Skip to content

May 28, 2007

6

Rossa, Siti tersenyum diasak soalan peribadi



BERCAKAP tentang perceraian artis kita, Kak Tim teringatkan Rossa. Penyanyi cantik dari Indonesia itu baru-baru ini muncul pada majlis pelancaran jenama kedua Rafflesia yang terkenal dengan aksesori mutiaranya.

Jenama terbaru yang dinamakan Mandalay itu dilancarkan pada majlis gilang gemilang yang begitu eksklusif di Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tentu ramai nak tahu Mandalay tu apakan? Ia koleksi aksesori mewah dan eksklusif batu delima dan batu jade dari Mandalay di Myanmar. Maka pada majlis itu, hampir 20 artis terkenal bergaya sakan memperagakan Mandalay yang nilainya berjuta-juta ringgit itu. Paling mahal digayakan oleh Rossa. Mandalaynya berharga RM8.8.juta. Bertambah cantiklah Rossa yang sudah memang cantik itu dek pancaran batu-batu ma

hal itu.

Walau secara terbuka mengakui rumahtangganya berantakan, Kak Tim tengok Rossa mampu mengawal perasaannya. Tidak secalit pun tergambar kegusaran pada wajahnya gara-gara mengalami kekalutan oleh kecurangan suaminya. Malah dia masih mampu tersenyum manis walau diasak dengan soalan peribadi.

Kata sumber, “Rossa memang sayangkan Yoyo (suaminya, anggota kumpulan Padi) itu. Memang dia sukar nak maafkan Yoyo yang menderhakai kesetiaannya. Tetapi buat masa ini dia tidak mampu untuk melepaskan Yoyo daripada hidupnya.

“Sebab itu selama berada di sini minggu lalu, Rossa setiap hari menelefon Yoyo. Cuma bezanya kalau dulu dia panggil Yoyo sayang pada perbualannya tapi kali ini tidak ada lagi perkataan itu. Dan perbualannya cuma biasa-biasa saja macam bercakap dengan kawan-kawan.”

Rossa ditampilkan bergandingan dengan Datuk Siti Nurhaliza pada acara karpet merah majlis itu. Cantiknya dua bintang ternama itu kelihatan macam adik beradik.

Siti menggayakan Mandalay bernilai RM3.8juta. Lucunya pada pertemuan dengan wartawan, Siti tidak dihujani pertanyaan tentang Mandalay yang dipakainya. Tapi tentang cerita peribadinya, apakah dia kini sedang hamil memandangkan badannya yang nampak semakin berisi.

Bagusnya, Siti persis Rossa yang sentiasa memberikan jawapan dengan senyumannya.

“Belum. Belum ada rezeki lagi,” kata Siti.

KAK TIM: Selamat mengerjakan umrah buat Datuk Siti Nurhaliza.

Read more from Utusan Malaysia
6 Comments Post a comment
  1. adik manis
    May 30 2007

    semoga rossa tabah menghadapi masalh rumah tangga nya

  2. betuahbadan
    Jun 1 2007

    artis indon sudah biasa kawin cerai mcm tukar2 baju.malah artis2 msia pun dah ikut trend mcm artis indon.pada diaorg kawin ni umpama kawin kontrak.bila suka kawin bila tak suka cerai.tak tahu la aku mcm mana nak kata.masing2 ego.tak dak tulak ansur.yg pompuan pun sama yg lelaki pun sama.yg tetekan anak2.kesian kat depa.org mcm ni tak dak kasih sayang,syg masa becinta je.

  3. Jun 1 2007

    hmmm…. cakap pasal anak ni bila di fikirkan kesian pun ada…. mcm kes TZ anak2 berbelah bg..tak dgr derhaka dan ugut mcm2 perkara. contoh anak2 tak nak ikut misai dan tak dgr kata…di ugut tak dapat itulah inilah….mcm2 boleh jadi beb. gua rasa kes tumbuk anak org memang betul kot sebab anak misai no 2 tiba2 je ikut ke umrah. mesti ada sebab….

  4. betuahbadan
    Jun 1 2007

    pasai anak dia pi umrah tu aku rasa satu pekara yg baik.mesti la kena paksa tepaksa la ikut.tok ct bangga dah rasa buat benda baik maka canang satu malaya.aku kalau tgk org yg buat keja dalam baik ada jahat itu yg aku rasa org ni tak la baik nait hati dia.mesti la besebab bukan niat buat kerana Allah.kalau betul2 buat kerana Allah dah lama tinggal kan benda2 teruk ni.

  5. Jun 4 2007

    tul tu tuah…. cgilamour suka buat nak dapat nama supaya org hilang salah anggap pd dia yg dah di cop sebagai perampas, pemusnah rumah tangga org dan tepis andaian anak tiri tak rapat dgn dia. kan minah lakonan hebat.
    pasal umrah lak mcm tuan khemah kata baik p haji dulu lepas tuh barulah p umrah byk kali pun tak pe… betul gak.
    lepas balik umrah melalak lg..buat konsert haribapa lak… kata cgilamour ‘konsert amal… konsert amal…’ dlm hati ‘duit masyuk.. duit masyuk….’

  6. Q-TIEY _BABY
    Mar 19 2008

    :evil: TOYOL ni dah gile tau………!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments