Siti ke Makkah bawa anak tiri
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
KASIH ANAK: Siti menghadiahkan sejambak bunga kepada
ibunya, Siti Salmah Bachik.
KETIKA artikel ini ditulis, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sudah pun berada di Tanah Suci Makkah bersama suami tercinta Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih terkenal dengan panggilan Datuk K.
Sejak bergelar isteri kepada ahli perniagaan dari Kedah Ogos tahun lalu, sudah tiga kali pasangan yang sedang bahagia menyemai cinta itu menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk beribadat.
Jika dua kali sebelum ini mereka hanya pergi berdua, tetapi kali ini dua anak tiri Siti, Mohd Adeeb, 18, dan Mohd Asyraf, 17, turut mengiringi pemergian mereka selama enam hari. Cerita sebegini juga bagaikan menepis segala khabar angin bahawa hubungan Siti dan anak tirinya hambar.
Malah, sebelum ini pun anak tirinya juga tetap kelihatan hadir dalam beberapa majlis yang membabitkan penyanyi itu seperti majlis sambutan Hari Setiausaha yang diadakan di Palace of the Golden Horses, baru-baru ini.
Mengenai pemergian mereka ke Makkah, tidak tersasar jauh jika doa paling atas pasangan popular ini di depan Kaabah adalah agar Tuhan mengurniakan cahaya mata kepada Siti yang barangkali sudah tidak sabar juga untuk menimang seorang bayi sebagai pelengkap kehidupan.
Sudah hampir sembilan bulan mendirikan mahligai indah, belum ada sebarang tanda, kecuali badan yang semakin berisi, penyanyi jelita itu berbadan dua. Berkali-kali juga dia menafikan bahawa dirinya kini hamil apabila diburu pihak media.
Mungkin Siti sendiri sudah bosan diburu soalan serupa setiap kali bertemu media. Namun, keinginannya untuk menimang cahaya mata memang terserlah kala menjayakan persembahan Ibu Ratu Hatiku – Sepetang Bersama Siti Nurhaliza dan M Nasir anjuran Mahir Entertainment & Production (MEP) di Dean Perdana Felda, baru-baru ini.
“Siti ini entah macam mana agaknya bila menjadi ibu,†katanya yang anggun dengan persalinan warna hijau pucuk pisang rekaan Datuk Tom Abang Saufi yang sedondon dengan suami tercinta.
Dalam majlis itu, Siti juga sempat bertanya kepada seorang peminat yang diundang ke pentas mengenai perasaannya bergelar seorang ibu.
Dalam persembahan hampir tiga jam itu, tiga ibu penyanyi itu iaitu ibu kandungnya Siti Salmah Bachik, ibu mentuanya Siti Zainab Hanafi dan ibu angkatnya turut hadir menyaksikan persembahannya. Malah, dalam majlis itu Siti menghadiahkan mereka sejambak bunga setiap seorang.
Pada petang itu juga, Adibah Noor selaku pengacara majlis memulakan persembahan dengan mendendangkan lagu keroncong daripada filem Mukhsin, Hujan dan lagu hitnya, Terlalu Istimewa.
M Nasir kemudian mengambil alih pentas dengan mendendangkan sebanyak enam lagu daripada album baru dan lamanya. Lagu yang didendangkan M Nasir ialah Raikan Cinta, Sang Pencinta, Kepada Mu Kekasih, Bonda, Suatu Masa dan Juwita Citra Terindah.
Dengan gelaran sifu yang diberikan, tidak ada masalah untuk M Nasir menghiburkan peminatnya yang kebanyakannya perempuan pada hari itu. Malah, Nasir bagaikan terkeluar daripada biasa kerana dia kini lebih ‘ligat’ dan tidak berat mulut dengan peminat.
Begitu juga dengan Siti yang tidak pernah mengecewakan peminatnya. Apa saja lagu yang dibawakan pasti sedap kedengaran, sekalipun ketika peminat mengerumuninya. Walau susah untuk bergerak kerana peminat yang tidak mahu terlepas peluang mengabdikan gambar penyanyi kesayangan mereka, Siti tetap memberikan persembahan memukau.
