Skip to content

July 22, 2007

13

Rumah tangga Siti Nurhaliza terus diuji



Oleh: NIEZAM ABDULLAH

RAMAI peminat yang terkejut dan ramai juga yang tertanya-tanya. Benarkah dakwaan mengatakan Datuk Siti Nurhaliza, 28, dipukul oleh suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 48?

Khidmat pesanan ringkas (SMS) mula tersebar pada petang Jumaat 13 Julai lalu mengatakan penyanyi kebanggaan negara itu terlantar di hospital akibat kejadian tersebut.

Percaya atau tidak sekiranya benar Siti dimasukkan ke hospital, tidak kiralah atas apa kejadian sekalipun tentunya berita itu akan tersebar dengan cepat termasuklah menyatakan lokasi sebenar di mana dia ditempatkan.

Malangnya pada hari dakwaan itu tersebar, tiada siapa yang dapat mengesahkan sejauh manakah benarnya desas-desus itu.

Akhirnya persoalan tersebut terjawab apabila Siti sendiri membuat kenyataan mengatakan dia sihat dan bahagia di samping suami tercinta.

‘‘Itu semua fitnah untuk menjatuhkan Siti,’’ kata wanita itu mengulas kejadian berkenaan.

Hakikat yang perlu kita semua terima rumah tangga penyanyi itu diuji lagi.

Benarlah kata orang, bukannya mudah menjadi seorang Siti Nurhaliza.

Walaupun mampu menguntum senyuman pada setiap masa namun di dalam hatinya menangis pilu tiada siapa yang tahu.

* Tempuhi dugaan

Sukar menjadi seorang Siti yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan sejak mula menjadi artis sehinggalah diijabkabulkan sebagai isteri kepada ahli perniagaan itu.

Kami di meja Pancaindera juga tidak terlepas daripada menerima dakwaan tidak berasas sedemikian.

Talian telefon berdering-dering daripada peminat yang ingin mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.

Mustahil orang secantik dan lemah-lembut seperti Siti hendak dipukul oleh suaminya sebegitu rupa? Tetapi hakikatnya itulah dinamakan fitnah.

Baru saja reda kes seorang remaja, Muhammed Kasheef Harris Sivapatham yang mendakwa dipukul Datuk K pada 17 Mac lalu, tiba-tiba timbul pula fitnah baru yang dilakukan untuk melingkupkan kerjaya Siti.

Kata Siti, pada malam kejadian dia bersama suaminya menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di Kuala Lumpur.

Malah Siti dan Datuk K sendiri terkejut selain turut menerima pertanyaan serupa daripada saudara-mara dan teman rapat mereka.

Sehari selepas berita palsu itu tersebar, kedua mereka berlepas ke Bali, Indonesia untuk bercuti bersama.

Program Melodi terbitan TV3 Ahad lalu berjaya menghubungi kedua pasangan itu secara langsung untuk memuaskan hati orang ramai terhadap persoalan yang bersarang di dalam fikiran mereka.

‘‘Kami berada di Bali pada ketika ini dan turut terkejut dengan berita itu,’’ kata Siti semasa ditemu bual pengacara Farah Fauzana Ahad lalu.

* Mengambil tindakan

Ternyata kecewa dengan dugaan sedemikian, Siti dan Datuk K tidak ada pilihan lain sebaliknya ingin mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan fitnah.

‘‘Semakin kami diam, semakin menjadi-jadi fitnah terhadap kami.

‘‘Kami berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuba menaburkan fitnah tersebut,’’ kata Datuk K dalam satu sidang media di Petaling Jaya, Selasa lalu.

Siti pula menganggap dakwaan tersebut yang turut mengatakan keadaan dirinya cedera parah merupakan satu fitnah yang paling hebat selepas dia mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos tahun lalu.

Fitnah itu memberi kesan yang amat besar terhadap Siti kerana akuinya, banyak hati yang perlu dia jaga.

Sekiranya perkara yang tidak berasas itu terus tersebar pada masa akan datang, tentunya rumah tangga dan kebahagiaan yang diimpikan dalam hidup Siti selama ini tidak akan tercapai.

‘‘Sepanjang berumah tangga, kami tidak pernah ada masalah dan juga tidak pernah bergaduh. Saya gembira kerana mendapat suami yang memahami tetapi saya benar-benar terkilan terhadap fitnah yang dilemparkan,’’ katanya.

Selagi ada umat yang bernama manusia, fitnah itu akan terus berlaku. Itulah hakikat tidak semua manusia yang dapat berkongsi gembira dengan kesenangan dan kebahagiaan orang lain.

Maka disebarkan fitnah untuk meruntuhkan kegembiraan dan kebahagiaan itu.

Siti dan Datuk K di antara pasangan yang dilanda ujian tersebut.

Apa yang penting dalam diri setiap manusia itu turut dikurniakan kesabaran.

Dalam menempuh ujian itu, Siti dan Datuk K perlulah banyak bersabar kerana ia sebahagian daripada iman.

Read more from Utusan Malaysia
13 Comments Post a comment
  1. Jul 30 2007

    gua tak heran minah gila glamour ni di timpa bermcm2 dugaan sebab bala cari sendiri. satu lagi sebab suka main dgn kata2 tapi tak di kota. setahu dari pengalaman gua kalau kita ikhlas dan jujur dgn apa yang kita lakukan insyaallah semua berjalan dgn lancar dan terhindar dari bala. tapi mcm kes minah ni gua boleh rasa sendiri yang dia buat semua ni kerana popular. bukan sekali cgilamour lakukan ceta publisiti murah mcm ni tapi many times…….!!!!!!!!! baru je balik umrah dah dapat bala bertimpa2. gua yang kelakar cgilamour kata ‘ITU SEMUA FITNAH UTK MENJATUHKAN SITI’….. ya ke cgila???? lu rasa popular lu dah menurun dan lu sengaja mereka ceta utk manusia yang buta mata hati simpati kat lu and undi lu menang sebab lu popular gila dgn gosip ceta busuk lu…. nampak sgt dari ayat lu MENJATUHKAN SITI’ buat lu sebenarnya yang jatuhkan diri lu gara2 gila glamour busuk lu. tak semua org lu boleh bodohkan dan kasi buta mata beb. tembelang lu pecahlah beb.

  2. Jul 31 2007

    betul..sokong hundred pcent…..

  3. Genius.YYY
    Jul 31 2007

    dia ingat dia sorang je ker yg tangga rumah kena uji, tangga rumah aku ari tu ada anjing melepas, terpaksa aku naik lif.. tak puas hati tul lah, aku cuma tak masuk kan dlm news jer

  4. Jul 31 2007

    hahahaha…….. kelakarlah lu bro.

  5. sijil pelajaran malaysia
    Aug 1 2007

    kalian umpama MEMAKAN DAGING SAUDARA SENDIRI.
    renung-renungkan.
    banyakkan beristifar pabila syaitan mula kuasai diri.
    waallahualam. :)

  6. Aug 2 2007

    to SPM….. lu pun bykkan beristighfar. memakan daging saudara sendiri itu cukup makna buat gua sebab kalau gua balikkan semula ayat tu pada cgilamour memang sesuai. ibarat memakan daging seperti memakan duit manusia2 yg terlalu gila dgn pekikan suara syaitan. si syaitan memanggil2 mangsanya dgn rakus dan si mangsa yg mudah buta hati dan mata terjerat dan mengikutnya.
    dlm web ni gua juga renung2kan dgn apa yg gua katakan. begitu juga org2 di sini yg hadir utk memberi komen. terpulang pada diri masing2 utk menilai. mgkn bg lu ia tidak baik tapi adakah cgilamour yg manusia butakan dari hati mata agung2kan itu baik? renung2kan juga. gua dan rakan2 di sini sentiasa merenung dan tenung. tapi utk tenungkan dgn sikap perempuan sebegini sorrylah beb. makin kami gunung2kan renungan kami. salam

  7. Aug 2 2007

    ape benda nak renung spm..ko spm tak pass ke..?

  8. TIKA
    Aug 6 2007

    k siti sabar aja Allah selalu melindungi orang2 yang sabar selalu tersemyum karena dengan senyuman k siti semua orang2 akan bahagia melihat senyuman k siti yang sangat manis dan penuh ketulusa

  9. Aug 6 2007

    aminnnnnn

  10. Aug 6 2007

    di luar nampak manis dlm pahit tak terkata dik kerana kena berlakon depan fanatik. takut fanatik2 lari bila tgk cgilamour senyum terpaksa. hahahahaha….. itu pun skrg masih lagi berlakon depan org. kan dah jadi kenyataan…skrg jadi pelakon teater pula. dunia ni kecil je…..

  11. betuahbadan
    Aug 6 2007

    mana la dik tika ni tau senyum manis siti tu sangat manis dan penuh ketulusan.itu senyum buah peria dik oii…kena la senyum sebab tahu peria tu pahit kena telan la juga.adik tika faham ke ni.renung2kan ye.

  12. minahjb
    Oct 31 2007

    to ct.,pe2 hal yg jdi.,tabahknla diri anda..mulut owg xsape bleh ttup..biala diowg tanggng dosa sndiri..2 sume cme 1 dgaan..ble da tbe msenye.,insaf r diowg 2..keje mndengki n keje syaitn..sakt ati je 2..bia r diowg rse pe yg ct rse..

  13. Carl Barzun: “The test and use of a man’s education is that he finds pleasure in the exercise of his mind.”

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments