Oleh zul Husni Abdul Hamid
ALBUM: Klasik
ARTIS: Datuk Siti Nurhaliza
GENRE: Pop Tradisional
SUDAH lima tahun penyanyi bersuara lunak ini tidak merakamkan album pop tradisional. Selepas penghasilan album pop terbarunya, Transkripsi, terdengar perancangan Siti untuk kembali merakamkan album pop tradisional.
Namun, Klasik bukan album yang dimaksudkan. Sebaliknya, ia adalah kompilasi lagu irama klasik yang pernah dirakamkan penyanyi ini sedikit masa lalu. Meneliti pengisian album ini, daripada trek pertama hingga terakhir dapat disimpulkan betapa penyanyi ini berusaha keras dalam memartabatkan lagu asli.
Biarpun ia bukan penghasilan terbaru, namun judul terbaik yang disenaraikan bakal menjanjikan kepuasan maksimum kepada pencinta irama Melayu. Khazanah yang tidak wajar dilupakan meskipun tidak banyak penghasilan album tradisional dilakukan ketika ini.
Bersesuaian dengan Tahun Melawat Malaysia, kompilasi ini barangkali menjadi buah tangan berharga kepada pencinta seni untuk menghayati keindahan muzik Melayu. Barangkali kempen yang agresif akan membantu merealisasikan impian ini.
Klasik memuatkan 14 lagu, 12 daripadanya dipetik daripada empat album pop yang pernah dilahirkannya iaitu Cindai, Seri Balas, Sahmura dan Sanggar Mustika. Manakala dua lagu baru, Jangan Ditanya dan Sirih Pinang dimuatkan sebagai kenangan untuk mereka yang merindui suara lunak Siti menyanyikan lagu irama tradisional.
Antara lagu lain yang dimuatkan adalah Seri Sarawak, Damak, Syair Kamelia, Seri Mersing, Bunga Melur, Lela Manja dan Es Lilin.
Kata Hip:
USAHA murni Siti dan syarikat rakamannya terdahulu, SRC untuk menjunjung irama Melayu tradisional ini wajar diberi pujian. Lunak suara Siti mengalunkan lagu irama tradisi membuatkan pendengar tidak jemu dengan keasyikan nyanyiannya.
ALBUM: Love Is Cinta
ARTIS: Acha Septriasa dan Irwansyah
GENRE: Pop
PERTANYAAN pertama mampukah Love Is Cinta mengatasi penjualan album My Heart yang berjaya mencetuskan fenomena tahun lalu? Di negara ini saja, penjualan My Heart melebihi 100,000 unit dan pasangan duo ini turut menerima anugerah platinum berkembar lima atas kejayaan mereka itu.
Tidak seperti My Heart yang menyaksikan pasangan kekasih ini berkolaborasi dengan suami isteri, Anto Hoed dan Melly Goeslaw yang memberikan sentuhan magis mereka, Love Is Cinta ditangani Dian HP.
Menerusi album ini, pengarah muzik terkenal itu cuba mencipta suasana muzik teaterikal, justeru memberi efek yang cukup mengasyikkan untuk filem cinta arahan Hanny R Saputra. Hanny juga adalah sutradara My Heart.
Barangkali pasangan itu sedikit terbeban apatah lagi jika diukur dengan kejayaan besar My Heart. Namun, Love Is Cinta berjaya diterjemahkan oleh duo ini dengan baik. Dari segi vokal dan penghayatan, mereka berdua mampu memberi yang lebih baik berbanding album pertama.
Lagu yang dihasilkan juga lebih dewasa, sekali gus menyaksikan peralihan dua pasangan remaja ini. Bagaimanapun, berbanding Acha yang ternyata berjaya memperbaiki kelemahan vokalnya, nyanyian Irwansyah masih pada tahap mengecewakan.
Irwansyah tidak banyak berubah, malah pada sesetengah lagu meskipun berjaya diberi penghayatan yang baik namun ia tidak mampu dinikmati sepenuhnya lantaran kelemahan penyampaian vokal penyanyi lelaki itu.
Harus diakui Ada Cinta mampu mengulangi kejayaan yang dicipta My Heart kerana lagu ini lebih matang dan mereka berjaya mengimbangi kelemahan masing-masing. Namun, sukar untuk meramalkan nasib lagu lain.
Kata Hip:
SENTUHAN magis Melly dan Anto yang hilang menyebabkan runut bunyi ini agak tawar. Bagaimanapun, percubaan Dian HP sebenarnya tidak mengecewakan jika tidak diganggu dengan kelemahan penyampaian vokal Irwansyah.
ALBUM: Natasha Bedingfield
ARTIS: Natasha Bedingfield
GENRE: Pop
BERBARIS kejayaan yang dilakar sejak album sulungnya mencipta sejarah tahun lalu. Daripada gadis biasa, populariti penyanyi Inggeris ini melonjak hingga dilihat menyamai populariti yang diraih artis hebat seperti Pink dan Christina Aguilera.
