buat bnd pelik2?ntah pape ntah.tau la nak berfesyen tp biar la yang senonoh skit.artis indon tu pakai tudung litup pun bleh popular je..ni malaysia la beb..negara islam…

  41. rala Says:

    ada ke agama x bagi pkai selendang??? korg ni sume beragama melayu bkn islam.

  42. rala Says:

    nampak mcm baik giler nasihat org tp snanye mcm syaitan, syaitan mane la yg hasut korg suh mengutuk ni. pahala korg suma da pas kt siti. dosa siti plak masuk dlm akau korang yg dah masuk buku ke berapa dah. bertepuk tgn lah syatai semua.

  43. rala Says:

    nampak mcm baik giler nasihat org tp snanye mcm syaitan, syaitan mane la yg hasut korg suh mengutuk ni. pahala korg suma da pas kt siti. dosa siti plak masuk dlm akau korang yg dah masuk buku ke berapa dah. bertepuk tgn lah syatai semua……subhanallah.

  44. rala Says:

    ish ish ish ish nampak mcm baik giler nasihat org tp snanye mcm syaitan, syaitan mane la yg hasut korg suh mengutuk ni. pahala korg suma da pas kt siti. dosa siti plak masuk dlm akau korang yg dah masuk buku ke berapa dah. bertepuk tgn lah syaitan semua.

  45. lara Says:

    statement lu rala dah mcm robot idiot rosak… repeat repeat…

    lu faham ke bab selendang dgn tudung??? dosa??? lu sedar ke apa itu dosa??? gua malas le layan dgn idiot mcm rala ni… syaitan pun terkentut2 sbb ketawa kuat sgt tgk tok kembang dan seangkatannya memuji2 tgk tok kembang yg masih tergedik2 lagi… dosa besar tuh dosa…. masuk neraka jahanam

  46. cykepo Says:

    bila agaknye media nak bosan cover birthday party dia ya? tiap2 tahun ke keluar suratkhabar? buat kat rumah doa selamat, bersila atas tikar mengkuang jemput mak bapak tak cukup ke? artis lain pun sambut harijadi tak keluar pun tiap tahun.entahlah eh.

  47. agk7777 Says:

    Harijadi Dato K pada 19-02-1959 (5 hari lepas Valentine’s Day) tapi disambut diam2 bkn sbb Xmahu kecoh tapi sbb takut org tanya berapa umur DK.

  48. cykepo Says:

    tu pasal dia tau yang dia ni bukan selebriti ,jadi kalau nak ikut2 kecoh tu dah haru birulah. aku harap bini dia punye birthday takle keluar tahun2. dok menyampah dah.

  49. vampirina Says:

    Kahkahkah… *gelak guling guling*

    Siti ooi… pe salahnyer ko pakai tudung macam masa ko pi sekolah dulu? atau pakai tudung macam masa ko pi tolong emak ko jual karipap kat Lipis dulu? geti pulak dulu tu ko pakai jeans, baju lengan panjang and tudung tutup rambut/telinga/leher/dada kan? Kenapa sekarang tak geti? Ikut selera suami ko yang getek tu ek? Oh ya… lupa.. syurga di bawah tapak kaki suami kan kalau dah kahwin? LOL! Siti siti… Sesia hidup ko dok jadi bahan kutukan nusantara!

  50. sitot Says:

    she deserved it!

  51. cykepo Says:

    ha kan sekarang dia dah tutup semua kat ajl. tahap2 sikit lah nanti pakai sikit punya longgar jugak

  52. vampirina Says:

    cykepo… tau.. tapi tak ada istilah sikit sikit wooh dalam Islam… Siti ni pakai tudung aku rasa sebab dia dah terlepas cakap dulu, berjanji nak pakai tudung lepas kahwin dan balik dari menunaikan Haji. Pastu agaknya balik tak ready lagi nak pakai tudung, tapi disebabkan berjanji, dia pakai jer la ala kadar macam tu… pakai tak nak pakai punya style. treat the tudung more like fashion rather than kewajipan… lain kali nak buat amal tu tak payah citer kat orang, nanti tak buat atau buat separuh-separuh, kan dah jadi bahan kutukan? kan kan?

    Cykepo.. cam tu, kalau dalam Islam boleh tahap2, sikit2… apakah Solat boleh tahap2, sikit2? Boleh ke aku baca ayat masa rukuk 2x jer instead of 3x? Aku baca ayat masa rukuk 1x jer instead of 3x? Or aku puasa 1/2 hari instead of 1 full day? Bleh ke? Ada kelonggaran macam tu ke? Mana ada kannnnn? Tak ada kan???

    Pakai tudung tu biar menutupi rambut, anak rambut, telinga, leher, dan dada… baju biar longgar, tidak menampakkan bentuk badan… tutup bontot and bentuk *ehem* kat depan tu sekali… seluar longgar…

    Banyak la contoh2 artis2 betudung yang elok jer cara pemakaian tudung mereka apa? And I don’t think Siti nak kena pi belajar pakai tudung lagi sebab dulu dia sebelum glamour pandai pakai tudung betul2 waktu jual karipap… kan Siti???

  53. Genius.YYY Says:

    bukan main rancak mak hajjah ni menari malam tu. siap ada gerak slow motion lagik.. sure dpt ilham masa dlm ihram ari tu…

  54. sitot Says:

    siap ada bendera hijau parti mana entah yg siti wakilkan ni??? Penari2 semua pakai serban

  55. fiq Says:

    sabo jela siti…ape2 pun manusia bukan sempurna..ape ct pakai smua komen..,,tp artis len yg bnyk PAKAI XCUKUP KAIN XKATA PLAK..bab tudung tu..bgusla la da kesedaran nk betudung..niat tue pnting..bab2 belnja..klu kita duit bnyk pun ..xkn nk belanja makn kepok je..msti nk yg mahal2 nyer..time ajl pun tahniah walau xmenang pape..tp ct jugak le dpt tepukan n sorakan pling gemuruh..igt le lebih baik bersangka baik drpd bersangka buruk dgn org..

  56. sitot Says:

    bersangka baik kat orang pun sebenarnya tak elok.

  57. cykepo Says:

    aku setuju apa hambo pikiak vampirina oi

  58. marinamusfirah Says:

    ni ak tarok link2 yang ak rasa, kut ct betul2 terlupa [ni ayat sangka baek ni].. yang sebenarnya, de amat cantik bertudung sebegini rupa.

    http://farm2.static.flickr.com/1320/687836650_19e7c8e81d_o.jpg

    http://www.manggaonline.com.my/UserFiles/Image/gosip/sititudungB.jpg

    http://www.mstar.com.my/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_2fc7821e-c0a85062-1eafe130-8923b3d2/1/siti5.jpg

  59. admin Says:

    thanks marina.. kalau bertudung macam dulu, sudah tentu semua orang tak akan kutuk pasal tudungnya.

    masa dia pakai tudung macam dulu, takde pun kata buruk pasal dia.

  60. sitot Says:

    orang hanya ingat pakai tudung ni menutupi kecantikan yang ada. Tapi kecantikan lahir dari hati…

    So definisi cantik seorang wanita pada pandangan lelaki macam mana pulak? Soalan ditujukan pada tuan rumah dan lelaki2 di sini…

  61. vampirina Says:

    sayer suka siti samada dia tidak bertudung terus ataupun bertudung sempurna… tak suka buat separuh-separuh lah Siti… dosa pahala tak ada 50-50 la siti… ok?

  62. betuahbadan Says:

    kecantikan rupa itu adalah luaran je sitot.tak semua lelaki akan jatuh cinta pada rupa yg cantik.byk benda lain yg boleh mencairkan hati lelaki ni.cantik tu bonus je pada lelaki.lelaki pun ada mcm2 kategori.

    yg penting adalah penuhkan ilmu agama didada.betul kata sitot tu “ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah”.perempuan dan lelaki sama2 dapat habuan syurga dan neraka dari Allah.Allah dah bagi pilihan yang baik dan buruk tapi Allah sentiasa menyuruh hamba2Nya buat baik kerana Allah sahaja Yang Maha Mengetahui dan Allah Yang Maha Adil dan Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

  63. betuahbadan Says:

    betul tu dik vampirina.adik pun tahu dosa pahala tapi idola adik tu tahu ke buat2 tak tahu. :???:

  64. cykepo Says:

    terus terang aku paling menyampah part dia komen, pakai tudung tu kekok. itu aku tak leh nak cakap sbb dulu pernah pakai tudung pe. jadi apa yang membuat dia kekok? sbb dah kaya raya ke? orang kaya mesti berfesyen ke? isteri datuk2 tak leh pakai tudung betul2 ke?habis mcm mana dgn permaisuri kita? Alhamdulillah dia bertudung. ikutlah contoh dari situ. itu tok kembang pun bodoh sangat.dahlah lepas ni aku tak nak cakap pasal ni lagi sbb dah meluat. nampak sangat dia ni nafsu, lupa asal-usul, aku kalau jadi mak dia pun malu anak aku cakap gitu. nampak sangat anak ni tak masuk ajar.nampak bodoh bengap dia.pandai melalak aje , jual suara je….dah kasi senang tak tau syukur, cakap bukan2.

  65. betuahbadan Says:

    wahh…garang betul mak akuu.. :oops: tinggal satu lagi janji ct dia akan berhenti menyanyi apabila dia berumur 40 tahun jadi sepanjang tahun2 berikut dia akan berentak begini sealiran dgn rentak muzik sekrg ini.cakap mcm mana pun dia akan masuk telinga kiri dulu kot,,,duduk lama kasi peram sikit baru la keluar telinga kanan.mastermind dia suami dia.itu aku dah kata nasib dia kurang baik sebab suami dia bahagian ni nampak kureng…pegi haji aku rasa sebab terpaksa kena ikut sebab lagi ct dah berjanji nak buat haji.boleh tgk sekrg lagi teruk ada la….

  66. Sue Says:

    Precisely, si tok kembang tu memang takde brain la frens…. ZERO!

    Tengok dia tekingga2 mlm AJL tu buat i tetanye2 sendiri ini kah her fanantiks sanjungi HAJAH mereka yang telah BERHIJRAH???? BERHIJRAH EH!

    I wonder jugak ape perasaan si tok misai tengok bini dia terlompat2 mlm tu. Mesti dia senyum bangga gembira tak terkata… macam sang datuk tersenyum senang tengokan kerenah cucu nye bermain kot!

  67. agk7777 Says:

    Kalo CT Xikut DK pegi Haji, takan dok sorang2 di rumah lagipun lepas balik blh dpt title Hajjah kan!!! tak rugi pun….. coz apa2 pun suami mampu bayar. Bagi CT duit & pangkat saja yg penting, blh idup senang lenang membazir wang sesuka hati. Org mcm nie hanya akan insaf bila tuhan tarik balik rezeki yg ada sekarang.

    CT kalo nak nyanyi lagu inggeris, cuma 1 lagu saja yg PALING sesuai utk CT…..

    “Material Girl” sung by Madonna

  68. miss pink Says:

    cantek sangat bile penyanyi no 1 negara pakai tudung.mcam bidadari bile ct bertudung.

  69. miss pink Says:

    wahai rakyat malaysia sume,marilah kite beramai2 mendoakan kebahgian dan kesejahteraan kepada siti nurhaliza.sesunguhnya,hanya ada 1 saja ct didunia ini.tiada ganti tiada 2,3,4@brape pun.
    ct hadirnya dirimu didalam dunia seni,ibarat sekuntum bunga yang mekar dlm jambgan,mekarlah kau selamanya.
    salam syg dari peminat no 1 mu.STEADy.. :wink:

  70. insan membela Says:

    woi..cykepo..ko cakap baik2 skit ye.ko 2 baik sgt ke nk kutuk2 ct kesygan rakyat mlaysia.ntah2 skolah pun x abis,2 yg ko cakap mcm org gler..ko cermin la diri ko 2 dlu sblum nk komen tntg org yg sebaik ct…

  71. setuju gler Says:

    aku setuju la kat insan pembela 2.ikut sedap mulut je si CYKEPO 2.AKU PIJAK KO NANTI.SUKE2 KO JE NK KUTUK CT CUTE.MCM LA KO BAGUS SGT..NTAH2 KO NI X PENAH PEGI SKOLH KOT..

  72. Genius.YYY Says:

    kalau hijrah siti ni depa dok ikut, tak mustahil pas ni ramai yg akan kawin ngan org yg sebaya ngan bapak masing2 :mrgreen:

  73. sitot Says:

    ada orang sesat ke sini… memang sitizone tu memBOSANkan sebab tu ramai yg nak berhijrah ke sini…

  74. betuahbadan Says:

    alahai…apa nak jadi dgn donnia…ni.kelabu pa mata2 mereka.masih lagi mengagung2kan manusia yg semestinya kentut pun busuk taik mata berselepet,air liur basi pun keluar tak sedakk….hai fanatik2 ku insap la…sedar la…. :mrgreen:

  75. Sue Says:

    I pikir pun gitu… memang banyak fanatik2 pompan tu da sesat kat ruang ni tot. Kerna ape tau tot, sitizone tu memang real boring…! Kan Kan Kan Tot? :razz:

  76. sitot Says:

    memang memboringkan punnnn…cuba korang sesekali singgah kat sana tapi tak perlu nak komen sebab siti takkan reply punya… kalau kat sini at least sesekali tu ada laa si joe tu menyampuk dan memeriahkan keadaan… tu yg I suka kat sini… tak der unsur2 bodek dan mengampu!

  77. vampirina Says:

    siti sitot… tot tot… :mrgreen:
    tot tot tooooooot… :lol:
    cian Siti Nurhaliza… (kesian ker?)… :razz:
    tu la.. suka sangat buat diri jadi bahan gelak, bahan kutuk orang…

  78. Joe (Admin) Says:

    :mrgreen:

    nak puji pun boleh, tapi jangan berlebih2. lebih baik puji pencipta alam ini.

  79. sitot Says:

    setuju tu joe!

  80. mizz Says:

    Puji xyah berlebih2 tapi kutuk lebih2 xpe lah yee…pandainya dieeee..
    Puji pada pencipta alam itu mmg pasti
    Koorg ni diciptakan untuk mengutuk ciptaanNya yang lain kee..

    ‘kita kutuk cam ni satu peringatan bagi dia sbb Allah yng gerakkan kita sedemikian’
    mulia sgtke koorg sampi dipilih utk mengutuk dia..???
    sedangkan Nabi pun sayangkan umatnya..bukanke kita disuruh menghormati dan berbuat baik sesama manusia..
    Kalau dah tau orgtu tak elok x perlu dijadikan idola..sume dah besar ada otak pikir sendiri..kalau xde faedah jangan ditengok lagi bgs xyah amik tau…

    Kasih sayang Rasulullah terhadap umatnya tiada hadnya. Rasulullah menyebarkan kebaikan umat baginda ketika hayat di dunia, dan berterusan di akhirat nanti. Di Padang Mahsyar nanti tiada seorang pun yang boleh membri syafaat kecuali Nabi Muhammad.

    Manusia tidak dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam kerana ia dapat mengelakkan daripada perkataan yang sia-sia, mengumpat dan fitnah. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa nabi menyuruh umatnya memelihara lidah dari perkataan yang keji dan buruk.

    “ Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.”
    Islam sama sekali melarang umatnya mengutuk orang lain walaupun dalam apa jua keadaan kerana ia akan menimbulkan kekacauan dalam masyarakat. Seseorang itu tidak boleh menuduh orang lain berbuat fasiq atau kufur tanpa ada bukti.
    “ Tidaklah seseorang menuduh kafir kepada orang lain dan tidaklah ia menuduhnya dengan kefasikan melainkan tuduhan tersebut kembali kepada dirinya kalau temannya tidak seperti apa yang dituduhnya.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dalam ajaran Islam, seorang yang tidak menjaga lidahnya iaitu berkata-kata tanpa memikirkan akibat buruk dari kata-katanya boleh menjerumuskannya masuk ke dalam neraka seperti kata-kata yang membawa kukur seperti menghina Allah dan para nabi. Ajaran Islam mernhendaki hubungan sesama manusia terutama saudara Islam itu terselamat daripada segala penganiayaan sama ada berbentuk perbuatan atau perkataan. Orang Islam yang lebih utama ialah mereka yang memelihara lidah dan tangannya.

    Untuk tatapan jek.. :wink:

  81. sitot Says:

    I mungkin akan berhenti mengutuk, menghentam, menghina etc pasal siti BILA SITI DAH LAMA TAK MASUK MEDIA, SITI BERKURUNG DLM RUMAH, ATAU PALING TEPAT KALAU DIA TAK PERNAH MENJADI ARTIS.

  82. kiki lala Says:

    oak nie b’tudung molex la. jgn la kuar jambul buruk oak tuuu… dah la kawin ngn org tue.. tak sepatutunyeeee

  83. ct singer cap ayam togel Says:

    ct oak ni betol la dh sewel. :shock: …oak ni dah lama idup ke????????

  84. luqman Says:

    hye kak ct,,, semoga sukses selalu.. sy tengok kak ct da kurus ckit sekarang ni.. kesian kak siti, tapi bagus jugak xlah pancit biler nyanyi live.. anyway all the best.. you are the best singer ever and of all time

  85. vampirina Says:

    jap jap.. aku terbaca komen siti kata kekok pakai tudung? uwaaa! weh.. sape yg ada gambar masa dia sekolah dulu yang pakai tudung tuh? post la dalam web… tak pun gambar masa dia tolong mak dia jual karipap depan rumah kat lipis tu.. pakai baju lengan panjang longgar, pakai tracksuit ngan tudung sempurna tuh? sape ada? post ler.. kekok ker? iskkk… Hajjah CT sudah pandai bagi excuse merapu ya?

  86. Sue Says:

    Pe lagi si hajah tu dah kena strong influence dgn si misai tebal tu la.
    Only her fanatik buy her rubbish pe!

  87. vampirina Says:

    Sitot.. jom kita buat gathering anti-tudung-CT…. :lol: :lol: :lol:

  88. mustang Says:

    insan membela dn setuju giler mcm org sama je. fanatik tok kembang suka sokong perasan sendiri…. kelakar sehhhhh…..

  89. mustang Says:

    lu nak tgk ke vampirina tok kembang pakai tudung masa zaman sekolah dia? siap duduk sebelah dgn bfren lagi… nanti gua tgk ada lagi tak gua simpan email lama….

  90. Lavender Says:

    mustang… nak nak.. i dah tengok.. tapi bagi pampang lagi lar.. gambar dia jual karipap ada tak?

  91. vampirina Says:

    Muahahha.. tu mustang, dah ada orang nak tu.. apa lagi.. letak la… huarhahaha.. I on jer..

    p/s: Lavender.. sabar sikit boleh tak? bagi si mustang tu time nak geledah lemari cari gambo siti tu dulu!

  92. mustang Says:

    to cik mizzz, gua rasa apa yg lu type pun lu kena fahamkan betul2. mcm lu kata dlm hadis panjang lu tuh “lebih baik berdiam diri kerana takut menimbulkan kekacauan dan Manusia tidak dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam kerana ia dapat mengelakkan daripada perkataan yang sia-sia, mengumpat dan fitnah. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa nabi menyuruh umatnya memelihara lidah dari perkataan yang keji dan buruk”

    GUA RASA LU PUN TAK USAH MELAYAN SYAITAN2 KAT SINI KALAU ITU YG LU ANGGAP KAMI2 NI SEMUA SYAITAN. SO LU PUN KENA LE BERDIAM DIRI. KALAU TAK MCM2 KEKACAUAN DAN STATEMENT ENTAH APA2 PLAK YG KELUAR DR MULUT SYAITAN2 KAT SINI. SO CIK MIZZ…. KALAU NAK KOMEN PASAL AGAMA PUN BAIK TEGUR SI HAJJAH KEMBANG TU SUPAYA BERTUDUNG SEMPURNA. ITU LEBIH BAGUS PAHALANYA DAN TAK ADA DOSA LU KUTUK KAT SYAITAN2 KAT SINI.

  93. mustang Says:

    ISHKKKK…gua tak jual karipap tok kembang le. haram….. sbb dia tak tutup aurat. :mrgreen:

  94. vampirina Says:

    gambo dia jual karipap kat lipis la mustang.. bukan aku suruh ko jual karipap dia.. ko ni.. kahkahkah.. cam gampang.. hahahaha

  95. sitot Says:

    ehhh I bukan kategori syaitan… tau mau laaa mustang! hehehhehe…

    kalau nak letak pic siti duduk sebelah bfriend tu kena kasi pic tu dulu kat joe… tak der tempat nak upload.

  96. Joe (Admin) Says:

    kalau tak salah tu picture dia dengan abang “angkat” dia. abang “angkat” apa aku tak tahu lah. bf kot.

  97. vampirina Says:

    ala.. skrg bkn nak cite pasal dia dan abang itu. ni nak tunjuk gambar betapa tidak kekok nya dia pakai tudung dlm gambar tuh…

  98. mustang Says:

    gua dah delete le email lama. sorrylah bro/sis. tapi sirih junjung tok kembang yg terjatuh terguling tuh gua ada blm delete lagi.

    dlm gambar dia dgn mamat tuh tak plak nampak kekok bertudung. siap senyum kambing lagi beb…. biasalah tu kalau dah tak ada idea nak bg alasan so jawab pun ala2 lembu mkn rumput. selamba je…..

  99. vampirina Says:

    esok aku nak pi tanya lembu tengah makan rumput… kehkehkeh… tetiba lembu tu senyum kambeng.. tak senyum lembu… nightmare hidup kejap!

  100. sitot Says:

    I ada gambar kanggaroo senyum… seriously!

  101. aza Says:

    eh susah ke nk dpt baju tutup punggung tutupo dada kt sini sitot ??? senang je…kt butik MNG pun byk bju camtu tau.

  102. aza Says:

    Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.
    Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, “Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?”
    “Neraka,” jawab Allah.
    “Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?” tanya lelaki itu keheranan.
    “Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku,” jawab Allah.

  103. aza Says:

    vampirina ni manusia perfect, cayalah…

  104. sitot Says:

    caya laa aza ni.. ala2 ustazah :shock:

  105. vampirina Says:

    biler masa lak? huhuhuhu!

  106. betuahbadan Says:

    bagus kau aza.terkesima aku membacanya,betapa kerdilnya aku didunia ni…. :cry:

  107. eeemmm Says:

    kalau pakai tudung napak jambul baik xpyh, nak berfesyen pon kene ikut etika yang telah ditetapka… pakai tudung bukan hanya untuk bergaya, selain dari 2 untuk menutup sebahagian aurat bagi wanita… :roll:

  108. ezan Says:

    suke2 je nk mengata orang macam la awak tu baik sangat wei!!!!!!!!!awak tu tutup aurat sepenuhnya ke??????tah2 lagi teruk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  109. ezan Says:

    jangan la dok komen2 orang macam2.tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  110. minat suam2. Says:

    bertudung bukan imej..tapi kewajipan..pandai2 la jawab nanti..

  111. sayang27 Says:

    aku pun hairan la dengan sikap manusia sekarang nie..tak habis2 nak kutuk dan dengki dengan kesenangan orang lain..apa nie?dah tak ada kerja lain ke? bawa2 la bertaubat..nanti apabila dah mati kubur sorang2 tau!syok2 korang yang kaki kutuk mengutuk siti nie, tiba2 je malaikat datng cabut nyawa korang..kan dah naya..mati dalm keadaan berdosa….sebelum nak atur cara dia pakai tudung dan cara dia berpakaian, kau orang cermin2 kan lah peribadi kau orang dulu,k… selama nie pun siti tak pernah pakai baju yang mendedahkan aurat dia..orang yang penuh sifat dengki nie sebenarnya tak cukup iamn dalam dirinya..renung2 kan lah…

  112. sayang27 Says:

    kalau artis lain yang pakai tudung berjambul2 tue, ada ke orang nak kutuk yek? kalau siti, mesti korang jadikan benda nie satu isu panas..bila lah nak insaf?

  113. kuntau Says:

    ala..sayang 27, sebelum kau tanya org kat cni bila nak insaf..baik kau tanya hajjah ct tu dulu soalan bila nak insaf..sebabnya dia tu hajjah…patut tunjuk benda baik bukan pendorong benda yg x elok…

  114. kuntau Says:

    org kat cni cuma bertukar pendapat bukannya terkinja-kinja kat atas pentas menari kalau dulu tak sah kalau x pakai busana ikan duyung…tp s’krang ni dah musim baju hujan pulak x pun pakai tudung ala2 org yahudi gitu…kalau malaikat datang pun belum lagi tentu hajjah CT tu lepas..x payah nak ngagu baik kalau hati busuk, just be urself…

  115. mama disini Says:

    lain orang lain kerenahnyer…dugaan utk si siti. kita yg rasa “dah baik” ni apakata doakan dia dan diri kita sendiri dan umat Allah beri hidayah. Pernah terbaca satu hadis dimana Rasulullah ader berkata diakhirat nanti ada orang jatuh miskin dan kedana, maksudnya pahalanya habis kerana perbuatan byk mengata hal org sehingga sampai pahalanya dah habis diambil, tetapi kerana byk dosa mengupatnya dia terpaksa pulak tanggung dosa orang yg diumpatnya.Nauzubillah…Rasulullah seorg yg shifak” nmpak bnda ghaib. Baginda nampak mulut mereka berdarah dan byk daging, emmm….kan org yang buat fitnah dan mengata saudaranya seperti memakan daging saudara sendiri…eeeiiii tak sangguppp…Renungkan la yer gengg..jangan maraaa… :smile:

  116. chinchin_88 Says:

    Cantik apa kak siti kte pkai tudung…….. : :grin:

  117. AnnEth_DuRdhan Says:

    Artis ada tanggungjawab dan kita yang dok minat pun ada tanggungjawab. Kita betulkan apa yang tak betul. Yang kena tegur tu ambil mana yang elok. Sebagai artis pula tanggungjawabnya memberi tauladan yang baik kepada kepada peminatnya.

    Bertudung itu satu kewajipan yang harus dilaksanakan oleh semua muslimah tanpa ada kompromi. Bertudung bukan untuk berfesyen. Saya rasa kalau CT bertudung litup sekalipun makin ramai peminatnya…

    Tudung yang dipakai oleh CT sekarang memang cantik tapi tak berapa elok untuk memberi tauladan yang baik kepada peminatnya. Saya doakan yang terbaik untuk CT dan keluarga semoga dimurahkan rezeki di dunia yang sementara ini. Wassalam.

  118. diyah Says:

    alahi korang neh… nnti bila dah terbukak pintu hati siti 2, dye pakailah btol2..silap2 ngan selimut skali dye ltk atas epala

  119. karin Says:

    CT Hajjah celup. Hidup CT!!

Leave a Reply