M Nasir ubah sikap, Siti bangga
Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my
KOMPOSER dan penyanyi M Nasir pernah mengejutkan penonton apabila menari gemalai mengikut penari ketika majlis Anugerah Industri Muzik ke-13 (AIM13), bulan lalu. Baru-baru ini, ketika menjayakan persembahan Hari Ibu, sekali lagi M Nasir kelihatan begitu mesra dengan penonton apabila turun pentas bersalam dan menyanyi bersama mereka.
Ia agak berbeza dengan personaliti M Nasir yang dikenali dengan perwatakan serius sebelum ini. Mungkin itulah penangan daripada album terbarunya, Juwita…Citra Terindah yang memuatkan lagu popular, Sang Pencinta dan Juwita…Citra Terindah. Album ini disifatkan mudah menangkap telinga kerana memuatkan lagu-lagu segar dan ceria.
Kehadiran isteri, Marlia Musa yang menjadi ibu kepada enam anaknya, mungkin satu lagi faktor memberi semangat kepada M Nasir sepanjang menjayakan persembahan sempena Hari Ibu dengan tema Ibu Ratu Hatiku di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak anjuran Mahir Entertainment & Production (MEP).
“Terima kasih kerana membawa saya ke pentas ini meraikan ibu-ibu sempena Hari Ibu. Bagi saya, Hari Ibu satu tanda bahawa kepentingan ibu tidak dapat dinafikan oleh kita semua. Sama ada ia dipanggil ibu, bonda, mama atau apa saja, sememangnya tumpuan anak-anak lebih kepada ibu,†katanya.
M Nasir yang muncul di pentas kira-kira jam 3.40 petang memilih lagu romantis, Raikan Cinta, Sang Pencinta, Kepadamu Kekasih dan khusus buat ibu-ibu yang diraikan, M Nasir persembahkan lagu Bonda.
Selepas menyanyikan lagu Bonda, M Nasir turun pentas bersalaman dengan peminat, kemudian menyanyikan lagu Suatu Masa dan masih berlegar dari meja ke meja bertemu penonton sambil menyanyikan lagu Juwita…Citra Terindah.
Persembahan Hari Ibu itu turut dijayakan Datuk Siti Nurhaliza yang mengambil tempat kira-kira jam 4.15 petang dengan lagu-lagu tradisional, Joget Pahang, Bunga Melur dan Gubahanku.
Katanya, dia rasa sungguh bertuah kerana sekali lagi berpeluang menyanyi di dewan itu menghiburkan ibu sempena Hari Ibu.
“Sudah beberapa kali saya menyanyi di sini. Saya pernah berganding dengan Jamal Abdillah dan pernah juga digandingkan dengan Mawi meraikan Hari Ibu.
“Di pentas ini juga saya pernah berduet dengan ibu, Siti Salmah Bachik. Hari ini saya bangga kerana ibu turut hadir meraikan hari istimewa ini bersama ibu mentua, Siti Zainab Hanafi dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.
“Malah, persembahan kali ini lebih bermakna kerana hasil kutipan akan disalurkan ke Tabung Yayasan Nurjiwa untuk membantu mereka yang memerlukan. Terima kasih juga atas kehadiran tetamu istimewa, isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Zaharah Kechik,†katanya.
Kehadiran ibu dan ibu mentua Siti pastinya menjadikan hari itu cukup bermakna bagi Siti. Apabila anak perempuan berkahwin, ada kalanya hubungan dengan ibu agak jauh kerana tumpuan diberikan kepada suami dan keluarga baru, tetapi bagi Siti, kesibukannya tanggungjawab sebagai isteri bukan halangan untuk bersama ibu setiap kali ada majlis istimewa. Ibunya juga hadir ketika sambutan ulang tahun Siti yang ke-28 pada 11 Januari lalu.
Siti berkata, dia tidak sempat meraikan Hari Ibu pada 13 Mei lalu kerana ibunya berada di Kuala Lipis, Pahang tetapi dia dan suami meraikan hari istimewa itu bersama mentuanya di rumah.
“Saya bangga dan rasa bertuah pada hari ini dapat berkumpul bukan saja bersama ibu dan ibu mentua, tetapi juga dengan semua yang bergelar ibu, sama ada mereka dipanggil ibu, mak, mama, mami atau umi.
“Bagi saya, ibu seorang yang penyabar, lemah lembut dan saya juga bangga diperturunkan suara ibu tetapi suaranya lebih merdu dari saya. Saya tidak habis lagi menuntut dengannya. Istimewa buat ibu, terima kasih kerana melahirkan, mendidik dan menyayangi saya serta mengajar saya erti kewanitaan, keayuan dan kesopanan.
“Untuk ibu mentua, terima kasih kerana menerima saya dengan baik. Insya-Allah kalau dikurniakan anak dan bergelar ibu, saya akan cuba menjadi ibu yang baik,†katanya.
Khusus untuk ibu, Siti yang anggun dengan baju Tom Abang Saufi memilih lagu Ummi yang pernah dipopularkan Datuk Shake. Lagu lain, Pastikan dan Aku Cinta Padamu. Sebelum kemunculan M Nasir dan Siti, Adibah Noor tampil sebagai pengacara.
Adibah juga tidak mengecewakan penonton apabila turut menyampaikan dua lagu, Hujan dari filem Mukhsin dan Terlalu Istimewa. Kemuncaknya ialah persembahan mereka bertiga dengan lagu Dua Insan yang pernah dipopularkan M Nasir bersama Yunizar Hussein.
Turut hadir sebagai penonton ialah anggota Senario, Mazlan Pet Pet dan penyanyi Ziana Zain. Siti yang melihat kehadiran Lan Pet Pet menjemputnya ke pentas untuk beramah mesra dan memberi ucapan khas buat ibunya. Lan menyampaikan lagu Ibu dengan tiupan trampet tangannya serta menyanyikan sedikit lagu Anak.
Sebaik saja selesai persembahan, Siti bergegas pulang kerana ada undangan lain untuk majlis makan malam. Siti juga difahamkan berangkat ke Makkah keesokan hari (Isnin) untuk menunaikan umrah bersama suami dan dua anak mereka, Muhammad Adib, 16, dan Mohd Asyraf, 14. Mereka dijangka berada di sana selama seminggu.
Selepas ini Siti akan memberi tumpuan kepada rakaman album tradisional yang dijangka untuk pasaran pada November nanti.
Katanya, album kali ini tidak terlalu tertumpu kepada lagu tradisional, sebaliknya lebih kepada tradisional kontemporari yang memuatkan lagu ciptaan Pak Ngah, S Atan, Yassin, Ayob Ibrahim dan juga komposer Indonesia, Katon.
“Buat masa ini masih dalam proses memilih lagu, tetapi saya ada minta lagu daripada ramai komposer. Album ini juga diterbitkan Siti Nurhaliza Production (SNP) dan akan dipasarkan di Malaysia dan Indonesia. Saya dijangka memulakan rakaman Julai ini dan album ini disasarkan untuk pasaran November,†katanya.
Pengarah Urusan MEP, Nor Mahiran Yusoff, berkata dia puas hati dengan sambutan penonton kerana masih menerima tempahan sehingga saat akhir hingga terpaksa ditolak bimbang terlalu padat.
“Alhamdulillah, persembahan hari ini dihadiri kira-kira 900 penonton. Apa yang membanggakan saya, ramai membuat tempahan untuk Meja VIP.
“Saya juga cuba memastikan harga persembahan mampu dibayar semua golongan walaupun menggabungkan tiga nama besar kerana apa yang saya pentingkan ialah penonton puas dan dapat menyaksikan persembahan hebat penyanyi terkenal. Harga yang ditawarkan tidak terlalu tinggi dari RM2,300 untuk Meja Emas, Meja Platinum (RM2,800) dan Meja VIP (RM3,500).
“Terima kasih juga kepada mereka bertiga kerana tidak meletakkan harga tinggi kerana faham ia persembahan amal. Hari ini turut dihadiri ibu-ibu tunggal dari Persatuan Ibu Tunggal Kampung Baru, Kuala Lumpur dan anak yatim dari Sungai Buaya, Banting, Selangor,†katanya.
rasa nak muntah darah baca “mengajar saya erti kewanitaan, keayuan dan kesopanan.”
sopan taik kucing
muntah darah tot…bahaya tuh…tapi eden pon ada rasa goli tokak baca statement HIPO tuh…plastik habis
ermmm siti dah tak mcm dulu… lepas ni apa lagi statement dia…banyak sangat air dk masuk dlm badan sampai statement pun entah ape2… oppssss sorry
pi umrah lagi ka..?apa pasal dah puluh kali pi umrah balik melalak bergelek lagi…musykil aku ..aku rasa dia tak pahamlah ibadat umrah tu apa..pi tanah suci makan angin buta ka?..ibadat yang terkandung dalam umrah tuh buat ala kadar ..atau kalau dapat canang kat paper depa pi umrah tu lah yang depa panggil “umrah”…apa nak jadi
salah konsep umrah siti ni…entah2 dia ingat umrah tu maksudnya makan angin…nanti ada laa statement dia nak pi hawaii utk buat umrah..hhhehehe
wakakakakaa..brutal tot.. …kuning otak aku…terpikir macam macm air…
nurjiwang depa kalau tak sebut tak buleh ka..?
hawaiii?..mungkinlah kalau depa jahil tahap gaban…pasal “umrah” maksud dia ziarah..betul ka..kalau aku silap kasi betul
aha betul umrah tu ziarah…so siti brutally misuse maksud umrah…nanti ada laa umrah kat bali, jepun, indon…
ermmm kuning jugak ko sirap…aku pun terkuning jugak…ye laa nampak jelas dan nyata since dia kawin ni dia dah tak mcm dulu…tu la pasal air dk tu lerr puncanya…
kuning sekali sekala…apa nak jadi lepas kawin makin ligat bergelek…duit tak cukup banyak ka…?ooo aku lupa ni kerja “amal” ..harga pun letak tak tinggi…mulia mulia…ni yang fanatik buduh tangkap syahdu…khalid ada..pak taruddin mana..?
pak taruddin malu bersemuka dgn org ramai…takut nanti org compare sapa lebih tua..pak taruddin or dk..
kau orang lupa ke cgilamour nak p umrah tujuan apa? mestilah p jumpa consultant dia beb….. kan nak dekat APM ni… takut kalah dan malu…. nak tebus kekalahan yg di kalahkan jac….. yang aku pelik nya minah mangkuk ni, dia cakap tak guna otak ke? dia ingat mata manusia2 kat mekah tuh tak nampak apa yg dia buat… last year bulan 12 tak salah aku, lepak kat tanah mekah gak tapi kat kedai makan…. ni nak p lagi….. nampak sgt cgilamour ada tujuan dia…. hmmmm… u all pk mcm mana geng?
aku tak tahu nak pk apa yol..yang aku pk tak malu ka pi umrah entah dah berapa kali tapi duk bergelek melalak dgn costume dugong..bagi akulah paling busuk pun kalau HIPO ada sikit rasa malu balik umrah masih plan nak bergelek lagi tak perlulah canang dalam paper nak pi umrah..aku sentap betul bab ibadat orang islam depa buat macam jalan-jalan cari makan.. lu buduhlah HIPO
senornya, umrah ni pada golongan artis ni adalah sebahagian dari aktiviti promosi mereka, sama lah macam buat show dalam zoo tempohari. Wartawan gondrong yg melaporkan satu hal. Artis sekian sekian telah menjalankan umrah dgn berjaya dgn penuh keinsafan, siap ambik gambar bertudung lengkap dgn spek hitamnya masuk majalah Mangga. Balik Mesia, tak sampai seminggu sibuk pulak buat persediaan sempena konsert sempena sambutan merdeka. Next yr gi lagi umrah dgn duit menyanyi tu. Caca marba sungguh puak2 ni.
wartawan gondrong bolehla aku samakan dgn wartawan mangkuk jamban diketuai anak si bidin..bangsat betul permain ibadat sebagai promosi..aku kalau dapat wartawan mangkuk jamban dgn HIPO aku hantuk pala depa satu sama lain kasi waras..lepas tuh aku lempaq dalam zoo pi duduk sama orang utan..artis lain yang pala hotak sama pun aku hantukkan sekali..hampehh
hahahaha….ketawa aku baca note kau sirap…gondrong.
lama tak sebut perkataan tu. selalunya sesuai di sertakan dgn nenek jadinya nenek gondrong….
apa pulak hantuk kepala…masukkan kepala siti dlm mangkuk tandas laa, pastikan mangkuk tu masih penuh dengan najis….hahahaahhaaha jahatnya aku…
x baek la wei
ct nak wat umrah..
niat baek..
g ngan step son lg…
korang nie syik kutuk je…
betul baek punya niat buat umrah…balik umrah sarung costume dugong melalak lagi gelek lagi lu pandang baek ka..?aku cakap pasal umrah yang sudah…la ni dia tak balik lagi tapi niat sudah ada bikin album baru..lu rasa dia bakal stop bergelek ka ?
mana u tau dia tu pi umrah@makan aingin ke mekah dengan niat baek???
budak2 ni mana tau beb…yg dia tau …
cgilamour tak mcm tuh..
cgilamour copan santun
cgilamour hormat org tua
cgilamour pakai baju tak mendedah
cgilamour tak cakap bohong…. muaknya.
umrah ni org kata ziarah…. solat depan kaabah, berdoa dan belajar sedikit mcm mana menunaikan fardu haji. sebab itu org galakkan pegi umrah dulu baru pegi haji. bukan kata nak ke umrah tapi lain hala dan niatnya….
CGILAMOUR DAN MISAI DAH TERLEBIH MAMPU UTK KE HAJI.
JGN SAMPAI TUHAN MENARIK KEMBALI APA YG KAMU DAPAT SKRG…BARU KAMU INGIN KEMBALI MENGINGATI TUHAN
tu lerr y ol…kekayaan dan nikmat dan nikmat dunia ni pinjaman aje…
termasuk lah mulut dan lidah korang ….
tu sume pinjaman aje…
kat akhirat kena potong kesiannye….
kau berdua nih banyak mengutuk… hati busuk…
baik betobat banyak banyak..
kurang kurang siti dah gi umrah… lihat rumah Allah.
kau tu, lihat Quran kat masjid pun tak pernah
ntah ntah Jumaat ponteng
huh…dah boleh pk pulak minahpahit ni yg org kat sini bukan mak nyah….solat jumat ya pahit….. ni nak tanya jugaklah…yg kau tu nak solat wajib buat tak solat sunat dulu? dan nak betulkan sikit note adikpahit tu ya pasal ‘lihat quran kat masjid’… takat lihat quran tu buat apa…. kan baik baca sekali walaupun 1 ayat… besar pahalanya…. yg adik tu kat hostel atau kat rumah sewa… ada ke baca quran? silap2 muqadam pun tak katam.
TAKAT P UMRAH SEMUA ORG BOLEH P UMRAH…TAPI TAU KE UMRAH ITU APA? DAN TAU KE UMRAH DAN HAJI? JADI…MANA YG PATUT BUAT DULU…. JAWAB SIKIT.
alamak tanggecik..apa potong lidah ni…lidah lu confirm tak kena potong ka..?.. kitab suci lihat buat apa …baca tanggecik..baca
termasuk jugak dgn u tu adikmasam…memang masam ko ni
“practice makes perfect”. Umrah tu kira practice lah. jd bila buat haji, x payah lah tergagau-gagau nak baca ape, nak pikir melancung etc. boleh concentrate buat haji… moga2 dpt jugak haji mabrur. yg korang hari2 menyalak ni apesal? sakit ke?
dah berpuluh2 kali pi umrah masih nak tergagau-gagau lagi ke? Tu maknanya dia tak bersedia nak naik haji sebab kena pakai tudung lepas tu..then nak buat konsert pun tak bleh nak terlompat2…org lain kan..susah2 nak cari duit utk buat haji, dah ada duit terus buat haji, bila ada rezeki lebih baru buat umrah… ko tu kan, walau jahat mcm mana pun siti u tetap nak cover..
menyalak ka…?apa kes fanatik buduh sampai tak kenal manusia mana anjing mana.. lu secara metafora panggil gua anjing..lu secara bacul kasi pendapat..lu kalau ada rezeki dpt pi umrah umrah satu masa nanti gua harap perangai lu berubah..lu sendiri kena berharap perangai lu berubah..kalau tak kes lu sama macam lu punya bodola..
aik? dah ada nama lain ke siti tu? bodola ehhh sirap? bukan idola? or idiotla?
betul aku setuju. orang cakap nak practice dia cakap bodoh plak. tau tak, einstein yang mencipta sebiji mentol tu pun buat seribu percubaan baru berjaya. u ingat senang ke nak dapat haji mabrur?
bodoh punya sitot n sirap.
satu lagi, kalu tgk quran pun tak, baca lagi lah tak. apahal la bengap sngt dua ekor nih.
tu nak cipta mentol…kes ni bukan nak cipta mentol kat mekah…apasal org lain naik haji dapat jugak haji mabrur, tu bergantung pada niat dan pengetahuan. Dah siti tu hanya tau melalak melompat2 melenggang lenggok memberahikan mata2 lelaki mana nak dapat umrah mabrur… kalau dah banyak sangat buat umrah tapi tak jugak mabrur tu maknanya dia pi cuti2 mekah kat sana…
adik manis,
bukan enstein yg cipta lampu mentol ni kalau tak silap aku lah, tapi Thomas Edison. Jgn memain fakta sejarah.
apa la adikmanis ni memutar belit.org kata lain dia jawab lain.suka hati kau la adikmanis.kata kata kau satu pun tak da maknanya.kata kata kau tu umpama hati yg sedang marah dan sakit pada kebenaran.biasa la ….Allah kalau tutupkan hati hamba2nya biar beribu2 nasihat tak akan Allah bukakan hatinya pada kebenaran itu.alang kah ruginya mereka2 ni.
takpa takpa silap fakta..boleh kasi betul..tapi aku confuse apa pasal pendapat aku yg sikit pun tak mengena pada lu tanggecik lu mengamok panggil gua bodohla bengapla sekorla..gua cakap pasal lu punya bodola…lu terasa apa kes..lu jadi balaci lu punya bodola ka..?kalau “hait” jawapan lu gua terima pasal balaci mesti ada upah..tapi kalau lu balaci percuma gua kesianla lu tanggecik..
guna bahasa melayu la sirap. tak faham aku. korang ni memang tak tahu, einstein tu la yang duk kaji photoelectric effect, beam, Brownian motion, photon theory sume faktanye menyumbang kepada penciptaan mentol thomas tu.
baguslah lu byk tahu pasal einstein..
dia baru buka buku sains
ye la yol baru2 ni mak member aku pegi mekah jumpa tok ct dan dk tgh dok lepak dan makan kat restoran mkn.pada aku la tak payah la mkn kat restoran tu nak buat mcm msia sebabnya tak da pompuan arab mahupun bangsa lain ikut sekali mkn campur2 dgn lelaki.beli dan makan kat bilik lagih baguih.mak member aku kata pompuan muda msia je yg suka duk mkn kat restoran tu.suka betui la pekerja2 restoran tu dpt senyum2 dan lirik2 tgk pompuan.apa pun org pompuan jaga la tertib.pompuan arab pun tak buat lagu tu.
orang makan dapt pahala, sebab makan utk buat ibadat,
kau mengumpat dapat bertimbun timbun dosa! sungguh kesian..
tuah..aku rasa komen ko tu menegur..ko mengumpat ke?? entah apa2 pahithempedu ni..pusing2 kat situ jugak..kekeringan idea sebab sewel
laa tanggecik…. si tuah kongsi pendapat..lu kata mengumpat….lu nampak tak ayat “pada aku” tuah tulis ..sekurangnya lu pun belajaq…satu masa nanti lu ada rezeki dapat jejak tanah suci bolehla guna pakai
tanah suci mekah sesuai untuk orang mulut suci aje. mulut pengumpat, pemfitnah, kaki maki, kaki hamun semua tak layak.macam korang. tp kalau dah insaf tak apelah.
mana2 restoran makan even mcd ka kfc ka kat arab saudi tempat makan memang tak boleh bercampur.lelaki bujang diasingkan dgn org bekeluarga dan perempuan bujang.undang2 diarab saudi tak benar org pompuan kalau bejalan tiada mahram.ini bagi mengelak fitnah dan lelaki2 jahat.
adikmanis kalau dapat pi mekah jaga tingkah laku.kat mekah mcm2 ragam manusia ada.jgn terbawa2 sifat ramah tamah kat mekah mereka akan ambil kesempatan.meraba dan memegang dah perkara biasa mereka buat terutama pada jemaah msia dan indon.ini nasihat aku la.
kat mekah mcm2 ragam manusia ada.ini ada la ujian Allah pada mereka2 yg mengunjungi tanah suci dan yg menetap di tanah suci.kau adikmanis kalau kau duduk lama lagi kat mekah tu kau tahu la mcm mana hebatnya manusia2 disana.tanpa rasa segan dan malu di tanah suci.hanya Allah saja yg mengetahuinya.aku nak cerita byk tak cukup.tapi kalau aku cerita dgn kau pun belum tentu kau boleh sedarnya.semuanya atas rahmat Allah.
adikmanis kalau kau pi mekah jaga tingkah laku kau.jgn over peramah.mereka akan ambil kesempatan.meraba dan memegang perkara biasa.terutama jemaah indon dan msia.tua2 pun mereka raba jugak.
pasal restoran makan tu di arab saudi semua restoran mkn diasingkan lelaki2 bujang dan org yg bekeluarga.aku rasa memang bagus undang2 mcm ni.tapi mungkin org2 msia tak faham lagi.buat mcm restoran kat msia.bercampur2 lelaki perempuan.(ini kat mekah la)
suci mulut lu tanggecik…suci murni..
errmmm mcm lerr mulut dia tu suci sangat… agaknya mulut dia dibasuh guna klorin instead of toothpaste..
tak lah, aku berkumur dengan air wuduk, tu pasal mulut aku suci. kalau guna ubat gigi dan klorin, tu bukan suci namanya, tu bersih. tak tau ke perbezaan antara suci dan bersih?
ntah ntah air mani pun korang kata najis…
betuahbadan, aku pun setuju jugak yang kat arab saudi, mesir and negara arab lain, ada antra lelaki mreka yang gatal or gila seks. ini sebab mereka terlalu tertutup, bila dah jumpa pompuan yang seksi sikit aje, mula terangsang nafsu. cikgu aku cakap, even kalau ada bekas lipstik terlekat kat cawan gelas pun, dia orang boleh terangsang.
ntah lah, macam macam, bak kata orang makin kuat iman makin banyak dugaan nye. kalau dapat atsi dugaan mesti dapat kemanisan iman tu. mulut pun asyik berzikir aje, bukannye duk mngumpat hal orang lain.