Oleh Farihad Shalla Mahmud
Siti Nurhaliza, Datuk K masih dalam proses kenali hati budi masing-masing
MAHLIGAI yang dibina penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza bakal menghampiri usia setahun menjelang Ogos ini. Nyata begitu cepat masa berlalu. Terasa bagaikan baru semalam melihat Siti dan suami tercinta, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K disandingkan dalam suasana yang begitu meriah sehingga perkahwinan mereka itu dilabelkan sebagai Wedding Of The Year.
Kini, selepas sepuluh bulan bergelar suami isteri, Siti dan Khalid masih menikmati musim bulan madu mereka. Ke mana saja berdua dan Khalid sendiri, jika tidak sibuk dengan urusan perniagaan, pasti akan menemani isteri tersayang menghadiri majlis rasmi ataupun persembahan yang membabitkan isterinya itu.
Namun, sama seperti pasangan lain yang melayari kehidupan alam berumah tangga, tidak semuanya manis belaka. Bukanlah namanya perkahwinan andai semua yang dilalui indah belaka. Ada kalanya, dugaan serta ujian datang bertimpa-timpa.
Tetapi, menurut Siti, sekiranya itu yang terjadi, adalah menjadi tanggungjawab pasangan suami isteri itu sendiri untuk belajar bertolak ansur supaya segala masalah dapat diatasi bersama.
“Siti akui bukan mudah untuk melayari kehidupan berumahtangga. Banyak cabaran dan dugaan mendatang yang terpaksa saya tempuhi.
“Jadi, dalam hal ini, kita kena selalu banyak bersabar. Siti sedar, apabila sudah bergelar isteri, Siti perlu melalui fasa baru kehidupan yang tidak sama dengan ketika zaman anak dara dulu. Sekarang apa juga yang dilakukan, suami menjadi keutamaan Siti.
“Lagi satu, keserasian itu penting. Siti dan suami sendiri berusaha untuk memahami dan mengenali diri masing-masing. Alhamdulillah, kami dapat melalui proses itu secara berdikit,†jelas Siti ketika ditemui selepas majlis ulang tahun ke-33 Lord’s Tailor dan sambutan Hari Bapa yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah penyanyi jelita ini, perkara yang menjadi kata kunci dalam membina kerukunan rumah tangga mereka adalah taat dan saling hormat menghormati.
“Siti percaya, dalam sesuatu perhubungan, kalau kita sentiasa taat pada suami dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain dan sentiasa berdoa, Insya-Allah, rumah tangga kita akan selamat,†kata Siti positif.
Mengenai perancangannya untuk menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya itu, Siti hanya ketawa sambil mengangkat bahu seraya menjelaskan perkara itu masih belum difikirkan lagi.
“Saya sendiri tidak pasti apakah akan ada rancangan untuk bercuti atau tidak. Tapi biarlah ia menjadi tanda tanya buat anda semua,†jelas Siti separuh berahsia. Bagaimanapun, difahamkan pasangan ini akan bercuti ke Venice bagi meraikan hari bersejarah itu.
Dalam pertemuan petang itu, Siti juga mengakui dia kini sudah lali dengan pertanyaan yang acap kali diajukan padanya sejak kebelakangan ini iaitu perihal cahaya mata.
“Kalau dulu Siti rasa tertekan juga apabila orang asyik tanya bila hendak menimang cahaya mata tapi kini Siti sudah boleh terima. Lagipun, bukan Siti juga saja yang mengharapkan kehadiran cahaya mata tetapi ada juga pasangan lain yang terpaksa menunggu 6 hingga 7 tahun untuk dikurniakan zuriat.
“Siapa yang tidak menginginkan anak dalam kehidupan mereka. Siti percaya kepada rezeki. Tapi dalam pada itu, Siti ada juga berjumpa dengan pakar. Dan ketika Siti mengerjakan umrah baru-baru ini, Siti tidak lupa berdoa moga hajat untuk menimang cahaya tercapai,†tutur penyanyi yang cukup popular dengan lagu Biarlah Rahsia ini.
Pada majlis yang penuh glamor itu, selain diberi penghormatan memakai sut pertama untuk golongan wanita keluaran butik terbabit iaitu Power Suit For Power Woman, Siti turut membuat persembahan menghiburkan tetamu dengan rangkaian lagu pilihannya seperti Aku Cinta Padamu, Can’t Takes My Eyes Of You dan lagu medley – Teman Tapi Mesra (Ratu), Pupus (Dewa) dan Pudar (Rossa) di mana Siti menjemput wartawan menyanyi bersamanya.
Sekadar menunaikan hajat yang sekian lama terpendam, Siti mengambil kesempatan untuk berduet dengan Ziana menyanyikan lagu Hanya Memuji yang pernah dipopularkan Shanty dan Marcel.
Selain kehadiran Siti, majlis yang julung kali diadakan itu juga mengundang 16 selebriti dan artis terkenal tanah air menggayakan sut rekaan terkini butik itu. Mereka yang bertuah ialah pelakon Fahrin Ahmad, Farid Kamil, Arash Mohamad, Ashraf Sinclair, Awal, Vince, Rashidi Ishak, Mohd Aman Zakaria, Dafi AF5 , Ebi AF5, Shawal AF5, Steve Yap, Alan Yun, John Wong, Dylan Liong dan Andrew Tan.
wo tajuk macam nak perli ex khalid ni
harap tak kesana niat depa. dia kena lah banyak2 berdoa kat kaabah dan pegi2 lah selalu biar rumahtangganye kekal. kalau tak seperti meludah kelangit terpecik muka sendiri. orang tak lupa majlis dia yang besau2 kalah anak raja. tupun anak raja yang tulin tak nak buat gitu sekali.
ct kan diva.. memang patut pun dia buat majli camtu..
doakan jer kebahagiaan ct n datuk k… iti i the best
“‘Rumah tangga selamat kalau isteri taat suami’â€Â
saya sokong ayat nie mmg betul
tapi kalau si suami yg X taat pd isteri, opposite lah yg berlaku!!!
Sirap..pada firasat mdm, mmg pun dia tu perli x khalid. Rmhtnga baru didirikan, pglman x lama, dah pandai2 tunjuk lagak buat komen camtu. Mcmlah x dtk k tu tak taat pd suaminya dulu. Kalau tak taat ngan suaminya taklah smpai beranak pinak sebesar gajah dah anak2 diaorng. Gara2 ct lah dtk k tak taat isterinya…ckp semberono. Gampang muka penuh penipuan..
“Siti sedar, apabila sudah bergelar isteri, Siti perlu melalui fasa baru kehidupan yang tidak sama dengan ketika zaman anak dara dulu. Sekarang apa juga yang dilakukan, SUAMI menjadi keutamaan Siti.”
SUAMI baik ke Xbaik, utk menjaga airmuka, CT terpaksa buktikan yg pilihan pasangan dia tue adalah yg TERbaik & paling meletop didunia.
Nanti bila anak2 DK kawin nanti, kita sama2 tengok CT diundang ke tidak.
Hi semua.. sekadar say Hi..
:d sitot sudah kembali… hi
)
admin ni tuan tanah ke?
secara jujurnya, i lebih suka web kita yg dulu… ni i kadang2 kompius aje… maybe i buka kat cc kot…
ya admin tuan tanahlah =))
kenapa boleh pening ek? yang lain masa mula2 masuk sini pun pening. sekarang dah ok kot. tak perlah.. biasa-biasakan dulu, nanti dah tak pening lagi.
kita tgk la nanti mcm mana penghujung nye…
hi sitot…masih kat m’sia??? nanti balik cni bawak belacan yek….:))
punya la jauh aku kena mengembara.rupa2nya kat sini kau sitot.amacam hepi tak balik msia atau masih lagi kat msia.aku sekadar tanya khabar.
semua isteri kena taat pada suami.dalam kehidupan rumahtangga ni mcm2 ada.kalau yg dah kawin tahu la lagi2 yg dah lama kawin dan anak2 dah besar.yg kawin tak sampai setahun jagung pun boleh becerai ini kan dah bepuluh2 tahun kawin.aku tak berani kata la..
tapi aku kesian no tgk pompuan2 yg kena aniaya oleh suami.suami main kayu tiga.suami tak da rasa belas kasihan pada isteri.bila isteri dah tak comel malu nak jalan sama2.aku takut pompuan2 ni buat benda2 telarang semata2 nak pikat hati suami balik tak pun balas dendam.aku byk jugak dgr kes mcm ni.lagi satu trend yg hebat masa kini isteri pulak main kayu tiga.kita ni kiranya tgh dalam melalui manusia akhir zaman.
siti berani la kata gitu sebab datuk k dah tak da can la nak main kayu tiga.dah byk mata2.hai datuk k kena la senyum selalu.
sebut pasal taat,saling percaya mempercayai,saling hormat menghormati dan saling berkasih sayang tak semua mendapatkannya.kalau tidak mengapa kes perceraian semakin meningkat.byk faktor2nya.yg boleh cakap byk la besabar dan berdoa selalu.bab perceraian memang komplikated.sorry la tuan tanah aku telalut pulak ceta part ni.
tak per tuah.. cerita apa2 pun diterima dirumah ni.
biasalah beb, cgilamour kan suka tunjuk yg dia tu baik bangat….dehhhhh.
kalau boleh dia nak title dlm msia ni dia lah isteri yg paling taat, paling hormat, paling sopan santun, datuk paling termuda dll. hampehhhhhh.
pasal petua taat suami tuh benar tapi terlalu percaya sgt suami boleh parah. sebabnya boleh terjadi suami ambil kesempatan dari kepercayaan si isteri.
Assalamualaikum anak-anak sume….,
lama cikgutue tak bertanye kabo. Cik siti comel apakabo? Eloklah suamu tu dipupuk dan dibelai selalu…panjang jodoh, murah rezeki…Tuhan pun sayang….
toyol nie mmg x jumpe harta akhirat jugak lah nampaknyer….jgn sekali-kali mencaci org…[-x
w’salam cikgutue
longtime no see
nak tanya, maksud cikgu “suamu” tu ialah suami mu yang tua or suami tua mu?
Memangler rumahtangga aman damai kalau isteri taat pada suami, tapi yg jadik masalahnya ialah bila suami pulak yg taat kat isteri, mana bini gi, dia ader sekali menumpang glemer. saling tak tumpah macam jaga. kalau rumahtangga cam ni, kalau tak diperbaiki segera , ada harapan melingkup..
suamu tu aku rasa ringkasan utk suami yg mengikut segala kehendak dan tak berani nak menegur kamu…. so short cut dia, suamu.. zass
)
memang la ko ni genius
aku impress dgn penjelasan ko
memanglah isteri kena taat pada suami..tapi macam mana pulak kalau terlalu taat sehingga perlu dimadukan….tak kuasa u…
tapi si suami pun kena taat ataupun hormat pada isterinya yang selama ini bersama-sama menempuh liku-liku hidup mengumpul harta dan membesarkan anak2. Jangan cari lain dan madukan dia..semua orang hilang ketaatan…dan kehormatan…
Baru setahun kahwin..nak citer…lebih2….apa2 pun pandai2lah jaga suami masing2 jangan terlepas kepada perampas…yang tidak sepatutnya…
buat x datuk K….kuatkan semangatmu….menempuh hari2 yang akan datang….
farah tak suka orang hipokrit….[-(
sekali orang tuh dah menipu….sampai bila2 susah nak percaya cakap dia….[-x
Orang baik…tidak akan mengaku dia baik cuma orang lain yang boleh menilainya…..:d/
Farah baik hang cakap ni semua kat hippo…sebab dia tu susah ckit….dia anggap diri dia ni baik sangat padahal orang lain menilai pearangai dia tak seberapa pun….then sesetengah wartawan pulak suka letak “sudu lebih dari kuah” tok hippo:)>-
mmg simpati dgn x dtk k 2..dtk k dulu mmg player tau..fasha sandha pun die pnah try..tp dia mmg lucky kan dpt tawan hati ct..duda dpt anak dara..:-?
makin tua makin menjadi…rumah kata pergi kubur pulak bilang mai…
khalid ingat kubur time raya..la ni dia kumpul duit dulu dgn bini…enjoy hidup..cinta donia
cian farah…mst die sllu kena tipu sbbtu die benci dgn spesis hipo.
bkn selama2 nyer pun kite kene tipu.klu kite byk kali kene tipu maknayer adelah yg kite wat x baik ngan org.sume tue ade balsannyer.:)>-
kadang2 kalo terlampau baik pun boleh kena tipu tau…yg penting hati2
org jahat pun xkan mengaku diri die jahat melainkan klu die berada dlm golongan jahat maka kite akan anggap die pun jahat jugak…
menilai org bkn dr ape yg kite hanya lihat dan tau sj tp byk lagi sudut yg kite kena tgk…;)
yg ko kesian kat farah apahal lah mizz yg slalu kena mis..aku lg kesian kat ko tau…org takkan mengata kalo sstu pkr tu tak blaku. Kalau buat baik, org pun crt dan umpat yg baik2 punyer..kalau sbliknya, ha..tkpsa lah tngg akbtnya…siape srh buat tak baik..siapa srh jd batu perampas…siapa srh berdosa ngan insan sesama jenis..siapa srh bdosa ngan anak2 yg berkecai hatinya gara2 parent mrk bpcah blah..siapa suruh??…berani buat berani tggunglah..dunia akhirat kami org2 sitok tetap akan membenci si hippo tu..
sudut tegak ka sudut tirus ka….siput sedut?
aku pun naik hairan gak..org2 hippo selalu fikir semua benda2 yg tak baik pasal hippo ni satu fitnah n dusta. Seolah2 mereka anggap c hippo tu tiada dosa ckit pun kat bumi melaya tu. Kalo tiada angin pokok takkan bergoyanglah oii….nampak je baik tapi hati dia penuh dengan helah…
..” Siti Nurhaliza, Datuk K masih dalam proses kenali hati budi masing-masing..” Tang ni bahaya .. Aku ingat dulu, dalam sebuah majalah, kisah Erra dan Yusry pun pernah jugak pakai ayat ni . Tup-tup few months later..cerai pulak..
hang ni jakun…sihan hippo n datuk k tak pasal2 dapat sakit jantung lak dengar hang ckap gitu:))
datuyk siti n daruk k sedangt berbulan madu kat venice… bahagianya…
jauhnya depa pi bulan madu malaysia tak cukup bagus ka.ooo lupa lak aku.kalau dah jauh dari pandangan mata2 org msia ni puas la tok ti nak berfeshen sakan.
awat tak boleh ni.:-w
apsal ye..dtk k & ct pi bln madu kat venice..mengapa tak bln madu dlm m’sia je??..mengapa tak sokong percutian di m’sia?..sdgkan ct tu diva menyanyikan lagu iklan “cuti-cuti malaysia” yg sering berkumandang dan dinyanyikan saban hari..dari situlah kita tahu akan ‘sesuatu’ yg tdk munasabah yg sering dilakukan beliau..sptutnya dia jadikan diri s’org cth yg baik..tengoklah kebenarannya…
tak dak kebebasan mdm mira.keluar kang nak kena pakai topi dan spek hitam pulak.nak pakai seksi tak boleh pulak.nak bepegang tangan berpeluk2 tak boleh pulak.dah suka nak buat cara barat itu pasai la lebih syok bulan madu kat negara kapir sana.biasa la tu dah byk duit so duit tu pi pun tempat yg tak patut pi…gitu la..
tu hari special dia.. suka hati dia la..
lagi pun dalam malaysia ni dah puas ct terokai.. ct x nak nanti ada pihak kata dia mintalayanan kelas pertama..
ct nak menikmati hidup sebagai orang biasa kat luar negara..l.
untungnya siti bukan penyanyi popular antarabangsa.itu pasal la bulan madu jauh2 org pun tak kacau.tak popular rupanya siti ni…mat saleh pun tak heran.seciput je siti ni..
perlu diingat masa siti menyertai voice of asia dulu
ramai yang tergilakan siti.. berbanding artis malaysia yang lain siti la yang paling popular… siti dah tingkat kan populariti day by day.. n siti pun dah nak buat album english lak..
itu dulu kumak.kita ceta masa ni la.lama dah siti nyanyi tapi mat saleh kat2 luar tu masih gak tak kenal siti kecuali la kalau siti atau kuncu2 dia pi habak kat diaorg.aku rasa siti buang tenaga,masa dan duit buat album inggris ni.mahu org ramai kutuk lagi ada la.baik siti nyanyi dalam toilet je la.dk pun boleh tumpang senyum2.
bujal hari ni tak nampak pulak pakai songkok tinggi dia….:))
ramai agaknya fanatik cgilamour mcm bujal… pakai songkok nampak mcm pak lebai…tapi hati alahai…kesian bujal..dah penuh dgn nama cgilamour…. ishk ishk ishk…. kesian pak lebai kumax. sesuai ke????