Skip to content

January 12, 2008

167

Alahai kasihannya cik siti…



Oleh
Hanim Mohd Saleh

KESIAN Hajah Datin Seri Siti Nurhaliza. Daripada zaman hingusannya baru keluar sebagai juara RTM sehingga menjadi popular, bergelar isteri, kemudian datuk dan terkini pulang setelah menunaikan fardu haji, tak habis-habis soal pakaiannya diperkatakan.

Kebanyakannya mempersenda dan menjadikan gaya Siti berpakaian sebagai bahan untuk ketawa.

Saya akui, saya juga kadangkala tidak dapat menahan geli hati apabila terima kiriman e-mel yang membanding-bandingkan pakaian Siti dengan gambar kelakar yang entah daripada mana sumbernya.

Dulu, pakaian Siti dianggap sesetengah orang sebagai kampungan dan kuno.

Hairan juga ya… macam mana boleh dikatakan begitu sedangkan Siti mempunyai konsultan imej dan jurudandan profesional. Jadi kalau Siti berpakaian yang dianggap kurang sesuai, sepatutnya orang yang memberi nasihat itu yang harus bertanggungjawab.

Sebaliknya apa yang terjadi, sesiapa saja yang pernah dikaitkan sebagai orang kepercayaan Siti, termasuk dalam bab menyediakan pakaian dan solekan, hari ini menjadi lebih kaya dan popular.

Kemudian, orang ramai menuntut agar Siti menunaikan hasratnya untuk bertudung setelah bergelar isteri.

Kesian Siti. Sejak berkahwin dengan Datuk K lebih setahun lalu, hampir setiap wawancara beliau diasak dengan soalan: Bila nak pakai tudung?

Walhal, berapa ramai artis lain yang telah berkahwin dan berulang-alik ke Makkah menunaikan umrah, tidak pula ditekan dan dipersoalkan tentang aurat yang terdedah.

Saya yakin, Siti, sebagai anak yang dididik dengan asuhan agama, cukup sedar akan tanggungjawabnya.

Kini, setelah pulang mengerjakan haji, Siti tampil bertudung.

Namun beliau tetap dikutuk dengan teruk oleh para penulis forum di Internet yang berpendapat cara Siti menutup kepala tidak mengikut landasan Islam. Lehernya masih kelihatan, anak-anak rambutnya masih berjuntaian.

Saya dapat rasakan mengapa sesetengah orang yang suka atau menyampah dengan insan bernama Siti Nurhaliza yang tersohor ini, sebenarnya mahukan seorang ikon yang paling sempurna untuk dijadikan inspirasi.

Ini terutama mereka yang percaya perlunya beliau mengimbangi antara hiburan dengan agama.

Masyarakat mencari ikon yang boleh mempengaruhi generasi masa depan dengan secara positif dan progresif.

Rasanya, pengaruh Siti lebih hebat daripada Mawi.

Potensi ikon harapan itu memang ada pada Siti Nurhaliza.

Siti mendapat perhatian kerana teguh menjaga kesopanan dalam berpakaian.

Beliau membuktikan, tanpa banyak mendedahkan kulit pun, beliau tetap mampu menggegarkan dunia seni hiburan.

Siti juga membuktikan, sebagai orang seni, beliau ada pengaruh politik dan mampu menjana ekonomi.

Sebab itu, apabila Siti, hari demi hari terutama setelah berumah tangga, dilihat leka dalam bab-bab sensitif, kedudukan suami yang cukup sensasi dan gagal memenuhi keinginan masyarakat untuk menjadi ikon yang paling sempurna, beliau diserang habis-habisan.

Siapa yang harus dipersalahkan? Masyarakat yang terlalu berharap atau Siti, yang tidak sedar, beliau memikul harapan besar itu?

Namun sudah dinamakan Siti Nurhaliza. Biarpun terus dikutuk dan ditertawakan, orang ramai akan terus memberikan perhatian.

Salah silap, tudung yang dianggap fesyen ala Allahyarhamha Benazir Bhutto yang dipakai Siti hari ini menjadi trend tidak lama lagi.

Walhal, sebelum ini, ramai artis Indonesia, termasuk Hetty Koes Endang, sudah lama mengenakan fesyen tudung yang sama, tetapi tidak pernah pula diperkatakan.

Alahai… dah nasib Hajah Siti.

