Alahai kasihannya cik siti…
Oleh
Hanim Mohd Saleh
KESIAN Hajah Datin Seri Siti Nurhaliza. Daripada zaman hingusannya baru keluar sebagai juara RTM sehingga menjadi popular, bergelar isteri, kemudian datuk dan terkini pulang setelah menunaikan fardu haji, tak habis-habis soal pakaiannya diperkatakan.
Kebanyakannya mempersenda dan menjadikan gaya Siti berpakaian sebagai bahan untuk ketawa.
Saya akui, saya juga kadangkala tidak dapat menahan geli hati apabila terima kiriman e-mel yang membanding-bandingkan pakaian Siti dengan gambar kelakar yang entah daripada mana sumbernya.
Dulu, pakaian Siti dianggap sesetengah orang sebagai kampungan dan kuno.
Hairan juga ya… macam mana boleh dikatakan begitu sedangkan Siti mempunyai konsultan imej dan jurudandan profesional. Jadi kalau Siti berpakaian yang dianggap kurang sesuai, sepatutnya orang yang memberi nasihat itu yang harus bertanggungjawab.
Sebaliknya apa yang terjadi, sesiapa saja yang pernah dikaitkan sebagai orang kepercayaan Siti, termasuk dalam bab menyediakan pakaian dan solekan, hari ini menjadi lebih kaya dan popular.
Kemudian, orang ramai menuntut agar Siti menunaikan hasratnya untuk bertudung setelah bergelar isteri.
Kesian Siti. Sejak berkahwin dengan Datuk K lebih setahun lalu, hampir setiap wawancara beliau diasak dengan soalan: Bila nak pakai tudung?
Walhal, berapa ramai artis lain yang telah berkahwin dan berulang-alik ke Makkah menunaikan umrah, tidak pula ditekan dan dipersoalkan tentang aurat yang terdedah.
Saya yakin, Siti, sebagai anak yang dididik dengan asuhan agama, cukup sedar akan tanggungjawabnya.
Kini, setelah pulang mengerjakan haji, Siti tampil bertudung.
Namun beliau tetap dikutuk dengan teruk oleh para penulis forum di Internet yang berpendapat cara Siti menutup kepala tidak mengikut landasan Islam. Lehernya masih kelihatan, anak-anak rambutnya masih berjuntaian.
Saya dapat rasakan mengapa sesetengah orang yang suka atau menyampah dengan insan bernama Siti Nurhaliza yang tersohor ini, sebenarnya mahukan seorang ikon yang paling sempurna untuk dijadikan inspirasi.
Ini terutama mereka yang percaya perlunya beliau mengimbangi antara hiburan dengan agama.
Masyarakat mencari ikon yang boleh mempengaruhi generasi masa depan dengan secara positif dan progresif.
Rasanya, pengaruh Siti lebih hebat daripada Mawi.
Potensi ikon harapan itu memang ada pada Siti Nurhaliza.
Siti mendapat perhatian kerana teguh menjaga kesopanan dalam berpakaian.
Beliau membuktikan, tanpa banyak mendedahkan kulit pun, beliau tetap mampu menggegarkan dunia seni hiburan.
Siti juga membuktikan, sebagai orang seni, beliau ada pengaruh politik dan mampu menjana ekonomi.
Sebab itu, apabila Siti, hari demi hari terutama setelah berumah tangga, dilihat leka dalam bab-bab sensitif, kedudukan suami yang cukup sensasi dan gagal memenuhi keinginan masyarakat untuk menjadi ikon yang paling sempurna, beliau diserang habis-habisan.
Siapa yang harus dipersalahkan? Masyarakat yang terlalu berharap atau Siti, yang tidak sedar, beliau memikul harapan besar itu?
Namun sudah dinamakan Siti Nurhaliza. Biarpun terus dikutuk dan ditertawakan, orang ramai akan terus memberikan perhatian.
Salah silap, tudung yang dianggap fesyen ala Allahyarhamha Benazir Bhutto yang dipakai Siti hari ini menjadi trend tidak lama lagi.
Walhal, sebelum ini, ramai artis Indonesia, termasuk Hetty Koes Endang, sudah lama mengenakan fesyen tudung yang sama, tetapi tidak pernah pula diperkatakan.
Alahai… dah nasib Hajah Siti.
gua agak kesian kat wartawan yg menulis artikel pasal tajuk ni. byk yg gua baca semuanya hipokrit. sentuh pasal IKON, gua rasa lu hanim kena kasi kanta jugaklah. lu kata tok kembang tak byk dedah kulit tapi masih popular, jadi ikon yg paling sempurna, pakai tudung mcm hetty kos endang dan pengaruh kuat kalah MAWI. lu ni wartawan baru ke cik hanim? kaji balik apa yg lu tulis tuh….
wartawan ni pun sama da….celik tapi buta.kan dah kena.sebab apa kau nak tahu cik hanim oii…sebab cik ct ni selalu mempermain2kan agama.tahu tapi buat2 tak tahu.itu yg tuhan marah.Bersyukur banyak la ct sebab masih ramai lagi yg mahu menegur tingkah laku dan perkataan yg dikata.Sebab Allah sayangkan ct la maka berbagai2 dugaan dtg pada dia.nak tgk cepat sedar atau tidak.lepas ni kalau masih tak sedar2 juga maka faham2 je la.
alah senang je. sbb banyak yang dah menyampah kat dia. jadi apa dia buat semua orang komen. sbb menyampah nye perasaan dah membuak. kalau orang dah benci, apa yang dia buat baik pun tak betul. hetty koes endang ngan benazir bhutto orang tak meluat sangat. orang komen sbb dah benci sangatlah tu.dedah kulit ke tak dedah kulit ke, kembang ke tak kembang ke, orang tetap dah tak suka. Alhamdulillah ada tempat ni untuk meluahkan persaan meluat, menyampah yang dah banyak. orang yang suka korang nye pasal.
oh ya satu lagi pasal imej consultan. kalau pun ada pro consult tapi yg memilih pakaian dan design adalah tok kembang so sendiri taulah ya cik hanim.
inilah org kata makin byk duit makin kurang akalnya pd agama tetapi makin besar kehendaknya pd hal dunia
hetty tu sapa pulak.benazir tu aku kenal la.mana pompuan boleh jadi pemerintah itu pasal kena bom.kes dua orng ni kes negara luar mana boleh masuk campur.mcm kes ct ni bukan menyampah,meluat,benci dan apa2 la dia dah 11 tahun dalam seni ni.tapi cerita dia makin hebat semenjak 2 tahun yg dulu sampai la ni.ini kes rampas merampas la.org pompuan memang expert bab ni.sory la ye.cuba kalau ct tu kawin dgn bujang trang tang2 mungkin tak jadi mcm ni.mungkin lagi baik.so ditambah lagi kes tudung pulak.mcm mana la tak panas.
bro, kahwin bujang ke kahwin laki org ke itu semua terpulang pd si kembang ni. nafsu dia mana boleh sekat2 bro. kasi tunjuk habis ada le.. lagi2 kalau dia kahwin dgn bujang, makin gedik le beb. itu pasal dia tak nak coz dia tahu tok misai umur dah lanjut. so ada can le dia..
hetty kos endang le bro, penyanyi mcm indonesia tu. gua suka dgr lagu KASIH nyanyian penyanyi asalnya
ala tuah, kalau tak bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. Laki orang pun apasal nak layan jugak. Takkan ada istilahnya perempuan rampas isteri orang… lain lah kalau…. sila sambung sendiri.
tot,perempuan rampas isteri org.ini istilah apa pulak tot.mana boleh lelaki rampas isteri org.lelaki pun tahu berdosa yg aku heran perempuan ni.apa sal la nak sangat suami org tu.nampak org perempuan ni tak takut dosa.patut la dalam neraka paling ramai perempuan.
kalau perempuan tak layan lelaki pun tahu malunya.kalau perempuan tak malu pulak layan dapat pulak lelaki yg miang keladi ini la akibatnya.menjadik!itu sebab setan ni suka kat perempuan.itu la senjata dia nak menghancurkan iman2 orang2 lelaki.
ye lah memang laa… kalau dah perempuan rampas laki orang, yg si laki orang ni apasal tak nak elak? Kan dikatakan akal 99? Well, perempuan ni kan magnet
so bila ada kesilapan aje, mesti perempuan kena label “perempuan perampas laki orang”.
Dan bila perempuan dikatakan perempuan perampas, so lelaki pulak akan kata…”kan lelaki boleh kawin sampai 4?”
maksud kau bro…kalau tok misai kojol(sory la aku guna bahasa ni) dapat la tok ct keseluruhan harta tok misai.kalau tok ct kojol dulu,maka tok misai pun dapat la keseluruhan harta tok ct.yg melopong siapa pulak….??
bagus jugak plan datuk berdua.
perempuan ni value dia tinggi tot.org yg arip je yg dapat merasai kevaluean perempuan ni.perempuan yg macam mana,tentu la perempuan yg baik2 dan beramal soleh.
tapi rata2 aku lihat lelaki yg kawin lebih dari satu ni lelaki yg bernapsu.tapi kalau kau tgk lelaki yg baik2 dan beramal soleh tak da pulak nak kawin lebih dari satu.ini yg aku maksud kan.bertimbangrasa,ada belas kasihan dan sayang pada keluarga itu yg membahagiakan golongan2 yg mcm ni.
you rasa I ada value yg macam tu tak??? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA gurau je.
tuah, I share you with this link. it is useful utk you tau macam mana ragam org yg dah kawin. This is part of my thesis articles. http://www.dcckmona.com/friends/news.php
susah benar nak cari lelaki yg macam tu. I harap you adalah lelaki yg “bertimbangrasa,ada belas kasihan dan sayang pada keluarga itu yg membahagiakan golongan2 yg mcm ni”. I adalah org pertama nak merisik awak, macam siti khadijah cuba nak meminang Rasullullah.
geli ketiak gua sitot nak risik lu tuah. eeeeeeee…… raso tegak je bulu roma gua. tapi apa salahnya kan, sitot pun blm berpunya. gemuk ke kurus ke tak apa tuah yg penting tot tak hipokrit mcm si kembang. ya ke tot
Tak jugk lelaki yg baik2 dan beramal soleh tak kawin lebih dari satu. Da nama laki.. (sorry laki2 aku harap korang tak terasa) sebb aku tau ada jgk lelaki yg baik2 beramal soleh kawin lebih dari satu. Korang tgk ustaz Indonesia (ala tak ingt lak nama dia sapa)yg kelmarin kecoh pun kawin dua pe…Da ada tujuh anak lagi dgn first wife pun tetap kawin dua. Siap brainwash bini dia baper tahun untuk trima poligami…. Mcm mana tu?
aku personally tak kesian pada ct bila org gelak tgk pakaian dia sekarang. Dia yg pilih cam tu. Cuba kalau dia pakai tudung tu, cam org lain kat malaysia ni, pakai tutup betul2, bukan sajer org berenti gelak tapi siap respek lagi. Tapi pakai seluar paras dada masa dia lancarkan album baru2 ni, itu mmg lah klasik.. lagi lawak dari juara lawak astro..
tersedak aku tot.aku dah buka web tu tapi aku baca sikit je.byk sgt.tak bidang aku.kau kena la sebab kau dah kena buat kajian2 tu.InsyaAllah niat kau baik nak tolong org selesaikan masalah mereka.pada aku apa yg datang pada aku,aku cuba la buat apa2 yg patut.aku pun tak tahu apa bentuk dugaan akan kena kat aku.aku sebagai manusia kena la selalu bersedia menghadapinya.bekalannya selalu la berpandu pada al quran dan al sunnah.rajin pegi usrah,mengeratka silaturrahim dan byk la.satu lagi jgn sekali menganiayai segala mahkluk dimukabumi ni.baik semut ka,nyamuk ka,lipas ka,pokok ka dan segalanya la.
mungkin bini ustad tu dah tak cun kot atau dah tak leh pakai…he he he jgn marah aku gurau je.elmo kau tanya la ustad tu kenapa.ok la tu,tukar selera.yg aku perhati kan la elmo,sekrg ini pasangan yg baru berkahwin tak sampai 5 tahun dah bercerai.punca2 byk la.aku tak sempat kaji pulak.itu kena tanya tot.
elok gak klu belum smpat kaji..kang byk lak statement ko pasal umatangga org…
“pada aku apa yg datang pada aku,aku cuba la buat apa2 yg patut.aku pun tak tahu apa bentuk dugaan akan kena kat aku”
insyallah klu niat ko baik mgkn dugaan tu xdelah berat sgt dtg pd ko.
“satu lagi jgn sekali menganiayai segala mahkluk dimukabumi ni”
kene pikir balik makna disebalik ayat nie..mgkn kite dpt elak n mgkn jugak kite tgh buat skgnie…
bagus jugak alasan dik mizz.biar la Allah sahaja yg tahu niat aku ni.InsyaAllah aku belum la sampai nak menganiayai kehidupan makhluk dimuka bumi ni.aku bercakap mcm ni berdasarkan pengalaman aku berhadapan dgn org2 yg suka menganiayai binatang2,tak kira la semut ka,cicak ka,kucing ka,tikus ka.itu tak dpt aku cerita la.
aku nak tanya la kau tot.tak kan tak jumpa lagi mr.right.kau byk demand kot.kau terima je la seadanya.tentu dia cair tapi kau kena tgk2 jugak la.kau pun tahu kan.aku tgk sekrg ni perempuan lagi bijak,bijak segala2nya la.bijak berkata,bijak bagi alasan,bijak menggoda,bijak melukakan(itu yg byk suami2 terluka tapi senyap je.)payah ni…dan lagi bijak cari duit,bijak belajar dan semua universiti mereka yg paling ramai.mcm mana nih.
tuah, ko ingat senang ke nak cari org yg betul2 sesuai dgn diri kita? Masalah penceraian jugak ada kaitan salah pilih pasangan hidup. Since I ada interview dgn org yg handle dgn kes penceraian ni, let me share you sikit aje. Ada 3 perkara yg mengundang penceraian, 1) hilang rasa kasih-sayang antara pasangan, 2) hadir org ketiga, 3) curang. Yang ni kira top 3 punca penceraian setakat yang i tahu. Kalau lain2 macam suami gaji kecil, isteri tak pandai memasak, tiada anak dsb, ni semua masih boleh diselesaikan. Ada orang bila tau husband gaji kecil, dia sanggup tolong suami berniaga jual nasi lemak/kuih sebab dia masih sayangkan suaminya. Kalau dah dia hilang rasa sayang pada suami, mesti dia akan tuntut cerai mengatakan suami tak bagi nafkah sebab pasangan boleh bercerai bila si suami abaikan nafkah kpd isteri. Kalau tak caya, jumpa hakim. Org kalau dah tau si suami/isteri curang, main kayu tiga dan hilang kasih sayang, dia akan gunakan alasan tidak diberi nafkah oleh suami bg menuntut cerai di mahkamah, dan pihak mahkamah akan meluluskan. Kalau lah nak bercerai dgn alasan si suami main kayu tiga, nak berpoligami, hakim akan senyum aje, jgn harap dia akan kasi mereka cerai, suruh pi kaunseling lagi ahhh…
Kalau perempuan dah bijak, why not you guy upgrade sikit education korang, pekerjaan korang, upgrade sifat kepimpinan dan tanggungjawab dan sifat2 terpuji yg harus ada pada seorang lelaki. Kita hidup ni kalau makin tua tapi makin tak senonoh, rugilah. Sebab tu ISlam ada menggariskan kalau hari ini lebih baik dari semalam, kan baik drpd hari ini lebih baik drpd esok, rosaklah diri (lebih kurang la ala2 macam tu). Kalau tak mampu baiki pendidikan dan pekerjaan, I rasa cukuplah kita ada kemahiran lain, dan mempunyai sifat2 terpuji. Kalau I lah, I tak kisah kalau gaji I lebih tinggi drpd husband asalkan dia baik akhlaknya, baik agamanya, sejuk mata memandang, dan pandai memimpin keluarga, itu sudah cukup. Kaya macam DK pun, hati susah takut husband cari no. 2 , tak ada gunanya. Kata orang “biar membujang asalkan bahagia daripd menjadi isteri orang tapi menderita”
opppsss sorry, panjangnye…
nicely written. aku selalu pegang satu benda jer pasai rumahtangga ni, ustaz aku pesan, dia cakap kahwin ni kalau nak bagi pelingkup cukup senang, pakai modal air liur jer pun rumahtangga boleh punah ranah, kalau nak bagi cantik punya lah susah, kena ada banyak pengorbanan. Banyak toleransi, banyak understanding… alhamdulillah , so far lumayan.. tapi betul ler mcm sitot tulis atas tu, trust tu mmg lah cukup penting. Kalau tak der tu, payah..
I really want to know what is in men mind?
aku ni tak boleh ler nak cakap bagi on behalf of others tapi pengalaman aku sendirilah, kau kena carik org yg yg bule ngam dgn style ko, pasangan hidup biarlah pada mata kita sendiri dia cantik dan sedap mata memandang, then tgk perangai dan kemampuan berkomunikasi secara efektif, kalau yg jenis yg asik dia jer yg nak menang, kalau tidak tarik muka muncung.. baik ler rentikan. Mungkin forumer yg lain bule tambah..
Apa yg lelaki nak drpd perempuan bila lepas berkahwin; 1 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 20, 30 tahun selepas berkahwin? Kadang2 hati manusia ni bila dah bertahun2 ayik hadap muka yg sama boleh menimbulkan rasa bosan, tak thrill dan rasa ingin mencari sesuatu yg lain. Kalau dah ada jawapannya, maybe I berani utk fikir melangkah ke alam baru.
weii…ini dah cerita apa da…tuan khemah bukak web baru.web mencari jodoh cara yg betul.ha ha ha.ada2 je la korang ni.aku setuju jugak apa kata GYYY tu..nak takle lelaki ni senang je.nanti ye aku beritahu…..
aku rasa ler, kena take things in stride, take one step at a time, kalau kau kawin baru seminggu dah worry apa yg nak berlaku lagi 30 tahun, payah lah nak mengurus kebimbangan kau tu. Mula2 kawin, sama2 naik bas, lepas tu bila dah ada anak, usaha kan jugaklah nak pakai kereta, rumah pulak mula2 menyewa, kemudian slow and steady dok lah rumah sendiri. Seperti yg aku tulih kat atas tu, masalah pasti akan timbul, so ko kenalah pandai handle dan tak payah lah nak besarkan benda2 kecik. Rumahtangga ni kalau nak bagi lingkup cukup senang, aku sentiasalah beringat benda tu. Nak carik pasangan yg sesuai ngan kita pun bukan mudah, alhamdulillah aku dpt pasangan yg baik. Sbb kami dah share time2 susah dulu, aku rasa aku lebih appreciate marriage aku ni sekarang ni bila kehidupan makin senang dan life pulak lebih tersusun. Idak ler kaya, cuma lebih terurus. Haa gitu..
bertuahbadan & lara mungkin bole bagi tips yg lagi ganteng. Iyolah menyimpang sket sekali sekala dari cite si ct ni..
permintaan lelaki tak banyak tot.lelaki tak akan curang.lelaki tetap sayang pada isteri dan anak2.seorg isteri mesti menjadi hamba bukan hamba abdi tetapi hamba yg dikasihi Allah.itu sebab lelaki suka memendam rasa,tak mahu gaduh2.lelaki tak boleh diberi byk tekanan.isteri kalau marah2 pada suami,menyakiti hati suami biar pun suami tak ambil pinggan ke dapur sudah dikira berdosa.isteri yg suka perintah memerintah suami juga berdosa.byk la tot kesilapan perempuan buat pada suami2 ni.itu sebab dineraka paling ramai perempuan yg masuk neraka kerana byk menderhaka kepada suami.tapi lelaki tak kisah pun…..redha la tu…kira sayang la tu…apa lagi yg perempuan nak!
aku tambah sket en tuah, aku rasa one thing yg org lelaki ni nak adalah some private space utk diri dia. So, itu sbb ada yg suka gi mancing, ada yg suka gi jalan sorang2 kat bandar, ada yg suka main computer game and net browsing (mcm aku ha ha), bukan sbb tak appreciate company spouse kita tu, cuma bcoz they just need the space for himself. Tapi at all time, batasan syarak kena ikut ler. Kang nak space tapi gi melibur kat pusat dangdut dgn GRO dah kira tak betul ler. So most of the time, ini lah kelemahan besar org pompuan. Dia tak reti2 that org lelaki ni perlu kan small ruang utk himself.
Aku ni bukan nak cakap apa ler, tapi aku tgk kawan2 pompuan aku masa aku sekolah dulu, yg physically tak attractive tapi jenis yg tak mendesak ni, hampir kesemuanya dah happily married. Yg masih single adalah those yg ada rupa tapi jenis tak reti bertolak ansor. Semua nak ikut dia punya terms, iya lah org cantik ler katakan.
Harapnya aku ni menjawab soklan lah ni..
itu sebab ibu2 dizaman dahulu dizaman 50an,60an,70an walaupun mereka tidak berpelajaran tinggi tetapi dididik dgn agama mereka patuh dan meletakkan diri suami itu seperti raja tapi memang berbeza la zaman sekarang ni.jadi kesimpulan dia didikan agama itu penting baik pada lelaki mahupun perempuan.memang zaman ni zaman yg mencabar dan penuh dgn kecelaruan.aku pun dah celaru dah ni..
org dulu2 lagi cantik la GYYY.bahagia sampai anak cucu.anak2 keluar pun cantik2.aku pun perasan jugak la…eksen sapa yg perasan cantik,sexy,berpelajaran tinggi ni.jual mahal kunun….
sekrg ni pun byk dah drama2 melayu dan indonesia boleh tgk realiti kehidupan sebenarnya.cuba bandingkan drama atau filem2 melayu dizaman p ramlee tu.kan byk bezanya.
drama melayu sekarang ni mmg tahap hampas.. pelakon harap ada rupa jer, pas tu berlakon keras mcm batu. Tema kegemaran, mesti org kaya, anak dia bermasalah.. tuii.. aku ni dah lama beno tak tgk drama melayu … tak rugi.. tak rugi
thanks genius, baru I tak lelaki needs space utk diri sendiri. Kadang2 org kata suami isteri ni perlu kongsi segala2nya, maybe “segala2nya” termasuk “ruang” utk diri sendiri. Dlm hal ni lelaki dan perempuan kena ada komunikasi yg efektif, macam genius cakap jugak. Bukan apa, apa yg I tahu pasal rumahtangga ni kebanyakannya drpd women perspective sebab itu nampak semua salah lelaki sahaja. Dan I suka melihat drpd lelaki dan perempuan perspective jugak. Macam org selalu cakap perempuan ni perampas suami orang, tapi kalau dilihat dr aspek lain, kadang2 lelaki yg kaya raya ni yg sebenarnya nak daun muda, masih bergetah, nak test power sama ada mereka ni walau dah tua ganyut masih laku lagi ke tak? Macam lara dulu pernah cakap, DK diberi wang berjuta sebab dah dapat siti, wallahua’lam. Kadang2 tak boleh nak salahkan perempuan itu adalah perampas kalau si lelaki itu sendiri yg nak mengorat perempuan dgn setiap hari hantar bunga ke office, hantar SMS, offer kondo, offer kereta mewah especially yg dah kaya raya, dah berumur sebab dah jemu dgn isteri di rumah. I tak salahkan lelaki, kadang2 kedua2 pihak harus berusaha mempertahankan rumahtangga. Kalau I dapat suami yg perlukan ruang utk dirinya sendiri, I will try, sebab I pun rimas jugak kalau lelaki tiap2 hari hantar sms, call time busy ke tak busy, pastu bila keluar kena report dulu…ishhhh rimas lah.
tuah, you kata lelaki tak akan curang? Strong statement tu. confirm aje lelaki takkan curang.
Thanks pada semua, bukan senang nak dapat pendapat dr lelaki sebab lelaki ni suka pendam. I sebg perempuan pun belum belajar lagi cara nak baca minda lelaki. Pandangan org single berbeza dprd org yg dah kawin. Dah bertahun2 kahwin pun kadang2 kita tak boleh lagi nak faham pasangan kita, sedar2 pasangan dah kawin no.2, 7 tahun dahulu tanpa pengetahuan isteri. Real story. Satu cerita yg I rasa nak sangat ikut, pasangan suami isteri dah bertahun2 kawin sentiasa pegi dating setiap hujung minggu. Kalau lah dapat org macam tu, dunia ni macam syurga.
pada yg dah berkahwin rajin2lah cium dahi dan tiup embun2 pasangan masing2. yg belum tuh jangan gatal plak. hehhehehe… insyaallah lembut hati dan senang berurusan dgn pasangan.
u all buat seperti bergurau sendalah. gurau senda pun byk baiknya. every weekend terpulang nak keluar atau duduk di rumah menghabskan masa bersama. masak atau bersihkan rumah bersama2 juga akan mengeratkan hubungan. sebenarnya ikut pd kehendak masing2. byk juga nak kongsi tapi nanti lah….. org kata buat sikit2 pelan2 baru nampak perubahan….
Ye ke lara? Tips yg bagus. Nak lagi!
lu nak kahwin ya tot? bagus2…. kurang lg 1 dosa. kahwin cepat2 rezeki pun lg bertambah2…
lagi satu jgn lupa solat jemaah sama2. bila masa berdoa tuh kan suami memohon dan isteri dan anak2 mengaminkan. bila habis doa bersalaman dan cium dahi isteri suami. lagi lembut dan rasa kasih syg. sambung….
tak der la nak kawin dulu…relax2..hahahah..
alahai….wahai manusia kenapa lah ko org cbuk sgt pasal benda nie…bagi aku lah kan ok per ct pakai mcm tu…jgn terlalu memaksa sgt…aku tanya ko org wahai perempuan…perempuan pakai tudung tu blh kira baik ker…cuba kaji…nama jer pakai tudung tp cuba ko bukak tudung dia leher penuh dik lovebig..pakai tudung nak cover jer…gumpat kuat gak…aku kenal sgt dgn perempuan muda sekarang….susah nak agak…yg penting dlm hati tu biar ikhlas…padan muko ko org……..TAHNIAH CT
ye la, dont judge a book by its cover.
masalahnya kat sini jojo, bukannya pasal cover or tak cover, masalahnya ialah cakap besar and cakap tak serupa bikin
sapa cakap besar? sapa cakap x serupa bikin?
katak maksudkan tok kembang le tot. betul ke katak?
oooooooooo rupanya…