Seperti katanya jujur, dia mahu menghasilkan album yang mencerminkan personaliti dirinya. Justeru jika dalam album pertama dia melaungkan isu kebebasan dan sikap sesetengah pihak yang mengambil kesempatan, tetapi album keduanya ini lebih terbuka.
Masih melaungkan kebebasan yang diimpikannya, namun kini dia mula berbicara mengenai kebahagiaan yang semakin mendekatinya. Setiap trek akan membawa peminat tenggelam dalam kembara emosinya.
Pengalaman yang dilaluinya dalam meniti kedewasaan, kesepian serta proses mendekati kebahagiaan semuanya dirangkumkan penyanyi itu menerusi lagu seperti Soulmate, How Do You Do dan Say It Again.
Dirakamkan di Los Angeles, komposisi keduanya ini ditangani nama besar dan hebat seperti Mike Elizondo, Adam Levine serta Greg Kurstin.
Kata Hip:
MENDENGAR muziknya saja peminat akan dapat mengesan identiti yang dicipta penyanyi ini. Mungkin susunan muziknya kedengaran janggal namun tidak dinafikan, ia berhasil. Album ini memberi kepuasan kepada mereka yang mendambakan sentuhan berkualiti.
sesuai dengan tahun melawat malaysia…… siti boleh
dahla…yg sudah2 tu kumak…ni bukan 1st year hippo tu jadi penyanyi nak buat org ramai teruja sangat, dah muak dah dengan kisah2 dia tu.
aku x muak pun… siti memang penyanyi bagus.. lama lagi nak tunggu zaman kejatuhan dia… buktinya album baru bakal menyusul…
kenapa kumak siti kali ni nak keluar album tradisi.sebab dk suruh ka atau now kawan2 siti sebaya dk.
kesian kumak tak muak dgn cik tu . kiter dah muak. tapi takpe ada ruang ni untk curahkan segala kemuakan dan aku pun bukan sorang je yng muak. memang dah high time banyak yang muak2. sekarang nak belakonlah , nak acaralah,nak hapalah . takke memuakkan lagi segala apa yng dah memuakkan. memang lah c cityni boleh jadi MDM MEMUAKKAN OF THE CENTURY!!!!!!!!orang tak delah nak tunngu dia jatuh. dari segi kewibawaan dan integrity dah jatuh didepan manusia yng pandai dan halus menilai. cuma orang yang mcm bi aje yng tak ramai…eksklusif katakan…..cuma tunggu masa untuk sik city sedar je.contohnye banyak irony,ruang siber ni sepatutnye ditujukan pada fans tapi yang komen banyak yang cuba peringatan daripada menguji. kelakar seh tengok top fans si betuahbadan tapi baca apa dia cakap. memang ini lah permainan dunia bagi mereka yang berfikir.
ct bagus la… vokal dia cukup bagus.. tak msabar nak tunggu album tradisi siti… mesti bagus.. aku tau korang pun dah x sabar kan…
=)) aku rasa album terbaru ct ni tak akan laku seperti sebelum dia kahwin. Percayalah….. :d
selepas tu dia akan membuat press conference kata peminat download lagu dia dari beli yang original, lepas tu dia nangis dan mengumumkan dia retire dari menyanyi.
album dia mesti laku… pastu masuk AJL n menang Juara lagu, Persembahan Terbaik, Kategori Etnik, dan Vokal Terbaik… korang seumer menggelapr la… hahahahah
aku tak sabar tgk kau tak sabar kumak…fanatik buduh sungguhla kau ni…
Tuan tanah peminat akan download dan cetak rompak sekali..jual 5 ringgit satu copy…peminat yang tak berduet pi beli…memang ramai peminat bodola kau tu kumak
menggelapr tu ape ko bondonyo..?byk sgt silap ejaan kau kumak..kau jadi fanatik buduh cukup..kau jgn jadi bodoh..tapi mungkin kau jadi bodoh kesan drpd kau ni fanatik buduh…relax kumak…relax
kumak ni dah buta hati dah kay hippo tu…tak ka malu cakap pasal AJL lagi…nampak sangat kemaruk populariti….dulu bukan main action lagi cakap tak nak masuk AJL lagi bagi peluang kat org lain…piiiiirahhhh minah….kumak kalo hippo masuk AJL ibarat dia jilat balik ludah sendiri tau, nyway diakan suka begitu
lagi dah kawin lagi hebat siti ni.org pompuan kata dah mengeyam.org lelaki kata pulak(rahsia tak semua kata) org pompuan dah dapat benda tu selalu lagi2 la mengeyam.itu pasal org pompuan dah kawin kena jaga tata tertib dan penampilan diri.buruk nak nengoknya.
kalau lagu tradisi siti keluar kat radio ka,tv ka tumpang dengar je la.namun nak beli aku memang tak beli punya.