Skip to content

August 27, 2007

23

‘Kami semakin bahagia’



Oleh Farihad Shalla Mahmud

Majlis ulang tahun pertama perkahwinan Siti, Khalid imbau nostalgia detik bersejarah 21 Ogos 2006

BEGITU pantas masa berlalu dan tanpa disedari usia perkahwinan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa mencecah angka setahun tanggal 21 Ogos lalu. Rasanya, bagai semalam menyaksikan Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K menggenggam tangan Tok Kadi, melafazkan ijab kabul, menerima Siti sebagai permaisuri dalam hidupnya.

Namun, putaran masa meninggalkan jauh nostalgia itu. Dan Jumaat lalu, pasangan romantis ini meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama dalam suasana yang cukup meriah dengan diraikan ramai tetamu kehormat, kenalan serta rakan artis. Dewan hotel One World, yang menjadi saksi acara bersejarah itu dihias indah mengikut tema yang dipilih iaitu Retro.

Sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam dewan, kelihatan wajah pasangan popular ini diabadikan dalam pelbagai gaya sebagai hiasan pentas yang dilatari rona warni-warni sekali gus menggambarkan kehidupan alam berumahtangga Siti yang penuh warna-warni.

Seperti majlis perkahwinan mereka terdahulu, orang yang bertanggungjawab mereka dan menghias dewan itu adalah orang yang sama menjadi perunding perkahwinan mereka iaitu Datuk Shah Rezza dari Nusantara Gems.

Melewati angka 9 malam, barulah acara bermula di mana pasangan sama cantik sama padan ini masuk ke dalam dewan dengan diiringi tetamu kehormat yang lain serta ahli keluarga masing-masing. Kehadiran mereka terus menjadi tumpuan apabila kedua-duanya mengenakan pakaian sedondon berwarna biru hasil sentuhan Datuk Bernard Chandran.

Melihat kepada raut wajah Siti malam itu, nyata kebahagiaan yang dicari-cari selama ini sudah pun ditemui dalam diri suami kesayangannya itu. Malah, wajah jelitanya yang tidak henti-henti mengukir senyuman itu sudah cukup menghantar syarat bahawa dirinya memang bahagia sekali gus melenyapkan pelbagai fitnah yang pernah singgah dalam hidup mereka sebelum ini.

“Setiap insan dalam hidup ini dijadikan Tuhan berpasang-pasangan dan Siti bersyukur kerana lelaki yang berdiri di sebelah Siti malam ini adalah pasangan Siti. Siti akui perjalanan kami masih jauh dan Siti harap pada anda semua, doakan yang terbaik buat kami berdua semoga dimurahkan rezeki dan dapat bertemu lagi dalam majlis seperti ini pada masa akan datang,” luahnya ketika memberi ucapan ringkas dalam majlis itu.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Biarlah Rahsia ini berkata, sambutan itu sengaja dibuat pada hari Jumaat semata-mata kerana ingin mengambil keberkatan penghulu segala hari itu.

“Sebenarnya saya hendak buat majlis ini secara sederhana saja tetapi tak sangka pula boleh jadi sehebat ini. Apapun saya ucapkan terima kasih pada kakitangan SNP Production dan ACE Group kerana tanpa usaha mereka majlis ini tidak mungkin akan menjadi sehebat ini.

“Walaupun Siti bernikah pada 21 Ogos dan majlis di KLCC pada 28 Ogos, namun Siti sengaja memilih hari Jumaat kerana ingin mendapat berkat daripadaNya dan Siti juga terharu kerana walaupun terpaksa meredah kesesakan jalan raya, anda semua sanggup datang untuk meraikan kami,”ujar Siti sambil memberitahu ulang tahun pertama perkahwinan memang wajar diraikan buat semua pasangan suami isteri.

Bagi mengimbau kenangan setahun lalu, tetamu yang hadir secara eksklusif turut disajikan dengan tayangan klip video serta foto majlis perkahwinan Siti dan Khalid serta aksi romantis mereka sewaktu bercuti di luar negara. Bukan itu saja, Siti dan Khalid turut menerima kejutan apabila keluarga dari kedua-dua belah pihak serta kenalan turut memberi ucapan selamat kepada mereka.

Tidak lengkap rasanya majlis itu andai suara gemersik Siti tidak berkumandang malam itu dan jika di hari persandingannya Siti memilih lagu Cahaya Cinta tetapi untuk acara ini, Siti mengalunkan lagu romantis yang pernah dipopularkan oleh Whitney Houston berjudul, I Wiill Always Love You.

Sememangnya, itulah juga perasaan Siti terhadap suami tercinta dan tidak hairanlah andai penghayatan Siti ketika menyampaikan lagu itu sedikit luar biasa. Pada majlis itu, Siti turut mengundang sepupunya yang pernah menyanyi bersama-samanya sewaktu kecil dulu, menerusi lagu Mencintaimu.

Acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan rakan artis yang lain seperti Ning Baizura, Fazli Zainal, Lan Pet Pet dan juga peserta My Starz LG serta bacaan puisi oleh pengacara Malaysia hari Ini, Ahmad Fedtri Yahya.

Read more from Berita Harian
23 Comments Post a comment
  1. betuahbadan
    Sep 1 2007

    aduh! siti, tak payah la sebut nak buat hari jumaat untuk mendapat keberkahanNya tetapi apa yg dilihat dan dibuat menjauhkan lagi keberkahanNya.tgk dari gambar2 ulang perkahwinan kau siti memang tak sepatutnya kau mengeluarkan statement yg mcm tu.jgn cakap serupa bagus kalau tak kena dgn tempat beb.

  2. Sep 1 2007

    mcm2 manusia ada

  3. Sep 1 2007

    yang si wartawan menulis ceta ni plak terlebih over memuji. mcm lah dia hidup dgn besama tinggal besama dgn cgila hingga mengatakan “Rasanya, bagai semalam menyaksikan Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K menggenggam tangan Tok Kadi, melafazkan ijab kabul, menerima Siti sebagai permaisuri dalam hidupnya”. kelakar siutttttttt

  4. kpc
    Sep 1 2007

    kalo nak tunjuk bahagia…….mana cahaya matanya? tak pegi tengok doktor? kalo doktor tak blh tolong, pi lah cari bomoh kat indon. kan dah bisa ke sana?

  5. betuahbadan
    Sep 3 2007

    itu maknanya yol,si wartawan ni yg dah syok sendiri sampai lupa diri terlebih2 memuji.aku pun nak tergelak da….

  6. betuahbadan
    Sep 3 2007

    itu maknanya yol,si wartawan ni yg dah naik syok sendiri sampai lupa diri terlebih2 memuji.itu yg nak buat aku tergelak da….

  7. Genius.YYY
    Sep 3 2007

    baguslah kalau bahagia, jgn pulak tahun depan, kuar statement, kami mengambil keputusan untuk mencarik haluan sendiri dan terus berkawan baik walaupun dah berpisah..

  8. Sep 3 2007

    hahahahah…jadi mcm erra and yusri vs nurul and ajai. coming soon ????? whossssss?????? vs…

  9. cykepo
    Sep 4 2007

    alah biasa tegal biasa pepatah orang melayu. kalau dah biasa pisah2 dgn pasangan sebelum ke sesudah kawin ke., perkara pisahni sudah lumrah dan apa yang ditudingkan jari nanti-tentulah takdir.kawin laki orang pun takdir, kawin orang lebih muda pun takdir. alah semuanye takdirlah tapi ada tanya nafsu sendiri?orang kata lebih baik tepuk dada tanya akai.

  10. mizz
    Nov 6 2007

    mcmtu pangai toyol yee…doakan keruntuhan umatangga org.ish3…
    nak tau sgt toyol ni spesis betina ke jantan erk…

  11. katak
    Nov 7 2007

    toyol hermaphrodite

  12. katak
    Nov 7 2007

    selamat deepavali,
    kepada kaun india dan benggali,
    setahun hanya sekali,
    merayakan hari yang mulia ini.

    HAPPY DEEPAVALI NAL VALTUKALL

  13. Nov 9 2007

    cik mizz, lu nak tau ke gua ni jantan @ betina ya. cuba lu selak kain lu. lu nampak apa? hahahahaha……. kelakarlah lu minah. tak ada maknanya tanya gua ni spesis apa. toyol mana ada jantina. ada ke? tak nampak punnnnn…. cik mizz oiiii, ni nak bg tau lah ya… TAK ADA MAKNANYAAAAAA

  14. aku
    Nov 9 2007

    wei toyol ko nie akuy tau speses per la….. ko spesis nok kan….hahaha nok nok nok la ko nie

  15. Nov 10 2007

    AKU, spesis apa tuh… gua kurang memahami. nok nok? nang nak gua tau

  16. Nov 10 2007

    tuan khemah, tanah baru ni gua kurang minat lah. awat p letak colour pink? mcm patung barbie plak. rumah dulu kan lagi bagus dan terang. senang pun senang.

  17. admin
    Nov 12 2007

    haha.. rumah lama dah roboh… nanti ler tahun depan aku cat putih balik.

  18. mizz
    Nov 13 2007

    asal lak aku yg kene selak kain??
    owh toyol kan mana pakai kain,sbbtu xleh nak selak…jantina pun xde tu yg x tau nak pakai baju ape yeee..
    ape kate hang ukur dl baju kat badan hang siapkan selai ke 2 helai kee sblm cbuk nak mengukur baju org…
    lu pakaian pun xdak lagi mau ckp byk…
    bdw aku tau spesis toyol mmg suke mencuri tu yg nmpk seghope ngan pangai hang…x abis2 nak kutip cerita org lain pastu dok hebah 1 dunia…nak jadi repoterlah konon.. cm bezanyer toyol klu dah mencuri hasil die bg kat tuan tanah…ops silap…tuan yg bela die
    tapi yg bagusnyer hang, abih sume hang tabur kat cnie bg sume org ‘rasa’…
    tu yg bertambah2 pengikut hang kannn…

  19. mizz
    Nov 13 2007

    senang pun senanglah hang nak tabur cerita lagi kat cnie…

  20. katak
    Nov 14 2007

    selamat kembali yol

    aku ingatkan ko dah merajuk bawak diri, rupa-rupanya masih di sini

  21. Genius.YYY
    Nov 14 2007

    aku pun lega gak si toyol ni dah balik, takut-takut masih lagi terperangkap dlm thermos kat istana budaya tempohari.

  22. cykepo
    Nov 14 2007

    yalah yol, aku ingat kau dah kena simpan dlm botol. muncul lagi lak kau ni.tapi bagus jugaklah. makin bertambah meriah. kalau tidak ‘all quiet on the western front’.hehe

  23. mizz
    Nov 19 2007

    toyol ni sume lubang die ble lepas…
    siap bw ‘hasil’ lagi…

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments