Cerita dan foto oleh Zubir Mohd Yunus

Kemesraan jelas terbayang pada wajah pasangan popular ini walaupun terus dihimpit pelbagai cerita negatif
SEPANJANG minggu lalu, industri hiburan digemparkan dengan berita kononnya penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dimasukkan ke hospital kerana dipukul suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali Datuk K selepas hampir setahun pasangan itu mendirikan rumah tangga.
Perkahwinan Siti dan Khalid yang dianggap Wedding of the Decade itu dimulai majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan pada 21 Ogos tahun lalu, diikuti persandingan gilang gemilang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Ogos, seterusnya diakhiri persandingan di Dataran Lipis, Pahang pada 3 September.
Desas-desus turut menyebut Datuk K bertindak begitu kerana dia mahu berkahwin lain. Pun begitu, Siti menafikan kejadian itu menerusi satu laporan akhbar dan menyifatkannya sebagai satu fitnah. Laporan media turut menyatakan, Khalid akan membawa isterinya bercuti ke Bali mulai 14 Julai lalu.
Mungkin kebetulan yang seolah-olah dirancang rapi, namun hakikatnya tidaklah begitu kerana penulis seisi keluarga turut berada di Kuta, Bali pada tarikh berkenaan kerana bercuti.
Sebaik saja menerima kiriman SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) daripada Editor Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah di Kuala Lumpur yang mahu penulis mendapatkan komen mereka, Datuk K terus dihubungi dan akhirnya satu pertemuan eksklusif bersamanya dan isteri diadakan keesokan harinya (15 Julai).
Penulis menerima jemputan makan tengah hari daripada pasangan popular itu di sebuah resort percutian mewah iaitu di Amandari, Desa Kedewatan, Ubud, Bali. Siti bersama suaminya menginap di Asmara Suite yang berharga AS$2,100 semalam. Suite berkenaan juga pernah didiami bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter.

Kedatangan penulis disambut mesra oleh pasangan berkenaan. Khalid juga sempat memberitahu, percutiannya ke Bali bersama Siti kali ini adalah bagaikan ‘pre honeymoon’ mereka, selain menguruskan beberapa hal berhubung perniagaan.
Dalam pertemuan itu, Khalid dan Siti turut ditemani pakar chiropractic dari Jakarta, Indonesia, Dr Anthony K Dawson DC apabila Khalid mendapatkan rawatan susulan urutan bahu sejak mengalami kecederaan selepas Fiesta Media Idola 2007 (FMI’07) di Kuantan, Pahang, April lalu.
“Zubir, tengoklah sendiri muka Siti, kalau ada lebam-lebam,†kata Khalid bergurau sementara menunggu panggilan telefon daripada krew Melodi di Kuala Lumpur yang ketika itu sedang menjayakan lintas langsung menerusi TV3, kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Siti ketika diajukan pertanyaan berhubung khabar angin itu, menjelaskan gosip berkenaan tersebar menerusi SMS pada petang Jumaat lalu (13 Julai).
“Siti dapat tahu mengenai perkara itu pada sebelah malamnya. Itupun selepas dihubungi Kak Rozi (kakak ipar). Ketika itu, Siti bersama suami baru saja pulang menghadiri majlis perkahwinan anak Datuk Osman Desa yang turut dihadiri beberapa menteri kabinet termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya.
“Kak Rozi memberitahu, cerita Siti kononnya dipukul suami, sehingga masuk hospital dah kecoh apabila media ke balai polis untuk mendapatkan pengesahan, selain menghubungi pihak hospital. Siti turut dimaklumkan, cerita berkenaan tersebar menerusi SMS dan panggilan daripada orang tidak dikenali kepada wartawan.
“Siti ingin menjelaskan bahawa cerita itu sama sekali tidak benar, kejadian seumpamanya memang tak pernah berlaku. Bagi Siti, orang yang menyebarkan fitnah ini mungkin sakit hati, sakit mata atau mungkin sakit jiwa. Mereka tak boleh tengok Siti bersama suami hidup bahagia.

“Siti pernah melalui gosip yang lebih teruk dari ini, tapi ia membabitkan Siti seorang diri. Tapi, selepas mendirikan rumah tangga, ini adalah gosip pertama yang turut mengheret nama suami Siti, sekali gus membabitkan reputasinya dan maruah keluarga mentua,†kata Siti dalam nada kesal.
Sementara itu, Datuk K mengakui ibu dan ayah Siti tidak senang dengan cerita seumpama itu sehinggakan bapa Siti memintanya membuat laporan polis agar siasatan segera dapat dibuat ke atas pihak yang tidak bertanggung jawab menyebarkan fitnah berkenaan.
“Saya akan berbincang semula dengan bapa mentua. Kalau itu kehendaknya, saya akur. Saya dan Siti sendiri memang nak tahu ini angkara siapa dan dari mana sumbernya. Pun begitu, setakat ini saya belum terfikir nak saman pihak berkenaan. Seandainya tersaman orang terencat akal atau kanak-kanak kecil, tak guna juga.
“Bagi saya, apa yang berlaku ini, orang hendak memberi imej yang buruk terhadap saya, bukannya hendak menjatuhkan Siti sangat. Saya kesal dengan fitnah ini lebih-lebih lagi dalam usia rumah tangga yang baru hendak mencecah setahun bulan depan,†ujar Datuk K lalu meminta diri untuk ke Dream Land, Bali atas urusan perniagaan.
biasalah bro…. fanatik seangkatan mcm si bujal kumax ni org dah tak heran. semua masih mentah utk berfikir. mana yg dah berumur tapi gila dgn si minah senget, maknanya diorag pun 5 x 20 sama mcm kumax. biar p lah depa. itu kalau tiket habis laku d jual maknanya mcm biasalah kerja si tiara, bg free kat org2 kerajaan. mcm kes gua dulu org atas kerajaan bg 2 tiket free tgk PGL. bila gua tanya dia beli ke? dia jawab selamba je….. ‘TEKTIK BIASALAH, DIORAG SURUH DTG TONTON TGK PGL.’ rupanya nak habiskan tiket. gua dapat tiket tu pun 2 minggu sblm pementasan. pandai tiara…. berapa agaknya si kemban bayar utk cgila? question?????????? 1 juta rupiahhhhhh?????? sesuaiiiiii.
lepas tu depa canang tiket habis dijual..nak buat haaavockkk lah konon….piirahh kerja macam ni semua apa nak yg nak di hairankkan sangat..ciplak akal fikiran org yg dah tiada…depa tau ka org yg dah p tu setuju depa buat ni semua
Permisi,,,,,
Koe gue merasa Mbak Siti tuh dijelek-jelekin banget di Malaysia????
Bukannya dia pennyanyi kebanggaan Malaysia???Apa karena dia nikah sama Datuk K itu makanya jadi bulan-bulanan orang sana????
Terlepas dia adalah perebut suami orng,hippo ( isit Hipokrit betul kan?? )
gue kagum sama suaranya Siti.
Gag ngefans tapi gag benci juga
org benci pasal dia ni terlampau hipokrit beb. itu je… dan yg terbaru pula dah jadi riak bangat deh… dah berani tunjuk sana tunjuk sini. tak kisahlah nak belanja berapa juta pun barangan berjenama lu tapi diam2 jelah. itu pun canang… ceta rumahtangga baru2 ni masa majlis pun nak kongsi jugak…. haru lah mcm ni… takut org asik kata rumah tangga cgila porak keranda…. itu pasal dia nak kongsi sama2….
eeeeeeeeee jahat gilerr kuntau neh!blah la ko
salam…hai siti..sihat tak..mcm ne ngan percutian..bhagianya siti ngan datuk k
fuh..siti pakai sluar ketat nampak seksi sial…dapat tetek ngan pepek dier kan bestt
seksi…
Datuk K jangan tunggu lama2 pergilah upah Professional untuk mencari dalang semua ni yang selalu kutk Datuk Siti!!pergi Saman mereka semua peduli apa jealous sangat sebab mereka tak laku bukan lagi dato’ datuk nenek pun tak minat kat diorang hati busuk!!!
p/s:Jika takut suami anda kena ambil orang jagalah diri baru suami sayang dan suka ni belum lagi apa2 sudah nampak nak mampui!!!siapakan nak!!!kekekek
tepuk dada tanya selera la beb!!!orang dengki takkan kemana.sudah suratan jodoh lebih baik diorang kawin dripada melakukan maksiat!!!
“Hate me won’t make u pretty” Ct Fans
bersihnye jiwe dieee….
nilah orang syok sendri….”eh jiwa aku bersihlah.”….mcm betuuuuull jeee.we r in no position to nilai jiwa2 tapi kalau nak jadi jiwang2 bolehlah tu.
krohkrohkrohkroh…. jiwa bersih tak cakap mampuih dan ugut org. kebanyakkan fanatik kembang ni punya jiwa kosong… apa yg bodola dia buat semua nampak betul. tak kiralah dari bab kahwin laki org sampai le ke tudung yg berjambul. dan tak ada identiti sendiri. mula2 start cipta tudung sarung tapi skrg ikut style datun2 pn sri2 yg tunjul jambul. mana sebenarnya style lu tok kembang? sama je….. dah habis idea ke????
yang paling sedih tu. idea berlambak2. yang sah terang betul punye tak nak buat. fanatik2 pun sokong…’yalah cantiknye depa pakai cam tu, baguihlah dah nampak kemajuan,nak tutup aurat pun mesti pakai tahap2, artis lain pun buat tak betul pe.’…yalah nikan khas blog tok menti so cakap pasai tok menti jelah ‘ yalah betullah tuuuu……
setengah org tu jiwa kacau..:)
ASALAMUALAIKUM…..
manakala sesetengah pulak buta hati
sebab tu x elok dimata pun hati tetap akan menyangkal elok
kalau peminat Siti sayangkan Siti, berikanlah Siti dan suaminya sedikit ruang…
Jangan terlalu suka nak berita sensasi sehingga musnahkan keluarga Siti…
Siti, saya tetap sayangkan Siti dan doakan Siti bahagia…
lepas ni gosip apa pulak?
KEPADE KAK SITI N DATOK k,I DOAKAN SEMOGA BERBAHAGIA…..JAGE KAK SITI HINGGA AKHIR HAYAT DATOK K,JANGAN SAKITI HATI PEREMPUAN.SEMOGA CEPAT MENIMANG CAHAYA MATA……………AMIN.
ct terbest… pa pn org nk mengata sal ct..ct ttp d hati peminat smua… org dengki ct 2 coz ct bahagia sgt dgn suami tersayang..luv u ct…
hahaha… aku bayangkan husband ct seorang yg muda dan sedap mata memandang. konfem ct nyesal tp xnak ngaku, lainla kalo ct tu miskin
Datuk Siti Nurhaliza penyanyi paling best selama-lamanya sekarang. Mari borak cerita pasal artis kegemaran kita semua.
tak sangka kawin dgn orang tua
cantik banget deh