Skip to content

July 20, 2007

10

‘Semakin diam kian galak fitnah ditabur’



Oleh Farihad Shalla Mahmud

Datuk K terkilan dakwaan pukul Siti Nurhaliza

SEPANJANG melayari kehidupan berumah tangga, inilah dugaan paling hebat yang pernah menimpa mereka berdua. Terkilan, kecewa, sedih, malu, marah bercampur baur dan menggelodak di dalam jiwa. Tertanya-tanya juga pasangan suami isteri Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohammad Jiwa, apakah dosa mereka sehingga orang sewenang-wenang menabur fitnah?

Tuduhan melampau yang mendakwa Khalid atau lebih akrab dengan panggilan Datuk K memukul isterinya sehingga cedera parah dan terlantar di hospital cukup menghiris tangkai hati pasangan popular ini. Mana tidaknya, ketika diri dalam keadaan tenang dan bahagia menjalani kehidupan seharian sebagai suami isteri, tiba-tiba fitnah menerjah.

Malah, hati insan mana yang tidak kecewa andai rumah tangga yang pada dasarnya aman damai dan sentosa tiba-tiba dikatakan bergelora. Bukti betapa bahagianya mereka bukan sekadar di mulut tetapi sehari selepas SMS tersebar, merpati dua sejoli ini terus terbang ke Bali untuk menghabiskan masa berdua di sana.

Ketika penulis bertentang mata dengan pasangan ini petang Selasa lalu, puas juga mata ini mencari di mana kesan cedera seperti yang diuar-uarkan itu. Yang jelas di depan mata bukanlah kesan luka. Sebaliknya kemesraan dan sifat romantis yang penuh tulus ditunjukkan pasangan ini melenyapkan terus dakwaan palsu yang sengaja diada-adakan itu.

Jelas Khalid, kesan fitnah itu bukan setakat mereka berdua yang merasa malah membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak. Paling terasa dan tidak boleh menerima berita sebegitu ialah bapa Siti sendiri.

“”Bapa mentua saya paling marah mendengar cerita itu dan dia meminta saya menyiasat segera siapa dalang di sebalik penyebaran fitnah itu. Saya akan berusaha mencari siapa yang terbabit tapi sebelum mengambil sebarang tindakan, saya akan melihat dulu latar belakangnya sama ada dia kurang waras atau terencat akal,” tegas usahawan itu..

Mengakui mendapat perkhabaran mengenai perkara itu selepas dimaklumkan kakak ipar Siti, Rozie Razak, Khalid berkata ketika dihubungi Rozie, dia dan isteri baru saja pulang menghadiri kenduri.

“Pada malam tersebarnya SMS itu (13 Julai lalu), saya dan Siti menghadiri majlis perkahwinan setiausaha politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Hadir sama, Pak Lah, Datuk Seri Najib Razak dan ramai kenamaan lain.

“Kami terkejut apabila Rozie beritahu mengenai SMS kononnya saya memukul Siti hingga cedera parah,” katanya ketika ditemui di Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya kerana menemani isterinya menjalani rakaman klip video kempen Gegar U.

Bagi Khalid, jika terus berdiam diri atau menafikannya, mungkin ada yang akan menganggap kejadian itu benar berlaku dan dia juga cuba melindungi sesuatu.

“Semakin kami diamkan, semakin menjadi-jadi orang menabur fitnah. Ini bukan pertama kali orang cuba menabur fitnah terhadap rumah tangga kami tapi sudah banyak kali pihak tidak bertanggungjawab berusaha menjatuhkan maruah saya. Termasuklah pelbagai cerita yang disebarkan menerusi Internet.

“Justeru, jalan terbaik adalah dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang bertanggungjawab menulis dan menyebar fitnah itu supaya pisang tidak berbuah dua kali,” katanya yang turut kesal dengan cerita sampingan yang tersebar di Internet gara-gara fitnah itu.

Biarpun hatinya terluka dengan fitnah itu, namun pengalaman yang dilaluinya sebelum ini menyebabkan Siti tetap tenang dan tidak cepat melatah bila berdepan dengannya.

“Kalau hendak diikutkan, Siti memang sudah lali dengan cerita seperti ini tetapi mengenangkan Siti sudah berkahwin dan ia membabitkan maruah suami dan keluarga kami berdua. Saya perlu tampil menjelaskan perkara sebenar supaya masyarakat tidak memandang negatif terhadap suami saya,” jelas Siti sambil memandang wajah suami tercinta.

Read more from Berita Harian
10 Comments Post a comment
  1. betuahbadan
    Jul 21 2007

    tahu juga siti maruah diri.maruah diri sebagai seorg isteri hang tau tak.itu la pasal fitnah melanda kat hangpa berdua.nawaitu biar betul dan ikhlas.cakap jgn sebarang cakap akhirnya memakan diri sendiri.baik hangpa berdua ni pi la lagi buat umrah buat betul2 taubat nausuha.jadi la isteri dan suami yg soleha.maka tiada la fitnah2 ni lagi. :neutral:

  2. iooop
    Jul 21 2007

    betuahbadan, aku rasekan, baik ko call siti or dk ke, kalao tak pun, sms ke..ckp mcm tu kat dorg…kalau asik comment sini je, dorg tak kan tau pun ko ckp mcm tu. tk gune nye.

  3. betuahbadan
    Jul 22 2007

    buat apa la aku nak call dia atau sms dia.dia bukan dengak pun.cukup la kita ngomel2 di sini supaya org ramai boleh baca dan amat amati betoi ke lagu tu perangai siti.org ramai boleh buat penilaian dan kalau siti dan dk nak berubah itu lagi baguih.kalau dia nak mcm itu jugak kita boleh buat apa.terusan ngomel di sini la….. :grin:

  4. betuahbadan
    Jul 22 2007

    suami yg dayus suami yg tak da perasaan cemburu bila mata mata lelaki dok tgk bini dia.dia lagi bangga dan seronok.tapi bila fitnah sms ni dia pulak dok macho nak tunjuk dia hebat.tak da moral langsung.yg lebih penting tak ambil kira yg remeh temeh mcm ni dia dok sibuk canang satu donia.apa da… punya akai….itu tanda senang buta setan memujuk org2 yg lalai pada tuhan.asyik alpa dan syok dgn donia.dah tua2 bwk la byk beramal dan bertaubat.dah tak lama tu.kubur dok panggil2 tu… :lol:

  5. ola
    Jul 31 2007

    “Tertanya-tanya juga pasangan suami isteri Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohammad Jiwa, apakah dosa mereka sehingga orang sewenang-wenang menabur fitnah?..”

    hahahahahaha…ur joking or what?? the irony!! :D

  6. Jul 31 2007

    mana depa ada dosa..pelalak no satu 1 negara tu.. kerja paling mulia pada kurun ni..tu sebabnya mak bapak sekarang berebut rebut jadikan anak pelalak..ala la la latuk jgn saman

  7. kuntau
    Jul 31 2007

    ha..ha…ha…memang mereka ni boleh jadi pelakon dan pelawak no.1 negara pulak dah…

  8. Penibai
    Aug 30 2007

    Fitnah itu datang dari orang yang difitnah itu sendiri. Mereka lah memberi ruang kepada fitnah itu berlaku. Tidak nampakkah semua manusia bagaimana Siti dan DK itu sendiri menjemput fitnah.? Dan selagi mana mereka tidak berubah selagi itulah fitnah itu akan menghantui kehidupan mereka. Janganlah hanya pandai menyalahkan orang yang membuat fitnah. Ambil iktibar untuk berubah menjadi Muslim yang benar-benar beriman?

    Hairan, ada orang bertanya “Apakah dosa mereka?” Siti yang tidak pernah menutup aurat sudah cukup, sebagai bukti dosa yang dikumpul setiap saat!

  9. kumak
    Aug 30 2007

    tu aku setuju.. tapi fitnah tu jangan la pula disebarkan… bahaya.. kalau sebagai pengajaran tu xper.. jangan sampai lebih2 la…

  10. Aug 30 2007

    alah bujal ni…. kalau pasal fitnah cgila mulalah cakap bahaya. yg lu tersmapuk juga mengutuk DAN menfitnah si ning or artis2 lain tu tak ke bahaya juga namanya. pengajaran kat diri lu juga beb….. ingat juga bila komen kat artis2 lain..jgn sampai lebih2…. KAN DAH KENA KAT HIDUNG SENDIRI….

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments