Skip to content

June 11, 2007

25

Siti Nurhaliza ke Venice sambut ulang tahun perkahwinan



Oleh Nor Fadzilah Baharudin

Siti Nurhaliza ke Venice sambut ulang tahun perkahwinan
Siti bersama suami pada majlis ulang tahun ke-33 Lord’s Tailor, di Ritz Carlton, baru-baru ini.

Ogos ini genap setahun penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza melayari bahtera kehidupan sebagai isteri kepada Datuk Khalid Mohamed Jiwa.

Mengakui semakin matang dalam menjalani kehidupannya, kata Siti, dia sentiasa memanjatkan doa agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Syukur dah hampir setahun pelayaran saya sebagai isteri. Masih banyak cabaran dan dugaan yang akan saya tempuhi. Tambahan pula bergelar isteri kepada seorang usahawan bukannya mudah. Selalunya suami saya pun sentiasa sibuk. Jadi bagi saya masa yang ada digunakan sebaiknya bersama-sama,” kata Siti yang ditemui selepas majlis ulang tahun ke-33 Lord’s Tailor dan sambutan hari bapa yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung perbualan, kata penyanyi jelita ini, kehidupannya sekarang semakin terisi dan dirinya masih lagi cuba untuk memahami antara satu sama lain demi mendapatkan keserasian dalam rumah tangganya.

“Saya masih lagi belajar untuk menjadi isteri yang baik. Saya masih lagi cuba untuk lebih memahami diri suami saya dan banyak lagi yang perlu saya pelajari,” ujarnya.

Sama seperti pasangan lain, pastinya Siti dan suami tidak terlepas merancang untuk menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya di sebuah lokasi yang mampu meninggalkan sebuah kenangan terindah buat kedua-duanya.

Biarpun pada mulanya Siti seakan berahsia, tetapi akhirnya Khalid telus memberitahu, Venice merupakan kota pilihan mereka.

“Kami akan ke Venice selama dua minggu. Dah lama kami merancang untuk ke sana. Cuma tarikhnya kami belum tentukan lagi,” kata Khalid sambil tersenyum.

Pada majlis tersebut Siti telah menghiburkan khalayak menerusi tujuh lagu antaranya Aku Cinta Padamu, medley lagu Pupus, Teman Tapi Mesra dan Pudar, I Will Always Love You dan Biarlah Rahsia.

Lebih istimewa apabila Ziana Zain muncul selaku penyanyi undangan, berduet dengan Siti menerusi lagu Hanya Memuji.

Siti juga diberi penghormatan memakai sut pertama untuk golongan wanita keluaran Lord’s Tailor iaitu Power Suit For Powerful Women.

Majlis tersebut turut menampilkan 16 selebriti lelaki memperagakan pakaian Lord’s Tailor antaranya Farid Kamil, Arash, Awal, Ebi dan Vince.

Kebahagiaan rumah tangga

Tidak lokek untuk berkongsi kebahagiaan dirinya setelah bergelar isteri, kata Siti: “Rasanya petua kebahagiaan Siti tentunya kerana kami saling memahami antara satu sama lain. Paling penting perlu ada rasa hormat antara satu sama lain. Selain kita perlu taat kepada suami.”

Kebahagiaan itu jelas tergambar apabila Siti masih juga tersenyum apabila ditanya, bila akan menjadi ibu – satu soalan yang acap kali ditanyakan padanya.

“Saya tak merancang dan jika dapat anak dalam masa terdekat, satu rezeki buat saya. Ada juga yang kahwin enam atau tujuh tahun baru dapat anak kan? Saya harap rezeki saya tidaklah selambat itu.

Saya macam isteri-isteri lain yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. Dengan cara berjumpa pakar kesihatan selain bertanya kepada orang-orang tua,” katanya yang turut mengakui doa untuk mendapatkan zuriat antara doa yang dimintanya ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Read more from Utusan Malaysia
25 Comments Post a comment
  1. Jun 15 2007

    ini khalid macam butler batman daa..tapi dia jadi butler bini tangkap gambaq sana sini…bengap bengap..ni usahawan taik ni:d

  2. kuntau
    Jun 15 2007

    =))

  3. cykepo
    Jun 15 2007

    =))=))=))tepat cakap sirap tu . tak terpikir tapi tengok2 balik banyak mirip hampir serupa.hapo banggo sangat pakai baju omputeh!dasar glamour gila habis!!!!

  4. kuntau
    Jun 17 2007

    masih juga melaram macam dugung

  5. sitot
    Jun 18 2007

    :( |)

    biarla mereka tuuuuu :) >-

  6. NoName
    Jun 19 2007

    IH SIRIK TANDA TAK MAMPU..:p

  7. betuahbadan
    Jun 19 2007

    no name tak ikut sama ka.jadi tukang angkat beg depa pun tak pa. :grin:

  8. betuahbadan
    Jun 19 2007

    aku byk duit nak jugak pegi venice tapi impian aku,aku nak pegi tempat2 yg krew TV3 buat rancangan jejak rasul.mesti best nya.belum ada rezeki da…. :smile:

  9. katak
    Jun 20 2007

    laaaaaa……… kat sini korang eh

    aku tak jumpa laman rumah laaaaaaaaaa
    emlilau aku cari , ni pun tengah keliru

  10. admin
    Jun 20 2007

    =)) hahaha.. lah aku ingat kau dah kena makan :p dah lama diaorg tak cakap pasal sup katak. :d

    rumah dah pindah disinilah. welcome back.

  11. Jun 21 2007

    hahaha…… baru nampak katak sitot sirap…lama tak nampak mana tercampak.

    gua bila tgk misai pakai tuxedo kira nampak oklah tapi cgilamour pakai topi ala2 fesyen thn 40an 50an tu gua naik gelak besar. tak sesuai langsung… baju nampak dada punya lebar….itulah lain kali jgn suka kata tak nak seksi…apa dah jadi makcik. taik lalat pun nampak beb. :o

  12. kuntau
    Jun 30 2007

    tak cantik sangat pun….harga bukan main lagi macam tak berbaloi je[-x hippo memang begitu..dia suka meludah merata2 then jilat balik=)) lucunya orang mcam depa ni

  13. mizz
    Jul 2 2007

    “Bagi saya, anda boleh melepaskan geram, meluahkan perasaan, sekalipun mengutuk, tetapi janganlah menggunakan ayat yang terlalu rendah kedudukannya sehingga kurang enak dibaca. Orang yang membaca, menokok tambah isi kandungan blog, satu hal juga. Mereka umpama lalang. Gunalah bahasa berkias.”petikan akhbar…

  14. Jul 2 2007

    petikan akhbar apo bondo ni?…ekau petik mewakili sapo ni ?…ayat boring semacam jo…

  15. betuahbadan
    Jul 4 2007

    dik mizz relax la…suka2 tak kan tak boleh kot.aku pun tak berani nak dekat dgn hang.marah semacam.angin satu badan.:-j

  16. kumak
    Jul 4 2007

    memang la
    guna la ayat yang melanbangkan kita ni rakyat malaysia..;..

  17. betuahbadan
    Jul 4 2007

    mizz serius sgt.mizz nak guna bahasa baku ka.dah duduk jauh2 tu jgn la sombong pulak.mizz pun kata nak berbual2 mesra dgn kitak2 ni. :grin:

  18. kumak
    Jul 4 2007

    guna la ayat yang berbudoi bahasa ckit

  19. betuahbadan
    Jul 4 2007

    bebudi bahasa mcm siti kumak.cair gitu….:d

  20. kumak
    Jul 4 2007

    siti memang la berbudi bahasa… aku tgk masa wrtawan interview dia.. sopan santun jerr

  21. betuahbadan
    Jul 4 2007

    itu belakun je kumak.aaa kau jgn marah.kena la kontrol cool dan pandai susun ayat kasi wartawan mati akai sekejap.sapa sangka siti boleh jadi mcm sekrg ni… :grin:

  22. Jul 4 2007

    bro…itu bujal kumax sudah habis di manderam cgilamour..itu pasal apa yg cgilamour buat dia cinta bangat deh… cgilamour kentut depan org pun dia kata sopan santun…. :) ):))

  23. kuntau
    Jul 4 2007

    c kumak ni fikiran n hati dia dah sentiasa tersemat nama hippo sebab tu apa2 yg hippo buat pun dia ckap baik dan bagus saja…tak lama lagi bab rampas suami orang pun akan di katakan baik juga no…

  24. NUJUM PAK BELALANG
    Aug 29 2007

    CT dah jadi mandul ke? Datuk K dah ada anak , CT tak jugak , apasal tak jadi – jadi ni. Aku ingat ada wayer dalam perut kot. Kalau tak mungkin Datuk K yang mandul , sebab CT pun dah ada anak jugak. Heran laa aku apasal janda dengan duda tak dapat anak? CT tak ikhlas ke kawin denan Datuk K? … kesian. Datuk sayang sangat ke dengan CT, ? ish ish patuut laa lambat sangat nak beranak. CT pun satu hal , Datuk K sikit punya handsome pun tak sayang lagi… Datuk pun satu hal ,dah laa curi Cik CT dia buat main- main macam tu plak, nanti hero dia mai ambik balik nanti baru menyesal. Orang bagi can untuk ganyang tu ganyag laaa cukup – cukup. Bukan barang free woi.

  25. kumak
    Aug 30 2007

    jaga cikit mulut… jangan celupar sangat.. anak tu ketentuan Tuhan.. belum ada rezeki lagi…

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments