Konsert lepas rindu P Ramlee, Saloma di RTM1



BAGI peminat seni hiburan tanah air yang tidak berkesempatan menyaksikan Konsert Istana Cinta Nostalgia Tan Sri P Ramlee & Puan Sri Saloma oleh Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya (IB) baru-baru ini, usah lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert itu yang akan bersiaran di RTM1, jam 3 petang, Ahad ini.

Umum mengetahui pemergian P Ramlee, dan Saloma, meninggalkan banyak lagu merdu yang tidak jemu didengar walaupun berulang kali dimainkan dan dinyanyikan oleh penyanyi lain.

Konsert itu satu penghargaan khas kepada P Ramlee dan Saloma ini, menampilkan Siti Nurhaliza, selaku pelapis generasi muzik era 90-an dan alaf baru. Siti Nurhaliza sebagai artis utama mengalunkan lebih 20 lagu termasuk secara duet dan medley. Lagu yang dialunkan bersesuaian dengan tema segmen diketengahkan.

Sementara persembahan artis pada konsert ini diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di bawah pimpinan Eddie Marzuki. Turut diundang menyumbangkan suara mereka ialah Musly Ramly, Fazli Zainal dan Kumpulan Isketambola.

Antara lagu didendangkan dalam konsert ini ialah Cik Keboom, Kwek Mambo, Manusia, Tiru Macam Saya, Malam Pesta Muda-Mudi, Merak Kayangan, Engkau Laksana Bulan, Dengar Ini Cerita, Malamku Bermimpi, Saat Yang Bahagia, Dalam Air Ku Terbayang Wajah, Berkorban Apa Saja dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti.

Kemerduan suara P Ramlee dan Saloma mendendangkan lagu mereka seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinga kita. Justeru, dengan adanya konsert ini, kerinduan kita terhadap suara dan lagu dendangan mereka terubat sekalipun artis generasi muda tidak mengenali kedua-dua seniman dan seniwati legenda itu.

On 22nd May2007

  Comments: 17 Read more


17 Responses to “Konsert lepas rindu P Ramlee, Saloma di RTM1”

  1. toyol Says:

    sepatutnya cgilamour jemput sekali pak sudin berlakon dgn skrip pendek bersama pak ajis (aziz) utk lakonan bujang lapok mereka…. jgn pandang pak sudin dari spore tapi pandang pd kejayaan pak sudin dan pak ajis dlm lakonan arwah p ramlee….. kita pun patut rasa bangga sebab jika tiada pak sudin, bujang lapok hingga pendekar bujang lapok tidak ceria dan sukses…. mcm pak ajis kata masa masak sup sampai tumpah garam……succes succes……..cukup puas hati…

  2. sitot Says:

    aku pun suka tgk cerita p.ramlee…ulang banyak kali

  3. sirap Says:

    ini konsert yang baru lepas tu ka..apa kes dah nak keluaq tv..nampak benor tak laku konsert ..fanatik buduh rupanya kecoh berlebihan termasuk wartawan mangkuk jamban yg buat review macam berjaya kumpul ramai orang datang..rupanya sama kes london circus

  4. toyol Says:

    sirap…. cgilamour kenalah jaga popular dia. kan dia dari RTM. nak laku dia suruhlah RTM siarkan kat TV…. supaya senang popular dia tak tenggelam. lagi di siarkan kat tv kan lagi naik nama dia… RTM pun ambil kesempatan dari situ. aku dgr dr teman2 yg pegi konsert tu katanya kurang best….. diorang dapat tket free….. pergi je lah…itu pun saat2 akhir dapat. padahal tket tak habis jual….. cover malu.

  5. sirap Says:

    ooo itu macam ka yol…? patutla tak sabaq keluaq tv..pasal hari tu tak ramai pi..takut nama terkubuq..kubuq tak takut ka…?konsert pun orang mati punya istana ..HIPO HIPO..lepas keluaq tv jual pulak vcd..derma canang lagi..hampehh

  6. toyol Says:

    niat cgilamour buka yayasan kat johor tuh bagus, tapi tak ambil kesempatan ke dari niat dia… setahu aku org2 johor dah menyampah dgn sikap perampas dia… bila banjir melanda dia ambil kesempatan dari situ utk tubuhkan yayasan tersebut di johor…. bg aku tak perlu sebut sape tuan punya yayasan itu…. nampak bangga dgn kebajikan yg dia lakukan…..

    teringat masa aku di asrama sekolah…. setiap bulan ada saja derma makanan dari org2 luar. tapi bila di tanya balik sape yg menderma….yang menghantar barang hanya tersenyum dan berkata ‘HAMBA ALLAH YG IKHLAS’. dan akhirnya aku dapat juga tahu sape dia…. rupanya dia telah byk menderma kpd sekolah2 agama, sekolah anak yatim dan byk lagi. rumahnya tidak besar tetapi dirinya ada punya syarikat yg berjaya. orgnya bersederhana saja. masa dia meninggal ramai pula yg dtg melawat..kalah tetamu terhormat…. penuh giler sampai di jalanan…. susah nak jumpa manusia seperti dia……PENUH DGN IKHLAS

  7. sitot Says:

    alhamdulillah kalau la aku dapat menjadi spt org itu. Hamba yg ikhlas…

  8. utk SITOT-TOYOL-SIRAP Says:

    wei, korang keje ape hah? asyik tengok nama korang dr dulu smpi skrg. x de keje lain ke? bazir masa/tenaga/duit pd benda2 mcm ni. rugilah negara dpt korang!!! kalau sekali-sekala xpelah. Ini hari-hari! tulis yg bukan2 pulak tu. cubalah bawa2 insaf. kalau lepas office hour tu, aku x kisahlah sgt. “berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran”, sounds familiar?!

  9. toyol Says:

    tak habis2 lagi ke nak tukar nama dude…… lu ingat org2 kat sini mcm lu ke duduk kat kuliah lepas tuh makan lepas tuh ke cc…..mlm study. it pun entah study ke tidak……
    alo alo alo……. lu tak payah tau kitorang keja apa……..
    yg lu rajin sgt tgk dari mula till last nih cek nama kitorang rajin nya lu… lu tak ada keja ke? lepas tu tak perlu nak sound lepas off ke off hrs ke…. kau tahu ke kitorang ni off hr ke after off ke….mek?. tapi sound lu mcm mek salmah yg mengembik terlepas tali tuh….. tali tak kuat lagi ke? cgilamour lu belikan tali rapiah je ke? kesian fanatik2 cgilamour…….puji melambung tinggi tapi apa dapat…tali rapiah…..

  10. toyol Says:

    satu lg nak sound lu lah yg kononya UTK AKUTOTSIRAP….
    lu pun nape tiba2 jengah kat sini….kan membazir duit mak bapak lu je….kasi duit suruh belajar tapi melepak kat cc…..
    apa ceta? kasi ceta sikit…..

  11. poyo Says:

    lantaklah diorang hendak kata apa. tak perlu sound.
    Diorang kutuk pun pasal menyampah dgn ct.
    Suka cakap dusta. lain kali kalau tak mahu kena kutuk jangan suka tunjuk baik. Tak pasal free je dapat ceramah. Dan janganlah terlalu bangga dgn ct. Kalau orang kata dia bagus maka ada lagi yang lebih bagus dari dia.
    Itu selalu ucapan dari cikgu vocal yang aku ambil.
    Kat klas aku walau pun mereka sedang berlatih vocal tapi vocal mereka lebih mantap.. vocal wanita terbaik AIM Jac juga masih belajar vocal. you go girl

  12. sirap Says:

    ahaks…bacul macam ni pun ada ka…kidnap tiga nama sekaligus bikin lu punya nick..lu bacul lu sakit mata sakit jiwa tgk nama gua dlm nih lu blah…lu kalau tak bacul lu tak tukaq tukaq nama..lu jadi bacul macam lu punya idola ka…lu takut sebab lu salah..lu nak pesan pada kebenaran dan kesabaran baguih tapi gua dapat rasa lu nak pesan jgn kutuk lu punya idiotla sama bodohla…lu buduhla..lu kepoh nak tahu gua kerja apa apa pasal..lu nak menilai kerja gua pulak ka..gua tahu kerja gua halal..kalau gua kerja sapu sampah ka apa ka dgn bacul lu akan hina gua… orang bacul macam lu memang akan pandang hina orang yang cari kerja halal dgn sapu sampah tapi sanjung pelalak macam bangang….lu bacul lu pi cari blog rasul melayu yang sebaq ajaran sesat kahar ahmad..lu tahu ka pasal nih…kalau lu jumpa blog tu lu bagi tahu gua..gua nak belasah itu celaka…lu jgn pulak ikut ajaran dia..pasal lu bacul gua takut lu buduh juga..lu badul eh bacul lu buleh faham ka..?

  13. toyol Says:

    aku tgh baca pasal kahar ahmad ni sirap…gila jantan ni….
    smlm kat sini gua tgk ’station tv dubai’ diorang tunjuk matahari di tutupi bulan…mcm gerhana….matahari waktu pg tapi masih gelap gara2 bulan di tgh2. mcm ceta
    ‘the ring’. aku siap rakam..kalau boleh aku tunjuk kat org2 sini tapi tak bleh plak. naik bulu roma aku….. nak tau yg jumpa siapa? org2 pelarian. dr pic nampak mcm tempat org2 pelarian labonan or iraq or palestin di padang dgn khemah mereka….aku tak sure sgt coz tak tulis di mana… kalau nak tgk lu mintak email gua kat tuan khemah.

  14. Putera Emas Says:

    ypl.. kau uploadlah kat mana2 eg. http://www.box.net then kau link kat sini.

  15. sitot Says:

    kalau kat youtube.com dapat ke yol?

    heheheh si sape tu sirap..bacul?? bacul ko panggil dia ehh?? oklah si bacul tu pepandai dia ambil nama kita ni…dah ilang idea cari nama samaran…

  16. toyol Says:

    nanti aku cuba ya….

  17. ape-ape aje Says:

    aku pun nak tgk gak gambar tu, camna aaa? Dunia dah nak kemat dah nih!

Leave a Reply