Pada petang itu, Siti juga mendendangkan sebanyak enam buah lagu. Memulakan persembahannya, Siti memilih lagu joget iaitu Joget Pahang dan lagu Bunga Melor yang menjadi kegemaran ibunya. Siti turut mendendangkan lagu Gubahanku, Umi, Pastikan dan Aku Cinta Padamu.
Mengakhiri persembahan pada petang itu, tiga penyanyi hebat pada petang itu mendendangkan lagu duet milik M Nasir iaitu Dua Insan. Kehadiran pelawak dan pelakon Mazlan Pet Pet ke majlis itu turut menyerikan majlis apabila Siti mengundangnya ke pentas.

wow, memang siti anak yang taat pada orang tua dia. dia tak prnah malu dgn keluarga dia walaupun sekarang dia telah berjaya dan hidup mewah. tahniah atas anugerah usahawan berjaya yang telah diterimanya.
semua anak memang patut hormat and taat pada orang tua adik manis, mungkin u kot yang malu kat family u sendiri, thats y u so so impress dengan apa yang hippo buat kat atas tu.
mcm mana dia boleh dapat anugerah usahawan? pelik? setahu gua teh yg dia jual kurang sambutan. cuma production je ligat. LV kat starhill also biasa… sejak dapat title datuk ni mcm2 boleh jadi…. tak mustahil….
tu yang menghairankan orang toyol, kerja tak seberapa tapi macam2 ada….aku tengok ada orang yang lebih layak pun tak dapat2, alih2 dia yang bolot, tak tau ilmu apa yang dia ada sampai M’sia pun nanti dia pegang eee….gerun
biasalah bro…misaikan ada pengaruh. org kalau ada pengaruh apa yg dia nak semua dapat. asal duit….duit. kes hulur bawah mejalah nih.
aku rasa dk dah penat dah.dulu buat kerja satu je la ni kena buat 2 keja.mana2 show tok ct kena la hadir kalau tak byk la soalan2 pres.baru la dk suruh tok ct berenti.dah tua2 ni mana la larat lagi.kalau muda2 tu masih cergas.tok ct tu muda lagi mana la tahu penat2.aku tgk muka dk baru2 ni pun letih je.mcm malas dah nak layann….
kita tgk je nanti apa kesudahannya…. misai ni makin tua makin menjadi bro. silap2 cgilamour surrender. hehehe….. gua dgr dia pernah gugur. agaknya si misai asik hentam melampau. itu yg kerap kali dgr ceta ke klinik je. nasib nasib….
kau biar betul yol…projek 3 kali sehari.ha ha ha.mcm mana la tak rabak.
korang ni … apa la cita tak takelok ni, tak baik tau, kalo mak korang tau mesti sedih korang jadi hilang arah macam ni…. baik korang bertenang…tarik nafas panjang-panjang
bukan hilang arah beb hilang marah kalau dapat lepas geram…lagi hilang geram giler kalau dapat sound depan2 cgilamour. gua dah tarik nafas panjang dah….. and gua sambung lagi ceta ….
macam c hippo tu mana puas 3 kali sehari, tu yang muka DK penat semacam je “main” banyak sangat dengan hippo
ape ape aje omak aku pun tak reti nak buka computer.tentu dia tak tahu punya.masa ni la dk kena pulun habis2.kudrat masih ada kuat tak kuat aku tak tau tapi tok ct rugi la kawin org tua,kalau org muda tentu ada bezanya.patut la muka dk letih dude.
berapa kali umrah daaaaaaaaaa????? konsert pun banyak utk P.Ramleee and Sudirman…..klau dah arwah tak yah sedekah konsert………sedekah al_Fatihahh……….hehehhehe tak betul tu????
hehehhe korang ni imagine jauh sangat… hehheeheh nakal
tak habis2 asik… umrah umrah umrah. haji yg wajib dan terlebih mampu bila pulak nak kerjakan, minah… nak tggu umur 40 thn, dan tak laku baru nak buat ke….
org ni bila buat amal habih jaja satu malaya mcm cik kak ni, silap2 pahala tak dpt, bala pulak yg datang
ada one datuk kat kajang nun, tanah banyak, so di wakafnya jadik masjid, cantiklah tu, masalahnya, dibantai nya letak besar2 pada sign board mesjid, di wakfkan oleh Datuk Dr…. Apalah punya bala,
tak ikhlas lah tuh namanya…buat kerja tuhan tapi kerna nama…. mcm kes cgilamour lah ni…bila dah capai impian dia nak buat masjid dia letak nama kat sign board sebesar2nya. buat kebajikan adalah satu perkara yg murni tapi tak perlu nak canang satu dunia…. hilang pahala.
ni gua kasi utk lu cgilamour..lu pun baru balik umrahkan…..
Ketika isra’ dan mikraj Nabi SAW ditunjukkan kaum wanita yang sedang disiksa kerana tidak menutup aurat. Hari ini ramai wanita Islam yang berpakaian menutup aurat tapi yang tidak bertutup aurat ialah yang berjawatan menteri, yang berjawatan gabenor bank yang jadi ketua wanita UMN..yang jadi ketua puteri UMN..(tutup masa datang ke Kelantan saja). Mungkin mereka fikir kerana mereka berjawatan menteri atau ketua itu dan ini tentu Allah swt tak berani siksa mereka di akhirat!!
Yang pelik tu mengapa PM yang kononnya cucu ulamak dan beliau pun berpendidikan agama boleh jadi imam tapi lantik menteri-menteri betina yang tak bertutup aurat ni!! Yang jadi pengikut pula buat apa dok lantik ketua dari kalangan yang tak bertutup aurat apa dah tak adakah yang lebih sopan dan bertutup aurat untuk dilantik sebagai pemimpin??!! Salah seorang antaranya dah berpuloh tahun jadi menteri hal-hal ekonomi ni lah yang cukup degil tak taulah mungkin kerana dok makan banyak makanan dari sumber yang haram maka hati jadi keras.
Dalam al Quran menceritakan mereka yang dimasukkan keneraka tersangat menyesal dan menangis hingga keluar air mata berdarah dan mohon untuk balik kedunia walaupun untuk sehari dengan tujuan untuk mengerjakan amal ibadah (tak mau buat apa-apa selain beribadah) dan menyembah Allah dalam erti kata yang sebenar tapi tidak diperkenankan oleh Allah swt. Jadi kepada para pemimpin yang masih engkar untuk menutup aurat segeralah berubah, anda mampu melakukan nya!! Jangan bila hadir untuk ziarah jenazah saja anda tutup aurat tapi bila hadir majlis-majlis lain anda masih dok dedah rambut dan dada anda!! Ingatlah suatu hari nanti anda juga akan dibungkus dalam kain putih dan orang lainlah akan tutup aurat anda sekadar kewajipan (bukan kerana anda sendiri rela melakukannya kerana Allah). Saya berbangga dengan Raja Permaisuri Agong yang berpakaian sopan menutup aurat dan seharusnya para menteri wanita yang dok dedah aurat tu rasa malu.
terpana c hippo dengan note lu yol
balik umrah cepat2 ni sbb nak meyibuk masa PM nak kawin sabtu ni ker, memang le dasar pompuan tak tau malu, sume majlis glemer sket jer ade ler muka dia menempek ngan wak misai dia tu,
hmmm…. gua smlm satu hari duk baca tentang luasnya neraka tuhan yg sa…. Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”
Jawab Jibrail: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.” Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai
mati belum sempat bertaubat.”
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu
menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”)
TUAN KHEMAH KALAU PANJANG LU DELETE LAH…GUA CUMA KONGSI DGN GENG2 GUA KAT SINI TERMASUK LU….. TERMENUNG SEJENAK BILA GUA BACA BAB NI BEB…….
Apalak nak delete pulak. Cantik lah tu apa yg kau tulih@ciplak@kapor tu. Insap gak aku bila membacanya…
gua paste and copy dari email and gua forward kat member2 lain dan blog nih. kongsi ceta.
skang ni ramai manusia khususnya umat Islam dah tak berapa nak ikut perintah agama lagi dah, kalau ikut pun yang betul-betul kena ngan nafsu sendiri, misalnya nak kawin ke, nak raya, etc