Siti nur’hajah’liza



KUALA LUMPUR: Selepas pulang menunaikan ibadat haji, penyanyi terkenal, Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 28 tahun, buat kali pertamanya tampil dengan imej bertudung ketika menghadiri majlis hari jadi Cef Wan di Restoran Tarbush di Starhill, Bukit Bintang, di sini malam kelmarin.

Siti berangkat ke Makkah pada 13 Disember lalu untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dan selamat pulang ke Malaysia pada 27 Disember lalu.

Beliau diitemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa, ketika ditemui di majlis tersebut dan memberitahu bahawa penampilannya itu akan dikekalkan.

‘Insya-Allah, buat masa sekarang inilah penampilan saya dan tudung ini direka khas Datuk Bernard Chandran.

‘Saya ada beberapa lagi koleksi tudung yang sama. Rasanya ia sangat sesuai,’ katanya ketika ditemui pemberita.

Siti juga menegaskan beliau akan menutup kepala apabila menyertai Anugerah Juara Lagu Ke-22 yang dijadualkan berlangsung 27 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.

‘Setakat ini, saya belum pasti bagaimana corak tudungnya, tetapi apa yang pasti, saya akan menutup kepala.

‘Walaupun lagu Destinasi Cinta agak rancak, ia bukan satu masalah kerana cara berpakaian saya sekarang boleh disesuaikan dengan corak persembahan,’ kata Siti.

Siti tidak menafikan bahawa penampilannya itu akan menimbulkan ‘percakapan belakang’ di kalangan masyarakat.

Bagaimanapun, beliau berkata beliau tidak akan menghiraukannya kerana keputusannya itu ikhlas dan disenangi serta disokong suaminya. — Harian Metro.

You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Siti nur’hajah’liza”

  1. dsenangi pakai mcm tu coz nak samakan dgn titlenya. kalau dulu menyanyi nasyid bersama waheeda,ezlin,ella dan misha tak ingat plak nak pakai tudung ala2 jambul.

    inilah reality tok kembang. semua yg dia buat kerana nak nampak cantik bkn wajib. kalau dah mcm tuh mana yg perkara wajib so tok kembang ni buat kerana ikhlas lah.

  2. sitot says:

    menyanyi dah sebati dgn darah daging dia.. “biarkan” dan “biarlah rahsia” dia sorang…kita apa tahu :D

  3. gua kadang2 confuse lah dgn lu tot. kejap lu kutuk dia kadang2 lu kesian kat dia. =)

  4. sitot says:

    I cakap nyanyian tu sebati dgn darah daging dia sebab tu statement siti dulu… jgn la confius lara, I cakap cam tu tak semestinya i sokong dia 100% dan menentang dia 100%. Mana yang betul I sokong, mana yang salah I argue, sekurang2nya I bersikap objektif. Dan I jugak kalau tak suka seseorang tak bermakna I akan menafikan kebenaran yang dia buat. Macam you jugak, mana statement you I rasa betul I akan sokong, dan mana I rasa I perlu nyatakan pendapat I, I still akan cakap gak. Benci seseorang tak bermakna I membencinya selama2nya. I still hormat pendirian you, dan I tak boleh biarkan semua pendapat orang mempengaruhi pemikiran I, sebab pengalaman dan pendidikan yg diterima sesoorang itu berbeza. Jgn la lara confius ok… I tak mengalami split identity laa.. senyum sikit lara…ermmm kan comel macam tu…

  5. iyalah tot… senyum kambing je.

    kambing senyum pun cute apa…

  6. sitot says:

    ermmm same time same place…

    memang pun kiut kalau kambing senyum..

Leave a Reply