RSS Feed
Featuring the latest scandals, gossip, and entertainment news.


Siti Nurhaliza – Pertama kali rai ibu mertua



Oleh Nor Fadzilah Baharudin

hi_01_big.jpg
Siti turun ke bawah pentas dan mengucup tangan ibu mertuanya.

Berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, tahun ini penyanyi jelita Datuk Siti Nurhaliza menyambut Hari Ibu bersama dengan dua wanita yang cukup dikasihinya, ibu kandungnya Siti Salmah Bachik dan ibu mertuanya Siti Zainab Hanaffi.

Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan Siti begitu bahagia menyambut Hari Ibu bersama-sama kedua-dua wanita tersebut dengan disaksikan hampir 1000 penonton yang hadir pada acara Ibu Ratu Hatiku – Sepetang Bersama Siti Nurhaliza dan M.Nasir.

Sepotong ucapan Siti kepada ibu mertuanya pada majlis itu, “Terima kasih kerana melayan Siti dengan baik serta dapat menerima Siti seadanya. Insya-Allah Siti akan menjadi isteri yang baik serta menjadi ibu yang baik untuk anak-anak Siti.”

Begitu mendalam kata-kata anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini.

Untuk ibu kandungnya, Siti mempersembahkan lagu kegemaran ibunya, Bunga Melor.

Kata Siti, “Siti pernah menyanyikan lagu ini dengan ibu Siti. Ingat nak nyanyi bersama lagi kali ini tapi ibu Siti ini pemalu. Sifat ibu Siti yang membuatkan Siti sayang padanya ialah dia sporting, penyabar, lemah lembut. Malah untuk pengetahuan semua, suara ibu Siti diperturunkan kepada Siti. Suara ibu Siti lebih sedap daripada Siti. Siti tak habis menuntutnya lagi.”

Untuk peminat-peminat yang hadir menyaksikan persembahannya petang itu, Siti menghadiahkan lagu Umi (pernah dipopularkan oleh Datuk Shake).

“Khas untuk Hari Ibu, Siti belajar menyanyikan lagu ini untuk anda. Tapi kalau ada yang kurang, Siti minta maaf. Maklumlah baru belajar,” ujarnya.

Sememangnya para ibu terpesona dengan kecantikan dan kehebatan Siti pada petang itu. Biarpun sedikit semput ketika menyanyi tetapi persembahan Siti tetap yang terbaik.

Selain Umi dan Bunga Melor, Siti turut menyanyikan lagu Gubahanku, Pastikan, Aku Cinta Padamu dan Joget Pahang.

Lebih memeriahkan suasana apabila Siti menjemput Lan Pet Pet melawak dan menyanyikan lagu Anak versi Filipina.

Berkongsi pentas dengan Siti, sifu M.Nasir menghiburkan khalayak menerusi lagu-lagu popularnya iaitu Raikan Cinta, Sama Cinta, Kepadamu Kekasih, Bonda, Suatu Masa serta Juwita Citra Terindah.

Suasana petang tersebut cukup ceria apabila Adibah Noor selaku pengacara begitu bijak mencuri hati khalayak yang hadir dengan lawak jenakanya. Selain itu, Adibah turut menyanyikan dua buah lagu antaranya Terlalu Istimewa.

Menutup tirai persembahan yang cukup meninggalkan memori indah kepada para ibu yang hadir, ketiga-tiga mereka berduet menerusi lagu Dua Insan Bercinta.

Persembahan petang itu dianjurkan oleh Mahir Entertainment & Production sempena meraikan Hari Ibu yang disambut pada 9 Mei lalu.

Hasil kutipan jualan meja sebanyak 30 peratus akan disumbangkan kepada Yayasan Nurjiwa yang dikemudikan oleh Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

49 Responses to “Siti Nurhaliza – Pertama kali rai ibu mertua”

  1. sitot says:

    kutip duit orang pastu letak dlm tabung yayasan nurjiwang..nanti claim duit tu sumbangan dari mereka…mcm lembu punya susu tuan dapat nama…KAPITALIS

  2. elyas says:

    sitot
    aneh banget
    i love you siti
    sitot
    siapa kira dia
    iri dengki yang ada
    tak tau apa dikata
    orang nya slalu bikin perkara
    tak da kata maaf yaaaaaa

  3. betuahbadan says:

    bukan iri mahupun dengki elyas.buat sesuatu perkara harus pikir akibat dan kesannya.org akan kata kenapa nak masuk dlm tabung kenapa tak di derma kan terus.dapat lah yg menerimanya menggunakan secepatnya.itu kan lebih bagus.kena tunggu duit tabung dah banyak ke baru nak menderma.bukan pertikai tapi tgk pada logik la.

  4. Genius.YYY says:

    Apa ler punya bala, se tahu aku lah, org tua2 ni mana ler suka nak celebrate apa bende pun kat hotel ke mana ker, depa ni dia org lagi happy kalau dapat main2 ngan cucu memasing. Ni lah kalau anak menantu tak reti bahasa ni. Yg dok gi heret org tua tu gi dgr org nyanyi apa hal. Sopan kepala bana betul ler budak degil ni.

  5. adikmanis says:

    mana kau tahu genius yang orang tua tak suka benda2 konsert ni?
    lagipun tu bukan konsert liar, khas menghargai para ibu. aku rasa dia redha aje kalu tak dapat cucu dari siti lagi. kau tu sibuk nak jaga tepi kain mak mentua siti nape?

    betuahbadan pun satu, kau penah jumpa ke orang kutip duit pastu terus bagi kat orang miskin?
    takde nye, sume kena ikut prosedur dia. duit tu di kumpul, pastu baru la sesapa yang buat permohonan di nilai dulu. baru kasi duit. konsep zakat pun macam tu… orang miskin dan fakir yang layak dapat zakat di banci dulu. kalau dah layak, baru la kasi duit tu…

    bukan cepat aje yang nak, tapi orang yang betul betul layak aje.
    bukan nak bagi pasir ni, nak bagi duit.

  6. sirap says:

    zakat dah bayar ka…?

  7. sitot says:

    aku dah bayar..

  8. kuntau says:

    entah2 yang cakap banyak kat atas tu yang tak bayar lagi kot..ha..ha..ha, biasanya orang yang selalu cakap baik tu yang selalu buat hal kan??

  9. adik manis says:

    stupid sweeping statement..
    apa kau nak cakap para ulama dan wali wali Allah yang selalu cakap kebaikan tu tak buat baik?

  10. sitot says:

    ni bukan cerita pasal wali/ulama… ni pasal u lerr..dah bayar zakat ke belum?

  11. kuntau says:

    yep absolutely sitot…give me five!!!

  12. sitot says:

    give u 10 pun blehhh..hehehe

  13. kuntau says:

    but im sorry im not muslim anyway, hope u guys dont mind???

  14. adik manis says:

    if you are not a muslim than dun talk about it. talk something else that is not related to our religion.

  15. Genius.YYY says:

    Aku tak tau pulak mana2 org tua Melayu yg seronok gi tgk konsert esp bila yg menyanyi anak menantu sendiri. Kalau DK dah 50 thn, mak dia paling kurang dah nak masuk 70 thn. Kau tgk gambar dia tu, senyum kelat jer org tua tu tgk ct. Dlm hati agaknya cakap, jadah betul kene heret ke pesta maksiat ni. Hari Ibu konon. Pompuan mana pulak agaknya lepas ni yg si khalid ni nak.. alahai anak mama..

  16. adik manis says:

    kau ni pun satu, tu bukannya konsert, just nyanyi nyanyi biasa aje. bodoh la kau ni, cara orang menghargai mak bapak tak sama la. kau tu, maybe suka bagi bunga kat mak, ada orang bagi baju, ada orang bagi kad. habis kalau siti sambut hari ibu tak jemput mak and mertua dia skali kan, korang kata pulak, kecil hati orang tua tuh, tak langsung di pedulikan siri.. inilah orang melayu, suka cari kesalahan orang, apa yang baik pun dia kata busuk. kalau hati dah busuk n buruk, macam ni la jadinya. duk ngata je apa orang buat.

  17. sirap says:

    lu tu tak mengata orang ka tanggecik..?

  18. kuntau says:

    Hello..still hot huh??

  19. adik manis says:

    aku mengingatkan kau la bongek.

  20. Genius.YYY says:

    lawak lah engko ni adik manis, lagi budo rupanya dari wak dojer, nanti one bila kau dah umur 70 tahun, kau jgn lupa suruh anak menantu kau appreciate kau dgn memberikan persembahan gelek gerudi ala inul atas pentas. Sure kau bangga macamana bangganya mertua ct tgk anak menantu dia dok berdendang.

  21. betuahbadan says:

    patutnya emak bapak tok ct tu ada rasa malu dan tahu la serba sedikit pasal agama ni.ini lagi dia galak dan suka pulak.dah sedap dapat duit byk so hal2 agama ni tolak tepi asalkan kehidupan lebih selesa walaupun terang2 pekerjaan tu haram disisi islam.kalau sayang anak bukan mcm tu caranya.kesian pada mereka la.

  22. kuntau says:

    tapi aku rasa bukan salah family dia jugak tapi ni salah c tua kerepot tu. Tengok dulu time Hippo bawah jagaan abang dia everythings goes well, tapi sejak dah kahwin tu wow…naik lemaklah Hippo dalam semua bab pun memang dah tak masuk akal lagi dah.

  23. sirap says:

    takpa terima kasihla..gua tak perlu peringatan dari orang macam lu..diri lu sendiri yang kena lu ingat…lu lepas hambur kata kata kesat lu dalam blog ni…..lepas tu lu keluar hadith..lepas tu lu maki lagi..lepas tu lu ceramah agama…lepas tu lu maki lagi…apa punya bala lu ni tanggecik

  24. betuahbadan says:

    tok ct boleh berubah.dia mesti kuat lawan godaan2 yg mungkin lagi hebat selepas betul2 dia mahu berubah.tgk la artis2 yg lain mula2 je lepas tu satu2 luntur.kalau boleh pi jauh mengasingkan diri.bak kata org agama la sabar tu adalah mudah bila kita masih tak mahu ke tempat maksiat tetapi apabila kita sudah berada dlm maksiat itu sangat susah la kesabaran itu mahu keluar dari tempat tersebut.apabila kita sudah berada dalam genggaman syaitan maka susah dan payah la kita ingin melepaskan diri.so dah tahu byk bala dan bencana jgn la kita merugikan kita terjun sekali.

  25. adik manis says:

    OK LAH. I PUN DAH MALAS NAK JOIN NI. DENGAN INI, I MERASMIKAN YANG I KELUAR DARI SIMPLY SITI NIH.
    BYE EVERYONE. I’M SO SORRY FOR EVERY WORDS THAT HURT YOU GUYS.
    LAST ADVICE, JAUHILAH KEMUNGKARAN, AMIK YANG BAIK JE.
    ADIOS.

  26. sitot says:

    alalalala sayang…

  27. ain_366 says:

    LAAAA NAPE ADK MANIS CEPAT SGT NAK KUAR…TAK BEST LA CAMNI…SY SUKE TGOK KORANG BERDEBAT…SY JUST PEMERHATI JE..APE-APEPUN SITOT,TUAH PLNG BEST SBAB BERSEMANGAT WAJA..HIDUP SITOTTTTTT DAN TUAHHHHHHHHH!!!!!!!!!!

  28. kuntau says:

    la..tot ada orang admire, la..la…la..lepas ni mesti ada orang jatuh hati lagi ha..ha..

  29. toyol says:

    aku baca balik note2 yg aku terlepas…hehehehe…ketawa besar deh….indon sesat pun ada lg… wali pun keluar….lawak betul adikpahit nih. gua tgk muka mertua cgilamour pun kelat…tak senyum pun. yg bestnya siap cakap ‘Sepotong ucapan Siti kepada ibu mertuanya pada majlis itu, “Terima kasih kerana melayan Siti dengan baik serta dapat menerima Siti seadanya. Insya-Allah Siti akan menjadi isteri yang baik serta menjadi ibu yang baik untuk anak-anak Siti.” lu tak payah lah nak sound mcm tuh depan org..sebelum ni lu tak kata depan2 ke pada mertua lu cgilmaour? nampak sgt lu nak org dgr jugak… tak tau malu kaaa..???? satu lg pasal sumbangan 30% utk yayasan lu…lu tak payah lah nak sound derma lu..diam2 sudah. kalau tak masuk pun derma..itu yayasan lu dgn laki lu beb. org tak tau…lainlah kalau derma terus… GUA INGATKAN LU NI KASI HENTAM BARU TAU. APA YG LU NAK BUAT SEMUA LU BG TAU ORG…GUA MCM NAK BELASAH JE LU NI. TAPI GUA HERANLAH…LAKI LU TAK MCM LU…DERMA DLM DIAM.

  30. betuahbadan says:

    sabar yol..tok ct dah tak sabar jadi ibu.lepas ni mesti ada ayat2 yg menyayat hati.itu kan taktik dia.itu la pemimpin2 kita yg buta ni pun tepedaya dgn dia.temasuk la pres dan panatik dia.

  31. Putera Emas says:

    Aku lagi tak faham.. kata konsert amal… apsal 30% je masuk kat tabung amal? sepatutnya 100% terus pergi kat tabung tu.

  32. toyol says:

    lu sound sikit kat cgilamour ni tuan khemah..kasi hentam ini perempuan ooooo.. konsert amal konon… gua bengang pasal nak ke umrah pun nak sound… nampak gila lu cgilamour nak tunjuk lu byk duit, lu lah paling baik, lu lah paling hormat org tua, lu lah artis yg sopan. kalau lu kata nak ke haji tuh lain…tak habis2 nak ke umrah… lu nak maintain popular, lu jumpa consultan lu…
    Org tua cgilamour dah ke haji ke belum?

  33. betuahbadan says:

    mana boleh 100% terus masuk tabung tuan tanah.depa tu kata je nyanyi untuk amal.duit poket nak jugak tak kan nyanyi telan air liur je.itu la konsep amal pun depa hentam keromo.bubuh la nama konsert lain.org pun tak kata.

  34. Putera Emas says:

    nanti ar bila dia datang APM, kalau aku free aku jumpa dan hentam dia bila nak naik haji. Orang pergi haji dulu, lepas tu nak pergi umrah banyak2 kali suka ati kaulah. Ni pergi macam pergi makan angin. tak faham dengan dunia hari ini…

    suruh orang beramal, tapi sendiri tak beramal.. buat konsert amal pun nak terima bayaran. salah konseplah! untung je lebih dari menderma. memang aku tak sokong benda2 macam ni.

  35. sitot says:

    tu cuti2 mekah, ambil konsep cuti2 malaysia…

    ala ain_366… malu I (pura2 malu mcm kucing gatal). Idea dan pendapat orang lain pun bernas2 dan pedas2 belaka. Tuah tu tajam dan begitu memperjuangkan ketidaksetujuannya pasal siti, si toyol tu kira “pusat sumber” pasal artis, genius yyy idea dia kasi aku gelak guling2, sirap pun pedas dan berasap…kuntau pendatang baru yg duk satu tanah… dan sapa2 yg lain tu setakat membodek shj.

    70% kos penganjuran kot…

  36. alia says:

    70% masuk kat tuan tanah…heheheh tuan tanah kena bayar semua perbelanjaan janda DK….yg mengakibat seseorang menjadi janda…kena bayar semua percutian tahunan, anak2 tiri yg terbiar, perubatan…etc etc…..sebab tu kena 70% masuk ke tuan tanah….ehheheheh

  37. alia says:

    kalau konsert amal apasal mahal giler harga meja VIP sampai ribu2…. lebih baik tengok DVD kat rumah tak yah bayar semahal tu….hadiah hari ibu….telekung tenun baru berapa ratus…tak sampai ribu2……ehheheh…..kejar dunia…dunia akan kejar ANDA>>>>

  38. sirap says:

    donia donia..

  39. kuntau says:

    kasihan TZ tak pasai2 menjanda sebab c hippo yg tak berguna tu..banyak2 laki kat dunia ni itu juag yang dia nak….

  40. kuntau says:

    pasal DATIN punya geleranlah ni…dia nak buat rekod datin termuda kot…eeee…salah tempatlah beb..aku meluat sangat tengok muka dia kalau fikir pasai bab tu

  41. sitot says:

    nak masuk malaysian book of rekod. Datuk+Datin Termuda.

  42. kuntau says:

    sure punya, dia tengah tunggulah tu orang bagi anugerah kat dia sebab tu sekarang buat kerja amal sana sini tapi masuk poket sendiri yang lebih. Masuk bakul DK angkat seorang2

  43. toyol says:

    haahahha….datin termuda..itu aku nak betulkan sikit…datin termuda di msia ni bukan cgilamour beb..tapi datin azrin tak salah aku. berusia 25 atau 26 thn dia kahwin dgn datuk thn 90an… pernah dgr ke lu org nama tuh…dia dulu seorang penyanyi/model. cute orgnya….lepas dia kahwin terus senyap…. kalau salah nama tu betul kan ya.

  44. toyol says:

    biasalah cgilamour punya tektik…kalau tak sebut konsert amal org tak nak dtg…. bila sebut amal kan ramai niat nak dtg utk menderma…. yg best tuh dia letak kat yayasan dia. nape tak derma 30% lg pd anak yatim..lg besar pahalanya… alang2 suka canang..baik canang terus derma lu pd mereka kan….

  45. kuntau says:

    dah nama yayasan dia…dia letak berapa banyak pun balik nama dia jugak takkah hipokrit namanya macam tu. Kelakar sungguh c minah hippo ni sekarang, kalau derma 100% tak apalah 50% pun tak sampai tapi ada hati nak canang!!

  46. toyol says:

    bak kata datuk harun din “Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?”….

  47. kasih says:

    apalah kamu orang sibok je jaga tepi kain orang lain. Diri sendiri entah2 lagi teruk!!!!!!!!!

Leave a Reply