Skip to content

August 30, 2007

4

DVD deklamasi sajak Pak Lah, sasterawan



Oleh Sazarina Shahrim

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, rakyat berpeluang melihat pemimpin negara termasuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak, bergabung bersama sasterawan negara untuk mendeklamasikan sajak yang dihimpunkan dalam bentuk cakera video digital (DVD) bagi menyemarakkan semangat patriotik di kalangan masyarakat.

Kira-kira 500,000 DVD ‘Kumpulan Deklamasi Puisi Patriotik- Tanah Tercinta’ itu dicetak dan akan diedarkan di sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) bermula Januari depan.

Selain Perdana Menteri dan Timbalannya, turut terbabit Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Seniman negara yang terbabit ialah Datuk A Samad Said, Datuk Siti Nurhaliza, Dr Lim Swee Tin dan Prof Dr Zainon Ismail.

Rosmah yang juga Penaung Kehormat Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pecinta), berkata DVD itu sebahagian pengisian sambutan 50 tahun kemerdekaan negara selain memartabatkan bahasa Malaysia dan sastera Melayu.

“DVD ini diharap akan dapat meningkatkan minat orang ramai mengenai puisi yang boleh dijadikan panduan terutamanya kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara,” katanya pada sidang media selepas melancarkan DVD itu di sini, semalam.

Turut hadir ialah isteri Zulhasnan, Datin Seri Ana Noriah Razak; Presiden Pecinta, Datuk Izudin Ishak dan A Samad Said selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana.

Pada majlis itu juga, Rosmah turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada sekolah di ibu kota dan IPT serta rumah kebajikan sekitar Lembah Klang.

Dalam DVD itu, Abdullah dan Najib masing-masing mendeklamasikan sajak nukilan sendiri iaitu, ‘Negaraku Terbilang’ dan ‘Segeralah Bangsaku Kita Glokalkan’ manakala Rosmah pula mendeklamasikan sajak karya Samsusin Osman, ‘Kemilau dari Tanah Ini’.

Susulan pelancaran DVD terbabit, Rosmah berkata, beberapa program diatur seperti penerbitan Program Akademi Sastera berbentuk realiti bagi meningkat rasa kecintaan kepada puisi, sajak, syair dan gurindam.

Selain itu, katanya, Malam Puisi Cinta Negara akan diadakan pada Februari 2008 membabitkan 14 individu dalam DVD berkenaan.

Read more from Berita Harian
4 Comments Post a comment
  1. agk7777
    Aug 30 2007

    Pilihanraya is around the corner, so kenalah berpakat buat baik2 ambik hati pengundi/rakyat.
    masa Tun M dulu… org start bukak mata masa kes anwar (selepas berbelas2 tahun jadi PM)… tapi si bodola badwi yg byk tidok nie… baru empat tahun org dah benci cara dia mentadbir… sesungguhnya dia telah gagal…. Mesia Gemilang, Cemerlang, Terbilang dan TEMBERANG !!!!!!!

    Anyway, wishing everybody Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    Tell me, are u all proud being a Malaysian? Why?

  2. betuahbadan
    Aug 31 2007

    aik! ada jugak terkucil nama siti tu….sapa la yg punya idea ni.
    Malaysian?hanya pada nama saja.mereka kata mereka dianaktiri tapi mereka sebenarnya memasang strategi yg rugi ada la bangsaku.kemerdekaan tiada makna lagi kepada bangsaku.bangsaku yg masih miskin,yg makin jatuh,yg makin jauh.aku salahkan pada pemimpin2 bangsaku.mereka tidak sepenuhnya menjalankan tanggungjawab kepada bangsaku.malaysia ada la tanah airku.tidak aku mahu jadi pelarian mahupun peminta sedekah di dalam tanah airku sendiri.bekerja keras la bangsa ku,sama2 menikmati kekayaan negara dgn saksama.

    pilihanraya tak lama lagi.bersiap sedia la bangsaku bertempur dalam aman.

  3. kpc
    Sep 1 2007

    Tell me, are u all proud being a Malaysian? Why?

    NO! a BIG NO! semua org salahkan TDM kerana pilih bodowi.TDM salah ka? Dulu,si bodowi tu mr clean but now…super dirty. tak lama lagi, malaysia akan hancur…di bawah perintah bodowi. apalah…. nasib kita.
    Any good idea????????????

  4. betuahbadan
    Sep 3 2007

    dari dulu lagi pak lah ni pelembut orgnya.tak banyak songel itu pasal TDM ambik pak lah jadi TPM.bila pak lah dah jadi PM baru la banyak pecah tembelang tapi pak lah still buat muka dek dia tu..aku rasa memang dah semulajadi perangai pak lah mcm tu agaknya.kes pak lah suka tertidur tu aku rasa jugak la mungkin pak lah ada penyakit sukar tidur malam itu pasal dia tak pernah marah kalau rakyat dok perli2 dia.pak lah pun dah tua dah tak kuasa nak layan benda2 remeh ni aku agak la.kesian jugak aku kat pak lah ni.TDM dah buat kesilapan besar pilih pak lah ni sebagai pengganti anwar sebab tgk pak lah ni mcm senang kena buli dan kena ampu.pak lah ni pelembut orgnya.

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments