Siti rakam lagu Dick Lee

KALAU sebelum ini Datin Seri Siti Nurhaliza lebih banyak mendapatkan lagu daripada komposer Indonesia selain Malaysia, untuk album terbarunya, beliau turut memuatkan karya penggubah Singapura – Dick Lee.

Dick menyumbangkan lagu Mulanya Cinta yang liriknya dituliskan oleh Adlin Aman Ramli.

‘Siti pernah jumpa Dick Lee semasa konsert di Shanghai dahulu tapi ini adalah pertama kali Siti dapat membawakan lagu Dick Lee.

‘Lagu itu dinyanyikan semasa berlakon teater Muzikal P.Ramlee,’ ujar Siti.

Lagu itu merupakan antara yang termuat dalam album Hadiah Daripada Hati yang dilancarkan awal minggu ini di Hotel Legend, Kuala Lumpur.

Album yang berkonsep pop ini mengandungi 11 lagu pelbagai rentak sesuai dengan peminat yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Lagu-lagu tersebut termasuk Ku Mahu yang merupakan lagu tema drama bersiri Spa Q dan single pertama Siti, lagu Hati yang lebih dikenali sebagai lagu tema filem 1957 Hati Malaya.

Album Hadiah Daripada Hati diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd (SNP) dan diedarkan oleh Suria Records Sdn. Bhd.

Siti yang tampil dengan fesyen memakai selendang lace yang dililit di kepala begitu anggun dalam pakaian rekaan Riezman Ruzaini.

‘Siti mementingkan kelainan dalam berfesyen. Sebenarnya idea pakai selendang ni baru muncul tadi semasa Siti membelek sebuah majalah dan rasa sesuai juga bergaya seperti ini,’ ulas Siti yang memilih warna hitam dan emas dalam konsep album terbaru ini.

Siti turut mengumumkan pemergiannya ke Makkah untuk menunaikan haji bermula 13 Disember selama dua minggu bersama empat orang muhrimnya iaitu keluarga dan suaminya dan mengikuti pakej Tabung Haji bersama lebih 20 orang bakal haji lain.

‘Siti ingin memohon maaf kalau ada terkasar bahasa dan minta semua orang doakan keselamatan kami di sana,’ akhiri Siti yang mengatakan beliau kelihatan seksi kerana badannya yang sedang ‘naik’.

On 15th December2007

  Comments: 0 Read more

Leave a Reply