‘Rumah tangga selamat kalau isteri taat suami’



Oleh Farihad Shalla Mahmud

Siti Nurhaliza, Datuk K masih dalam proses kenali hati budi masing-masing

MAHLIGAI yang dibina penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza bakal menghampiri usia setahun menjelang Ogos ini. Nyata begitu cepat masa berlalu. Terasa bagaikan baru semalam melihat Siti dan suami tercinta, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K disandingkan dalam suasana yang begitu meriah sehingga perkahwinan mereka itu dilabelkan sebagai Wedding Of The Year.

Kini, selepas sepuluh bulan bergelar suami isteri, Siti dan Khalid masih menikmati musim bulan madu mereka. Ke mana saja berdua dan Khalid sendiri, jika tidak sibuk dengan urusan perniagaan, pasti akan menemani isteri tersayang menghadiri majlis rasmi ataupun persembahan yang membabitkan isterinya itu.

Namun, sama seperti pasangan lain yang melayari kehidupan alam berumah tangga, tidak semuanya manis belaka. Bukanlah namanya perkahwinan andai semua yang dilalui indah belaka. Ada kalanya, dugaan serta ujian datang bertimpa-timpa.

Tetapi, menurut Siti, sekiranya itu yang terjadi, adalah menjadi tanggungjawab pasangan suami isteri itu sendiri untuk belajar bertolak ansur supaya segala masalah dapat diatasi bersama.

“Siti akui bukan mudah untuk melayari kehidupan berumahtangga. Banyak cabaran dan dugaan mendatang yang terpaksa saya tempuhi.

“Jadi, dalam hal ini, kita kena selalu banyak bersabar. Siti sedar, apabila sudah bergelar isteri, Siti perlu melalui fasa baru kehidupan yang tidak sama dengan ketika zaman anak dara dulu. Sekarang apa juga yang dilakukan, suami menjadi keutamaan Siti.

“Lagi satu, keserasian itu penting. Siti dan suami sendiri berusaha untuk memahami dan mengenali diri masing-masing. Alhamdulillah, kami dapat melalui proses itu secara berdikit,” jelas Siti ketika ditemui selepas majlis ulang tahun ke-33 Lord’s Tailor dan sambutan Hari Bapa yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah penyanyi jelita ini, perkara yang menjadi kata kunci dalam membina kerukunan rumah tangga mereka adalah taat dan saling hormat menghormati.

“Siti percaya, dalam sesuatu perhubungan, kalau kita sentiasa taat pada suami dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain dan sentiasa berdoa, Insya-Allah, rumah tangga kita akan selamat,” kata Siti positif.

Mengenai perancangannya untuk menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya itu, Siti hanya ketawa sambil mengangkat bahu seraya menjelaskan perkara itu masih belum difikirkan lagi.

“Saya sendiri tidak pasti apakah akan ada rancangan untuk bercuti atau tidak. Tapi biarlah ia menjadi tanda tanya buat anda semua,” jelas Siti separuh berahsia. Bagaimanapun, difahamkan pasangan ini akan bercuti ke Venice bagi meraikan hari bersejarah itu.

Dalam pertemuan petang itu, Siti juga mengakui dia kini sudah lali dengan pertanyaan yang acap kali diajukan padanya sejak kebelakangan ini iaitu perihal cahaya mata.

“Kalau dulu Siti rasa tertekan juga apabila orang asyik tanya bila hendak menimang cahaya mata tapi kini Siti sudah boleh terima. Lagipun, bukan Siti juga saja yang mengharapkan kehadiran cahaya mata tetapi ada juga pasangan lain yang terpaksa menunggu 6 hingga 7 tahun untuk dikurniakan zuriat.

“Siapa yang tidak menginginkan anak dalam kehidupan mereka. Siti percaya kepada rezeki. Tapi dalam pada itu, Siti ada juga berjumpa dengan pakar. Dan ketika Siti mengerjakan umrah baru-baru ini, Siti tidak lupa berdoa moga hajat untuk menimang cahaya tercapai,” tutur penyanyi yang cukup popular dengan lagu Biarlah Rahsia ini.

Pada majlis yang penuh glamor itu, selain diberi penghormatan memakai sut pertama untuk golongan wanita keluaran butik terbabit iaitu Power Suit For Power Woman, Siti turut membuat persembahan menghiburkan tetamu dengan rangkaian lagu pilihannya seperti Aku Cinta Padamu, Can’t Takes My Eyes Of You dan lagu medley – Teman Tapi Mesra (Ratu), Pupus (Dewa) dan Pudar (Rossa) di mana Siti menjemput wartawan menyanyi bersamanya.

Sekadar menunaikan hajat yang sekian lama terpendam, Siti mengambil kesempatan untuk berduet dengan Ziana menyanyikan lagu Hanya Memuji yang pernah dipopularkan Shanty dan Marcel.

Selain kehadiran Siti, majlis yang julung kali diadakan itu juga mengundang 16 selebriti dan artis terkenal tanah air menggayakan sut rekaan terkini butik itu. Mereka yang bertuah ialah pelakon Fahrin Ahmad, Farid Kamil, Arash Mohamad, Ashraf Sinclair, Awal, Vince, Rashidi Ishak, Mohd Aman Zakaria, Dafi AF5 , Ebi AF5, Shawal AF5, Steve Yap, Alan Yun, John Wong, Dylan Liong dan Andrew Tan.

You can leave a response, or trackback from your own site.

67 Responses to “‘Rumah tangga selamat kalau isteri taat suami’”

  1. kuntau says:

    makin hangat nampak…tuan rumah mesti tak senang duduk…kebanyakan orangyg aku kenal kat tanah kangroo ni selalu cakap c hippoo tu CHICKY GIRL kalau kasih tayang gambar hipoo and DK and mereka cakap “how come suara macam hippo” tu boleh buat goncang satu melaya sedangkan suara tak seberapa and sapa2 pun boleh tiru..nampak sangat tada kualiti. Kalo c hippo tu berbakat sangat dah lama dah dia angkat kaki ke hollywood nun…mcam kak nita best ada style and tak gila glamour

  2. mdm mira says:

    “kumak Says:

    July 4th, 2007 at 1:23 pm
    tu hari special dia.. suka hati dia la..
    lagi pun dalam malaysia ni dah puas ct terokai.. ct x nak nanti ada pihak kata dia mintalayanan kelas pertama..
    ct nak menikmati hidup sebagai orang biasa kat luar negara..I.”

    taikpaulah kumak!!…..ct mmg pelakon handalan di M’sia dan bakal ‘berlakon’ di venice nanti….
    mana tdknya, pengarah selaku heronya sendiri mrupakn sorg yg ‘bpnglman bsar’..
    atau mgkn elok klau kumak jd krew pgmbrn..lg mnjdi filem tu nanti..hahahayyy..

  3. kumak says:

    siti nak buat album bukannya nak tiru sesapa pun.. dia punya duit suka ati dialah.. albu ning tu laku kerr.. ning pun dah dibenci oleh wartawan kat indon tu… ni pulak nak buat kat europe.. aku rasa ning patut cermin muka dulu.. album natural woman kat jepun dulu pun entah ke mana.. ada hati nak buat…

  4. cykepo says:

    alamak kumak ni betui punye angau! kesian2

  5. betuahbadan says:

    aku tak nafikan indon tu ramai yg comel2 dan lagi comel pun ada.siti bila dah mekap jadi la dia pun sama comel mcm artis indon.itu pasal org2 indon suka tgk muka dia.mcm ning ni rupa tu tak la berapa comel agak ke negro2 sikit.muka kemelayuan tu kureng.itu pasal kureng menarik perhatian wartawan2 dan org2 indon sana.bukan wartawan dah benci pada ning.org yg comel2 je boleh cari makan kat indon tu. :grin:

  6. betuahbadan says:

    aku rasa jugak ning tak da masalah nak buat album ka nyanyi ka kat europe sebab org2 sama mind dia terbuka yg penting kualit suara.mcm indon dia tgk pakej sapa2 nak masuk indon.kalau org indon dia mcm org asli depa tak kesah malah depa bangga sebab sifat kebangsaan depa tinggi.gitu la…. :grin:

  7. kuntau says:

    suara ning kalau banding dengan suara hippo macam langit dan bumi, suara ning jauh lebih power dan ada kualiti….tok hippo mungkin rasa kecut perut kalo sebut nak duet dengan ning, apa yg ada pada wajah yg comel kalau hati tak elok dan ikhlas. At least ning tak hipokrit pasal bab seksi tak macam hippo mahu tapi malu mcam “baling batu sembunyi tangan”

  8. tapai mulut says:

    askum ..
    asal siti tu selalu g luar negara kalau nak cuti ..?? :( aperlah salahnya bercuti di malasyia nie.. satu lagi asal dia macam poyo ajer baru setahun berkahwin cakap tak serupa bikin macam orang lain tak pandai jaga laki ajer….. siti kalau kau dah bagus sangat asal kau rampas suami orang !!!!!

  9. toyol says:

    si bujal ni tak habis2 kepujian melambung kelangit dia kat cgilamour. puji tuhan pun agaknya lepas solat terus bangun cari lagu cgila. doa terlupa. hehehehe…… mcm2 bujal ya…..

    wartawan kat indon tuh tak ada sorang pun yg menyampah kat ning selepas penayangan filem DIVA, diorang memuji2 si ning baizura tu bujal. lu je terlalu taksub dgn cgila sampai naik rabun jadinya. tak kisah bujal…. asal jgn lupa study. jgn nanti mak kirim duit atau duit IPT dah habis gara2 beli CD cgila. kan perhabis duit nama tu beli benda tak berfaedah…..

  10. kumak says:

    tengok skang album nie entah ke mana….
    suka dengar lagu menanti pasti OST kayangan….

  11. toyol says:

    jgn taksub sgt bujal………… si ning hidup dgn naturalnya. tak guna tu guna ini utk buat org gila kat dia. cgila lu hanya pk asal duit masuk dan popular je. dosa tu belakang kira itu sebab dia byk buat umrah utk kurangkan rasa bersalahnya. sebab tu bila popular semakin menurun dan kurang show maka hajat utk buat haji pun dah sampai. itu pun setelah melepaskan giannya utk berlakon.

  12. adikmanja says:

    Kak siti dan kekawan…dah baca ke belum novel terbaru Alaf21 bertajuk Damai Kasihku tulisan Iris Ixora??? Kak siti dan datuk K patut baca tau macam mana Mike atau Zakaria melayani isterinya Jasmin…best…baru selesai baca dan air mata bahagia masih mengalir…. pada lelaki-lelaki dalam blog ni kalau nak jadi manco, jadilah seperti Robert dalam noveltu…ada class gitu….pada perempuan kalau gagal bercinta…jangan takut bangkitlah seperti Sofia!!!!

  13. adikmanja says:

    a’kum…Kak siti dan kekawan…dah baca ke belum novel terbaru Alaf21 bertajuk Damai Kasihku tulisan Iris Ixora??? Kak siti dan datuk K patut baca tau macam mana Mike atau Zakaria melayani isterinya Jasmin…best…baru selesai baca dan air mata bahagia masih mengalir…. pada lelaki-lelaki dalam blog ni kalau nak jadi manco, jadilah seperti Robert dalam noveltu…ada class gitu….pada perempuan kalau gagal bercinta…jangan takut bangkitlah seperti Sofia!!!!

  14. adikmanja says:

    A’kum…kenapa saya punya post tak keluar???

  15. datin laser says:

    pi ler cow datit silly…semua org menyampah dgn you lah…i was wondering why malaysian people never give u their blessing until today…mengutuk…mencebik…. meludah…mengumpat..i and frends can bet that kamu datin sliiy tak kan aman dan tenteram hidupmu dunia and akhirat kerana engcow bermusuh dan berdendam dengan kak pah dan TZ…truly yes datin silly…no women never respect u…bodoh..bahlul..toyol…tuyu…gaya saja lebih…tapi keturunan org kampung dan bukan org kaya…nenek tinggal to flat..ayah rahim cow entah senang kah hidupnya…siily nurhaliza …itchy bitch —even ur pangkat datuk tak dapat mempertahankan nama baik cow dan glomor cow…shit and cibai cow

  16. we are the same boat lah datuk silly…u ambil laki org i jug ambil laki orang…eventhough u say tak mau stress dengan cakap3 orang tapi jiwa kita 2 tak sedap…aman…tenang…muka kit 2 senyum manis tapi marah geram dengan org2 yg mengutuk dan mengaib kita 2 adalah hehe…i want to see u jadi janda dulu lah nanti i ok….we are silly and jungle btich hehehe

  17. gaya hidup says:

    I do trust all of the concepts you have presented to your post. They’re very convincing and will definitely work. Still, the posts are too brief for newbies. May you please lengthen them a bit from subsequent time? Thanks for the post.

Leave a Reply