Read more from Cyberita
167 Comments Post a comment
  1. mizz
    Apr 2 2008

    amik ko…mcm karangan lak..

  2. Elmo
    Apr 3 2008

    Bimbang memangla bimbang..Tapi memandangkan ctikus ni org yg public figure di Mesia ni, mestila org expect dia jadi role model sbb dia ni kan sopan santun dan baik2 belaka…. tapi hampeh belaka

  3. mizz
    Apr 3 2008

    yuP btul tu elmo silapnya dia public figure di negara kita yg aman dan makmur ini…silapnya jg dr awal lagi kita dah di serapkan dlm pemikiran kita artis boleh jadi role model…tapi bg kita yg berfikiran ala2 matang ni kan boleh fikir kan “dia ni jadi artis tapi perangai ya Allah pijak semut pun semut leh gelak..memang hampeh belakalah..” so kat ctu dah tau artis ni tak boleh dijadikan role model..
    dan apa yg pasti kebanyakan artis kita x sesuwei dijadikan role model…
    lain org lain pemikiranya…so klu ada yg anggap dia sbg role model diri sendirilah silap..klu budak2 yg x tau berpikir lagi tu mgkn kene bg penekanan yg berat sikitlah sbb diorg tu cepat terpengaruh…itu parents nyer tanggungjawab lorr…

  4. sitot
    Apr 3 2008

    eheheheh ko ni kan mizz… kadang2 konfius dgn ko ni… Apa yang ko nak dari siti sebenarnya? Kuasa apa yg i ada berbanding dgn siti yang public figure tu? Sejauh mana je kata2 i mempengaruhi orang lain berbanding dgn siti kalau komen i hanya ada dlm rumah joe ni? Ko tak lihat lagi ke komen2 dan kutukan orang terhadap siti dlm blog and web2 lain? Ke ko rasa terancam sebab I kutuk siti? Ke ko ada masalah?

    “kalau pencuri masuk rumah awak nak curi duit bawah bantal awak sebab awak kata masing2 ada periuk nasi sendiri, dan pencuri tu anggap mencuri adalah periuk nasi dia, so you nak kata apa???? ”
    tu baru namanya sengal cik tot..dah terang lagi nyata dia amik duit org secara mencuri mean makan nasi dr periuk nasi org…slah tetap salah tot
    aku tak kata siti melalak tu elok tp sekurgnya msh dgn cara yg betul dia cari duit wlupun menyanyi bg seorg perempuan kpd khalayak ramai tu haram…
    ekau x dapt beza kee menyanyi dgn mencuri tu cik tot??? bglah contoh lain…
    org kata klu kita nak menilai cara elok xpelah tapi klu ada unsur yg tak elok kene sedar diri dululah kan…”

    I bagi contoh yg senang difaham sebab tu bandingkan pencuri dan penyanyi. Jangan ingat mencuri hanya jelas nampak salah tapi bila menyanyi u cuba tak boleh nak bezakan mana betul dan salahnya. I just wonder apa maksud ko dgn “aku tak kata siti melalak tu elok tp sekurgnya msh dgn cara yg betul dia cari duit wlupun menyanyi bg seorg perempuan kpd khalayak ramai tu haram…” Apa cara yang betul tu??? Sekejap tak elok, sekejap betul, sekejap haram. i ni tak der la sepandai awak tu yang bagus hatinya, sejenis kristal berbanding dgn I ni “phd” tahap maksimum. Coba explain sikit…

    Oleh kerna i ni tak sebijak dan sepandai, cuba explain ni “Hang pikir lagilah…pemikiran manusia dah rosak lama dah tot..klu hal2 tulah yg membimbangkan ko byk lagi hal yg ko kene pikir balik”. bagi contoh sikit bnyak benda lain yg I kena fikir balik. Maklumlah u orang yg jernih hatinya… uwekkkkkk

  5. sitot
    Apr 3 2008

    amik ko… macam karangan la pulak!

  6. sitot
    Apr 3 2008

    “dan apa yg pasti kebanyakan artis kita x sesuwei dijadikan role model…
    lain org lain pemikiranya…so klu ada yg anggap dia sbg role model diri sendirilah silap..klu budak2 yg x tau berpikir lagi tu mgkn kene bg penekanan yg berat sikitlah sbb diorg tu cepat terpengaruh…itu parents nyer tanggungjawab lorr…” (mizz punya komen).

    So apa tujuan menjadi artis selain cari makan? Kenapa mesti ditayangkan pada orang ramai? Memang peranan parents utk didik anak2 dgn baik, dan i pelik kenapa kakak siti dah elok duduk rumah menempah fitnah bila jadi penyanyi… dan siti pulak pandai aje pujuk anak2 kakak dia, ‘mak pegi menyanyi”. Pelik di telinga I bila seorang isteri cakap kat anak buah sendiri yang mak dia pegi menyanyi. Kalau pi mengaji tak per laa…. macam tu cara nak jadi bakal ibu. tak boleh bayangkan lah macam mana siti nak mendidik anak….nak jadi isteri terbaik???? nak jadi ibu terbaik????? Nak jadi isteri dan ibu terbaik, kena dalami ilmu agama dulu, adakah nak didik anak jadi penyanyi dan mewarisi kepopularan yang dah nak pudar…. bakal perosak masyarakat.

  7. Apr 3 2008

    sebenarnya cik mizz… ikutlah pada selera masing2. kalau lu rasa tak suka org kutuk2 pasal tok kembang ni lu tak payah le nak masuk rumah laut joe bro kita. statement lu makin buat org confuse ada le…. tak kiralah lu ni fanatik ke tak tapi dari cara lu punya statement menunjukkan lu ni fanatik dan bukan fanatik… dua dua ada. itu yg buat gua confuse…

    anyway…lu pun tak payah le nak kata cik tot “byk lagi hal yang ko kena pikir balik” so makcik mizz pun kena lah byk2 pikir balik hal2 lain…tak payah nak berstatement yg buat org jadi pening lalat pasal tok kembang kat sini. jadi perempuan muslimah mcm tok kembang…. ok jugak. sesuai dgn lu

  8. kuntau
    Apr 3 2008

    memang betul kat dunia ni banyak lagi benda yg merosak kan otak menusia macam yg u cakap tu mizz..dan memang betul semua tu dah lama terjadi..sebelum aku kita semua lahir benda2 yg jahat ni dah memang ada dah..tapi since halaman tuan rumah ni di sedia kan utk memperdebatkan masalah tok kembang that y semua kat cni bercakap pasal tok kembang…tak kan kita nak komen pasal pembunuhan atau peperangan pulak kan…kita ikut kandang mizz..kalau kandang lembu kita cakap pun macam lembu baru lah senada..mizz cuba u buka halaman lain..bincang pasal masalah lain..kalau intresting mungkin salah seorng dua daripada kita kat cni akan ikut mengomen juga. That y terpulang kepada hak masing2 nak beri apa jua komen kita x boleh nak halang, tapi nasiblah kat cni yg tak suka tok kembang lebih ramai berbanding dari yg suka.

  9. ulatbeluncas
    Apr 12 2008

    aku pun teruja nak join, Salam semua.
    Cakap pasai Tok Ti ni takkan abih, pada akulah itu pilihan dia, bior je lah. Tok K pun jarang-jarang dah nampak with Tok Ti, org bisnes mesti busy.

    Cakap pasai cureng pun takkan abih, come on guys, yang lelaki kena tau tggjawab as suami n bapa, yang ladies kena tau tanggungjawab as is3 and emak. Janganlah asyik dok nampak kureng is3 je, dok hadap TV, minta air, kejap2 minta itu , minta ini, isteri macam nak gugur tangan, kaki lutut dah longlai dari pagi hingga belum pejam mata, keja, keja, keja. Pastu jangan lah pulak kata is3 kejar dunia, tu pasal asyik keja. Dah suami kureng mampu, cost of living makin tinggi. Hargai pengorbanan is3. Berapa ramai is3 sekarang beli baju2 sekolah anak-anak time buka sekolah, bengkok bapa2 nak sediakan serentak kalau is3 tak bantukan.

    senang cerita pasangan kena saling hargai antara satu sama lain, kena ada belas kasihan antara satu sama lain. Kalau isteri dah tak secantik dulu, redhalah, suami pun dah tak sehansem dulu jugakkan.

  10. Apr 13 2008

    i think ulat beluncas u kena faham point lu sendiri… lu cerita pasal isteri yg terpaksa bekerja kerana menolong suami yg masih perlu pertolongan isteri dan menanggung perbelanjaan keluarga. ITU LAIN BEB coz itu kes suami yg bergaji rendah dan masih perlu support dari bantuan isteri..

    kes tok kembang ni lain beb… lu faham sendirilah maksud gua… tak faham baru gua buat note

  11. betuahbadan
    Apr 14 2008

    sebenarnya bro beluncas sekadar nak berkongsi kepenatan dia melayan keluarga dia dari pagi sampai ke malam kot.kasihan la kat beluncas kalau betul la suami dia tak menghargai pengorbanan dia selama ini.aku tak nafikan suami isteri tu saling perlu memerlukan tapi betul la kata mustang tu mcm kes ct ni dia dah mampu dalam segalanya buat apa la nak cari rezeki lagi.kalau kes beluncas ni memang selayak kot kena ringankan bebanan suami.besar pahala beluncas dapat yg penting rezeki yg dicari tu halal. :smile:

  12. cykepo
    Apr 14 2008

    Alamak mustang kes tok kembang kojo lagi ni kan bukan pasei nak mencukupkan ekonomi lagi dah. rezeki depa melimpah ruah. cuma ni nak lagi banyak2 takut habis. kan hadis dah mengatakan, kalau diberi emas sebesar gunung pun, manusia akan tetap mencari lagi. tinggal rumah besau, maintenaence pun besau jugak, bulan2 nak beg lv. mcm mana tu?biorlah selagi masih boleh tergedik2, buat ajelah.

  13. Apr 14 2008

    manusia2 kat dunia ni byk nafsunya… salah satu paling besar nafsu adalah duit harta. selagi tak puas selagi itu le di kumpul harta yg hanya di pinjam sementara. tapi manusia2 mcm ni lupa, bila di akhirat tuhan hisab balik. sebyk mana harta di dunia sebyk itu le tuhan hisab.. so gua pun takut nak kumpul harta byk2… simpan mana yg perlu je. takut kena hisab, jawab lah di akhirat nanti…. :sad:

  14. Kak Pah
    May 15 2008

    a hah dak musang oiii….
    kau kerja tanam anggur kat cyber cafe je memang la tak do apo nak kompul harta bebanyak.
    rope tak de, bakat tak de, pendek kate datang sini dok kutuk org kaye je.
    konon2nya la cukup. padahal malas. rajin ngutuk aje. poei.. la keje pekdah skit nolong famili. beras mahal skang ni!
    alamak.. kak pah terlebih sudah. :)

  15. dian
    Jun 8 2008

    iya ya..kasian siti. tapi gue juga heran kenapa kok cara berpakaian siti agak aneh !? sebagai seorang yg sudah lama berkecimpung didunia showbiz, harusnya dia ngerti fashion. gak harus terbuka, tapi modis.

    sekarang dia semok ya

  16. Jun 9 2008

    makcik ni terlebih sudah le plak. dahsyat ya lu makcik blh nampak gua ni rupa handsome ke tak, kaya ke miskin, berjaya ke tidak…. ikut lu lah makcik. tapi realitynya gua memang handsome. kihkkihkihkih…. tak mcm tok misai tu.

    lu ni makcik keja tali barut tok kembang ya. wahhh….tahniah le. kalau office tok misai ada kosong gua blh masukkan lu. amacam… nak ke? sure punya lu blh jumpa si kembang lu hari2. mcm mana caranya…itu rahsia

  17. Genius.YYY
    Jun 9 2008

    aku percaya cik tang yg kau ni mmg ler tak sehensem wak misai sbb kalau kau sehensem dia, dah tentu ler ct pilih ko jadi laki dia and bukan wak misai tu. Tapi masa tu, sapa yg dok mengata bini ko tu especially dlm blog ni dah tentuler kau dah perambat ngan parang panjang. Tuan tanah pun silap2 mintak perlindungan dari pihak pulis sbb takut kat kau kroh kroh

    apa2 pun aku salute & cium tangan dk sbb mmg pandai tundukkan bini dia, mula2 dia bagi strawberry coklat bagi mata ct buta utk pilih dia, dan sekarang pulak dia bagi ct duk dlm bungalow janda dia dgn syarat ct kena jaga makan, pakai berak bapak dia, tak ubah mcm amah indon. sapa kan sangka penyanyi tersohor no satu negara kita ni akhirnya satu level macam normala bonat jer. Tak lagi ni silap2 mmg nahas kena streka si ct ni. Sekian pandangan bernas aku.

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments