Skip to content

January 12, 2008

167

Alahai kasihannya cik siti…



Oleh
Hanim Mohd Saleh

KESIAN Hajah Datin Seri Siti Nurhaliza. Daripada zaman hingusannya baru keluar sebagai juara RTM sehingga menjadi popular, bergelar isteri, kemudian datuk dan terkini pulang setelah menunaikan fardu haji, tak habis-habis soal pakaiannya diperkatakan.

Kebanyakannya mempersenda dan menjadikan gaya Siti berpakaian sebagai bahan untuk ketawa.

Saya akui, saya juga kadangkala tidak dapat menahan geli hati apabila terima kiriman e-mel yang membanding-bandingkan pakaian Siti dengan gambar kelakar yang entah daripada mana sumbernya.

Dulu, pakaian Siti dianggap sesetengah orang sebagai kampungan dan kuno.

Hairan juga ya… macam mana boleh dikatakan begitu sedangkan Siti mempunyai konsultan imej dan jurudandan profesional. Jadi kalau Siti berpakaian yang dianggap kurang sesuai, sepatutnya orang yang memberi nasihat itu yang harus bertanggungjawab.

Sebaliknya apa yang terjadi, sesiapa saja yang pernah dikaitkan sebagai orang kepercayaan Siti, termasuk dalam bab menyediakan pakaian dan solekan, hari ini menjadi lebih kaya dan popular.

Kemudian, orang ramai menuntut agar Siti menunaikan hasratnya untuk bertudung setelah bergelar isteri.

Kesian Siti. Sejak berkahwin dengan Datuk K lebih setahun lalu, hampir setiap wawancara beliau diasak dengan soalan: Bila nak pakai tudung?

Walhal, berapa ramai artis lain yang telah berkahwin dan berulang-alik ke Makkah menunaikan umrah, tidak pula ditekan dan dipersoalkan tentang aurat yang terdedah.

Saya yakin, Siti, sebagai anak yang dididik dengan asuhan agama, cukup sedar akan tanggungjawabnya.

Kini, setelah pulang mengerjakan haji, Siti tampil bertudung.

Namun beliau tetap dikutuk dengan teruk oleh para penulis forum di Internet yang berpendapat cara Siti menutup kepala tidak mengikut landasan Islam. Lehernya masih kelihatan, anak-anak rambutnya masih berjuntaian.

Saya dapat rasakan mengapa sesetengah orang yang suka atau menyampah dengan insan bernama Siti Nurhaliza yang tersohor ini, sebenarnya mahukan seorang ikon yang paling sempurna untuk dijadikan inspirasi.

Ini terutama mereka yang percaya perlunya beliau mengimbangi antara hiburan dengan agama.

Masyarakat mencari ikon yang boleh mempengaruhi generasi masa depan dengan secara positif dan progresif.

Rasanya, pengaruh Siti lebih hebat daripada Mawi.

Potensi ikon harapan itu memang ada pada Siti Nurhaliza.

Siti mendapat perhatian kerana teguh menjaga kesopanan dalam berpakaian.

Beliau membuktikan, tanpa banyak mendedahkan kulit pun, beliau tetap mampu menggegarkan dunia seni hiburan.

Siti juga membuktikan, sebagai orang seni, beliau ada pengaruh politik dan mampu menjana ekonomi.

Sebab itu, apabila Siti, hari demi hari terutama setelah berumah tangga, dilihat leka dalam bab-bab sensitif, kedudukan suami yang cukup sensasi dan gagal memenuhi keinginan masyarakat untuk menjadi ikon yang paling sempurna, beliau diserang habis-habisan.

Siapa yang harus dipersalahkan? Masyarakat yang terlalu berharap atau Siti, yang tidak sedar, beliau memikul harapan besar itu?

Namun sudah dinamakan Siti Nurhaliza. Biarpun terus dikutuk dan ditertawakan, orang ramai akan terus memberikan perhatian.

Salah silap, tudung yang dianggap fesyen ala Allahyarhamha Benazir Bhutto yang dipakai Siti hari ini menjadi trend tidak lama lagi.

Walhal, sebelum ini, ramai artis Indonesia, termasuk Hetty Koes Endang, sudah lama mengenakan fesyen tudung yang sama, tetapi tidak pernah pula diperkatakan.

Alahai… dah nasib Hajah Siti.

Read more from Cyberita
167 Comments Post a comment
  1. azza
    Feb 12 2008

    Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari.

    Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya.

    Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”

  2. azza lagi hehe
    Feb 12 2008

    Maka bkata Allah S.W.T., “Ini adlh pahala org yg mengata-ngata ttg dirimu.” Dgn ini haruslah kita sedar bahwa wlupun apa yg kita kata itu mmg benar, ttp kata-mengata itu akn merugikan diri kita sndiri. Oleh krn itu, hendaklh kita jgn mngata hal orang walaupun ia benar.

  3. sitot
    Feb 12 2008

    whatever la rala…! :shock:

  4. vampirina
    Feb 12 2008

    So, in this case CT shouldn’t be bother at all about her so-called tudung coz by the end of the day she’ll collect lots of pahala yang dia tak buat due to kata-kata orang yang mengutuk dia sebab dia punya tudung ala Star Wars tu lah.

    Agama ni very unique, sangat indah and very complicated sometimes. Ada perkara wajib, harus, sunat, makruh dan haram. Ada hadith dan sunnah. Ada macam-macam mahzab. And of coz ada pahala dan dosa yang akan dihisab di akhirat kelak.

    But bolehkah akal manusia ni buat matematik pada pahala dan dosa yang telah dipertetapkan oleh Allah. Ajarlah aku yang jahil ini…

    Bolehker aku buat calculation macam ni? Contoh saja ok?
    CT tak pakai tudung bebetul (1 DOSA) + 10 orang kutuk dia (10 PAHALA)…
    1 – (10) =9 PAHALA untuk SITI
    So.. bolehlah terus tak pakai tudung sebab surely banyak orang kutuk dia sebab tudung dia tak betul and dia sorang saja and disebabkan itu banyak pahala yang dia tak buat kerana kata-kata kutukan orang lain padahal dia sorang sajer… ek?

    Nak kata aku jahil… ya, aku mengaku! Sebab tu aku kata, ajarlah aku… Sebab aku tak paham concept mendapatnya pahala dari perbuatan orang lain. Adakah dosa dan pahala ni macam konsep perniagaan piramid?

    Ajarlah aku… aku baru lagi. Aku cuba memahami. Perkim tak ajar aku perkara-perkara yang agak mengelirukan ini kat aku….

  5. vampirina
    Feb 14 2008

    Jawab laaaa… apa ni? diam la pulak? Aku nak tahu gak… Tak nak la setakat pandai copy & paste.. bila aku mintak penerangan tak geti nak jawab?!!!

  6. vampirina
    Feb 16 2008

    Nahhh kau.. tak geti pulak menjawab ustazah azza yang copy paste panjang2 tu… jawab lah.. aku tunggu ni… atau ada sesape nak jawapkan?

  7. vampirina
    Feb 19 2008

    aku masih menanti jawapan dari ustazah azzah… bagai menanti bulan jatuh ke riba! LOL!

  8. whatever
    Feb 19 2008

    aku rase kan cik vampirina, ape yg azza cube ckp ialah siti mmg kompem buat dose pasal x tutop rambot tul2……

    den, kite nie sume xyah lah mengutok die habes2an sebab dengan itu, kite pown akan mendapat dose bersame2 die and sambel tuh, kite jugak bagi die pahale…..

    and, dose ct tuh, adela dose die dgn Tuhan, kita xde hak untok menjatohkan hukom kew, mengomen2 kew….

    tapee, pade aku, dah mmg die taw, die tuh public figure, so, pandai2 sendiri ah jage imej, mengelak daripada dijadikan bahan kutokan, mengelakkan diri drpd menjadi bahan cercaan….

  9. betuahbadan
    Feb 19 2008

    lebih baik kau jumpa org yg lebih arip da…ustazah azza tu dia acah2 je bukan serius sgt.dia marahltu maka segala mcm hadis dia persembahkan disini.Alhamdulillah nasib baik ada azza.terima kasih azza no….

  10. betuahbadan
    Feb 19 2008

    whatever la…gitu ke whatever….kena tegur ct tu.kalau tidak menjadi2.. :mrgreen: kata peribahasa melentur buluh biar dari rebung maknanya walau dah sampai ke tua pun kena jugak tegur menegur,kutuk mengutuk baru boleh jalann….kalau budak baik Alhamdulillah cepat nak ikut kalau budak degil tu makan masa sikit la…. :grin:

  11. vampirina
    Feb 20 2008

    Oooo.. pahala boleh transfer transfer… perghhh… indahnyer begini!
    Dulu aku penah dgr budak muslim satu sekolah ngan aku kata begini… orang yang mati dibunuh tu, dosa2 dia pindah kat si pembunuh tuh… betul ke? ada ke macam tu? wahhh.. kalau ada.. kira dosa pun boleh transfer transfer… perghhh… indahnya begini!

  12. Feb 20 2008

    hai betapa ceteknya ilmu anak2 muda skrg………………………….mcm xsekolah jer……………..

  13. vampirina
    Feb 20 2008

    faizal.. kalau awak tinggi ilmunya, jelaskanlah kepada saya akan apa yg cuba disampaikan oleh Azza tuh… sbb saya ni saudara baru… Yang menyebabkan saya menganut Islam adalah apabila saya terfikir dengan mendalam bahawa tiada perantaraan (bagi penghapus dosa atau penerima pahala) antara manusia dengan Allah seperti di dalam agama Christian itu di mana dosa manusia boleh dihapuskan dengan bantuan paderi dan Allah itu tiada sifat-sifat manusia atau mana-mana ciptaanNya yang lain.. jadi apabila saya bertanyakan tentang perihal dosa dan pahala yang ala-ala boleh di transfer-transfer tu… saya perlukan penjelasan yang elok dari saudara-saudara Islam saya, bukannya tempelak atau kata keji seperti “hai betapa ceteknya ilmu anak2 muda skrg………….mcm x sekolah jer……….” perkara ini agak baru bagi saya kerana perihal transfer dosa pahala ni Perkim tak pernah ajar…. maka saudara faizal yang saya boleh agak tinggi ilmunya ini (kerana kata anak2 muda sekarang cetek ilmu) pasti boleh menjelaskan perkara ini… TERIMA KASIH.

  14. ezan
    Feb 23 2008

    mulut dah ambik insurans ke?????????????korang kan main sedap mulut je kan bercakap!!!!!!!tah2 orang kat luar sana lagi la ramai dok benci kat korang!!!!!!! :twisted: datuk dapat pahala yang korang seguni dosa dapat!!!!sebuk dok mengata orang je!!!!!!!!!lain kali jangan dok cite n pertikai kan salah n silap orang je!!!!!! :cry: tak ada sorang pun orang dalam dunia yang tak penah wt salah!!!!!!!kita sepatutnya bagi komen yang membina kat datuk!!!!bukan nya dok kutuk dia!!!!!!!!

  15. ezan
    Feb 23 2008

    saya mintak la kan kat awak semua, cuba letakkan diri awak sekejap pada tempat datuk .ape awak rasa???????????????????????????????sedih tak awak?????????

  16. sitot
    Feb 23 2008

    kalau saya letak diri dlm diri siti…aduhhh bestnya banyak duittttt!!!

  17. vampirina
    Feb 24 2008

    kalau saya lah kan.. saya ada kat tempat datuk siti kan? (since dia banyak duit lah kan.. juta juta gituuuu)
    -saya pi masuk kelas bahasa inggeris
    -saya pi hire fashion designer yang memBEAUTIFYkan diri dan bukannya mengUGLYFYkan diri, LOL!
    - saya cari lelaki yang muda dan hensem dan yang sama-sama mewah dan tak ada misai tebal (untuk tidak dikata menumpang harta dan camna nak cemolot hah kalau misai tebal2? LOL!)
    - saya cari lelaki yang single
    - saya pi haji cukup hari… bukan express…
    - saya sebelum buat apa2, saya tak berjanji itu ini… LOL!
    -aku pi shopping manjang
    -aku berenti menyanyi tapi nak jadi producer, pencipta lagu, penulis lirik… (letih lah dah tua tua nak melalak lagi, pastu dok kena kutuk)
    -aku pi layan konsert2 serata dunia

    Perghhhh… banyak tu aku nak buat sebenarnya kalau aku berada di tempat Siti…

    Itu kalau aku laaaa… ko yang tanya kan Ezan? jangan marah pulak!

  18. ctqueen
    Feb 24 2008

    betul tu vampirina, kalau aku ada duit byk mcm siti, aku gi shopping ngabihkan duit tapi aku buat bussiness yg blh untung ganda2 gitu, cthnya hartanah ke, so duit ttp masuk, pastu kawin lelaki muda hensem educated dan yg paling penting blh bimbing aku ke jln yg lbh baik, tak payah terlompat2 nyanyi.. indahnya hidup…

  19. whatever
    Feb 24 2008

    amboi memasing…..

    angan2 kalo jadik siti tinggi, but seriously lah….

    siti tu, ckp jela designer mane kat malaysia nieh, bole dikatekan sumenya sanggup memberikan priority kpd siti…

    but then, pakai die, kdg2 oke laaaaa, but sum times, :shock:

    i mean, aku nie mmg minat gile2 dkt die, tapi baju die, kirenye kalo die perform kat tv tuh, tutop mate but bukak telinge jek…

    haha

  20. vampirina
    Feb 24 2008

    selain dari pakaian yang suar dia atas pinggang tu.. aku teringat satu baju yang dia pakai satu masa dulu.. entah acara apa tah, itu aku lupa… dia pakai satu baju ni ada rambu ramba kat bahu tu… macam michael jackson zaman Thriller pulak! Kekadang aku rasa designer2 kat Malaysia ni kadang2 macam sabotaj Siti ni… ekekekek.. alahai.. kesian Siti… lalalalala.. tapi tu la… kesian Siti… LOL!

  21. Feb 29 2008

    nampaklah belang nya ketika ditanya
    …apa yg dirasa ktika berada pd dri datuk….. senang krna banyak duit….cemburu,,,, iri hati,,, itu sj yg mreka punya dan satu lg sifat syetan..yakni sakit hati dgn kejayaan orang lain…
    dalam banyak ya suka ada sikirt yang tak suka… dalam banyak yang tak suka , ada yang masih sudi pandang.. begitulah lumrah manusia…. orang bodoh akan buang masa ..demi mencungkil rintek orang… mereka gadaikan rasa hormat yang tinggal sejumput..untuk mencari puas… walhal..rintek yang di risik entah ada di mana…. ko buang masa saja….

  22. vampirina
    Mar 1 2008

    aku tak paham apa ko cakap la Surya… rintek la.. risik la.. sikirt lah.. iskkk… ko nak cuba bercakap dalam Bahasa Melayu ker Bahasa Indonesia atau bahasa berkias-kias berhias? :roll:

  23. RINA
    Mar 6 2008

    kdg2 kecian pkr kan cik ct kita ni dlm sratus mgkn tak smpi spuluh yg suka ngan apa yg cik ct uat,saya bkn apa nak tnya skt mereka2 kasi komen ni ada masa ke cik ct nak baca?n ada masa ke nak jwb?atau org lain yg jwb?sbb saya tngk trlalu bnyk sngt komen untk cik ct,setiap apa yg dibuat ada je yg tak kena lbh baik jd org biasa dr jd artis yg slalu dicaci dan dikeji kan.wlwpun kita artis no 1 kdg kala maruah kita pun trcalar juga dek kutuk n keji2 org2 disana sini,,sbr pun ada batasan juga :oops: :evil:

  24. sitot
    Mar 6 2008

    sapa suruh jadi artis???? Buruk baik kena terima lerrrr….

  25. vampirina
    Mar 7 2008

    This is the price you have to pay to be someone rich & famous… Siti might not have time to read all these but I believe her sisters does have lots of time to do so and tell Siti or maybe her step sons? LOL!

    “Mama Siti… orang kat internet kata mama Siti macam Jedi lah…” LOL!

  26. ctqueen
    Mar 7 2008

    Not mama Sitilah, mak Iti….

  27. RINA
    Mar 7 2008

    hai wani dah mls nak kasi komen ke?dah tk nmpk lg komen u,,atau sbk jaga anak2?rasa2 smpi bila org nak kutuk ct eh?wlw beribu org tk suka ct tp dia ttp keatas n tak akan kebwh……….nsb baik dia kuat iman klu tak dah lama dia give up n keja pat kilang lg baik kan.mgkn sjk perut mak diangandung dia smpi dia muda2 dah jd kaya raya n hidup dlm kesenangan tk cm kita nak cr duit kena keja brtungkus lumus,tp ingat kita tak prnh salahkan ibu yg mengandung kan kita :lol:

  28. sitot
    Mar 7 2008

    Hek eleh ye ke siti sentiasa kat atas?????????? Kenapa AJL dia tak menang? Jangan nak kata “alaaaa dah bukan rezeki dia!” Alasan dah basi!!!!!!! Kat atas sangat ke dia tu?????????????????

    I tak kisah kalau tak kaya macam siti. Ingat jeeee setiap sen duit yg kita dapat akan diperhitungkan di akhirat. Orang boleh jadi kaya sebab rasuah, menipu dan riba cthnya. Kaya sebab menyanyi??? Menyanyi tu keja halal ke? Jgn nak menghalalkan apa yg haram…itu jeeeee…

  29. sitot
    Mar 7 2008

    lupa nak tambah…

    orang yang kuat iman [based on apa yg wani kata pasal siti kuat iman], takkan pakai tudung nampak jambul/ pakai ala star wars, org kuat iman takkan menyanyi dan menjual suara dan mengalunkan lagu2 yang melalaikan… So jgn nak simply kata siti tu kuat iman weiiiiii….. contra betul lerrrrrr…….

  30. sitot
    Mar 7 2008

    oppppss not wani…but RINA punya komen…

  31. RINA
    Mar 9 2008

    tot klu saya tnya jgn mara eh,u td ckp cm dah pndi psl agama tp u pkr alek kita kutuk n keji org apa yg kita dpt?klu semua org pikir cm u pikir bahawa setiap sen duit tu dikira diakhirat saya rasa semua org tak nak jd penyanyi n radio kita pun tak ada lagu………. :roll: org duk mengaji n mmbaca alquran je kan.

  32. sitot
    Mar 9 2008

    Tak marah pun…..

    ISlam membenarkan kita berhibur tapi tak der la mengalunkan lagu2 yang melalaikan contohnya lagu2 mendambakan cinta seorang lelaki/perempuan. Lagu nasyid kan salah satu utk berhibur….????? Zikir2 yang dilagukan pun satu hiburan….??? Jgn lah berfikiran sempit sangat…. ayoooooo!!!

    Well, dah ada orang nasihat siti dgn cara lembut, tapi masih jugak buat. Sebab tu orang kutuk! Macam palestin dan israel jugak. Kalau disuruh berdamai di meja rundingan, ko ingat israel nak ke, melainkan banyak pihak mengutuk tindakan mereka agar menghentikan serangan ke atas palestin??? Even seluruh penduduk islam di dunia mengutuk tindakan israel pun…israel tutup mata aje nak serang palestin… Sama jugak dgn kes siti ni. Nasihat dan teguran cara baik pun dia tak dengar…. sebab tu orang guna cara mengutuk…

  33. sitot
    Mar 9 2008

    Memang patut pun semua orang fikir macam I fikir sebab I fikir cara fikir macam tu memang betul supaya orang akan fikir balik apa yang mereka lakukan itu betul atau salah…

    Ada banyak cara utk dapat duit; cara halal dan cara haram. Kalau tak menyanyi tu akan jadi papa kedana ke? Sama jugak dgn kalau diharamkan riba tu adakah orang akan menjadi miskin???? Soalan senang aje….tolong jawab. Menyanyi mengalunkan lagu2 yg melalaikan tu halal ke haram? Jangn pulak nak kata “siapa kita ni nak menghukum orang?”.

  34. abc
    Mar 9 2008

    setuju ngan sitot…..rina ko ni bercakap macam tak pernah amik subjek pendidikan islam pulak masa kat sekolah dulu…cehhh…

  35. RINA
    Mar 9 2008

    ai abc bela sitot nmpk?ada pape ke?tak semestinya org yg ckp cm ni dia tak prnh ambek pndidikan islam,u all lak cm mana?dah pndi sngt ke psl agama?klu btl dah pndi tk yah lah nak beri komen mengutuk org je?klu org yg minat sngt kat ct mesti diaorg mls nak baca komen u all :evil: :evil: :evil:

  36. sitot
    Mar 9 2008

    I tak minta sapa2 bela pendapat I

    You tu macam minat dan membela siti…tapi rajin jugak baca komen kitaorang… :roll: :mrgreen:

  37. sitot
    Mar 9 2008

    Sebab tu leerrr sapa2 minat siti dan tak sanggup terima komen dari kami… dipersilakan ke sitizone. Frankly, sitizone membosankan!

  38. RINA
    Mar 10 2008

    i bkn ckp minat sngt ngan ct sbb nya klu minat sngt kita mesti ikuti prkembangan nya n collect semua cd dia kan n i pun tak bela dia cuma kecian pd dia yg slalu diktk.i bkn rajin baca komen u tp dah trtera so mesti lah kena baca kan.

  39. mizz
    Mar 10 2008

    biasanya yang org yg mengutuk tulah lebih bermasalah dari org yang dikutuk…
    betul tak tot??
    membela bukan bermakna berminat or fanatik.msg2 ada pendpt sendiri kan..
    menyanyi ada unsur melalaikan mmg haram (rujukan dari buku agama) tapi pilihan tu pada diri kita sendiri klu ia haram kita jangan dengar dan jangan lihat dan lebih baik kite tak perlu amik tahu..klu itulah yg ditekankan oleh tot selama ini berkenaan dgn nyanyi itu haram…

    klu betul niat tot nak sedarkan siti bih baik tegur depan2 dr kita ckp belakang hebahkan keburukan dia dalam tpt mcmnie sekaligus dr org lain tak tahu ttg die jadi tahu then dlm ms yg sama berapa ramai yg dah tanam perasaan benci,sakit hati dan bermacam2 kutukan dtg….
    ape perasaan ko bila sume org benci siti dgn statement yg ko paparkan kat sini???
    Bangga ke sbb sume org benci siti???
    wlupun ko xde niat nak ajak diorg sume benci sekalipun tp kene pikirlah ape yg ko dah buat dgn pikiran org lain…

  40. mizz
    Mar 10 2008

    msg2 ada ‘periuk nasi’ sendiri tot cm cara die sediakan dgn cara elok atau tidak itu bkn hak kita utk nilai..

    ni soalan utk cik tot pulak:
    apa tujuan utama tot dalam memberikan berbagai2 ‘pendapat’ di zon ini??
    a-untuk saja-saja
    b-untuk menyedarkan siti
    c-untuk melepaskan perasaan marah thdp siti
    d-untuk memeriahkan lagi rumah tuan tanah… :wink:

  41. rith
    Mar 11 2008

    salam…
    bukan nak salahkan CT semate2 mahupun peminat..cume org kate terlajak perahu bole diundur,terlajak kate……
    dulu CT pnah bgtau yg die akan pakai tudung lepas menunaikan Fardhu Haji..so..peminat2 akan bertanye,ataupun mengingati CT barangkali die terlupa kate2 yg dibuat oleh nye dulu..itu je…
    bukan nye kite nak berfikiran negative atau selalu pandah rendah pada CT..pemint skrg ade pelajaran..org berpelajaran takkan menyalahkan org lain sesuke ati…ape2pun..menutup aurat bagi kaum wanita itu WAJIB..
    wassalam

  42. mak ngah
    Mar 11 2008

    hmmm, mak ngah dah byk baca tang artikel dan komen2 pasal siti nurhaliza tuh. tapi benarlah kata beberapa pihak kenapa ct di asak dgn persoalan bila nak pakai tudung slps kahwin…sbb kalau kalian ingat bukankah itu janji ct semasa mula2 bergelar isteri.apapun harapan kami utk melihat ct memakai tudung kepala secara sempurna dan mengikut tuntutan syarak amatlah mak ngah harapkan…sebab aura siti kpd generasi muda amatlah tinggi…jika kebaikan yg ct tunjulkan, maka bdk2 muda akan ikut.buat adik ct, cuba pakai tudung yg sempurna……..macam waheeda dan wardina, nampak sopan, manis dan lebih berkeyakinan..mudah2han datuk k dpt beri tunjuk ajar…sebab suami lebih bertanggungjwb dlm soal aurat isteri……..takkan sanggup lelaki lain melihat secara percuma aurat isteri sdgkan kita bayar mas kahwin mahal…renung2kanlah bersama……..

  43. Mar 11 2008

    nak tambah nasi sikit mizz..

    e-untuk menyedarkan fanatik2 siti :razz:

  44. kuntau
    Mar 12 2008

    ha..ha..ha terlanggar jg kepala c mizz ckit..peace brother :lol:

  45. katak
    Mar 12 2008

    hahaha tuan tanah, satu lagi (f) semua di atas

  46. sitot
    Mar 12 2008

    hhahahaaha (f) semua di atas…. dan I nak tambah (g) tiada jawapan yang betul.

    mizz,
    Kalau you kata orang yang mengutuk lebih bermasalah drpd yg dikutuk, I akan tambah orang yang membela lebih bermasalah BESAR drpd orang yg mengutuk! BEtul tak mizzz???

    Aha memang masing2 ada pendapat sendiri. I ada pendapat snediri, org lain pun ada pendapat sendiri. So??

    Kenapa you risau sangat dgn kata2 I ni takut mempengaruhi orang lain? Kenapa you tak nak risaukan “aura” yang dibawa oleh orang yang you BELA (backing) @ BELA (contoh ayat: Mizz mem’bela’/menternak kambing biri2). APa sangat la kuasa yang I ada ni nak mempengaruhi pemikiran orang lain drpd tindak tanduk siti yang memberi tauladan kpd orang pasal hal2 yang berikut:

    a) mengambil suami orang
    b) pakai tudung nampak jambul
    c) kalau sangkut SPM, jadi artis pun boleh jugak hidup
    d) melalak
    e) bercakap tak serupa bikin

    I tak der rasa bangga kalau orang lain pun benci dia. Tak der rasa bangganya macam dapat nyanyi kat RAH….. Macam you jugak yang cakap, masing2 ada pendapat snediri, I dont think orang lain membenci siti disebabkan I kalau I cakap “mehhhh rakyat malaysia, beramai2lah benci siti”. Entah2 jiran siti pun tak suka siti. I rasa you patut risau apa yang siti dah buat pada pemikiran orang lain! Not me!

    Ya masing2 ada periuk nasi sendiri, hakikatnya I tak pernah makan nasi dr periuk karan yang siti beli. So sapa yang patut menilai kalau you kata kita ni tak berhak utk menilai? So kalau pencuri masuk rumah awak nak curi duit bawah bantal awak sebab awak kata masing2 ada periuk nasi sendiri, dan pencuri tu anggap mencuri adalah periuk nasi dia, so you nak kata apa???? Sapa yang berhak menilai??? You sendiri yg akan menilai buruk baik perbuatan orang tu…

    Utk soalan a – d, i jawab e: utk menyedarkan fanatik2 siti. Dan soalan you tu, i lemparkan balik kat awak….. apakah jawapan saudari mizz???? :wink:

  47. vampirina
    Mar 13 2008

    alahai.. kesian siti… kah kah kah!

  48. Apr 2 2008

    :smile: gini lah dunia artis.. yg tak jadi artis pon boleh terbabit sama.. heheh
    anyway, i tak minat ct lagi sejak dia kebas suami orng. walaupun itu hak dia tapi tak sangka dia sanggup buat begitu.

    dlm tutur yg sopan dng kelembutan tersemat satu penipuan..
    tipah tertipu baaang !!!… :grin:
    ct memang layak masok politik sebab dia pandai berkata-kata..
    Tahniah.

  49. gadizzz
    Apr 2 2008

    pada cik sitot..sy sokong 150% mizz.. dan pada vampirina..apesal gelak2
    sakit kerr

  50. mizz
    Apr 2 2008

    cik tot,
    cuba cik tot pikir dgn lebih berkembang lagi bkn kembang mcm siti tp fikir secara positif…membela x bermakna kita menyokong apa yg siti buat even sbg peminat pun mereka tetap kritik kalau siti buat silap.
    bagi akulah dua2 bermasalah besar…klu membela dgn niat krn memuja itu mmg tak elok, mengutuk dgn niat nak menjatuhkan pun sama x elok kan…
    aku tak tau apa niat ko mengutuk dia begitu juga ko tak tahu apa niat sbnr aku nmpk mcm membela dia..

    selama ini kalau ko ngutuk siti atas sbb ko risau or dengki?
    aku x isau tp aku heran kenapa ko benci sgt2 smpi stp prkr yg berlaku pada siti ko bg bad judge…biasanya org yg mengutuk keburukan org lain adalah org hidupnya dilanda kehancuran,atau mgkn ada pengalaman yg pernah terkena pd diri orgtu, atau dsbbkan level ‘phd’ tu dah maximum, atau ada sbb2 lain yg mgkn bole diterima cik tot???
    yeaaa cik tot tanpa ko sedari sbnryer ada ‘aura’ yg berkuasa spt kuasa power rangers yg telah menyelinap di stp ruang fikiran pembaca2 disini cthnya:
    cik tot mempunyai pengikut2 yg sehati dan sejiwa (tang ni cik tot mst pasan)
    tang hang cakap msg2 ada pndapat sendiri tu xleh nak nafikan lah aku pun setuju tapi bila pendapat dah diutarakan kpd umum maknanya ia akan mnjd perhatian umum dgn itu umum jg pasti nak tahu sekuat mana pendapat yg diutarakn…cthlah kalau time pilihanraya yg dok sibuk2 ceramah sana sini mst ada tujuanya dan sedia maklum kita taulah tujuan mereka sbb nak meyakinkan rakyat,janji nak bg terbaik utk rakyat tp :roll:
    mcm hang jugak yg apa tujuan dok mengutuk siti ni sbb nak bantu meng ‘clean’ kan pemikiran org ramai kaa atau sbb hang dengki kat siti kaa..??

    “kalau pencuri masuk rumah awak nak curi duit bawah bantal awak sebab awak kata masing2 ada periuk nasi sendiri, dan pencuri tu anggap mencuri adalah periuk nasi dia, so you nak kata apa???? ”
    tu baru namanya sengal cik tot..dah terang lagi nyata dia amik duit org secara mencuri mean makan nasi dr periuk nasi org…slah tetap salah tot
    aku tak kata siti melalak tu elok tp sekurgnya msh dgn cara yg betul dia cari duit wlupun menyanyi bg seorg perempuan kpd khalayak ramai tu haram…
    ekau x dapt beza kee menyanyi dgn mencuri tu cik tot??? bglah contoh lain…
    org kata klu kita nak menilai cara elok xpelah tapi klu ada unsur yg tak elok kene sedar diri dululah kan…
    Kalau ko rasa sbb sitilah ramai diantara kita rosak pemikiranya hanya semata2 krn hal berikut:
    a) mengambil suami orang
    b) pakai tudung nampak jambul
    c) kalau sangkut SPM, jadi artis pun boleh jugak hidup
    d) melalak
    e) bercakap tak serupa bikin
    Hang pikir lagilah…pemikiran manusia dah rosak lama dah tot..klu hal2 tulah yg membimbangkan ko byk lagi hal yg ko kene pikir balik….. :?:

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments