AWAL-AWAL lagi, seorang teman sekerja yang memang meminati kemerduan suara ‘Puteri Pop Malaysia’ ini sudah bertanya:
‘Dah dengar lagu terkini Datuk Siti Nurhaliza? Suaranya dah lain… matang betul dan best-lah.’
Sejurus memperolehi album terkininya, Hadiah Daripada Hati (gambar bawah) , saya pun memutar CD itu di kereta teman tadi.
Dapat dirasakan kelainan keratan-keratan lagu daripada album berkulit serba hitam ini.
Kerana sudah terbiasa dengan suara lemak merdunya menyanyikan lagu Aku Cinta Padamu, Bisikan Asmara dan Percayalah, album ini terasa ‘asing’ dan terlalu perlahan temponya untuk kami yang sedang memandu menuju ke Sentosa.
Saya fikir album ini perlu diputar berkali-kali untuk membuat cuping saya selesa mendengarnya. Dan, ia menjadi ‘teman’ di rumah, bukan untuk diputar dalam perjalanan jauh yang memenatkan (di mana kita perlukan lagu rancak).
Saya akur wajar ada pembaharuan bagi setiap album baru. Kalau dinilai dari segi mutunya, memang sudah pudar suara dan penampilan keanak-anakan Siti, berbanding album pertama dan keduanya.
Sentuhan bak lagu-lagu Indonesia ataupun yang nyaman dialunkan dengan iringan orkestra begitu ketara
Fesyennya lebih anggun. Kata-katanya tersusun indah lagi puitis dalam coretan dedikasinya kepada peminat.
Datuk Siti menganggap kerjayanya bak sekolah terbaik untuk dirinya mempelajari banyak perkara.
Keluhuran Hati telah memungkinkan saya dapat meneruskan perjalanan ini, jejak seni yang tidak akan pernah mati. Itulah kata-katanya.
Dalam banyak-banyak lagu, saya dan teman-teman saya sepakat memilih lagu ciptaan Azlan Abu Hassan, Biarkan, sebagai yang menepati cita rasa.
Kata-katanya menggambarkan kecekalan dan respons seseorang yang bersih hati berdepan dengan cemuhan dan sifat iri orang lain.
Seperti dalam korusnya: Biarkan cemburu berkubur…Asalkan tak cemari hidupku…Biarkan ku senyum selalu…Tandanya ku tiada seteru.
Pendek kata, album ini menyentuh soal sepotong hati – bagaimana ia merindu, jatuh hati, menyimpan rasa atau menahan pukulan badai.
Melawan Kesepian (Pongky Barata) dan Mulanya Cinta (Dick Lee/Adlin Aman Ramli) juga adalah dua lagi keratan lagu yang mampu menyentuh perasaan anda.
——————————————————————————–
Kuiz
NYATAKAN lagu Datuk Siti Nurhaliza yang anda gemari. Mengapakah anda menggemari lagu itu?
Jawapan terbaik akan menerima cakera padat, Hadiah Daripada Hati, album terkini penyanyi pujaan ramai ini.
Kirimkan kepada haryani.ismail@gmail.
com selewat-lewatnya Jumaat ini.
Jangan lupa nama, alamat, usia, nombor telefon dan nama sekolah.
On 7th January2008
January 10th, 2008 at 10:14 pm
gua rasalah yg menulis artikel ni je yg minat giler kat tok kembang. siap tulis ‘akan menerima cakera padat dr penyanyi pujaan ramai ini’. kenapa le nak memuja2 artis ni. minat dah cukup beb. makin menjadi2 plak wartawan2 skrg ni.
January 14th, 2008 at 4:22 am
erkekekeke
January 14th, 2008 at 5:03 pm
“Dalam banyak-banyak lagu, saya dan teman-teman saya sepakat memilih lagu ciptaan Azlan Abu Hassan, Biarkan, sebagai yang menepati cita rasa. Kata-katanya menggambarkan kecekalan dan respons seseorang yang bersih hati berdepan dengan cemuhan dan sifat iri orang lain”.
si penulis lagu azlan mcm tau je hati tok kembang bersih. biasalah beb, nak duit punya pasal sanggup buat apa saja. puji pun pujilah asalkan duit masyuk
January 14th, 2008 at 7:04 pm
sory bro.pasal lagu2 ni dah lama aku tinggal kan.kureng….gitu.itu sebab aku tak suka ct yg dah kahwin mau nyanyi lagi.apa nak jadi da….dunia mau kiamat.pompuan la yg paling ramai masuk neraka.
January 14th, 2008 at 9:29 pm
gua kalau terdgr lagu tok kembang, telinga gua jadi mcm panas smcm. geli pun ada dgr suara sengau nya tuh…
January 15th, 2008 at 12:57 pm
penglipurlara, kau ni bunyi mcm sitoyol. kau toyol ke? atau lagi satu individu yang tak suka nah ngan tok kembang semangkuk tu.
January 15th, 2008 at 1:05 pm
tak payah la menyanyi,duit yg dapat tu haram….kalau mereka kata duit tu halal mana berkatnya…tgk je la artis2 islam mana perginya mereka.kalau yg dapat petunjuk tu pun sekerat dua,yg lain hancus.itu maknanya artis2 ni tahu tapi buat2 tak tahu maka Allah pun tak pandang.Allah tu biarkan mereka dgn dunia mereka.rugi tu…lagi satu aku bagi tau kat mawi la…balak ni pun satu lagi.bersyukur la beb Allah bagi kau kelebihan agama tapi guna la akal.cari la rezeki yg lebih berkat.biar sedikit tapi keredhaan tu teguh.Allah sentiasa bersama org2 yg sabar dlm mencari rezeki yg halal.
January 15th, 2008 at 4:44 pm
gua suka tgk noorkumalasari. dulu seksi giler skrg perempuan melayu terakhirlah…ini baru betul nak kasi gelaran. yg gua paling kesian sekali pd wartawan2 akhbar dan majalah. duit punya pasal, puji pun pujilah janji poket masyuk…. jujur dlm menyampaikan berita atau cerita dah kasi belakang kira yg penting bodek. nilah wartawan2 yg paling gua kesian. tapi tak semua mcm tuh. ada yg honest sampaikan cerita tapi bila sampai pd ketua dia reject coz ada yg memburukkan tok kembang. biasalah tuh…. penakut mcm lembu tarik hidung…..
TAKUT KENA SAMAN YA. KALAU NAK CERITA YG BAIK2 DAN BURUK2 TAK ADA BKN PD TOK KEMBANG JE TAPI JUGA PD ARTIS2 LAIN. BARU ORG KATA MCM DACING UMNO. SEIMBANG…
January 17th, 2008 at 12:28 pm
I agree 101% with u lara.
January 17th, 2008 at 1:53 pm
i pon 100% agree with u lara
December 18th, 2008 at 10:54 am
hai datuk siti nuhaliza.
December 18th, 2008 at 10:54 am
jolll;llllllllllllllllllllllljjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkh
December 18th, 2008 at 10:56 am
hai dayang